Home Novel Seram/Misteri RUMAH AGAM JALAN LAMA
RUMAH AGAM JALAN LAMA
Pemburu Malam
19/11/2017 19:15:39
36,420
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13

       NASIBNYA sungguh baik kerana basikal buruk yang pernah dia ternampak tempoh hari masih ada lagi di dalam semak berkenaan.Walaupun sudah terlalu lama dia tidak mengayuh basikal sesudah tamat zaman persekolahannya, dia tetap mencubanya.Dia tiada jalan lain lagi

.Jeep pula kehabisan minyak.   

      Waktu semakin menghampiri zohor.Ayna kena cepat, kerana waktu itu juga ' sesuatu' itu sedang aktif berkeliaran.Tongkat diangkat , lantas basikal tua itu dia naiki.

      Kayuhan yang perlahan semakin laju pabila sudah keluar dari kawasan semak malah kawasan rumah berkenaan.Kini roda basikal itu bergerak pantas diaspal jalan bertar hitam .Kadang- kala kayuhannya senget kerana tidak dapat menyeimbangkan badan dan ada lubang- lubang kecil yang menjadi kudis pada aspal berkenaan penangan dek tayar lori yang kemungkinan membawa muatan terlampau berat.

        Sedang asyik mengayuh, tiba- tiba kelihatan dari jauh seorang perempuan muda berkebaya ketat .Fesyennya tak ubah seperti wanita dahulu kala.Haruman tubuhnya sungguh harum sekali tatkala mereka berpapasan.

        " Eh, kejap baik aku minta pertolongan dia .Manalah tahu kot- kot dia tahu klinik berdekatan," ujar Ayna lantas mengalihkan basikalnya berpusing ke belakang semula kemudian dia mengayuh kembali ke belakang , dan kini  mendekati wanita yang semakin jauh berjalan membelakanginya itu.

         Herot- berot tayar basikal jadinya.Akibat kegagalan mengimbangi badan." Assalamualaikum kak ? Boleh saya tumpang tanya ?," soal Ayna berhenti mengayuh pabila betul- betul berada ditepi wanita itu.

        Tiada jawapan yang keluar dari wajah yang tertunduk merenung aspal jalan itu." Kak, saya benar- benar mahu minta tolong ! Kawan saya dalam kesusahan ! Kami tinggal di rumah agam hujung jalan nun...Akak janganlah takut dengan saya...," ujar Ayna keresahan.

        Bau yang harum tadi kini semakin menghilang.Tiba- tiba bau itu digantikan dengan bau busuk seperti bangkai.Wanita itu masih lagi tertunduk.   

        " Kak, kenapa berhenti ? Kak bercakap dengan siapa tu ?," soal satu suara garau.Ayna berpaling ke arah tepi.Seorang anak muda menuruni dari motornya dan menapak menghampirinya. Helmet masih dikepala lagi.Roman wajahnya kelihatan pelik melihat dirinya yang sedang bersembang dengan wanita itu.

          " kak, boleh saya tolong akak ?"

          " Dik, tahu tak klinik yang berdekatan ? Kawan akak dalam kesusahan.Kalau adik tak keberatan nak tolonglah .Akak dan kawan ting..."

          " Rumah agam tu ke ?," soal pemuda itu sambil itu mengerling ke arah semak berkenaan.

             " Karipap..Karipap....karipap ," laungnya sambil menjinjing raga yang masih lagi penuh dengan kuih karipap hasil tangan ibunya.Sedang kanak- kanak dalam lingkungan 10 tahun itu terjerit pekik menjual karipapnya, dari kejauhan dia terdengar suara pekikan meminta tolong.Dia terdiam seketika dan memicingkan pendengarannya lagi.

            Dia melajukan langkahnya.Dia bersembunyi dibalik pokok besar ditepi jalan itu.Dia mengintip sekumpulan pemuda bermotor kapcai sedang' kendurikan ' seorang gadis.Setelah masing- masing membayar ' bil air tertunggak' salah seorang daripada mereka mengeluarkan sesuatu lalu dirodok ke perut wanita berkenaan.

        " Allah !!," pekik wanita itu tatkala nyawanya semakin habis.Berderuan bunyi motor mereka melarikan diri.Kanak- kanak itu menapak ke arah sebujur tubuh kaku itu.Dia kenal akan wanita berkebaya merah itu.

        " Dik ?," soal Ayna semula.Ayna berasa pelik dengan penduduk di situ.Dengan wanita yang dihadapannya itu masih lagi kaku merenung aspal jalan." Ye, kak . Marilah saya bawakan akak ke klinik .Akak, cuma satu je saya nak pesan"

       " Apa dia dik?," soal Ayna lagi sebelum bergerak ke arah basikalnya.Wanita misteri itu masih lagi dikerlingnya." Hati- hati bila lalu di kawasan ini.Dan jika ada ' terjumpa dia ' akak buat tak tahu sahaja , " ujar pemuda itu sebelum menaiki motornya kembali.

      " Apa maksud adik ?," soal Ayna pelik." Mari Kak kita ke klinik dahulu, sana nanti saya cerita ," ujarnya lantas menghidupkan enjin motor.Begitu juga dengan Ayna yang juga sedang menaiki basikalnya.

       Hampir dia terjatuh dari basikal tatkala melihat wanita itu bergerak dan kakinya tidak terpijak di bumi.Baru kini dia tahu siapa wanita itu.Patutlah pemuda itu pelik.Memang dia ' boleh nampak ' benda yang orang lain tidak boleh.Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh pemuda berkenaan.

      " kak ! ," laung pemuda itu lagi .Enjin semakin kuat berbunyi." Ye dik ....Jom ," teriak Ayna lantas mengayuh basikalnya membuntuti motorsikal berkenaan dan terus ke destinasi seterusnya.

      " Arghh !!," laung wanita itu sambil memekup telinganya dan kian menghilang pabila azan zohor berkumandang memecah kesunyian kawasan yang diliputi semak- samun di kiri dan kanan lorong kecil itu. 

      


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.