Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
30,685
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5


“Eh, Mul suka kat budak itu ke?” soal Wana. Dayana hanya memandang sekilas ke arah yang ditunjukkan oleh gadis itu. Dia menyambut panggilan daripada Ura.

“Kau sibuk ke?”

“Tak juga. Aku dalam kelas tapi lecturer tak masuk lagi. Kenapa? Kau rindu aku ke?” soal Dayana sambil tergelak kecil.

“Ah ha, rindu kau. Ini aku nak tanya. Kau dan dia macam mana?” soal Ura. Dayana terdiam mendengar soalan gadis itu.

“Aku tanya aje. Kau jangan marah tau,” sambung Ura sambil tergelak. Dayana menarik nafas perlahan.

“Aku dan dia tak ada apa-apa. Kami cuma kawan. Korang semua aje yang salah faham,” jawabnya.

“Kawan? Kau ingat aku ini rabun ke? Takkan kawan aje kut. Kau dan dia bukan main rapat lagi masa itu. Lagipun aku ada tanya dia. Dia kata, dia sangat sayangkan kau. Tapi kau aje yang pura-pura tak tahu. Betul ke?” soal Ura dengan senyuman. Dayana terdiam lagi.

“Atau.., kau tak nak terima dia masa itu sebab Hana? Yelah aku pun tahu juga Hana itu dah tangkap cintan dengan dia. Cuma dia tak layan sangat,” sambung Ura separuh meneka.

“Kenapa kau tiba-tiba aje tanya pasal dia?” soal Dayana tanpa menjawab pertanyaan gadis itu. Ura tergelak lagi.

“Aku sebenarnya baru aje terserempak dengan dia tadi. Dia ada program kat KL,” beritahunya. Dayana menggigit bibir.

“Ura, nanti kita sambung borak lagi ek. Lecturer dah masuk,” katanya.

Tipu sunat lagi.

“Okay, kau janganlah fikirkan sangat soalan aku. Aku faham,” balas Ura.

“Thanks,” ucap Dayana. Dia menekan punat merah.

“Wei Yana! Kelas batal!” beritahu Wana sambil menjerit gembira. Dayana hanya mengangguk. Soalan Ura membuatnya tidak tenang.

                               *****

“Yana, aku rasa Mul itu suka dengan budak Effa tu. Kau nampak tak tadi. Bukan main mesra lagi mereka berdua,” kata Wana sambil sibuk mengupas kulit buah oren. Dayana hanya membisu.

“Kau dengar tak ini?” soal Wana sambil memandang gadis itu. Dayana yang sedang berbaring di atas katil sambil memandang siling masih membisu.

“Kau ada masalah ke?” soal Wana lagi.

“Budak Effa kos kita ke?” soal Dayana pula.

“Yes, tapi nampak sepadanlah juga. Effa pun boleh tahan cantiknya,” balas Wana. Dayana menarik nafas berat.

“Aku sebenarnya ingatkan Mul itu suka kat kau. Yelah dia itu ambil berat aje pasal kau,” kata Wana dengan senyuman.

“Aku pun fikir macam itu,” jawab Dayana hampir tidak kedengaran.

“Hah! Aku silap dengar ke?” soal Wana sambil melompat ke atas katil gadis itu. Dayana tergelak besar.

“Yana!”

                                 *****

Mulqish masuk ke dalam kelas. Matanya melilau mencari seseorang.

“Cari Yana ke Effa?” soal Faiz separuh mengusik. Mulqish tersenyum mendengar soalan rakannya itu.

“Aku nak tanya. Kau pilih siapa sebenarnya?” soal Faiz separuh berbisik.

“Kau jangan nak merepek,” balas Mulqish dengan kening berkerut.

“Aku serius. Aku tengok kau rapat dengan Yana. Tapi dalam masa yang sama aku lihat kau nak dekat pula dengan Effa. Kau jangan nak jadi buaya Mul,” kata Faiz separuh mengusik. Mulqish tergelak kecil.

“Aku tak nak jawab soalan yang tak masuk akal tu,” balasnya sambil menggelengkan kepalanya. Faiz mengangkat bahu.

“Okay,” balasnya. Mulqish memandang Dayana yang duduk tidak jauh dari tempat mereka. Gadis itu kelihatan sedang termenung. Apa yang difikirkan oleh gadis itu?

                                   *****

“Mul,” panggil Effa. Langkah Mulqish terhenti. Dia menoleh.

“Hi,” ucapnya apabila melihat gadis itu.

“Jumpa kat cafe,” kata Faiz sebelum berlalu. Mulqish hanya mengangguk.

“Mul, saya tak suka awak beri hadiah-hadiah tu,” kata Effa tanpa bertapis lagi. Mulqish terkedu.

“Look Mul, saya bukan tak hargai pemberian awak. Tapi saya tak suka dapat hadiah daripada orang. Please,” sambung Effa dengan nada tegas.

“Saya buat awak tak selesa ke?” soal Mulqish yang agak serba salah.

“Yes,” balas Effa.

“Sorry. Saya suka awak,” ucap Mulqish dengan perasaan berdebar. Giliran Effa pula yang terkedu.

“Saya sayang awak, Effa,” sambung Mulqish lagi. Effa menggelengkan kepalanya.

“I’m sorry Mul,” balasnya sebelum berlalu. Mulqish hanya memandang langkah gadis itu. Dia melepaskan keluhan berat.

                                 *****

“Selamat pengantin baru,” ucap Dayana. Kedengaran Hana tergelak kecil di talian sebelah.

“Kau bila?” soal Hana separuh mengusik.

“Jangan nak merepek. Aku baru aje sambung belajar. Tak adanya nak fikir pasal kahwin,” balas Dayana. Hana tergelak lagi.

“Bila kau nak balik kampung? Tak silap dah tiga bulan kau kat sana. Tak ada cuti ke?” soal Hana pula. Dayana tergelak.

“Kau ingat boleh cuti sesuka hati ke?” balasnya separuh bergurau.

“Manalah aku tahu,” balas Hana sambil tergelak lagi.

“Insya Allah, cuti semester nanti aku balik. Ura pun nak balik tu,” beritahu Dayana.

“Tak sabarnya. Tak sabar nak mengumpat dengan korang,” balas Hana. Dayana hanya menggeleng.

“Aku ada kelas ni. Nanti aku call lagi,” katanya.

“Bye,” ucap Hana. Dayana menutup telefonnya.

“Yana, ada orang nak jumpa kau kat cafe,” beritahu Wana sambil duduk di sisinya.

“Siapa? Kita ada kelas kut,” balas Dayana sambil mula mengemas bukunya.

“Kelas batal,” jawab Wana selamba. Berkerut kening Dayana.

“Lagi?” soalnya yang jelas tidak puas hati. Wana mengangguk sambil tersenyum lebar.

“Pergilah. Safa dah lama tunggu kau,” kata Wana lagi apabila melihat Dayana yang mengeluarkan semula buku-bukunya.

“Safa?” soal Dayana. Dia akhirnya berdiri lantas berlalu. Wana hanya memandang langkah gadis itu.

                                  *****

“Aku rindu kat kau,” kata Safa sambil memeluk lengan gadis itu. Dayana hanya tersenyum.

“Sibuk sangat sampai kita tak sempat nak jumpa,” balasnya. Safa mengangguk setuju.

“So, ada berita gembira?” soalnya.

“Tak ada. Exam minggu depan. Tu aje berita gembira,” balas Dayana separuh bergurau. Safa menepuk lengan gadis itu

“Tu budak kos kau tu. Mulqish. Budak tu famous sampai kat fakulti aku,” beritahunya. Terangkat kening Dayana.

“So?” soalnya.

“Kau ni pura-pura tak tahu atau saja buat tak tahu?” balas Safa separuh mengusik. Dayana mengeluh.

“Aku malas nak ulas,” katanya perlahan.

“Hari tu kau beritahu aku yang kau crush dengan mamat tu. Tak jadi ke?” balas Safa separuh bergurau. Dayana tergelak kecil. Dia mengangguk. Safa ikut tergelak.

“Cepat sangat move on tu,” balasnya. Dayana hanya tersenyum.

Maybe...,

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.