Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
30,687
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2


Mulqish melangkah masuk ke dalam bilik yang sederhana besar itu. Bilik itulah yang akan didiami olehnya selama pengajiannya.

“Assalamualaikum, saya Faiz. Bilik ini ke?” tanya seorang pemuda yang baru sahaja keluar dari bilik air. Mulqish mengangguk tersenyum. Dia menyambut tangan yang dihulurkan.

“Mulqish, panggil Mul aje. Orang Johor. Awak?”

“Saya dari Kelantan. Awak pilihlah katil dulu,” cadang Faiz. Mulqish mengangguk sambil melangkah ke arah katil yang berhampiran dengan jendela.

“Kos apa Mul?” soal Faiz lagi sambil duduk di atas katilnya yang berdepan dengan katil Mulqish.

“Psikologi IO. Awak?”

“Lah, satu kos rupanya. Sama dengan awak. Bolehlah jadi team,” kata Faiz sambil tergelak kecil. Mulqish mengangguk setuju.

“Legalah dah jumpa kawan satu kos. Taklah saya terkial-kial seorang diri.”

“Saya pun lega. Tak sangka,” balas Faiz yang masih kurang percaya dengan kebetulan yang tidak disengajakan. Mulqish tersenyum mengucap syukur di dalam hati. Allah permudahkan buatnya.

                                 *****

“Bro!” suara kuat Safa mengejutkan Dayana. Safa memeluknya erat. Beberapa mata memandang mereka.

“Safa, kau nak aku jatuh pengsan kat sini ke?” Dayana agak geram dengan telatah rakannya itu namun masih membalas pelukannya. Safa hanya tergelak kecil. Dia melepaskan pelukannya.

“Kau apa khabar. Sampai hati tak tunggu aku kat pekan tadi,” rungutnya.

“Amboi, aku naik bas cik kak. Kau ada kereta sendiri. Takkan nak tunggu kau pula. Well, aku baik-baik aje,” balas Dayana dengan kening berkerut. Safa tergelak kecil.

“Pembetulan, kereta bapa aku bukan kepunyaan aku,” katanya separuh mengusik. Dayana mencebik.

“Yelah itu.”

“Yana!” Dayana dan Safa serentak berpaling. Wana melangkah menghampiri. Berkerut dahi Dayana mengingati wajah yang sedang tersenyum itu.

“Dayana Hawa? Betul tak?” soal gadis tinggi lampai itu.

“Oh my, Wana?” soal Dayana pula separuh meneka. Wana mengangguk pantas. Dayana pantas menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

“Kau apa khabar Yana?” soal Wana lagi.

“Aku sihat. Dah lama tak jumpa kau. Sejak kau pindah sekolah hari itu, kita terus lost contact. Kau semakin cantik,” puji Dayana sambil meneliti wajah rakannya itu.

“Jangan nak mengadah, aku tetap yang dulu. Tak cantik, tak juga buruk,” jawab Wana sambil tergelak kecil. Safa yang memerhati sedari tadi berdehem perlahan.

“Oh ya, Safa, ini Wana. Kawan masa sekolah menengah dulu. Wana, ini pula Safa. Kawan aku juga,” beritahu Dayana sambil tergelak kecil.

“Hai,” Safa menghulurkan tangan. Wana menyambut dengan senang hati.

“Kos apa Wana?” soal Dayana setelah melihat kedua-dua rakannya itu agak selesa.

Child and family psychology. Kau?”

What? Kita satu kos Wana!” jerit Dayana sambil memeluk rakannya itu semula.

“Dia tengah risau tak ada kawan satu kos. Syukurlah dah jumpa,” beritahu Safa sambil menggeleng melihat telatah Dayana.

“Oh ya ke?” balas Wana turut ketawa gembira.

                                 *****

Dayana tersenyum melihat mesej yang baru sahaja diterima olehnya daripada sepupu tersayang.

-Tahniah Yana. Aku tumpang gembira dengan kejayaan kau. Aku tahu kau tak akan pernah mengalah. Do you best darling

-Thank you Liya. Kau apa khabar. Dah lama tak balik kampung. Raya tahun lepas pun kau tak balik. Aku rindu kau

-Aku pun rindukan kau. Bukan aku tak nak balik. Kau faham-faham ajelah papa aku itu. Sibuk memanjang. Mana ingat nak balik kampung

-Erm, yelah aku faham. Kau jangan lupa lawat aku tau. Aku tunggu

-Amboi, aku pun study darling. Kau kena lawat aku dulu, barulah giliran aku.

-Pandainya budak ini.

-Tahu tak apa!

Dayana tergelak kecil. Dia menarik nafas perlahan sambil memandang langit gelap melalui jendela. Kedengaran dengkuran halus rakan sebiliknya. Penat agaknya. Dayana teringat keluarga yang berada di kampung. Rindunya dia.

                                *****

Wana mencuit bahu Dayana.

“Cuba kau tengok sekeliling,” katanya.

“Kenapa?” soal Dayana hairan.

“Kau tengoklah budak-budak perempuan kos kita ini. Bergaya macam nak pergi dinner,” katanya separuh memerli. Dayana tergelak kecil.

“Biasalah itu, nak cari jodoh. Kau tak pernah dengar ke universiti adalah tempat paling afdal untuk mencari pasangan,” balasnya. Wana mencebik.

“Iyalah itu.”

“Ramai juga budak kos kita ini,” kata Dayana sambil memandang sekeliling dewan kuliah.

“Mana tak ramai, banyak cabang kot kos kita,” jawab Wana sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Dayana mengangguk setuju.

“Wana, esok malam jadual kelas english kan?” tanyanya inginkan kepastian.

“Ah ha, aku harap dapat lecturer yang sporting,” jawab Wana.

“Aku pun harap macam itu,” jawab Dayana perlahan. Dia membetulkan duduk apabila pensyarah mereka sudah pun berada di hadapan.

Selamat belajar Dayana.

                                 *****

“Bagaimana dengan kelas pertama?” Dayana tersenyum dengan soalan abahnya itu.

“Okay abah. Gementar pun ada,” jawabnya.

“Asrama okay? Kawan sebilik Yana okay tak?” soal Samad bertalu.

“Abah ini dah macam polis pula. Okay abah. Semuanya okay,” jawab Dayana sambil tergelak kecil. Samad ikut tergelak.

“Abah cuma nak pastikan anak abah ini selamat dan selesa,” katanya.

“Insya Allah abah, setakat ini semuanya berjalan lancar berkat daripada doa abah dengan ibu juga. Ibu mana abah?” tanya Dayana.

“Ibu kamu kat bawah itu tengah berbual dengan nenek kamu,” jawab Samad.

“Oh ya, tak apalah abah. Kirim salam dengan ibu, nenek dan adik-adik. Sebenarnya Yana ada kelas malam ini. Ingat nak jalan awal. Yana malas nak berebut dengan pelajar lain untuk naik bas,” katanya.

“Baiklah. Yana itu hati-hati kat sana. Jaga diri. Assalamualaikum,” ucap Samad.

“Okay bos. Waalaikumsalam,” jawab Yana sambil tersenyum. Dia menekan punat merah.

                                *****

Dayana memerhatikan sahaja lelaki itu melangkah masuk dengan rakan-rakannya. Bahunya ditepuk lembut oleh Wana. Dia memandang gadis itu sambil mengangkat kening kanannya ala-ala penyanyi tersohor Ziana Zain.

“Handsome beb!” bisik Wana. Dayana berdehem perlahan.

“Siapa?” soalnya pura-pura tidak tahu.

“Lelaki baju merah itulah siapa lagi,” kata Wana sambil memandang semula pemuda tersebut.

“Bolehlah,” jawab Dayana perlahan.

“Hisy, mata itu tak rabun ke?” soal Wana serius. Bulat mata Dayana membalas pandangan sahabatnya itu.

“No!” suara kuat Dayana membuatkan semua mata memandangnya. Wana tergelak kecil.

“Sorry,” Dayana menggigit bibir. Dia amat malu! Apatah lagi si jejaka sebelah sana turut memandangnya.

 Aduh! Dayana, kau jangan nak buat hal!

Marahnya pada diri sendiri.

“Name?” soal pensyarah yang duduk bertentangan dengannya. Dayana terkedu.

Dia tanya aku ke?

“Yana, sir tanya itu,” kata Wana sambil menyiku lengannya. Dayana berdehem perlahan. Kelas kembali sepi.

“Dayana Hawa,” jawabnya agak gementar.

Malunya!

“Single?” soalan Sir.Leo membuatkan Dayana hampir tersedak.

“Sir?”

“Married?”

“Sir?” Dayana mula geram. Kedengaran gelak tawa rakan-rakan sekelas. Dia berpaling memandang Wana yang turut ketawa terbahak.

Aku sekeh juga kepala perempuan ini.

Bisiknya geram dalam hati. Sir.Leo turut tergelak.

Orait guys, Dayana will be our class president,” putus Sir.Leo. Sekali lagi Dayana terkedu.

“Yeah!” jerit Wana gembira.

“We agree sir!” kedengaran suara rakan sekelasnya.

“Agree!”

“Totally agree!”

Dayana hanya mampu mengeluh perlahan.

Kenapa aku?!

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.