Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
30,686
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9


“Exam okay?” soal Tengku Salina. Mulqish tergelak kecil.

“Alhamdulillah umi,” ucapnya.

“Esok abang akan datang sana. Sebenarnya abang datang atas urusan kerja. Sekali jemput Mul,” beritahu Tengku Salina. Mulqish terdiam mendengar kata-kata ibunya itu.

Kerja? Atau nak jumpa Effa?

“Mul?” panggil Tengku Salina apabila Mulqish hanya diam membisu.

“Baguslah umi. Mul pun dah lama tak jumpa abang,” balasnya dengan senyuman hambar. Tengku Salina menarik nafas panjang.

“Umi tunggu Mul kat rumah,” katanya.

“Selamat malam umi,” ucap Mulqish sebelum menutup telefonnya. Dia mengeluh perlahan.

“Kenapa?” soal Faiz yang baru masuk ke dalam bilik.

“Abang aku nak datang sini,” beritahu Mulqish. Faiz terdiam.

“Aku dah beritahu Effa pasal aku,” beritahu Mulqish lagi.

“Apa reaksi Effa?” soal Faiz ingin tahu.

“Dia terkejut. Dia tak nak jumpa aku lagi,” balas Mulqish.

“Yelah, abang kau dah kecewakan dia. Sekarang kau pula yang suka kat dia. Kalau aku kat tempat dia pun, aku akan buat benda yang sama,” kata Faiz. Mulqish terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Tanpa sedar dia mengeluh lagi.

                                *****

“Yana,” panggil Mulqish. Langkah Dayana terhenti.

“Aku pergi dulu. Jumpa kat rumah,” balas Wana sambil berlalu. Berkerut kening Dayana memandang langkah gadis itu.

“Yana,” panggil Mulqish lagi kini sudah berdiri di hadapan gadis itu.

“Ya,” jawab Dayana.

“Jadi ke balik esok?” soal Mulqish. Dayana mengangguk.

“Kenapa? Mul balik?” soalnya pula.

“Ya. So, jumpa next semester,” kata Mulqish dengan senyuman. Dayana tergelak kecil.

“Jangan rindu saya tau,” guraunya.

“Saya akan call kalau rindu. Bolehkan?” balas Mulqish.

“Boleh aje. Awak nak tanya tu aje? Saya nak kena cepat ni. Bas tu tak tunggu saya,” kata Dayana separuh bergurau. Mulqish tergelak.

“Saya hantar awak balik. Jom,” ajaknya sambil mula melangkah. Terkebil-kebil Dayana memandang langkah lelaki itu. Dia menurut walau agak berat hati.

                               *****

Effa mendengus perlahan.

Lelaki ni memang tak faham bahasa agaknya!

Deringan telefonnya berhenti. Kini bunyi mesej masuk pula kedengaran. Effa mencapai telefonnya.

-Abang dah sampai. Abang nak jumpa Effa.

-Please

-Sayang

Effa mendengus lagi.

-No way!

-Sayang

Effa menutup telefonnya. Dia duduk di atas katil. Effa membiarkan barang yang hendak dibawa pulang berselerak di atas lantai. Wajah Muadzam terbayang di matanya. Jujur jauh di sudut hatinya dia masih sayangkan lelaki itu. Namun dalam masa yang sama rasa kecewanya pada lelaki itu masih menebal.

“Kau okay ke?” soal Alifah yang baru melangkah masuk ke dalam bilik. Terkejut dia melihat barang-barang gadis itu.

“Emm,” balas Effa perlahan.

“Tak nak kongsi dengan aku?” soal Alifah.

“Muadzam bekas kekasih aku. Abang Mulqish,” beritahu Effa. Alifah terkedu.

“Tapi Mul tu bukan minat kat kau ke?” soalnya dengan kening berkerut.

“Aku baru tahu Mul tu adik Muadzam. Dalam keluarga Muadzam, hanya uminya yang aku kenal,” balas Effa.

“Abang Mul dah kecewakan aku. Kau ingat aku nak terima lagi sesiapa dalam keluarga mereka?” sambungnya. Alifah mengangguk faham.

“Mul kenal kau ke? Maksud aku, dia tahu pasal kau dan abangnya?” soalnya lagi.

“Mul kenal aku. Aku aje yang tak kenal dia,” balas Effa sambil berdiri lalu mencapai baju yang ingin dibawanya pulang. Alifah mengangguk lagi.

“Kau dah mengemas? Tak nak balik,” soal Effa pula. Alifah tersengih lantas mencapai beg besar miliknya. Kata-kata Effa masih terngiang di telinganya.

Peliknya Mulqish. Boleh pula jatuh hati pada bekas teman wanita abang sendiri.

Bisiknya dalam hati.

                               *****

Ura memandang satu persatu wajah yang dirinduinya. Hani, Hana dan Liya. Dia menoleh ke arah Dayana yang sedang mengupas kulit buah mangga.

“Tak sangka kali ni kita dapat berkumpul. Dah berapa tahun kita tak berkumpul macam ni?” soalnya.

“Dah tiga tahun. Kau tu langsung hilang khabar sejak pergi ke Kuala Lumpur,” balas Hani.

“Akhirnya aku yang kahwin dulu,” celah Hana. Mereka tergelak mendengar kata-kata gadis itu

“Next siapa?” soal Liya pula.

“Aku kot,” balas Ura separuh bergurau. Mereka tergelak lagi.

“Dah ada calon ke?” soal Dayana sambil tersenyum.

“Jangan nak tanya aku. Kau tu? Apa cerita? Takkan tak sangkut mana-mana mamat kat universiti?” balas Ura separuh menyoal.

“Aku pun nak tahu,” celah Hani. Semua mata memandang Dayana. Gadis itu hanya tersenyum. Terbayang wajah Mulqish.

“Ada tu memang ada,” balasnya dengan senyuman.

“Apa yang ada?” soal Naufal yang baru sampai sambil meletakkan buah-buahan yang baru dibelinya di atas meja.

“Ura ambilkan aku air sejuk. Haus,” pintanya sambil tersengih.

“Kacau betullah dia ni,” rungut Ura sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Kali ini mereka semua berkumpul di rumahnya.

“Buah aje yang kau beli?” soal Liya sambil memandang plastik yang dibawa Naufal sebentar tadi.

“Tu aje yang ada. Hana, suami kau mana?” soal Naufal sambil memandang rakannya itu. Hana tersenyum.

“Kerjalah. Takkan memancing pula,” balasnya. Naufal tergelak kecil sambil menyambut gelas yang dihulurkan oleh Ura.

“Thanks sayang,” ucapnya. Ura menunjukkan penumbuknya. Naufal tergelak besar.

“Yana, tadi aku terserempak dengan Yusuf. Dia cari kau,” beritahunya pula. Dayana terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

“Dia nak jumpa Yana ke?” celah Ura. Naufal mengangkat bahu.

“Kalau ya pun aku tak benarkan,” balasnya selamba. Hani menepuk bahu lelaki itu.

“Jangan nak mengada-ngada,” katanya.

“Takkan kau masih crush kat Yana,” usik Hana. Naufal hanya tergelak.

“Naufal, kau boleh pilih antara kami tapi bukan Yana dan Hana,” gurau Liya.

“Aku pilih kau,” balas Naufal tersenyum nakal.

“Kecuali aku, Yana dan Hana,” kata Liya semula. Mereka tergelak mendengar kata-kata gadis itu. Ura menoleh ke arah Dayana. Gadis itu hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

                               *****

Mulqish menghampiri Muadzam yang termenung di halaman rumah. Sejak balik lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri. Dia tertanya-tanya juga adakah abangnya itu sempat bertemu dengan Effa atau tidak.

“Termenung jauh,” tegurnya sambil menarik kerusi. Muadzam tersenyum memandang Mulqish.

“Tak keluar hari ni?” soalnya.

“Tak tahu nak pergi mana. Kak Saleha pun esok baru sampai,” balas Mulqish. Saleha bekerja sebagai guru dan saat ini berkhidmat di salah sebuah sekolah yang terletak di Pulau Pinang.

“Tak jumpa sesiapa ke kat sana?” soal Muadzam pula. Mulqish tergelak kecil.

“Girlfriend?” balasnya. Muadzam mengangguk tersenyum.

“Ada tapi Mul kena reject,” beritahu Mulqish.

“Seriously?” soal Muadzam dengan riak wajah tidak percaya. Mulqish mengangguk.

“Siapa gadis itu? Dia tak nampak ke adik abang ni lelaki paling lawa kat Malaysia?” soal Muadzam separuh mengusik. Mulqish tergelak lagi.

“Abang kenal juga orangnya,” balasnya dengan berani. Terangkat kening Muadzam memandang lelaki itu.

“Mul bergurau,” kata Mulqish dengan senyuman. Muadzam pula tergelak.  Namun dia berdebar juga saat mendengar kata-kata adiknya sebentar tadi. Hanya Effa yang dikenalinya di universiti lelaki itu.

“Umi tak balik lagi?” soal Mulqish pula. Muadzam menggeleng. Tengku Salina keluar dengan rakan-rakan baiknya. Selepas walid mereka meninggal dunia lima tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya, uminya mula menyibukkan diri dengan menyertai beberapa persatuan bersama dengan rakan-rakannya.

“Mul masuk dulu,” kata Mulqish sebelum bangun lantas berlalu. Muadzam hanya memandang langkah lelaki itu. Beberapa tahun lagi Mulqish akan menyertainya menguruskan syarikat peninggalan walid mereka. Dia sudah tidak sabar menunggu saat itu. Sukar baginya mengurus syarikat itu seorang diri. Muadzam mengeluh perlahan. Sayu hatinya apabila teringatkan Effa. Dia akui kesilapannya. Dia telah menyesalinya. Mengapa terlalu sukar untuk gadis itu memberinya peluang kedua?

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.