Home Novel Komedi/Romantik Komedi Did We Really Love?
Did We Really Love?
sipencintapena
11/12/2022 14:45:26
32,383
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11


“So, apa cerita semalam?” soal Ura yang agak teruja.

“Akhirnya ada berita gembira,” celah Hani separuh mengusik. Dayana sekadar tersenyum.

“Cepatlah,” gesa Liya yang jelas tidak sabar. Mereka tergelak dengan telatah gadis itu.

“Aku belum bagi jawapan. Yes, dia dah mengaku,” jawab Dayana.

“Aku dah agak. Kenapa kau masih nak berfikir lagi?” soal Ura yang hairan.

“Aku keliru. Aku sendiri tak pasti apa perasaan aku pada Yusuf saat ni,” balas Dayana dalam nada perlahan.

“Jangan lepaskan peluang ni Yana,” nasihat Hani.

“Tapi susah juga kalau tak pasti. Aku setuju dengan Yana. Fikir dulu. Jangan terburu-buru buat keputusan,” celah Liya pula. Dayana tersenyum.

“Thanks Liya,” ucapnya.

“Suka hati kau lah Yana. Kami ikut kau aje,” kata Ura akhirnya. Hani mengangguk setuju.

“Thanks,” ucap Dayana lagi.

“Aku tengok Hana macam ada masalah aje. Hari ni pun dia tak ikut serta dengan kita. Katanya ada hal,” kata Liya sambil mencapai buah limau yang sudah dikupas kulitnya.

“Aku dah beritahu dia supaya datang rumah aku hari ni,” celah Ura.

“Aku pun perasan Hana macam ada masalah. Biasanya dia yang paling bising. Hari tu dia lebih banyak mendiamkan diri,” kata Hani pula sambil memandang Dayana. Ura dan Liya turut memandang gadis itu.

“Aku tak tahu apa-apa,” balas Dayana sambil turut mencapai buah limau. Dia sudah berjanji pada Hana. Belum tiba masanya untuk dia beritahu mereka.

                               *****

Dayana memandang Sarul yang sedang membaiki motosikalnya. Motosikal tersebut memang sudah lama dibeli oleh ayahnya. Setiap kali rosak, adiknya itulah yang akan jadi mekanik tidak berbayar.

“Study macam mana?” soalnya. Sarul memandang sekilas ke arah wajah kakaknya itu.

“Jangan risau. Arul dah lama tak ponteng sekolah,” balas Sarul sambil tergelak.

“Alhamdullillah,” ucap Dayana.

“Perli Arul lah tu,” balas Sarul. Dayana tergelak kecil.

“Dah siap ke?” soal Sarfiz yang baru keluar dari rumah sambil memandang Sarul.

“Kau ni asyik tadi tanya dah siap ke belum. Tak nampak aku masih tertonggeng kat sini?” balas Sarul sambil menjeling abangnya itu. Sarfiz tergelak besar.

“Seronok kacau orang,” kata Dayana.

“Dah tu lama sangat. Takut tak sempat nak ambil buah kat dusun. Lusa akak dah nak balik,” balas Sarfiz. Dayana tersenyum.

“Tak apalah. Esok masih sempat,” katanya. Sarfiz mengangguk.

“Fiz nak ke sawah sekejap. Nak ambil barang,” katanya sebelum berlalu. Dayana hanya memandang langkah adiknya itu. Dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya jika dia tiada, ada juga adik-adik yang boleh diharapkan untuk menjaga keluarga mereka.

                              *****

“Papa jumpa Mud hari tu. Papa tak sengaja beritahu Mud pasal Effa. Sorry,” ucap Datuk Hakim.

“Maksud papa?” soal Effa yang kurang faham dengan maksud orang tua itu.

“Pasal Effa sambung belajar dan Effa belajar kat mana. Papa yang beritahu Mud. Papa dah terbiasa dengan Mud. Bila dah bercerita papa sampai tak sedar dah cerita semua benda padanya,” kata Datuk Hakim.

“Patutlah Mud tahu Effa belajar kat mana. Abang ni dah lupa mereka dah berpisah?” celah Datin Hasma dengan kening berkerut. Effa terdiam mendengar kata-kata papanya.

“Memanglah mereka dah berpisah tapi tak semestinya hubungan kita putus terus dengan Mud. Kita masih saudara seislam,” balas Datuk Hakim.

“Tak apa papa. Benda dah lepas,” kata Effa dengan senyuman.

“Actually papa agak kecewa bila kamu berdua berpisah,” kata Datuk Hakim dalam nada perlahan.

“Dah lah bang. Tak ada jodoh mereka,” celah Datin Hasma lagi. Risau dia melihat riak wajah Effa yang berubah saat mendengar kata-kata papanya.

“Ya, abang tahu. Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk anak papa,” balas Datuk Hakim sambil tersenyum memandang anaknya. Effa hanya tersenyum hambar.

                             *****

“Siapa Dayana?” soal Saleha separuh mengusik. Mulqish hanya tersenyum.

“Kawan,” balasnya.

“Kawan istimewa ke?” soal Saleha lagi.

“Macam mana akak tahu pasal Yana?” soal Mulqish agak hairan.

“Umi,” balas Saleha sambil tergelak kecil. Mulqish ikut tergelak. Hebat uminya. Tapi mengapa uminya tidak memberitahu Saleha mengenai Effa?

“Umi cuma beritahu pasal Yana ke?” soalnya ingin tahu.

“What? Ada lagi? Boleh tahan adik akak ni,” usik Saleha lagi.

“Tak lah. Tanya aje,” balas Mulqish sambil tersengih.

“Tak ada pula. Dayana aje yang umi mention,” kata Saleha. Mulqish terdiam.

“Kenapa Mul?” soal Saleha yang agak hairan dengan telatah lelaki itu. Mulqish menggeleng.

“Jom keluar hari ni. Bosan duduk rumah. Lusa dah nak balik,” ajaknya.

“Betul juga. Akak pun bosan. Abang kerja. Umi pula busy dengan aktivitinya,” balas Saleha sambil berdiri.

“Akak bersiap dulu,” katanya sebelum berlalu ke biliknya. Mulqish hanya mengangguk.

Why umi?

                                   *****

“Esok kau dah nak balik. Kau jangan risau pasal aku. Aku tahulah nak selesaikan masalah aku,” kata Hana sambil tersenyum memandang wajah gadis itu. Dayana menarik nafas berat.

“Bila Hafiz nak beritahu mama dan papa kau?” soalnya ingin tahu.

“Minggu depan,” balas Hana dengan senyuman. Dayana mengangguk faham.

“Yana, aku nak sentuh sikit pasal Yusuf,” kata Hana. Terangkat kening Dayana memandang gadis itu.

“Pasal apa?” soalnya.

“Aku minta maaf kalau dulu aku dah jadi penghalang korang berdua. Bukan aku tak tahu kau suka Yusuf. Cuma aku yang pentingkan diri sendiri,” kata Hana dengan perasaan bersalah. Walaupun itu cerita lama namun dia tetap rasa bersalah kerana menjadi salah satu sebab mengapa Dayana mula menjauhkan diri daripada Yusuf.

“Cerita lama Hana. Aku tak suka nak ungkit. Lagipun dua hari lepas aku dah jumpa Yusuf,” balas Dayana dengan senyuman.

“So, macam mana?” soal Hana ingin tahu.

“Aku tak tahu. Masih tengah fikirkan jawapan untuk Yusuf,” balas Dayana perlahan.

“Maksud kau, dia dah mengaku sayangkan kau?” soal Hana yang agak keliru dengan kata-kata gadis itu. Dayana mengangguk.

“Kau pula tak tahu nak jawab apa?” soal Hana lagi yang jelas tidak puas hati. Dayana mengangguk lagi. Hana menggelengkan kepalanya.

“Memang kat sini nampak yang kau lepaskan peluang tu. Tapi bila fikirkan semula, dah lama korang tak jumpa. Mungkin kau dah tak ada perasaan tu,” katanya separuh meneka.

“Entahlah Hana. Aku pun keliru,” balas Dayana perlahan.

“Atau ada seseorang yang dah buat kau keliru? Siapa orang tu?” soal Hana cuba untuk meneka. Dayana terdiam. Hana mengangguk mula faham.

“Tak apalah. Next time kalau kau dah ready, jangan lupa call aku,” katanya dengan senyuman. Dayana ikut tersenyum.

“Thanks Hana,” ucapnya.

                                   *****

“Jaga diri Effa,” pesan Datin Hasma. Effa mengangguk dengan senyuman.


“Mama dan papa pun jaga diri. Jangan buat Effa risau. Papa tu kena stay kat rumah kalau tak busy sangat kat office,” pesannya. Datuk Hakim tergelak.

“Baiklah anak papa. Jangan fikirkan sangat pasal Mud lagi,” pesannya pula. Effa hanya tersenyum.

“Kalau ada apa-apa, Effa kena call mama dan papa. Jangan simpan seorang diri,” celah Datin Hasma pula.

“Baik mama,” balas Effa. Dia memeluk kedua-dua orang tuanya itu.

“Effa pergi dulu,” kata Effa sebelum berlalu. Datuk Hakim dan Datin Hasma hanya memandang langkah gadis itu.

“Abang boleh nampak. Effa tu masih sayang pada Mud,” kata Datuk Hakim.

“Biarlah bang. Kita doakan yang terbaik,” balas Datin Hasma. Datuk Hakim mengangguk setuju.

“Jom,” ajaknya. Datin Hasma menurut langkah suaminya meninggalkan lapangan terbang. Sejujurnya dia agak berat hati untuk berpisah dengan Effa. Namun dia kena akur gadis itu pergi untuk masa depannya.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.