Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
230,532
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 15

SANDIWARA CINTA (BAB 15)

“Dengarlah dulu abang nak cakap ni..,” pujuk Ezzat Iskandar. Dari dulu dia tahu, isterinya ini menyintainya. Dia saja yang tidak menghargainya. Atau pun dia sebenarnya sudah jatuh cinta kepada Iman Amani sejak mereka bertemu dulu. Cuma dia yang tidak sedar, dan yang lebih teruk apabila dia terperangkap dalam permainan si Badrol yang tak guna itu.

“Nak cakap apa lagi, ingatkan abang betul-betul nak berubah untuk Iman, tapi abang tak berubah pun. Peluang abang dah tak ada lah kali ini,” kata Iman Amani. Akhirnya muncul juga panggilan abang itu dari mulutnya. Sebelum ini asyik awak, awak saja. Ezzat Iskandar yang membahasakan dirinya abang kepada Iman Amani.

“Abang dah dapat lah peluang itu, jadi abang dah tak kisah!” balas Ezzat Iskandar. Sudah terbukti hati Iman Amani terbakar dengan rancangannya baru-baru ini.

“Huh..,”

“Jom lah, jumpa tetamu dulu, dia orang dah sampai tu. Tak payah lah ke mana-mana, abang tetap di sisi Iman!” sambung Ezzat Iskandar sambil menarik tangan isterinya keluar dari bilik.

Ezzat Iskandar memperkenalkan Iman Amani kepada keluarga Tiara, ibu bapa Tiara dan suami Tiara. Kebetulan Tan Sri Hisham dan Puan Sri Nazimah turut hadir.

Rupanya bukan saja Iman Amani yang salah sangka tetapi mama juga turut salah sangka. Ezzat Iskandar dan Tiara tidak pernah ada apa-apa hubungan pun. Cuma Ezzat Iskandar menganggap Tiara itu seperti seorang adik saja. Tidak lebih daripada itu. Memang hubungan mereka rapat dan mesra, tetapi tiada hubungan cinta pun. Hanya kasih seorang abang terhadap adiknya saja.

“Kau dekat Iman nak lari, baru kau terus terang, sedangkan mama pun dah salah anggap dekat kau!” ujar mama, selepas semua tetamu sudah berangkat pulang.

“Saya kenal seorang perempuan saja dalam hidup saya, mama. Iman Amani nie lah. Abang mengaku depan semua orang hari ini, memang mula-mula abang ingat abang hanya mainkan perasaan Iman, tetapi lama-kelamaan baru lah abang sedar, Iman saja dalam hati abang!” jelas Ezzat Iskandar sambil merangkul bahu isterinya.

“Mama, nak percaya ke tak?” gurau Iman Amani. Selepas Badrol mengecewakan hati ku, dia lah yang datang merawat luka yang ditinggalkan. Memang aku sayangkan dia, tetapi bila terdengar perbualan yang menyakitkan itu hatiku retak kerana harapanku telah musnah.

“Sudah lah, buat mama sakit jantung, sakit hati dengan permainan sandiwara cinta kau orang berdua. Restu keluarga yang penting, tak payah lah asyik mainkan perasaan masing-masing saja. Ini dah dekat setahun kau orang kahwin, apa pun tak ada lagi ke?” ujar mama sambil memegang pipi menantu kesayangannya.

“Ha ha ha..,” nak dapat apanya, tidur pun bilik asing-asing. Nak dekat pun orang tak beri.

“Abang dah banyak mainkan perasaan Iman lah!” kata Iman Amani. Mama dan papa sudah pulang. Tinggal kami berdua saja.

“Sorry, abang bodoh sikit waktu tu..,” akui Ezzat Iskandar. Mujurlah ada mama, ada papa, kalau tidak, entah lah nak jadi apa dengan aku. Sedangkan hari-hari perlu melihat Iman di hadapan mata.

“Sekarang abang pandai lah..,”

“Dah lah, pergi kemas balik barang dalam bilik tu!” suruh Ezzat Iskandar.

Mengemas ala kadar saja, selesai solat isyak, sedangkan waktu itu sudah pukul sebelas malam, dia terus merebahkan dirinya, fikir tentang kehidupan yang dia lalui dan masa depannya. Terus dia bangun semula dan menuju ke bilik suaminya. Ditolak pintu yang tidak berkunci, lalu dia melihat suaminya sedang terlena. Didekati Ezzat Iskandar, lalu dia tidur di sebelah Ezzat Iskandar. Lengan kanan suaminya diambil lalu dia meletakkan kepalanya. Ezzat Iskandar merangkul pinggang Iman Amani dengan erat. Rapat!

“Mana duit mas kahwin yang abang berikan kepada Iman?” mas kahwin tu yang yang wajibkan?

“Tu dalam laci,”

“Duit hantaran??”

“Cek ada sekali dengan duit mas kahwin lah!”

“Cincin?””

“Mana jari?” soal Ezzat Iskandar. Iman Amani menunjukkan jari manisnya ke arah suaminya. Ezzat Iskandar menarik cincin kepunyaan isterinya yang dia pakai di jari kelinkingnya lalu disarungkan ke jari manis Iman Amani. Sebuah kucupan singgah di dahi Iman Amani.

“Abang pakai cincin Iman?” tanya Iman Amani, tak ada orang buat macam dia lah.

“Pakailah, tak dapat Iman, dapat cincin pun jadilah!”

“Nie orang datang serah diri nih!” ujarnya jujur. Ezzat Iskandar merenung anak mata isterinya.

“Betul??” soal Ezzat Iskandar. Iman Amani mengangguk saja. Ezzat Iskandar tersenyum senang hati.

Selepas ini jangan lah ada apa-apa lagi antara kami, tak larat nak menanggungnya.

“Nak minta satu lagi,” kata Ezzat Iskandar ketika mereka makan tengah hari bersama di pejabat.

“Dah beri dah semalam!” aku nak pergi guna duit mas kahwin tu petang nanti. Tak boleh nak simpan lagi.

“Yang tu kena bagi lah, dah wajib pun!”

‘Habis tu?”

“Mama nak suruh kita menetap dengan dia sampai bila-bila..,”

“Haa????”

“Siap suruh jadi menantu kesayangan mama kan? Jadi mama nak Iman menetap dengan dia terus!”

“Tak best lah macam ni?”

“Abang dah cakap mcm-mcm tapi mama tetap dengan keputusannya, sebab abang-abang yang lain semua tinggal jauh. Di rumah tak ada orang lah. Lagi pun abang tinggal dengan mama sejak dari dulu lagi!” jelas Ezzat Iskandar, dulu masa kami tidur berasingan aku memang lah tak mahu mama tahu, sekarang dah selesai masalah itu, jadi kena ikut permintaan mama lah, sebab hari-hari mama bising. Kasihan juga kat mama.

Kena biasakan diri tinggal dengan mama lah ni. Aku tak boleh lah tinggal di rumah mewah tu. Kekok!

“Petang ni kita balik terus ke rumah mama,”

“Nak tinggal di rumah sendiri..,”

“Pergi cakap sendiri dengan mama petang nanti!”

“Abang cakap lah!”

“Cakap dah, mama tetap tak mengalah,”

Rupanya mata Iman Amani sama dengan mata adik Ezzat. Muka pun ada iras-iras nak sama, sebab tu mama sayang sangat kat Iman Amani. Malah dah macam anak sendiri pun. Dia lah menantu tu bukan macam anak sendiri ke?

“Mama nie sejak ada Iman saja boleh senyum, boleh happy, dulu Iman tak datang, mama bukan banyak bercakap pun!” kata Tan Sri Hisham. Nurhuda meninggal ketika berusia 15 tahun, sejak dari itu hidup Puan Sri Nazimah sunyi sepi.

“Abang tengok tak sama pun dengan Huda tu. Huda tu jenis lemah lembut, tak lawan cakap, Iman nie garang sangat!” mujurlah dia sedar aku tak sama pun dengan adik kandung dia tu.

“Tinggal di sini, temankan mama kamu di sini!” pujuk papa pula. Terus keluar, sebab mama sedang menunggu di luar. Nak keluar makan kenduri di rumah kawan katanya.

“Kena jadi menantu mithali lah jawabnya selepas ini!” ujar Iman Amani. Dah tak boleh mengelak. Hubungan kami sampai sekarang pun sebab mama jugak. Kalau tidak??? Entah lah nak jadi apa.

“Kena jadi isteri yang solehah juga kat abang. Kasihan abang nie, dah dekat setahun baru dapat..,”

“Abang yang mulakan dulu kan. Siapa suruh abang berpakat dengan Badrol. Iman sejak dari dulu memang sayang kat abang pun, tapi abang saja yang tak boleh nak menilai..,”

“Ungkit tu!”

“Peringatan lah bukan ungkit pun!”

“Abang pun tak nak tinggal dengan mama lah, tapi ini permintaan mama, jadi sebagai anak, kita kena tunaikan!”

Susah kahwin dengan anak bongsu, semua kena ikut mama!

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.