“MACAM mana
awak kenal dengan saya?” tanya Qaira, berkerut dahi.
“Saya
cam wajah awak masa awak larikan diri daripada seseorang hari tu,” jawab Ikhwan
lalu tersenyum.
“Oh,
lupa pulak. Masa tu saya berlindung dekat Hadif.”
Ikhwan
sekadar tersenyum.
“Awak
dari mana?”
“Baru
lepas jumpa dengan Hadif.”
Qaira
mengangguk dan tersenyum.
“Hadif
dah cerita semuanya pada saya. Awak dan dia…”
“Cerita?
Alamak!”
“Kenapa?”
“Malu!”
Ikhwan
yang mendengar ketawa.
“Dah
berapa lama awak berkawan dengan dia?” tanya Qaira sekadar ingin tahu.
“Sejak
dari semester pertama di UM,” jawab Ikhwan, ramah.
“Satu
universiti. Kiranya lama juga la. Kalau awak sebaya dengan dia, tentu umur awak
dalam 27 tahun. Betul tak?”
“Ya,
betul!”
“Dia
tu berlagak bagus.”
Tergelak
Ikhwan mendengarnya.
“By the way. Apa yang dia suka dengan
yang tak suka?”
“Awak
nak siasat tentang dia ke?”
“Tak
adalah sangat. Sikit-sikit tu adalah.”
“Awak
tak tanya dia?”
“Tanya
dia? Huh! Baik tak payah. Tak pasal-pasal, saya yang kena balik.”
Ikhwan
ketawa kecil. Kepala menggeleng perlahan.
“Loyar
buruk pun ada juga.”
“Hadif
tak macam tu sebelum ni.”
“Maksud
awak?”
“Apa
yang berlaku di sekeliling menyebabkan dia berubah.”
Qaira
tidak membalas dan hanya mendengar.
“Tapi
saya suka dengan perubahan Hadif. Sekurang-kurangnya dia tak fikirkan masalah
lalu.”
“Masalah?
Masalah apa?”
“Awak
akan tahu nanti.”
Qaira
hanya tersenyum. Ada baiknya dia tidak bertanya lagi. Pasti Ikhwan tidak sudi
bercerita. Lagipun, dia dan Hadif dalam proses mengenali. Lambat laun, dia akan
mengetahui tentang Hadif.
Setelah
sejam berbual, Ihwan meminta diri untuk beredar. Qaira turut sama meninggalkan
restoran itu. Apa yang diperkatakan oleh Ikhwan ada benarnya juga. Jodoh dan
maut di tangan Allah. Kalau dah tercatat di Luh Mahfuz yang dia dan Hadif
berjodoh, walau apa pun rintangan, pasti akan terjadi.
Nafas
ditarik dan melepaskannya ringan. Peribadi Ikhwan mengingatkan dia kepada
seseorang. Siapa? Rasa tenang ketika berbual bersama Ikhwan. Pemuda itu sering
melontarkan kata-kata nasihat. Beruntung Hadif mempunyai sahabat baik seperti
Ikhwan. Saling mengingati antara satu sama lain.
“Asfan!”
Terpacul
nama itu daripada bibirnya dengan tiba-tiba. Serta-merta langkahnya mati.
“BANYAK lagi
ke pages yang kau kena siapkan?”
tanya Lija, prihatin.
“Aku
target dalam 500 pages. Sekarang dah masuk 400 lebih,” jawab Qaira, perlahan.
“Due date?”
“Lagi
sebulan.”
Lija
mengangguk faham.
“Aku
terkenangkan seseorang.”
“Seseorang?
Siapa?”
“Asfan!”
“Asfan?
Mamat yang duduk setaman dengan kau tu ke?”
Qaira
mengangguk perlahan.
“Kenapa
tiba-tiba kau kenangkan dia?”
“Bila
aku berbual dengan Ikhwan, seperti aku berbual dengan Asfan. Kata-kata Ikhwan
penuh dengan kata-kata nasihat. Sama seperti Asfan.”
“Ikhwan?
Siapa Ikhwan?” Lija berkerut dahi.
“Kawan
Hadif,” balas Qaira bingkas bangun dari duduk.
Lija
hanya memandang. Otaknya cuba mengingati gerangan yang dimaksudkan oleh Qaira
itu. Adakah lelaki yang bersama dengan Hadif itu ialah Ikhwan?
“Bila
kau berbual dengan dia?”
“Siang
tadi.”
“Oh!”
balas Lija, sepatah. Dia terangguk-angguk.
“Ibu
aku nak kenalkan aku dengan calon dia. Anak jiran kita orang dulu sewaktu
tinggal di Ampang,” cerita Qaira, malas.
“Habis
tu? Kau nak berkenalan dengan calon ibu kau tu ke?” Lija sekadar bertanya.
“Entahlah!
Aku dah letih nak fikir pasal jodoh. Aku berserah kepada Allah saja.”
“Kau
cuba la buat kali yang terakhir. Mana la tahukan hati kau berkenan dengan calon
tu,” cadang Lija seraya menghampiri Qaira di muka pintu rumah.
Qaira
tidak membalas.
“Kalau
kau tak nak terima calon ibu kau tu, kau ikutlah perancangan Hadif.”
“Perancangan
Hadif? Tak nak aku.”
“Habis
tu?”
“Tak
nak aku mamat tu jadi suami aku. Macam orang tak betul pun ada juga.”
“Kau
ni, Aira. Tak baik mengata orang,” tegur Lija kurang senang.
“Betullah!
Kau nak tahu apa yang dia ugut aku kalau aku tak ikut rancangan dia?”
“Apa
dia?”
“Dia
nak heboh pasal aku kat media sosial dan surat khabar.”
“Heboh?
Heboh pasal apa?”
“Yang
aku ni daftarkan diri kat laman web My Jodoh. Then, nak beritahu satu Malaysia yang ‘Novelis Tia Alisya terdesak
nak berkahwin’. Ada ke patut tajuk tu yang dia cadangkan? Letaklah ‘Novelis Tia
Alisya bakal keluar dengan novel baharu’ ke. ‘Novelis Tia Alisya semakin
dikenali di kalangan pembaca-pembaca novel’ ke. Barulah sedap sikit dengarnya.
Ini tidak, tajuk sengal tu jugak yang
dia cadangkan,” terang Qaira lebih kepada bebelan. Dengusan kasar terlepas
daripada bibir.
Tergelak
besar Lija mendengarnya. Tidak menyangka sampai begitu sekali ugutan Hadif terhadap
Qaira sekiranya gadis itu menolak rancangan mereka.
“Huh!
Kau pun nak kena sekeh macam dia juga
ke?” bengang Qaira.
Lija
tidak mengendahkannya. Dia masih lagi ketawa.
“Dahlah!
Aku nak sambung taip,” rengus Qaira kemudian.
Deringan
telefon bimbit mematikan ketawa Lija. Dihalakan mata ke arah telefon bimbit
Qaira yang berbunyi.
“Siapa
pulak yang kacau aku tengah bersemangat nak menaip ni?” rungut Qaira, keras.
“Hadif
Asyraf!” tebak Lija lalu tersenyum makna.
Qaira
tidak membalas. Ditatap nama di skrin telefon. Nama Hadif tertera di situ.
“Betul
tak?” tanya Lija sambil mengangkat kening.
“Kau
pergi buat kerja kau la Lija. Sibuk saja kat sini!” tegur Qaira bernada geram.
Lija
ketawa besar. Tanpa membalas, dia beredar dari ruang tamu menuju ke bilik.
“Dia
nak ajak kau dating la tu,” laung
Lija sebelum masuk ke dalam bilik.
“Lija!”
tegur Qaira sedikit meninggi tatkala suara ketawa Lija menyapa halwa telinga.
Dia mengeluh seketika. Butang hijau ditekan lalu dilekapkan ke telinga.
“Ada
apa?” tanya Qaira bernada serius.
“Hai,
belum habis menopause lagi ke?” tanya
Hadif lalu ketawa kecil.
Qaira
menggigit bibir. Geram!
“Senggugut
ke?” Hadif masih lagi bertanya. Sengaja mengusik gadis itu.
“Awak
nak apa Hadif Asyraf?” Qaira bertanya dalam nada geram.
“Dating!”
“Dating? Siapa yang nak dating dengan awak?”
“Qaira
Nur Imani Binti Qamil!”
“Tak
ingin saya nak dating dengan awak.
Bukan best pun.”
“Kalau
kau tak keluar sekarang aku jerit satu taman ni.”
Qaira
berkerut dahi. Keluar? Apa maksud Hadif?
“Aku
dah call kau siang tadi, kan?”
Qaira
mengerahkan otaknya buat seketika. Cuba mengingati panggilan telefon Hadif.
Keluhan dilepaskan tatkala mengingatinya.
“Aku
bagi masa lima minit. Kalau kau tak keluar sekarang, aku jerit satu taman ni.
Malu kau nanti,” ugut Hadif dari hujung talian.
“Saya
tak nak keluar dengan awak!” tegas Qaira lalu mematikan talian. Dia mencapai
tetikus dan meneruskan kerja yang tertangguh.
“Dia
ingat aku takut dengan ugutan dia tu. Boleh blah
la!” cebik Qaira, meluat.
“Aira,
bunyi apa kat luar tu?” tanya Lija, tiba-tiba.
Qaira
terkejut dan menoleh ke belakang. Lija sedang berdiri di muka pintu bilik.
“Bunyi
apa kat luar tu?” soal Lija lagi.
“Bunyi
apa?” tanya Qaira kurang faham.
Matanya
memandang langkah Lija yang sedang menuju ke pintu rumah. Telinganya disapa
dengan bunyi hon kereta dan suara orang menjerit. Siapa yang menjerit? Siapa
yang membunyikan hon kereta?
Tanpa
berlengah, dia bangun dari duduk menuju ke muka pintu rumah. Alangkah terkejut
tatkala melihat kelibat yang berada di luar pagar rumah.
“Hadif
Asyraf!” sebut Qaira, menekan sambil mengepal tangan.
HADIF
mengerling ke wajah Qaira buat seketika. Kelat wajah itu ketika ini. Kemudian,
dia ketawa tatkala mengingati tingkah lakunya sejam yang lepas dengan
membunyikan hon kereta dan menjerit memanggil nama Qaira. Adakah dia sudah
gila?
“Yang
awak gelak seorang-seorang tu kenapa? Dah gila ke?” tegur Qaira, pelik.
“Saja
nak gelak. Tak boleh ke? Kena bayar ke?” balas Hadif seraya memandang ke wajah
Qaira.
“Gila!”
kutuk Qaira.
“Gila…
gila pun, bakal suami kau juga, kan?” Hadif berkata selamba.
“Eee…
tolonglah. Siapa entah nak kahwin dengan dia?”
“Bukan
Qaira Nur Imani ke?” Hadif mengusik.
“Jangan
nak perasan!” cebik Qaira, meluat.
Hadif
ketawa mendengarnya.
“Saya
dah ada calon lain. Ibu saya dah tolong carikan untuk saya.”
Hadif
tidak membalas.
“So, kita batalkan rancangan kita. Mulai
esok kita tak kenal antara satu sama lain.”
Hadif
masih lagi membisu. Dia mematikan enjin kereta sebaik sahaja tiba di tempat
yang dituju. Setelah itu, dia menapak keluar dari dalam kereta dan melangkah
menuju ke restoran. Tidak diendahkan Qaira yang masih berada di dalam kereta.
“Hisyy…
mamat ni. Dengar ke tidak apa yang aku cakap tadi tu? Apasal dia senyap saja?”
kata Qaira sendirian.
Perlahan-lahan
daun pintu ditolak dan keluar dari dalam perut kereta. Dikemaskan penampilan
sambil melepaskan nafas ringan.
“Tak
gentleman langsung la dia tu,” bebel
Qaira pula. Dibawa langkah menuju ke restoran. Diperhatikan Hadif dari
belakang.
“Boleh
tahan!” puji Qaira lalu tersenyum. Langkahnya mengekori langkah Hadif. Otaknya
sedang ligat berfikir.
“Dari
belakang, nampak macam Hafizi. Dari segi tubuh badan, lebih kurang Zahrin. Dia
tu boleh tahan handsome juga. Macam
Aeril yang aku gambarkan dalam My Best
Husband!” Qaira berkata sendirian.
Terbayang-bayang
penampilan dan karektor kesemua hero dalam novelnya. Tersenyum dia memikirkan
tentang itu.
“Aduh!”
rengek Qaira kemudian. Diusap dahi yang terasa sakit.
“Masa
berjalan jangan nak mengelamun. Kan dah kena!”
“Suka
hati oranglah nak mengelamun ke apa.”
“Kau
ni degil juga orangnya.”
Qaira
masih mengusap dahi. Tajam matanya ke wajah selamba Hadif.
“Sakit
ke?” tanya Hadif tatkala melihat tingkah laku Qaira.
“Sakitlah!
Suka hati saja nak pukul dahi orang,” rungut Qaira bernada geram.
Hadif
ketawa. Wajah berkerut Qaira ditatap mesra.
“Amboi…
suka sangat gelakkan orang. Tendang kaki tu baru tahu.”
“Cubalah
tendang. Tak sedar yang kaki tu pendek,” kutuk Hadif, selamba.
“Apa?
Kaki pendek awak cakap?”
Hadif
tidak membalas. Dia beredar dari situ sambil ketawa. Geli hati melihat tingkah
laku Qaira. Suka mengusik Qaira. Gadis itu tampak comel apabila marah.
“Mamat
ni memang nak kena. Suka hati saja nak kritik aku.”
Dia
menyambung langkah dan cuba untuk menyaingi langkah Hadif. Ikutkan hati tadi,
dah lama kaki lelaki itu ditendang. Melepaskan kemarahan di hati.
“UNTUK
kau!” ujar Hadif.
Sebuah
beg kertas diserahkan kepada Qaira dan dibalas oleh gadis itu. Barang yang
dibeli di salah sebuah gerai berhampiran restoran ketika Qaira ke ladies tadi.
“Sebagai
tanda mintak maaf daripada aku,” sambung Hadif.
“Mintak
maaf?” ulang Qaira.
Hadif
hanya memandang.
“Hadif
Asyraf mintak maaf dengan Qaira Nur Imani?” tanya Qaira pula kurang percaya.
Diintai beg kertas buat seketika.
“Kau
ingat aku ni teruk sangat ke?”
“Awak
ingat?”
“Kau
tak kenal dengan aku lagi. Kalau kau dah kenal, baru kau nilai aku macam mana
orangnya. Aku boleh jadi lebih bagus daripada hero-hero kau tu semua.”
“Kenapa
awak nak kaitkan dengan hero-hero saya?”
“Sebab
aku tahu, kau tentu idamkan seorang suami yang hampir sama dengan hero ciptaan
kau. Aku rasa bukan kau saja yang macam tu. Mungkin penulis-penulis lain pun
macam tu juga. Sedangkan pembaca-pembaca novel di luar sana boleh mengidamkan
hero atau heroin ciptaan penulis-penulis kesayangan mereka, inikan pula
penulis-penulis novel itu sendiri,” hujah Hadif, panjang lebar.
“Wow!
Boleh tahan juga awak ni. Saya ingatkan awak ni seorang yang kolot,” balas
Qaira berserta kutukan buat Hadif.
“Kolot?”
ulang Hadif, berkerut dahi.
“Selamat
malam!” ucap Qaira, laju.
Tanpa
menunggu, dia segera melangkah beredar dari situ. Khuatir akan kemarahan Hadif.
Marah? Lelaki itu tidak pernah mempamerkan kemarahan.
“Wait!” arah Hadif seraya menarik lengan
Qaira.
Termati
langkah Qaira dek kerana tarikan itu. Dihalakan mata ke wajah Hadif.
“Aku
nak kau tolak calon ibu kau tu. Aku janji akan cuba jadi yang terbaik untuk
kau,” kata Hadif bernada harapan.
Qaira
berkerut dahi. Kurang faham dengan kata-kata Hadif.
“Tapi,
kalau kau nak berkenalan dengan dia, aku tak kisah. Cuma kalau kau nak
berkahwin dengan dia, aku takkan benarkan,” tegas Hadif pula.
“Maksud?”
tanya Qaira.
Hadif
tidak membalas. Dia segera masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari
kawasan perumahan Qaira.
“Tak
romantik langsung mamat tu,” kritik Qaira sambil melangkah masuk ke dalam rumah
sebaik sahaja pintu dibuka.
Namun,
langkahnya terhenti tatkala bunyi mesej masuk dari arah telefon bimbit menyapa
halwa telinga. Lantas, dibuka kotak mesej lalu membacanya.
Aku akan cuba
membahagiakan kau. Kau hak aku selama-lamanya!
“Hak
dia selama-lamanya?” Berkerut dahi Qaira membacanya.