HAJI Saiful
menarik nafas dan melepaskannya ringan. Dia menyandarkan tubuh sambil otaknya
ligat memikirkan sesuatu. Entah apa yang sedang difikirkannya itu dia sendiri
tidak pasti. Adakah Hadif Asyraf yang sedang difikirkannya?
Haji
Saiful bangun dari duduk. Dia menghampiri almari lalu mencapai bingkai gambar
yang berada di atas almari itu. Potret keluarga tersemat di dalam bingkai
tersebut. Matanya menatap wajah Hazleen dan Hadif silih berganti. Buah hati
pengarang jantungnya dan Hajah Halijah selama ini.
Seminit
kemudian, disentuh lembut wajah Hazleen buat seketika. Anak sulungnya yang kini
berada entah di mana. Puas dia mencari namun pencariannya hanya sia-sia.
Anaknya membawa diri entah ke mana. Rasa kesal menghuni di hati ketika ini.
Rasa
kesal yang tidak mungkin hilang begitu sahaja. Disebabkan keputusannya yang
lepas, Hazleen merana dan Hadif menyimpan perasaan benci terhadapnya. Apa juga
keputusan yang dibuat, pasti akan ditentang oleh Hadif. Keputusan dengan
menjodohkan Hazleen dengan anak rakan businessnya
merupakan satu kesilapan besar yang pernah dilakukan selama 53 tahun dia hidup
di bumi Allah.
“LEEN
tak setuju!” tegas Hazleen bernada keras.
“Ayah
tetap dengan keputusan ayah!” tegas Haji Saiful.
“Kalau
Kak Leen tak setuju, ayah tak boleh paksa Kak Leen untuk setuju,” sampuk Hadif.
Membela Hazleen.
“Kamu
jangan nak masuk campur Hadif. Ini antara ayah dengan kakak kamu.”
“Kak
Leen kakak Dif. Sebagai adik, Dif ada hak untuk melindungi Kak Leen.”
“Sudahlah
bang. Kita bincang perkara ni kemudian,” celah Hajah Halijah. Tidak mahu
anak-beranak itu berbalah sesama sendiri.
“Walau
apa pun keputusan ayah, Leen tetap tak setuju. Leen tetap tak nak kahwin dengan
pilihan ayah,” tegas Hazleen lalu beredar dari situ. Dengusan kasar terlepas
daripada bibir.
“Hazleen!
Hazleen!” panggil Haji Saiful. Namun, panggilannya itu tidak bersambut. Hazleen
pergi meninggalkan mereka di ruang tamu itu.
“Ayah
ni terdesak sangat ke sampai nak kahwinkan Kak Leen dengan anak rakan business ayah tu?” Sinis Hadif bertanya.
“Hadif!”
tegur Hajah Halijah. Kurang senang dengan kata-kata Hadif. Sebagai seorang
anak, perlulah menghormati ayah walau apa pun yang berlaku.
“Ayah
tetap dengan keputusan ayah. Ayah ada hak ke atas Hazleen, Hadif Asyraf,” tegas
Haji Saiful lalu beredar dari situ.
Hadif
hanya memandang. Dia mendengus kasar. Melepaskan kemarahan.
“Ayah
buat macam tu ada sebabnya. Kami nak yang terbaik untuk anak-anak kami,” suara
Hajah Halijah turut beredar dari situ.
“TUAN haji!”
tegur Wahida dari arah muka pintu bilik.
Haji
Saiful tersentak. Lamunannya yang panjang berterbangan entah ke mana. Diseka
air mata yang meniti di tubir mata buat seketika. Sejak bila dia menitiskan air
mata, dia sendiri tidak pasti. Adakah kerana Hazleen, dia menitiskan air mata?
“Ada
apa Wahida?” soal Haji Saiful kemudian.
“Kita
ada meeting, tuan haji,” beritahu
Wahida.
Haji
Saiful memandang jam di dinding. Masa sudah merangkak ke pukul 10.00 pagi.
Hampir dia terlupa dengan mesyuarat pengurusan.
“Hampir
saya terlupa, Wahida. Terima kasih kerana mengingatkan saya,” suara Haji Saiful
bernada perlahan.
“Saya
hanya menjalankan tugas tuan haji,” balas Wahida dan keluar dari bilik itu.
Haji
Saiful hanya mengangguk dan tersenyum. Setelah menstabilkan emosi, dia mencapai
telefon bimbit dan melangkah menuju ke bilik mesyuarat.
Hari
ini dia mengadakan mesyuarat bagi membincangkan segala masalah yang dihadapi
oleh syarikat. Tidak lupa juga dengan majlis makan malam tahunan bagi
syarikatnya.
Selamat bekerja sayang. I
miss you!
“WEKKK!!!
Nak termuntah aku baca mesej mamat ni. Gila!” kutuk Qaira, meluat. Dia
mempamerkan riak geli. Telefon bimbit di tangan dicampak ke atas meja.
“Belum
apa-apa lagi dah menggatal,” bebel Qaira pula.
Dia
menyandarkan tubuh sambil pandangannya tertumpu kepada siling putih di bilik
itu. Otaknya sedang ligat berfikir.
“Betul
ke keputusan aku ni?”
Qaira
bersoal sendiri. Ingatannya mengimbas semula perancangan yang telah dibuat.
“Kalau
aku tak setuju, terpaksalah aku berkenalan dengan calon yang seterusnya. Hisy…
tak nak aku.”
Dia
menggeleng laju. Sungguh, dia tidak mahu berjumpa dengan calon-calon suami
daripada ibunya lagi. Cukuplah dengan apa yang dialami selama ini. Seorang demi
seorang calon-calon itu menyusahkan hidupnya.
“Takkan
aku nak kahwin dengan mamat tu?” soal Qaira kepada dirinya sendiri. Dia bangun
dari duduk menuju ke jendela.
“Tak
ada maknanya aku nak kahwin dengan dia. Kenal pun tidak lagi,” jawab Qaira
kepada pertanyaannya yang tadi.
“Habis
tu? Apa aku nak buat?” keluh Qaira selepas itu.
Hanya
dua pilihan sahaja yang dia ada. Bersetuju dengan rancangan Hadif dan berkahwin
dengan pemuda itu atau berkenalan dengan calon suami yang seterusnya.
Keluhan
dilepaskan untuk kesekian kali. Matanya mengerling jam di pergelangan tangan.
Masa sudah menginjak ke pukul 1.00 petang. Ada baiknya dia mengajak Ainul
keluar makan tengah hari bersama daripada memikirkan tentang itu.
Tanpa
menunggu, dia melangkah keluar dari bilik. Perutnya sudah berkeroncong hebat.
Minta diisi. Namun, langkahnya terhenti tatkala telefon bimbitnya berbunyi.
Pantas, matanya menatap nama di skrin. Nama Hadif menyapa mata.
“Ada
apa?” tanya Qaira, malas sebaik sahaja salam bersambut.
“Lain
macam saja bunyi suara kau. Tak suka aku call
kau ke?”
“Awak
nak apa? Saya tak ada masa la nak layan awak.”
“Kau
ni dah nak menopause ke?”
Qaira
berkerut dahi.
“Bulan
merah?”
“Apa
yang awak cakap ni?”
“Selalunya
orang yang marah-marah macam kau ni dah nak menopause.
Datang bulan. Tentu kau datang bulan, kan?” jelas Hadif lalu ketawa kecil.
“Errr…”
Qaira terkedu. Memang dia sedang datang bulan ketika ini.
“Betul,
kan?” tanya Hadif masih ketawa.
“Awak
nak apa?” tanya Qaira bernada serius. Malas melayan Hadif lagi.
“Aku
nak ajak kau dating. Malam nanti aku
ambil kau,” beritahu Hadif.
“Dating?” ulang Qaira tidak faham.
“Kita
kan dalam proses kenal mengenali. So,
kena la selalu dating. Kenapa? Kau
tak suka keluar dating dengan aku ke?
Atau kau takut jatuh cinta dengan kekacakan aku?”
Qaira
yang mendengar terbatuk. Dia mempamerkan riak meluat.
“Tia
Alisya!” panggil Hadif, lembut.
“Saya
ada kerja malam ni. Saya nak siapkan manuskrip saya. Due date dah nak tiba,” beritahu Qaira dan mematikan talian. Nafas
lega dilepaskan.
“Kenapa
aku boleh terjumpa dengan mamat tu?” luah Qaira, geram.
“KENAPA
kau gelak?” tanya Hadif, pelik.
“Aku
confused sekejap,” balas Ikhwan.
“Confused kenapa?”
“Hadif
yang aku kenal sekarang ni dengan Hadif yang aku kenal dahulu.”
Hadif
berkerut dahi. Kurang faham.
“Hadif
yang dulu, jarang tersenyum. Tapi Hadif yang sekarang, terlebih senyum.”
“Jadi
selama ini kau ingat aku susah nak senyum la. Begitu?”
“Bukan
macam tu maksud aku. Sejak kes Hazleen, susah aku nak tengok kau tersenyum.
Kalau ada pun, senyuman paksa.” Ikhwan menjelaskan maksud kata-katanya sebentar
tadi.
Hadif
cuba menerima penjelasan Ikhwan. Sedikit sebanyak ada benarnya.
“Sekarang
ni aku tengok kau ceria. Happy. Sebab
apa?” suara Ikhwan seraya memandang wajah Hadif.
Hadif
menyandarkan tubuh ke kerusi. Dia membalas pandangan Ikhwan.
“Sebab
apa?”
“Tak
ada sebab apa. Aku yang nak berubah. Lagipun, buat apa aku nak kenangkan
perkara yang dah lepas. Tak boleh ubah apa-apa pun.”
Ikhwan
hanya mendengar.
“Aku
kena ikhlas dengan apa yang terjadi. Takdir Allah, hidup Hazleen macam tu.”
“Baguslah
kalau kau dah fikir macam tu. Yang penting, kita doakan kebahagiaan Hazleen
walau di mana pun dia berada.”
Hadif
mengangguk faham. Nafas dihela ringan.
“Kau
masih nak teruskan rancangan kau tu ke?” tanya Ikhwan sekadar ingin tahu.
“Kenapa?”
tanya Hadif pula.
“Aku
tanya saja.”
“Aku
nak kahwin dengan dia.”
“Kahwin?
Kau biar betul Dif?”
“Aku
dah buat keputusan. Aku nak kahwin dengan dia.”
“Kau
ingat kahwin ni boleh dibuat main-main ke?”
“Aku
serius. Aku nak kahwin dengan dia.” Hadif bertegas untuk kali yang ketiga.
Tersandar
Ikhwan mendengar keputusan Hadif. Kenapa dengan Hadif?
“Aku
rasa aku serasi dengan dia.”
“Dif,
berkahwin bukan hanya disebabkan serasi.”
“Aku
tak nak umi dan ayah aku carikan calon untuk aku.”
“Aku
tahu. Tapi, jangan jadikan alasan dan sebab tu untuk kau berkahwin. Kau
berkahwin kerana terpaksa dan bukannya ikhlas kerana Allah,” tegur Ikhwan
bernada serius.
Hadif
tidak membalas. Dia menunduk memandang gelas minuman sambil jemarinya bermain
dengan straw minuman.
“Maksud
perkahwinan itu ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan
hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan
tanggungjawab. Dalam erti kata yang lain, suatu akad yang menghalalkan
persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan
dan sebagainya.”
“Di
dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan
perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia
sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya. Kau boleh rujuk sendiri dengan apa
yang aku cakapkan ni,” terang Ikhwan, panjang lebar. Matanya memandang wajah
Hadif.
“Sekurang-kurangnya
kami dapat mengelak daripada maksiat dan fitnah,” ujar Hadif seraya mengangkat
wajah.
“Ya,
betul. Kau dan dia boleh hindari daripada maksiat dan fitnah. Kalau perkahwinan
tu atas dasar paksaan, tak mustahil perkara yang tidak diingini akan berlaku.”
Hadif
termati kata-kata. Air minuman diteguk perlahan.
“Kau
dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Kau dah bersedia
nak jadi imam kepada dia?” soal Ikhwan sekadar ingin tahu.
“Aku….”
“Aku
cuma nasihatkan kau saja. Terpulang pada kau nak terima ataupun tidak. Lagipun,
itu masa depan kau. Hak kau. Kalau kau dah bersedia dari segi rohani dan
jasmani. Bersedia nak jadi imam dalam keluarga kau. Bersedia nak bimbing dia ke
arah yang diredai Allah, aku tak ada halangan. Aku akan sokong kau sebagai
seorang kawan rapat,” kata Ikhwan lagi. Senyuman menghiasi bibir.
Bukannya
dia tidak sokong. Hadif perlu memikirkan dari segala aspek. Cukupkan ilmu di
dada sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Hadif
hanya membisu. Ada benarnya kata-kata Ikhwan itu. Ada baiknya dia mengenali
Qaira lebih mendalam serta mendalami ilmu agama dan perkahwinan. Mungkin dari
situ, dia dapat membuat keputusan sama ada untuk meneruskan rancangan perkahwinan
mereka ataupun tidak.
“Aku
sedar yang aku terburu-buru dalam membuat keputusan,” akui Hadif, perlahan.
“Aku
tahu, Dif. Kau belum ikhlas menerima takdir yang telah Allah tetapkan terhadap
Hazleen. Kau masih menyimpan rasa kecewa terhadap ayah kau.”
Hadif
menunduk. Itulah hakikat yang sebenar. Dia masih belum ikhlas memaafkan
kesalahan Haji Saiful. Masih menyimpan perasaan kecewa. Walaupun di mulut dia
mengatakan ikhlas tetapi di hati. Sukar untuk mengikhlaskan sekali gus
memaafkan.
“Setiap
dari kita dah ditetapkan pasangan masing-masing. Jodoh itu rahsia Allah dan
kita tak tahu siapa jodoh kita. Ada orang tu, bercinta bagai nak rak. Belum
tentu mereka akan berkahwin di pengakhirannya. Hanya Allah yang tahu semua tu,
Dif.”
Hadif
sekadar mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata Ikhwan.
“Kalau
dah tertulis di Luh Mahfuz yang kau dan dia berjodoh, walau macam mana halangan
sekalipun, kau dan dia tetap akan bersatu dan bersama. Percayalah cakap aku,
Dif.”
“Aku
percaya Wan,” balas Hadif lalu tersenyum.
Percaya!
Ya dia percaya dengan kata-kata Ikhwan. Kawannya seorang yang rajin membaca dan
mentelaah ilmu-ilmu agama. Jika nak dibandingkan dia dengan Ikhwan, bagai
langit dengan bumi. Ikhwan memiliki peribadi yang baik. Ilmu yang tinggi. Dia
seorang yang cetek ilmu terutama sekali dalam soal agama.
Rasa
kerdil bila berhadapan dengan Ikhwan. Tidak mustahil Ikhwan boleh menerima
jodoh yang telah ditetapkan oleh keluarganya. Hanya ucapan terima kasih yang
mampu diberikan kepada Ikhwan atas segala-galanya.
“AIRA
tak nak la ibu,” tegas Qaira.
“Ibu
tetap nak Aira berkenalan dengan dia,” tegas Puan Noraini dari hujung talian.
Qaira
mengeluh berat. Dia menghentikan langkah dan duduk di kerusi yang terdapat di
pasaraya itu.
“Mereka
tu pernah berjiran dengan kita masa di Ampang dulu. Ayah dan ibu dah kenal
dengan mereka,” beritahu Puan Noraini.
“Ayah
dan ibu yang kenal. Bukan Aira,” tukas Qaira, berbisik.
“Masa
tu Aira kecik lagi. Bila Aira umur lapan tahun, mereka berpindah ke tempat
lain. Tak lama lepas tu, kita pulak berpindah ke Shah Alam. Dia sebaya dengan
Aira.”
Qaira
hanya mendengar. Tidak berniat untuk membalas.
“Aira
kenal dulu dengan dia. Kemudian, Aira buat keputusan. Ibu janji, lepas calon
ni, ibu takkan kenalkan Aira dengan mana-mana calon lagi,” janji Puan Noraini.
Qaira
mengeluh untuk kesekian kali.
“Aira!”
panggil Puan Noraini.
“Ya,
ibu. Aira ada ni,” balas Qaira, lemah.
“Setuju
tak?” tanya Puan Noraini, lembut.
“Kalau
Aira tak setuju?” Qaira sekadar bertanya.
“Aira
kenal dulu. Bila dah kenal, Aira buat keputusan.”
“Kalau
keputusan Aira tu ibu tak setuju macam mana?”
Puan
Noraini menghela nafas ringan.
“Kalau
Aira dah ada pilihan sendiri macam mana?”
“Pilihan
sendiri? Siapa?” soal Puan Noraini sedikit terkejut.
“Kalau.
Kan Aira kata tadi ‘kalau’.”
“Oh,
kalau!”
“Macam
mana ibu?”
“Bawa
jumpa dengan ibu dan ayah.”
Qaira
tidak membalas. Otaknya sedang memikirkan sesuatu.
“Walau
apa pun, ibu tetap nak Aira kenal dengan calon ibu tu.” Puan Noraini berkata
tegas. Masih dengan keputusannya.
“Tapi…”
“Kenal
dulu. Kemudian baru buat keputusan,” tegas Puan Noraini lalu mematikan talian.
Nafas dihela ringan.
Qaira
sedikit tergamam. Keputusan Puan Noraini sukar untuk ditolak. Sudah lapan calon
yang telah diperkenalkan oleh Puan Noraini. Satu pun tidak memikat hatinya. Masuk
kali ini adalah calon yang ke sembilan. Adakah calon yang ke sembilan ini nanti
berjaya memikat hatinya?
“Entahlah!
Aku dah malas nak fikir tentang tu,” keluh Qaira sendirian.
Mungkin
dia perlu memikirkan rancangan Hadif semula. Berkenalan, berkawan, bercinta,
berkahwin dan bahagia. Berkahwin? Hati Qaira mengulangi ayat itu.
“Assalamualaikum!”
tegur seseorang, tiba-tiba.
Qaira
tersentak. Dihalakan mata ke arah suara yang menegur. Serta-merta dia berdiri
lalu memandang wajah di hadapannya itu.