Home Novel Komedi/Romantik Komedi You are my Hero Fatihah !
You are my Hero Fatihah !
NaimTamdjis
13/10/2013 14:01:43
16,629
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Prolog

Bab 1

Johana atau nama sebenarnya Johari Bin Osman Jailani sedang menunggu kawannya di hadapan Pavilion. Johana adalah lelaki yang berpakaian wanita. Malam ini selepas hanya mencuci mata dengan kawan-kawan kerja yang spesisnya dengannya. 2 orang kawannya lagi iaitu Sofia ( nama sebenar Sofian ) dan juga amy ( nama sebenarnya adalah Ahmad Ghani ) masih berada di dalam. Entah apa lagi barang yang hendak dicari. Johana malas melayan keranah mereka berdua dan hanya menunggu di luar sahaja. Tadi masa dekat dalam Pavi Tidak mahu beli… bila nak balik baru hendak beli! Marah Johana di dalam hati. Johana melihat jam di tangan.

“Aduh! Kata hendak tapau McD. Ini dah dekat 20 minit aku tunggu. Manalah diorang ni? Buat Mcd ker?” gomel Johana di dalam hati. Johana membetulkan begnya Gucci tiruannya. Sejak dari tadi beberapa mata memandangnya. Malah ada yang memberi senyuman nakal. Johana hanya membuat tidak tahu sahaja. Dasar lelaki! Marahnya di dalam hati.

Memang Johana berpakaian seperti feminism sedikit malam itu. Dengan rambut panjang paras bahu yang dilepaskan. Muka bujur sirih. Berbaju blouse dan seluar legging warna pink ala-ala Yuna. Wajahnya yang sedikit seperti perempuan menyembunyikan identitinya yang sebenar. Tapi kalau dia bersuara… barulah terdengar ciri-ciri kejantannya. Johari sebenarnya sangat kacak… malah ramai pekerja hotel wanita yang bekerja bersama-samanya terpikat dengannya. Johari pandai menyembunyikan identiti wanitanya semasa bekerja.

Johana bekerja sebagai Chef di Hotel Casa… sebuah hotel 5 bintang milik pelabur Portugal di Jalan Tun Razak. Dia pakar di dalam masakan Portugis. Sejak dari kecil dia telah menunjukkan ciri-ciri kelembutan. Tetapi dia tidak menunjukkan ciri-ciri kewanitaannya semasa di rumah ataupun semasa bekerja. Ayahnya seorang askar memang tegas dan tidak suka dia berwatakan wanita. Malah pernah dilempangnya Johana apabila dia ternampak Johana berjalan patah di dalam rumah.

Johana semakin berani menonjolkan ciri-ciri feminimnya semasa belajar di Uitm. Di Universiti banyak kawan-kawannya terdiri daripada golongan sepertinya. Sejak dari situlah dia mula dipanggil Johana oleh kawan-kawannya. Tetapi Johana tidak pernah memakan hormone mahupun melakukan pembedahan untuk menukar 100% kepada wanita sepertimana yang kawan-kawannya yang lain buat. Johana masih lagi tahu hokum hakam. Dia tidak akan sekali kali mengubah ciptaan Allah. Cuma sikap kelembutannya sahaja yang susah untuk dikikis.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sejak dari tadi perlakuan Johana diperhatikan oleh seorang pemuda kurus kering yang berdiri jauh daripada Johana. Pemuda tersebut menbuang selamba rokoknya yang hampir habis di lantai lantas mengambil telefon tangannya.

“Mat… sedia. Aku dah dapat ikan” pemuda tersebut tersenyum sambil pandanganya terarah kepada beg Gucci Johana.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Inspektor Fatihah menunggu di hadapan Pavilion. Hari ini dia berpakaian preman kerana sedang menyiasat s kes ragut yang selalu terjadi di sekitar jalan Bukit Bintang ini. Bersama dengannya Lans Koperal Ishak yang telah meminta kebenaran untuk ke tandas sebentar. Sudah 2 jam dia dan pegawai bawahannya mundar mandir di sekitar Jalan Bukit Bintang. Fatiha perasaan akan kehadiran Johana. Cantiknya wanita yang ada dihadapannya ini… mungkin sedang menunggu kekasihnya. Bisik Fatihah di dalam hatinya. Fatihah melihat dirinya… hanya berseluar Jeans, bertopi dan juga berbaju kemeja. Rambut pula pendek… fesyen yang memudahkan dia menjalankan tugasnya. Malah emaknya pernah mengelengkan kepala apabila melihat penampilan Fatihah semasa terserempak di Jalan TAR dahulu. Semasa itu Fatihah sedang melakukan operasi cegah jenayah dan berpakaian preman.

“Mana pula abang Ishak ni? Tadi kata nak buang air kecil jer. Ini dah dekat 10 minit” keluh Inspektor Fatihah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.