Home Novel Komedi/Romantik Komedi You are my Hero Fatihah !
You are my Hero Fatihah !
NaimTamdjis
13/10/2013 14:01:43
16,628
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

Bab 3

Keesokan harinya Johana terlewat. Pukul 6.30 pagi dia baru bangun. Selepas mandi dan bersiap dengan tergesa-gesa. Johana hari ini memakai baju chefnya… dan memakai kasut. Beliau terus mencapai kunci kereta dan bergegas ke Hotel. Sampai di hotel Casa dalam pukul 7.45 pagi dan terus ke dapur. Masa itu Mr Soldado sedang sibuk mengarahkan pekerjanya yang lain di dapur dengan telonya. Sebaik sahaja nampak Johana.

“Why are you late Jo?” di tempat kerja Johana dipanggil Jo. Mr Soldado segera mendapatkan Johana yang sedang terkulat-kulat mencari jawapan atas kelewatannya.

“Sorry sir. I “ Johana menceritakan bahawa kononnya dia sakit kepala semalaman dan tidak dapat tidur. Dia tidak mahu menceritakan bahawa begnya telah diragut. Dan seperti biasa Mr Soldado akan berleter selama 10 minit. Johana hanya diam sahaja. Selepas itu Mr Soldado mengarahkan dia membuat Balcalhau a minhatau. Salah satu hidangan utama masakan portugis yang berasaskan ikan kod. Johana segera mengambil tempat di sebelah Amira… pembantunya.

“Lambat hari ni encik Jo? Malam tadi dating dengan makwe ker? Tengok midnight?” usik Amira. Johana yang dari tadi memang tiada mood memandang Amira pembantunya dengan pandangan jengkel.

“Tak… malam tadi ada parti. Akukan sosialit macam Paris Hilton” balas Johana marah. Walaupun marah tetapi ada nada kelembutannya.

“Hahahahaahahahahaha. Relakslah chef… macam tak biasa pula kena sembur dengan Mr Soldado. Dia cakap inggeris pun bukan kita paham sangat. Masuk telinga kanan… keluar telinga kiri” Amira cuba memujuk Johana atau Johari.

“Kena sembur betul-betul takpe. Ni siap pakej air liur lagi”

“Hahahahahahahahahaha. Mungkin sebab itu makan dia masak semuanya sedap. Ada perasa tambahan”

“Sebab itu saya geli nak makan masakan dia. Dah… jom mula masak. Kita masak sarapan pagi dahulu. Kemudia baru masak untuk tengahari pula nanti” Amira mengangguk dan mereka berdua mula bekerja.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Inspektor Fatihah bangun lambat lagi. Kali ini pukul 9 pagi baru dia bangun. Malam tadi pukul 4 pagi dia tidur kerana sibuk menyoal siasat penjenayah yang ditangkap semalam kerana meragut. Rupanya penjenayah itu adalah seorang penagih dadah dan baru 3 minggu menjalankan aktiviti jenayah di sekitar Kuala Lumpur. Kawannya telah dikenalpasti dan bila-bila masa sahaja akan dapat ditangkap. Fatihah sampai di pejabat pada pukul 10 pagi. Dia sesenyap mungkin masuk ke biliknya dengan harapan ketuanya ASP Zahar tidak menyedari akan kelewatannya. Sebaik duduk, dia memanggilnya Lans Koperal Ishak ke biliknya.

“Ya tuan. Ada apa?” tanya Lans Koperal Ishak sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Fatihah.

“Duduk abang Ishak” perintah Fatihah. Dia memang memang memanggil Ishak dengan panggil abang sahaja. Sudah hampir setahun Ishak membantunya membateras jenayah dan membuat intipan. Ishak segera duduk berhadapan dengan Fatihah yang sedang leka menyaip di komputer di berhenti dan memandang Ishak.

“Abang datang pejabat pukul berapa?” Ishak hairan dengan soalan yang diutarakan. Dahinya berkerut.

“Pukul 9… seperti biasa. Kenapa?”

“ASP Zahar ada tanya pasal saya?”

“Takde pula. Pagi-pagi lagi ASP sudah pergi Mahkamah. Kenapa?”

“Saya takut ASP tahu saya lambat lagi.” jelas Fatihah.

“Biasalah tu Inspektor. Malam tadikan pukul 3 pagi baru kita balik”

“jadi bagaimana dengan suspek malam tadi” tanya Fatihah terus kepada tujuannya memanggil Ishak.

“Kes bapok tu?” tanya Ishak semula untuk kepastian. Fatihah memandang Ishak

“Saya rasa kamu tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu abang. Walaupun mangsa seorang dua alam… tetapi kita sebagai Polis wajar bertindak professional. Mangsa adalah seorang lelaki. Jadi apa kata panggil dia encik Johari. Boleh?” Fatihah membetulkan orang bawahannya.

“Maafkan saya Cik Inspektor. Baiklah mengenai kes Encik Johari….” Mereka terus berbincang kes Johanah.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Puas. Itulah yang tergambar di wajah Johana. Johana berbangga apabila masakannya dipuji oleh duta negara Portugal terutama masakan ikan kodnya. Tetapi yang menerima pujian lebih tentulah ketua chef, Mr Soldado. Johana masuk semula ke dapur selepas berjumpa dengan duta tersebut.

“Aik chef, tersenyum nampak. Ada awek Portugis minta nombor telefon ker?” usik Amira.

“Eh kamu ni. Bukanlah… saya masakan saya dipuji oleh Mr Ambossador.”

“Owh.” Johana ke tempat mesin air untuk minum air sejuk. Tekaknya haus kerana dari tadi tidak minum air akibat terlalu sibuk melayan permintaan tetamu duta. Semasa meneguk air, telefonnya berbunyi… tanpa melihat pemanggil… Johana menjawab.

“Hi. Johana Here” dengan lenggok suara yang halus tetapi perlahan. Takut didengar oleh kawan sekerjanya. Rahsia perlu menjadi rahsia.

“Hello. Assalaimualaikum. Saya Inspektor Fatihah dari IPK KL” alamak! Inspektor Fatihah. Lantas Johana meletakkan cawan di para dan mula menukar cara percakapannya.

“Ya Inspektor. Waalaikumussalam. Ada apa yang boleh saya tolong?” Johana mengeluarkan suara jantannya.

“Encik kena datang ke IPK petang ini untuk tujuan kawad cam dan beri keterangan kepada pendakwaraya.”

“Orang itu sudah mengaku salah ke cik Fatihah?”

“Sudah. Tapi kita perlukan kawad cam dan rekod percakapan untuk tindakan pendakwaraya.”

“Baiklah” sebaik sahaja meletakkan panggilan. Johana bersiul-siul suka.

“Hmmm… sebagai ucapan terimakasih. Aku nak masak sesuatu yang istimewa” Johana tersenyum dan mendapatkan Amira.

Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.