Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
493,289
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 14

Tengku Atylia masih menunggu kepulangan anak teruna harapannya. Dia tahu Izhan keluar untuk berjumpa Erica Soffea, anak saudaranya sendiri. Hatinya berbunga riang bila mengenangkan Khaleeda Holdings akan menjadi milik keluarganya. Dia amat berharap agar apa yang akan dirancangkan akan menjadi kenyataan. Suaminya Tengku Eddrus, masih lagi di pejabat, mungkin ada perkara yang perlu dilangsaikan. Kadang-kadang Tengku Atylia terfikir apa maksud sebenar bondanya menyerahkan syarikat yang bernilai jutaan ringgit itu kepada budak yang sementah Erica. Ikutkan hatinya ingin dia membawa hal ini ke tengah, tetapi memandangkan nama baik dan darjatnya, dia melupakan hasrat itu. Tengku Atylia tahu dia mesti mengunakan cara lain untuk mendapatkan kembali Khaleeda Holdings. Dia tidak mahu sekadar menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah. Dia mahu menjadi Pengerusi. Dia mahu jawatan yang dipegang oleh Erica Soffea.

Tengku Atylia menjenguk, kelihatan Izhan balik dengan muka yang agak masam.

“Kenapa anak mama ni?” tanya Tengku Atylia kepada anak terunanya.

“Penat,” jawab Izhan dengan ringkas. Dia kemudiannya membalingkan kunci Mercedes-Benz CLS 63 AMG yang baru dibelinya.

“Penat? Selalunya Iz lepas kerja bukan balik ke rumah pun, terus je keluar dating,” kata Tengku Atylia.

“Mama ni, penatlah nak layan perempuan macam Erica. Merengek macam budak-budak,” Izhan merungut.

Come on Iz. Budak macam tu pun Iz tak boleh nak handle? Tak payah nak merungut sangatlah. Ini kan untuk masa depan keluarga kita. Iz nak ke, syarikat nenda tu jatuh kat tangan dia. Betul lah dia anak kakak mama. Tapi kakak mama dah lama meninggal. Sepatutnya nenda bagi syarikat kat Mama. Bukan kat budak mentah macam tu.”

“Hairan kan? Apa niat nenda sebenarnya. Pada hal masa nenda masih ada Erica tu bukannya rapat sangat dengan nenda. Lainlah dengan Farish.”

“Itulah yang Mama risaukan. Bayangkan kalau Erica tu betul-betul jatuh cinta dengan Farish, tak jadi nak bercerai dan serahkan syarikat pada Farish. Habis kita. Sebab tu Mama nak pastikan Erica bercerai dengan Farish dan kahwin dengan Iz. Selepas sah syarikat tu jadi hak milik kita, terserahlah pada Iz nak buat apa.”

“Mama sedar tak tiga tahun lagi tau. Mama nak suruh Iz berkepit dengan budak macam tu selama tiga tahun? Please lah,” marah Izhan.

“Iz Mama tahu, Iz tak berkenan kat dia. Tapi cuba positif. Mungkin Iz boleh ubah dia jadi wanita macam yang Iz inginkan. Mama boleh rasa, dia dah jatuh cinta dengan anak Mama yang hensem ini. Tolonglah Iz, Mama bukan buat untuk diri Mama sahaja. Tapi ini legasi keluarga kita.”

“Okey,” Izhan sekadar menganggukkan kepalanya.

“Satu lagi masalah, Farish dah ada kat sini. Belajar satu kolej dengan Erica,” Izhan memberitahu Mamanya.

“Apa? Farish belajar kat sini? Dia duduk kat mana?”

“Entahlah. Erica terjumpa dia di cafe, tapi belum sempat nak tanya apa-apa sebab Farish pergi macam tu sahaja,” terang Izhan.

Tengku Atylia mendiamkan diri.Namun di benaknya tertanya-tanya dengan apa yang dikatakan oleh anaknya.

“Mama, Mama okey ke?” Tanya Izhan bila dilihatnya Tengku Atylia sekadar mendiamkan diri setelah mendengar dengan apa yang dikatakanya tadi.

“Okey. Tapi buat apa Farish datang belajar kat kolej yang sama denga Erica? Iz tak fikir itu itu pelik ke?”

“Dah lah tu Mama. Tak ada apanya. Mungkin Farish tak tahu pun yang Erica belajar kat situ.”

“Itulah Iz, selalu pandang ringan. Mama tak rasa yang ini semua kebetulan. Ini semua kerja si Amylia tu. Nanti dia,” Tengku Atylia mengambil telefon bimbitnya.

“Mama nak buat apa tu? Nak telefon Mama Lia?”

“Iyalah. Ini semua kerja dia. Dia memang sengaja. Silap-silap dia yang nak dapatkan harta tu, memang dia dah pakat dengan Farish. Dasar anak pungut,”

“Cukuplah tu Mama. Iz tak rasa Mama Lia nak buat macam tu. Tak kan Mama tak kenal adik Mama tu macam mana, Mama Lia tak pernah lah nak fikir pasal harta Nenda tu.” Kata Izhan. Kata-kata yang menyebabkan Mamanya menjengilkan mata kepadanya.

“Habis tu, maksud Iz Mamalah yang hendak sangat harta arwah tu? Ini pasal harta lah Iz. Siapa yang tak nak? Lagipun tak salah kalau Mama nak dapatkan kembali hak Mama.”

“Salah tu tak salah, tapi Mama jangan nak salahkan Mama Lia pulak. Iz tahulah Mama Lia tu macam mana. Dah lah jangan Mama nak telefon dan marah-marah dia. Lagipun, Erica tu tak kan mahunya dengan budak Farish tu. Farish tu pun sama jugak,” Izhan membela Amylia.

“Lelaki, lembut macam mana pun tetap lelaki. Iz jangan lupa tu.”

“Itu lelaki lain, bukan si Farish tu. Sudah lah Mama. Jangan fikir yang bukan-bukan lah.”

“Esok malam Iz ajak Rica makan malam kat rumah kita.”

“Buat apa?” soal Izhan.

“Rancangan kedua. Kali ini Mama kena masuk campur.”

“Sudahlah tu Mama. Malaslah Iz. Mama kalau nak, Mama telefon dia sendiri. Iz nak masuk, nak mandi ni. Mama ada nombor telefon Erica kan? Telefon sendiri.” Izhan kemudiannya bangun dan menuju ke biliknya.

“Iz, Mama tak habis cakap lagi ni,” panggil Tengku Atylia. Malangnya Izhan langsung tidak menyahut malah langkahnya semakin laju. Tengku Atylia mencebikan mulutnya, geram dengan tingkah anaknya.

Selesai mandi Izhan merebahkan badannya ke katil. Kalau tidak ketika ini pasti dia sedang bergembira dengan salah seorang dari kolesi teman wanitanya. Namun buat masa sekarang semuanya terpaksa dilupakan. Tumpuannya adalah untuk mendapatkan Erica Soffea. Kemudian barulah dia akan berjaya memperolehi Khaleeda Holdings.

Sesekali Izhan mengeluh, alangkah baiknya kalau Erica Soffea setanding dengan teman-teman wanitanya yang elegen dan pandai bergaya. Tidak dinafikan Erica Soffea memang pandai bergaya, tetapi gayanya adalah gaya remaja, gaya budak-budak.

“Macam mana aku nak buat ni. Kalau lah member aku tahu aku main cinta dengan budak macam tu, ish, malu aku,” rungut Izhan sendirian. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memikirkan bagaimana caranya untuk mengubah Erica Soffea agar kelihatan lebih menarik dan menawan, bukan kebudak-budakkan.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.