Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
493,286
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 13

Amylia mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Farish. Kadang-kadang dia hanya mengarukan kepalanya. Terkejutnya bukan kepalang bila dia melihat Farish muncul di rumah agam itu di tengah-tengah malam buta. Sesekali dia memejamkan matanya.

“Mama Lia jangan nak buat-buat tidur pulak. Jawab dulu. Lepas ni Mama Lia nak tidur tiga hari tiga malam pun Farish dah tak kisah,” kata Farish. Penat memandu selama berjam-jam tidak terasa ekoran dari marah dan geramnya pada Amylia.

“Esok je lah, Mama Lia dah mengantuk gila badak ni,” rayu Amylia.

“Tiada esok bagi mu. Sekarang Farish nak tanya, jawab betul-betul. Mama Lia tahukan perempuan gila tu belajar kat situ,” soal Farish.

“Perempuan gila mana pulak ni?” Amylia pura-pura tidak mengerti.

“Dah pukul tiga pagi dah ni, Mama Lia jangan nak buat-buat tak tahu pulak.”

“Betul, Mama Lia bukannya kerja kat rumah orang sakit jiwa, nak kenal semua perempuan gila kat semenanjung ni.”

“Ish, Erica lah,” akhirnya Farish terpaksa mengalah dengan menyebut juga nama isterinya itu.

“O, cakaplah Erica, isteri Farish.”

“Tolong sikit, Bab isteri tolong perlahan. Dengar dek sundel bolong pun, dia boleh ketawa bagai nak rak,” kata Farish.

“Apa kena mengena pulak dengan Erica tu? Rindukan dia ke?”

“Mama Lia jangan buat lawak di pagi hari boleh tak? Tak ada kena mengena perkataan rindu kat sini. Masalahnya, Farish nak tahu Mama Lia sengaja tak beritahu Farish pasal Erica belajar kat situ kan?”

“Em, Erica belajar kat situ jugak ke?”

“Buat-buat tak tahu pulak ke?” perli Farish.

“Memang Mama Lia tak tahu. Tapi macam dah ditakdirkan je. Ada jodoh kot?”

“Malas lah nak layan Mama Lia ni. Farish nak berhenti dari kolej tu.” Kata Farish. Dia nekad. Tidak sanggup rasanya hendak berdepan dengan perempuan seperti Erica tu. Tambahan pula macam mana kalau Shua atau Dhia Adirra boleh menghidu tentang hubungannya dengan Erica. Selisih Malaikat Empat Puluh Empat.

“Farish jangan buat keputusan yang bukan-bukan. Biarkanlah dengan Erica tu. Kenapa pulak Farish nak lari dari dia? Lainlah kalau Farish benar-benar ada hati dengan dia. Jangan-jangan Farish memang syok kat dia tak?”

“Tooooo looooong sikit. Rela membujang tau dari dapat bini macam dia,” jawab Farish.

“Emm, jangan tak tahu awak tu siapa. Awak kan dah jadi laki dia sekarang. Buat-buat lupa pulak?”

“Iya, tak iya jugak. Tak pa, yang tu untuk tiga tahun je. Itu pun sebab wasiat Mak Engku. Kalau tak, dikerat 18 pun, tak kuasa nak menikah dengan dia.”

“Farish, jangan macam ni. Bukan Mama Lia yang aturkan Farish belajar di situ. Arwah Mak Engku yang aturkan. Memang Mama Lia tahu yang Rica pun belajar kat situ. Sengaja Mama Lia tak beritahu sebabnya macam ni lah. Farish kan lelaki, kenapa pulak nak takut dengan Erica tu?”

“Farish memang tak takut dengan dia. Masalahnya kalau kawan-kawan Farish tahu tentang hal ni macam mana?”

“Jangan lah beritahu. Biar rahsia tetap jadi rahsia. Lagipun Farish rasa Erica nak hebohkan hal ni ke? Potong jari Mama Lia, dia pun macam Farish jugak, dia tak nak orang tahu pasal hal ni. Jadi, nak kecoh-kecoh buat apa? Buat bodoh je lah? Buat-buat tak kenal je.”

Farish mendiamkan diri. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Amylia.

“Ada apa-apa lagi yang tak puas hati?” soal Amylia.

Farish mengelengkan kepalanya.

“Balik ni semata-mata hal ni je ke?”

Farish mengangukkan kepalanya,

“Buang masa je lah. Lain kali YM je tak pun facebook je. Jangan nak drive sorang-sorang malam-malam buta nak balik sini. Buat hati Mama Lia susah je tau,” Amylia pura-pura marah. Tetapi sebenarnya dia merasa lega sekurang-kurangnya Farish sudah dapat menerima alasannya.

Zahid menunggu dengan sabar. Menunggu panggilannya di jawab Amylia. Lega rasanya bila panggilannya itu di jawab.

“Assalamualaikum Lia,”

“Waalaikumussalam, Abang Zahid. Ada apa telefon Lia ni?” tanya Amylia.

“Em, abang nak tanya. Lia datang K.L tak singgah rumah abang pun”

“Mana abang tahu Lia ke K.L?”

“Em, Rica beritahu yang Farish belajar satu kolej dengan dia.”

Amylia ketawa.

“Ketawa pulak dia,” kata Zahid.

“Farish sampai nak berhenti bila dia tahu yang Rica pun belajar kat situ. Malam tadi juga dia sampai ke Melaka. Marah-marah Lia. Tapi dah balik dah tadi.”

“Rica pun macam tu lah jugak. Marah bukan main. Abang pun terkejut jugak bila dengar cerita Rica. Kalau Lia nak tahu, budak perempuan yang berebut parking dengan Farish masa daftar hari tu, kawan baik Rica lah tu.”

“La, iya ka? Em, habis lah si Farish tu. Shirin macam mana?”

“Em, macam lah Lia tak tahu angin dia macam mana? Lia sihat?”

“Sihat. Abang sihat?’

“Sihat. Abang tak faham lah kenapa arwah bonda buat wasiat macam tu? Kenapa tak diserahkan sahaja syarikat itu diuruskan oleh Aty. Kan senang?”

“Entahlah, Lia pun tak tahu. Tapi rasanya Bonda lebih arif menilai anak-anaknya. Don’t worrylah, ada hikmah semuanya. Kita tengok dari segi yang positif lah,”

I hope so,” balas Zahid.

“Okeylah, Lia nak buat kerja dulu. Nanti kita telefon lain ye,” kata Amylia.

“Okey. Take care,” Zahid mengakhiri perbualannya.

Amylia memejamkan matanya. Dia mengeluh. Terlalu sukar dia untuk melupakan perasaannya pada Zahid. Malangnya Zahid tidak faham dan mengerti apa yang tersirat di hatinya. Atau mungkinkan Zahid sekadar buat-buat tidak faham. Entahlah Amylia sukar menafsirnya. Dia kemudiannya membuka buku catatan belian yang pelu dikemaskini. Sejak Farish menyambung pelajarannya, kini dia perlu mengambil alih tugas itu. Petang ni pula dia perlu menghadiri temu janji dengan anak Datuk Zamri. Syukurlah dia mendapat kontrak untuk menjadi perancang perkahwinan di majlis pernikahan anak Datuk Zamri. Ketika ini dia rindukan Farish, kalau Farish ada pasti Farish akan menemaninya.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.