Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,887
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 24

Mata Alia kecil memandang skrin. Lincah jarinya berlari pada keyboard, edit apa yang patut sebelum pelan dihantar pada bos. Pelan tu memang orang bawahnya yang buat, dan dia yang bertanggungjawab untuk check sama ada lukisan pelan pada laptop sama dengan maklumat yang dia dapat dari survey di site. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Dia memandang sekilas. Sengih berbunga apabila memandang nama pemanggil. Jarinya menekan buttonsave’ pada drawing sebelum mengangkat panggilan.

“Makan jom.” Suara di sebelah sana dah bersuara dulu.

Alia sengih sambil menyandar pada kerusi pejabatnya. Jarinya menekan kepala seketika. “Belanja.”

“Cis. Apa guna gaji berkepuk suruh orang belanja ni?”

Alia ketawa. “Jadah lah kepuk. Kau bukan baru lepas sign projek juta-juta ke semalam?”

Fatin ketawa. “Banyak lah kau! Jom lah makan.” Suaranya dah merengek.

Alia ketawa lagi. “Fork & Spoon jom?”

On.”

 ---------------------

Suasana di restoran tu hingar. Biasa lah tu, lunch hour. Fatin dan Alia hanya berbual kosong diselangi ketawa.

“Kau tahu haritu aku lawat rumah lama aku dengan Naim.” Fatin membuka cerita.“Kembar berdua tu lah yang nak sangat jalan-jalan. Kitaorang bawak lah.”

Alia mendengar sambil menghirup jus epal.

“Lepas tu bawak diaorang pergi sekolah kita. Cuba teka aku jumpa siapa?” Fatin dah sengih memandang Alia. Alia angkat kening sebelah. “Siapa?”

“Teka lah.” Bola mata Fatin naik.

Alia sengetkan kepala ke kanan, memikir. “Sir Ahmad? Dedikasi sangat tu kalau dia still ada dekat situ.”

Sir Ahmad dah lama retired lah gila. Dah kenapa nak jumpa dia.” Fatin dah stres. Sir Ahmad tu dah 50 tahun lebih kot waktu dorang sekolah! Takkan lah kerja lagi sampai sekarang.

Alia sengih. “Mana lah aku tahu. Budak kelas kita? Jadi cikgu dekat situ?”

Fatin dah menggeleng. Stres je aku dengan budak ni. “Aku jumpa…” Kata-katanya mati. Dia mengerut kening apabila matanya bertemu pandang pada sesuatu membelakangkan Alia. “Is that…?”

Automatik Alia memusing belakang memandang. Dan jantungnya terhenti sesaat. Terasa darah hilang dari mukanya.

Nazmi berdiri tegak di pintu masuk restoran tu.

Mata mereka bertemu.

Terasa jantung hilang rentak.

Kenapa sekarang? Kenapa tak jadi macam aku plan? Kenapa sekarang kena jumpa Alia? Terasa air liurnya berpasir untuk ditelan namun tangan diangkat melambai pada Fatin sambil menghadiahkan senyuman.

Alia kembali memandang depan namun matanya kosong memandang orang lalu lalang. Chill, Alia. Chill. Dia menarik nafas memberi ruang pada organ untuk berfungsi kembali walau terasa sesak. Kenapa sekarang kau muncul?

“Hai.” Fatin menegur. Alia memandang Fatin. Fatin dah senyum pada Nazmi yang berdiri belakang Alia. Ya Allah, mohon aku boleh teleport sekarang ni Ya Allah!

“Hai.” Suara tu. Alia memandang ke arah lain, seakan akan tak mendengar suara tu. Ya Allah, tolong lah kata semua ni mimpi!

Fatin memandang Alia. “Ai, takkan tak nak tegur junior kesayangan?” Dia sengih mengusik pada Alia.

Terasa organ dalaman bersimpul habis! Alia memandang Fatin. Sabar Alia, sabar. Fatin tak tahu apa-apa tu. Memang tak diceritakan kepada sesiapa ‘drama’ dia dan manusia tu bertahun lepas. Sebab nak lupa. Ni tiba-tiba muncul depan mata. 

Alia menelan liur. Game apa pulak kau nak main kali ni?

Perlahan-lahan Alia berpusing ke belakang. Bertemu pandang sekali lagi. Dia menelan liur lagi sekali namun riak wajahnya kosong. “Hai.”

“Duduklah.”

Alia dah memandang Fatin macam nak keluar api dari matanya. Namun segera dia membuang pandang ke arah lain. Jangan kantoi dekat sini. Jangan bagi dia nampak kau macam ni. Jangan bagi dia menang lagi.

Nazmi hanya senyum tawar sambil hujung matanya memandang Alia. Otaknya cepat menangkap. Alia rahsiakan cerita mereka daripada Fatin dari cara Alia menegurnya tadi. Kalau tak masakan Alia nak menegurnya. Dia menarik kerusi sebelah Alia.

Alia menarik nafas panjang. Giginya diketap. Terasa seolah-olah egonya tercalar dengan Nazmi yang seolah-olah sedang mengujinya dengan duduk di sebelahnya. What game are you playing?

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.