Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,799
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8
Berkerut dahi Alia memandang Nazmi yang terhincut masuk library. Patah kaki ke budak ni?

"Nak goreng aku apa pulak ni?" Alia memandang kaki Nazmi. 

Laju Nazmi buat muka merajuk. "Tak baik tau." Dia menarik kerusi di depan Alia sebelum duduk. "Hoki semalam. Injured.”

Alia angkat kening. “Aaaa. Patutlah Khai bagitau jangan marah kau harini.”

Nazmi memandang Alia. Kemudian dia sengih. Bukan sebab ni Khai warning awak, senior.

“Ni boleh belajar tak ni?” Alia menegakkan postur duduk. Mengada sangat lah kan kalau tak boleh belajar.

Nazmi sengih. “Untuk awak boleh je.”

Bola mata naik.


-------------------------------------

“Ni, jangan salah salin nombor. Check. Lepas tulis, check. Ada je possibility salah tulis nombor. Hilang markah kau nanti.” Panjang Alia bercerita sambil pen laju berlari di atas kertas. Sekilas bola matanya naik memandang Nazmi di depannya.

Nazmi menjeling jam di dinding sebelum bertemu mata dengan Alia. Dia mengangguk sambil sengih.

Alia menghembus nafas perlahan sebelum menyandar di kerusi. “Kau nak pergi mana ni?” Macam lah aku tak perasan mata tu dari tadi tengok jam. Pi dating ka apa?

Nazmi sengih bersalah. Sekali lagi dia memandang jam. 3.20 petang. Elok sangat masa ni. Dia memandang Alia kembali. Sengih lagi. Tapi tak cakap apa – apa.

“Memang harini Hari Sengih Sedunia ke?” Monotone suaranya.

Pecah ketawa Nazmi. “Tak, tak.” Dia menggeleng. “Sebenarnya, harini…”

“Assalamualaikum semua!” 

Serentak Alia dan Nazmi berpaling memandang pintu library. Siapa bagi salam macam nak marhaban ni? Empat budak lelaki masuk. Mata mereka mencari seseorang. Seorang darinya memandang ke arah Alia dan Nazmi sebelum, “Hoi!” Dia mengangkat tangan.

Alia berulang memandang Nazmi dan empat sekawan tadi. Siapakah?

Nazmi memandang Alia sebelum sengih lagi. “Tu… kawan saya.”

Mereka datang ke arah Alia dan Nazmi. 

“Assalamualaikum kak.” Sorang darinya senyum nipis memandang Alia. Semua berdiri belakang kerusi Nazmi.

Alia angguk. Mindanya belum boleh proses lagi. Dia memandang muka – muka di depannya.“So… you guys are?”

Five Star.” Hampir serentak mereka menuturkan. Sengih berbunga pada empat wajah tu.

O…kay…

So?” Alia memandang Nazmi. 

Nazmi sengih lagi. 

Alia memandang kembali angkatan yang Nazmi bawak ni. Sengih lagi.

“Serius do harini Hari Sengih Sedunia ke?” Kerut muka Alia.

Ketawa pecah. Kuat jugak lah sebab dekat library. Laju mata Alia memandang sekeliling library. Nasib baik takde orang! Kalau tak mati aku kena marah lagi.

“Am.” Paling kiri menuturkan.

“Razi.”

“Ane."

“Jau.”

Mata Alia berlari dari muka paling kiri hingga kanan. Senyum mereka masih belum padam. Tu… nama ke tu? Tak boleh pendek lagi? Kerut kening Alia. Dia memandang Nazmi. Nazmi pun senyum. Apa kena semua orang harini?

Awkward kejap bila takde siapa bercakap. Kemudian, “Akak, sebenarnya kitaorang datang sini nak ambik Mi ni ha. Nak practice hoki.” Ane menuturkan.

Bulat mata Alia pandang Nazmi. “Kau dah macam nak patah kaki ni nak practice lagi?” Naik suara dia. Tak sayang kaki ke apa?

Terdiam kelima-lima budak tu. Razi menelan liur. Mak oi kakak, patutlah jadi commander.

“Ala wak…” Nazmi sengih. Kan dah kata mesti marah punya. Khai dah warning pun marah lagi.

“Ah takde, takde. Kau bawah aku. Mana Khai sini aku jumpa.” Alia dah bangun.


--------------------------------

“Sayang sangat junior dia tu.” 

Laju pen dibaling. Dan laju jugak ditangkap oleh orang yang bercakap tadi. Khai dah ketawa mengekek. Fatin di sebelah Alia sengih.

“Serius lah Khai. Kau banyak reserved kot. Budak aku tu tengah sakit tak payah lah suruh dia main.” Alia dah bebel. 

Dah seminggu Nazmi tak datang sekolah gara – gara kakinya yang sakit tu. Sebab hoki lah! Nak jugak pergi hari tu! Semua Khai punya kerja! Kesihatan kena jaga tahu tak.

“Oh well. 'Budak aku'?” Khai sengih mengusik.

Alia memusingkan bola mata. “Budak aku lah. Pn Chan assigned aku jadi tutor dia.”

“Selalu 'budak aku' ni budak Pandu Puteri dia je.” Fatin dah pura–pura berfikir.

“Kan.” Khai join sekaki. “Budak–budak yang dia care je.”

“Kalau care cakap jela care,” Fatin dah sengih mengusik. “Awak.” Dia menyambung.

Laju pen dibaling sekali lagi. 

Ketawa pecah.


--------------------------------

“Rindu saya?” Kerusi di depan ditarik.

Alia mengangkat muka. Senyumnya ditahan. Dia memusingkan bola mata. “Rindu sangat.” Tak sangka budak ni dah pergi sekolah balik harini.

Nazmi sengih sebelum duduk. “Dengar cerita marah Khai sebab saya?” Dia senyum mengusik.

Alia buat muka. “Patutnya patah je kaki kau tu.”

Oi!!” Nazmi dah bulat mata.

Alia hanya sengih. “Tak nampak pun kau harini dekat sekolah?” Dia memandang Nazmi.

Nazmi menjelingnya. “Orang punyalah semangat lalu depan kelas dia waktu rehat tadi nak tengok dia, dia sikit pun tak angkat muka.” Dia dah merungut.

Alia senget kepala. Dia memandang Nazmi. “Bila?”

Nazmi buat muka. “Waktu rehat, senior tersayang.” Dia memandang Alia.

Alia berfikir. Waktu rehat diaorang maksudnya satu masa sebelum aku rehat. “Entah.” Dia mengangkat bahu. “Banyak lagi aku nak buat dari tengok tingkap kelas tunggu kau lalu.”

Nazmi mencebik. “Tapi dalam hati rindu.” Dia sengih mengusik.

Alia memusingkan bola mata. “Indices kau tu dah siap belum?”

“Ala awak ni.” Nazmi muncung. “Seminggu tak datang tak ada nak tanya sihat ke tak. Tiba-tiba tanya Maths pulak.”

Alia buat muka. “Kalau kau sakit, kau tak ada depan aku kan?” Dia memusingkan bola mata. Duh, gagal logik betul.

Nazmi pulak buat muka. “Tapi saya rindu awak.” Dia sengih pada Alia.

Laju pen di tangan dibaling ke orang depan. Nazmi mengelak sambil ketawa. 

Alia hanya buat muka. Malas layan kau budak.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.