Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,764
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

"Dia tu Five Star."

Heh? ”Five Star? Hotel?” Alia mengerut dahi.

Khairul menepuk dahi. “Hotel mana pulak ni gila.” Tension pulak aku dengan budak ni.

Fatin di depannya ketawa. ”Geng dia nama Five Star. Ada lima orang. Tak kenal ke?”

Heh? Muka Alia kelam. “Kenapa… aku kena kenal?”

Khairul menggeleng. Blur teruk budak ni. “Geng tu selalu kena panggil masuk bilik disiplin sebab suka prank orang.” Dia menjelaskan.

Alia memandang Fatin sebelum beralih memandang Khairul. “Maka?”

“Ya Tuhan.” Rasa nak hempuk meja! “Kau kan suka buat hal macam tu. Kot kot lah cikgu ada sebut nama dorang dekat kau ke. Dorang tu terkenal jugak bab-bab ni.” Sabar Khairul explain.

Alia senget kepala. Memikir. Macam tak pernah dengar.

“Oh!” Fatin memetik jari. “Aku macam pernah baca nama dia dalam buku rekod disiplin haritu.” Fatin mengingat kembali. “Nazmi Haris eh?” Dia memandang Khairul.

Khairul mengangkat bahu. “Ye kot. Aku panggil dia Mi je.” Dia memandang Alia.”Kira spesis kau jugak lah tu Lia. Suka prank orang.” 

Heh? Mesti tak pernah prank senior dengan cikgu lah ni sebab tu aku tak kenal. Alia senyum sumbing pada buku Physics. Kerek kau tu macam satu sekolah kenal kau budak.

“Sengih apa sorang – sorang?” Kerusi di depannya ditarik. 

Alia angkat muka. Terus riak wajahnya berubah tegang. 

Nazmi angkat kening memandang sebelum duduk. Dia letak beg di sebelah.

Just to let you know, maybe kau tak pernah masuk library before this tapi beg letak luar.” Pen di tangan ditunjuk ke arah beg orang depan. Riak wajahnya kosong. 

Nazmi angkat kening. Amboi muka, stone-cold betul. Dia senyum. Tapi bukan sumbing menyakitkan hati macam haritu. Hanya senyum nipis dihadiahkan. Dia keluarkan buku dan pencil case sebelum keluar letak beg. 

Alia menghantar pandangan sehingga Nazmi hilang di balik pintu library. Dia memusingkan bola mata. Nasib baik kau tak bau rokok, budak. 

Nazmi masuk kembali duduk di depannya. “So…. ice – breaking?” Dia senyum pada mentornya yang riak tak berubah dari tadi. Buat muka budak baik bagi dia sejuk sikit. 

Alia memandang Nazmi. “Kau buat dulu soalan. Tak tahu baru tanya aku.” Alia tunduk menghadap bukunya kembali.

“Okey awak.”

Excuse me?” Kepala Alia terangkat. Okey what?

Nazmi angkat kening bertanya.

“Kau panggil aku apa?” Alia kerut kening.

Nazmi fikir kejap. “Alia.”

Bola mata dipusing. “Tadi kau panggil aku apa?”

Fikir lagi. “Oh.” Dia memandang Alia. “Awak.” Mukanya kosong tak memikir apa-apa.

Alia ketap gigi. Meter sabar rasa makin turun. Budak ni saja nak provoke aku ke? “I'm your senior.” Dia memandang Nazmi tajam.

Well, obviously.” Nazmi ketawa kecil. Namun dia terus berdehem bila Alia tenung diamacam nak tembus.

“Okey look. Tu panggilan je okey.” Dia memandang Alia. “Bukan maksudnya saya tak respect awak. I respect all of my seniors okey. No exception.” Bila tengok Alia tak nak menjawab dia menyambung. “And sorry for that day.” Hari first dorang jumpa. “And sorry for not coming a week before. Saya busy sikit.”

Aaa, busy. Busy prank orang ke, budak? 

It won‟t kill you to call me at least 'akak'.” Alia memandang Nazmi. Budak ni memang wujud untuk naikkan darah aku ke apa?

Nazmi ketawa. “It‟s no big deal lah. Yang penting saya respect awak.” Dia memandang Alia. “Nama panggilan tu memang nak tunjuk rasa hormat. Tapi tak semestinya panggil saya-awak tu maksud saya tak hormat awak kan? Better dari panggil aku-kau kan.” Alia dilihat tak berubah riak. Otaknya laju memikir. Nak goreng apa lagi ni? “Awak dah biasa sangat ni kena panggil akak. Budak-budak PP awak semua panggil awak akak kan.” PP - Pandu Puteri.

Kening Alia ternaik memandang Nazmi. Oh well? Mana kau tau?

Nazmi tersedar. Kantoi buat research background pasal mentor dia. Dia berdehem. “Well,awak kan popular. Commander kawad. Pagi-pagi muka awak jugak yang arah junior librarian awak pass buku untuk budak budak baca before perhimpunan.” Sekilas Nazmi memandang Alia. 

Senyap tiga saat sebelum menyambung, “Classmates saya ada je budak kawad awak. Dorang lah yang cerita, saya dengar je.” Mata tutor aku ni betul lah boleh keluar laser.

“Oh eh?” Alia mengangkat kening. “Siapa?”

Mata Nazmi bergerak ke kiri. Memikir. “Ramai.” Laju mulut menjawab sebelum otak memberi arahan.

“Aku rasa sorang je.”

“Eh ada lagi.” Mulut menjawab dulu tanpa berfikir. “Awak tak kenal kot.” Dia sengih teragak-agak. Hilang kreadibiliti aku macam ni weh. Kenapa tak ada idea nak goreng ni?

Kening Alia diangkat. Kau ingat aku budak lima tahun ke nak percaya cakap kau?

“Okey, okey.” Nazmi angkat tangan surrender. Senior aku ni betul lah, buat jantung aku skips a beat betul dengan renungan dia tu. “Tak salah kan panggilan tu. Still kira hormat apa.Takkan saya ni tak beradab sangat tak respect senior.” Dia senyum memandang Alia.

Budak ni memang ada talent menggoreng. Alia memandang Nazmi sekejap sebelum mengangkat bahu. “Okay then.” Dia kembali tunduk memandang bukunya. Banyak lagi benda lain aku nak fikir dari melayan budak ni.

Nazmi angkat kening sebelah. Senangnya? Dia merenung seniornya sebelum buka buku dihadapannya.


------------------------------

Alia memandang jam di dinding. 2.45 petang. Mati ke budak ni? Minggu lepas mintak aku ajar Polygon. Ni Polygon ke mana, budak ni ke mana tah.

Dia menggendang meja. Matanya kemudian menangkap bayang bergerak melalui cermin library. Bayang tu berhenti di depan rak beg sebelum masuk ke library. Mata Alia mengekori sehingga bayang tu muncul berdiri di depannya.

Sorry lambat. Cikgu mintak tolong tadi.” Nazmi sengih.

Kening Alia terangkat. “Cikgu mana?”

“Cikgu Salim.” Kalau letak nama cikgu disiplin mesti dia tak banyak soal kan?

Alia merenung Nazmi. Kening terangkat lagi tinggi. Bola matanya kemudian bergerak ke kiri, berfikir sejenak. “Okey.” Dia memandang Nazmi. “Duduk lah.”

Pukul 4.30 petang tu dah habis sesi tutor mereka.

“Awak, esok saya tak datang tau. Ada pemilihan hoki.” Laju Nazmi mengemas pencil case. Polygon dah siap. Balik nak main game!

Alia yang dah kemas barang memandang Nazmi. “Serius?”

Ye. Kenapa nak tipu pulak? Kawan awak kan captain hoki kitaorang. Awak boleh confirm dengan dia kalau tak percaya dekat saya.” Nazmi memandang Alia sekilas sebelum sambung kemas.

Alia mengangguk sebelum bangun. Dia mencapai pencil case-nya. “Lain kali confirmkan dengan Cikgu Salim jugak suruh dia datang sekolah hari ni kalau nak menipu kata dia mintak tolong tadi.” Alia merenung Nazmi kosong.

Terhenti Nazmi dari mengemas barangnya. Dia menelan liur. Mati kantoi! Dia angkat muka perlahan – lahan. Matanya bertentang dengan Alia.

“Lain kali tengok relief board.” Terus Alia berlalu.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.