Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,806
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2
“Eh budak – budak ni. Aku lempang kang.” Matanya berapi memandang budak junior dua orang yang baru lari di depannya sambil ketawa. Kau ingat ni marathon ketawa? Dah lah tiba– tiba lari! Nasib baik tak langgar aku!

Fatin di sebelah ketawa. “Bawak chill lah weh. Form 1 baru tu aku rasa.” Dia memegang bahu temannya. Memang dia pun rasa nak melayang bila tiba – tiba budak lari depan dia. Nasib baik sempat elak. Kalau tak mau drama nanti.

Alia menggeleng.”Jom ah." Dia memandang Fatin. Langkah diatur naik ke kelas.

------------------------

Alia memutar pen di tangan. Seketika kemudian dia menguap. Mengantuknya lahai baca Bio ni! Macam mana aku boleh survived last year dengan Bio ni pun tak tau lah. 

Kepala diletakkan di atas meja berbantalkan lengan. Mata jatuh pada teman di sebelah.“Tak ngantuk ke weh?” Alia menggumam. Mata dah makin berat. Relief empat masa sampai balik, memang ramai tak ada dalam kelas lah cerita dia. Hatta Khairul pun keluar melepak kekelas lain. Yang ada pun bersembang tak pun tidur. 

Fatin sengih pada buku Chemistry. “Kau boleh start buat homework Add Maths kot kalau dah bosan sangat.” Mata masih tak beralih pada topik Rate of Reaction

Alia menegakkan badan. “Ala 10 soalan je pun. Suku minit boleh siap.” Dia bersandar padakerusi sambil menyilang tangan dan kaki. Dia menutup mata. 

Tiba – tiba lengannya dilibas. 

“Aduh!” Alia dah tegak badan. Sakit woi

Siot punya budak! Tau lah pro Add Maths. Tak payah riak, sombong dan takbur sangat lah.”Fatin dah keluar mata laser. 

Alia tersengih. Dia mengangkat bahu sambil muka riak. “I didn't get my Best Student for Add Maths last year for nothing lah.” Dia kembali bersandar menutup mata. 

Fatin menggeleng. “Sebab tu lah kau boleh hidup lagi tau sekarang ni. Kau kena berterima kasih dekat otak kau yang selamatkan segala perbuatan kau.” Dia menjeling sekilas teman disebelah.
Banyak masalah disiplin, walaupun bukan kategori berat, setakat ponteng kelas,panjat tembok, kacau budak, namun cikgu banyak bagi peluang kedua dekat Alia sebab dia memang top student. Kalau top 10 setiap kali exam dalam tingkatan tu memang tak pernah tak ada nama dia. Nak pulak memang score subjek mengira, memang sekolah nak simpan lah budak ni supaya naikkan peratus SPM sekolah nanti. 

Tapi dari Form 1 asyik kata peluang kedua, budak ni bukan dengar kata pun. Dia kata good student with good attitude is so typical, so budak ni pun cuba-cuba untuk melanggar peraturan sebab bosan. Tak paham aku mindset budak ni.

“Alhamdulillah.” Alia tak membuka mata. Hanya tangannya naik mengusap kepalanya sendiri.“Terima kasih sebab selamatkan saya. Harapnya sampai ke tua lah awak tolong saya sebab saya nak pakai awak lama ni.” Dia bermonolog memberi ucapan terima kasih kepada otaknya. 

Fatin mengelip mata memandang Alia. “Sakit siot budak ni.” Dia kembali ke buku Chemistry.

Alia buka mata. Kepalanya ditoleh kepada Fatin. "Aku tak nak buat betul-betul lah Ujian Mac nanti. Okay tak?” Dia meminta pendapat.

Fatin menggeleng lagi. Buat perangai dah budak ni. “Ha‟ah lepastu nanti Nagaswaran dapat nombor lagi tinggi dari kau baru kau nak meroyan dekat aku.” 

Alia hanya ketawa. “Compare dengan Nagaswaran tak aci lah weh. Dia tu budak LK.”Memang sistemnya siapa lagi banyak dapat A akan lagi naik ranking, walaupun aliran berbeza. “Kejar jadi top student pun buat apa. Bukan nama kau kena ukir dekat dinding sekolah pun.” Lainlah sesetengah sekolah, bagi semangat dekat student dengan ukir nama best student dekat dinding. So dorang ada semangat nak tengok nama dorang pulak terukir dekat situ.

Fatin mengangguk. “Betul. Top student kalau meniru pun tak ada benda pun kan. Yang penting ilmu.”

“Betul.” Alia dah kembali menutup mata menyandar ke kerusi. “So aku macam nak bagi surprise lah dekat Pn Lin nanti. Aku pura-pura tak score March test nanti. Okay tak? Hebat sangat pun bosan jugak en."

Fatin hanya ketawa menggeleng. “Buat lah riak. Muncul bala aku ketawa dulu.” Dia kembali memandang buku. 

Alia hanya ketawa. 


-------------------------

Ni… memang betul bala. 

Otak Alia tiba-tiba jadi beku di bilik guru tu. Arahan yang diberikan terasa tak boleh ditafsir ke otak. Ingatkan tadi Pn Chan cikgu Maths kelas dia panggil sebab apa. Rupanya… 

Can you help me? Sampai bulan 9 je. After that you‟ll be free.” 

O…kay…. Bulan 9. Sekarang baru nak masuk Februari kot! Nak aku bertahan like… 7 or 8 bulan… dengan tah siapa – siapa tah… 

Teacher.” 

Terhenti lamunan Alia. Matanya fokus pada manusia di depannya. Ni ke budaknya? 

Haaaa what a time!” Pn Chan dah berdiri dari duduknya. “Nazmi, let me introduce you to your Maths tutor. Alia Hanna, 5 Mercurybest student for Add Maths last year.”

Dan pandangan mata mereka bertemu. Nazmi mengangguk spontan sebelum memandang atas bawah tutor barunya tu. Suara Pn Chan memberi taklimat mengenai tutor tak didengari. Dia memandang Alia. Muka tak ada perasaan, dengan mata pandang kosong dia tu. Matanya turun. Lencana ada, nametag besi. Ketua Pengawas Pusat Sumber. Dengan nama siap. Alia Hanna. Kenapa aku tak perasan dia naik pentas waktu watikah perlantikan? Ke aku ponteng waktu tu? Nazmi sengih dalam hati. Patutlah tak ada nametag biasa. Tutor aku... not half-bad?

Matanya naik ke atas balik. Bertemu mata dengan Alia. Alia mengangkat kening sebelah. Kau kenapa budak tenung aku macam tu? 

That‟s all. So she will be tutoring you until PMR.” Pn Chan memandang Nazmi. “And she‟ll be reporting to me your progress." Kemudian dia merenung Nazmi, desperate. "Please cooperate." 

Nazmi hanya sengih. Cooperate? Dia memandang sekilas Alia. Renungan Alia tak berganjak. Handsome sangat ke aku ni?

You can go now.” Nazmi mengangguk pada Pn Chan sebelum memandang Alia. Dia senyum senget. Sengaja. 

Keluar je Nazmi dari bilik guru tu, Alia tarik kerusi kosong berhadapan Pn Chan. “Teacher,” dia dah merengek, “Kenapa saya? Ramai lagi power. Said ada. Laila budak Venus ada. Saya tak pandai sangat ajar orang lah, teacher.” Meleret suara Alia mengadu. 

“You kan best student Add Maths last year. Maths you pun A+. Okay lah tu. Lagipun Nazmi tu KRK. Dia okay je result sebelum sebelum ni tapi diagnostic test haritu je tiba – tiba Maths dia C.” KRK - Kelas Rancangan Khas, khas untuk pelajar yang dapat 5A atau 4A waktu UPSR. Duduk kelas sama sampai Tingkatan 3, dengan harapan pembelajaran "khas" dalam kelas tersebut memberikan keputusan yang bagus untuk PMR.

Ha, dia main – main tu time test haritu. Saya pun tak belajar sangat time tu.” Test diagnostic yang budak Form 3 dengan Form 5 kena ambik bulan satu dulu. Siapa je belajar. 

Pn Chan membulatkan mata pandang Alia. 

Alia hanya sengih. “Nanti Mid Year dia score lah tu, teacher. Tak payah lah tutor dia.” 

“Okay macam ni.” Pn Chan memandang Alia. “You tutor dia sampai Mid Year. Kalau result dia okay then you don‟t have to continue. Deal?” 


----------------------------------

“Nazmi mana?” Fatin kerut kening. Tak pernah dengar pun nama tu. 

“Entah.” Panjang menyampah habis intonasi Alia. Dia tak habis mengurut dahi. Pening! Budak tu memang lah. Memang kau nak cari pasal dengan aku ke budak? 

Terdengar kerusi ditarik di hadapannya. Alia mendongak. Khairul sengih. “Dengar cerita ada orang jadi tutor berjaya?” Dia duduk. 

Fatin dah tahan ketawa. “Elok lah tu Lia. Dia kira junior kita apa. Budak KRK tu. Terang –terang lah cikgu nak selamatkan dia dari terjunam lepastu rosakkan nama KRK. Tak malu ke weh kita alumni KRK ni.” Fatin dah membebel. 

“Ah peduli lah KRK ke, KRS ke mende, yang pasti aku tak nak jadi tutor dia.” Budak tu betul lah nak kena sekolahkan betul-betul dulu. Tak padan junior nak buat perangai macam tu dengan aku! 

“Budak tu budak hoki. Satu geng dia hoki. Under aku tu.” Khairul menjelaskan. 

“Hah elok lah tu.” Mata Alia bersinar. “Kau jela tutor dia Khai.” Dia memandang Khairul dengan muka budak baik. 

Add Maths aku pun dapat 26, nak aku ajar budak tu.” 

Fatin ketawa. “Bukan 19 ke?” 

“Tu ujian Mac last year lah.” 

“Eh tu bukan kau dapat 5 ke?” Alia menyampuk. 

“Elok sikit. Aku salin balik semua soalan je dah dapat 10 markah eh.” 

Alia dan Fatin ketawa. “Nasib baik Pn Lin tu penyabar. Kalau aku memang dah kena campak jatuh koridor dah kertas student tengok tulis soalan je dalam kertas exam.” Fatin menyambung ketawa. 

Khairul sengih. Alia ketawa sebelum menarik muka serious bila terfikir balik perintah Pn Chan tadi. Aish. Potong mood betul. 

“Okey lah budak tu, don‟t worry.” Khairul yang perasan muka Alia tu menjawab. 

“Bukan player punya spesis." Khairul sengih. Kot sakit otak punya spesis mungkin ye.

Alia buat muka. Lantak lah budak tu dalam spesis apa pun tapi kalau dah perangai macam tumemang buat aku emosi betul lah.


“Alia?”
Dia berpaling ke kiri. Terangkat keningnya. Ewah kau. Panggil aku macam tu je. Elok je baru menapak keluar bilik guru terserempak budak ni tengah tunggu luar pintu.
“Or, Kak Alia?” Sengih sumbing. Badannya menyandar ke dinding sambil tangan disilangkan ke dada.
Kening Alia terangkat sebelah. Apa masalah budak ni macam nak carik pasal ni?
Boleh bincang pasal masa tutor dah rasanya. Senyum. Dah alang alang terdengar conversation Pn Chan dengan dia ni, baik terus tanya.
Kening Alia kerut. Kenapa tone budak ni bunyi acah sangat ni? Kenapa macam aku sakit hati je ni tengok muka kau?
“Lepas sekolah. Library.” Mata Alia memandang Nazmi kosong. “Hari apa suka hati kau. Aku ada je hari hari.”
Sengih sumbing Nazmi masih belum cair. Dia menegakkan badan berhadapan dengan Alia.
“Skema.” Terus dia berlalu. 

Cari pasal kau eh dengan aku budak. Nak aku letak tikus mati ke dalam beg kau?

Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.