Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,801
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 22

*Empat tahun kemudian*

Bombastic berdentum di speaker ruang tamu tu namun bingitnya rasa sampai rumah blok sebelah boleh dengar. Laju Alia menarik selimut menutupi kepala dan bantal menekup telinga. Dah mula lah tu.

Bombastic masih pada volume yang sama. Alia menurunkan selimut. “Sayang!!! Bisinglah!!” Dia menarik kembali selimut menutup kepala. Semalam tidur lambat check plan. Bagi lah can orang tidur lama sikit!

Seketika kemudian terasa beban pada kakinya. Ketawa kedengaran. “Bangun lah. Dah pukul 9.30 ni.” Badannya dihinjut hinjut pada Alia.

Melihat Alia tak bergerak, laju dia masuk bawah selimut sebelum menggeletek Alia. “Bangun lah Mak Su!!” Saidatul mengekek ketawa apabila Alia menerkamnya dari bawah selimut.

 

 ------------------------

“Jom lah Mak Su beli doll…” Saidatul dah merengek. Alia hanya memandang hujung mata malas melayan. Anak buahnya yang sorang ni memang suka tidur di rumahnya bila weekend. Tapi ni lah jadinya kalau dia ada. Merengek nak beli doll macam Mak Su dia ni duit berkepuk.

“Mak Su penat la kerja semalam…” Alia dah meletakkan kepala pada lengan sofa. Matanya ditutup. Terasa Saidatul berdiri di belakangnya di atas sofa tu. “Ala ciannya Mak Su Aie ni…” Aie; panggilan Saidatul pada diri sendiri. Tangan kecilnya mengurut perlahan bahu Alia.

Alia sengih sebelum menarik Saidatul duduk di atasnya. Nasib baik baru empat tahun. “Sayang Mak Su tak?”

“Sayang…” Saidatul memeluk Alia. Alia ketawa. Manja betul!

Call Abah suruh ambik Aie eh?” Alia mengusik. Abah tu panggilan Aie pada abangnya.

“Mak Su!!!”

 

 ----------------

“Apa dia..” Alia bertanya malas pada bihun goreng di pinggan. Jarinya memusing-musing garfu di tangan. Malas betul aku bila masuk part ni.

Tengok tu! Saje buat tak dengar. Alif menggeleng kepala. “You will be going.” Muktamad.

Alia angkat muka bertemu abangnya. “Abang, benda tu bosan tahu tak. Dari pergi benda tu baik turun sites.” Kot ada banyak lagi kerja aku nak mengadap dari pergi benda tu. “Lagipun Abang boleh je kan pergi. Kenapa kena orang?” Dia dah kembali menunduk menggumam pada sarapan di pinggan. Hilang selera breakfast aku macam ni.

Bola mata Alif naik. “Aie nak adik yang teman dia.” Nasib lah anak sendiri lagi sayang Mak Su dia dari Abah dia.

“Orang buta seni lah.”

Just go. Tengok je.”

 

 ----------------------

Ye lah tengok je.

Alia beberapa kali menahan kuap. Matanya berair. Seketika kemudian matanya mencari Aie di indoor playground yang disediakan tu. Dia mengecilkan mata memandang Aie tak puas hati. Best je budak tu main slide. Aku dekat sini mengantuk tahap apa kena dengar benda ni.

Pameran seni lukis yang dianjurkan oleh pre-school Aie. Bila boleh gerak tengok ni mak oi. Sakit belakang dah ni duduk mendengar sepatah dua kata yang dah membawak kepada berapa juta patah dah ni.

Setelah 20 minit berlalu, baru ada minum pagi sebelum pameran mula. Alia sorang je sebab Aie tak nak ikut makan. Lepas makan Alia jalan dalam galeri tu. Sesekali kepalanya senget melihat lukisan yang dipaparkan. Kebanyakan daripada karya merupakan hasil daripada ibu bapa pelajar pre-school tu. Heh. Cuba kalau Abang yang lukis. Entah muncul ke tak dekat pameran ni sebab Abang tu tangan kayu! Alia sengih sendiri.

“Err.. miss?”

Alia berpaling. Bertemu pandang dengan orang yang memanggilnya.

Dan seketika masa terasa seperti terhenti. Kedua-dua tak membuka kata.

Pemuda itu memandang Alia lama.

Yes?” Alia mengangkat kening spontan bila orang di depannya diam. Ni dah kenapa panggil aku tak cakap apa-apa ni?

“Oh, here.” Pemuda itu menghulur keychain Alia. “Terjatuh tadi. Yours, isn’t it?”

“Oh, yes.” Alia mengambil keychain yang terjatuh dari beg tangannya tu. “Thank you.” Senyuman nipis dihadiakan kepada pemuda tu.

Pemuda tu mengangguk. “Raziq.” Dia memperkenalkan diri. “Cikgu praktikal dekat sini.”

“Oh.” Automatik Alia mengangguk. Seketika dia memandang Raziq. Dalam hati dia sengih. Amboi, cikgu zaman sekarang bukan main dressup. “Alia.” Dia senyum nipis pada Raziq.

Raziq memandangnya lama. “So.. your child is here?”

Alia tergelak. Dia menggeleng. “No. My niece.” Alia menunjuk ke arah playground. Tak memasal aku kena cop hantar anak masuk sini. Abang punya pasal lah ni.

Raziq mengangguk sambil tersengih. Kemudian dia memandang sekeliling. “Tengok lah lukisan-lukisan ni. Sebab kebanyakannya ada story dorang sendiri dekat bawah tu.” Dia menunjuk pada satu lukisan di dinding. Alia hanya mengangguk. “Mana tahu ada yang suka boleh beli.” Raziq memandang Alia. Alia hanya sengih. Takpe lah terima kasih jela cikgu. Saya ni buta seni.

Raziq meminta diri setelah beberapa ketika kemudian. Alia menyambung berjalan melihat lukisan di dinding. Seketika dia berhenti membaca caption di bawah lukisan. Dia mengangguk sendiri. Betul lah otak orang seni ni kreatif. Dapat dekat aku memang tak paham apa dia nak interpret. Seketika kemudian diaberhenti pada satu lukisan.

Suasana dalam library. Cantik. Kemudian dia membaca caption. “Where it all started.”

Alia seperti terkaku. Seketika terasa masa berhenti. Hanya empat perkataan namun mampu membuatkan jantungnya terasa terhenti sesaat. Laju dia menggeleng sendiri, menghapuskan segala perkara dan kenangan yang muncul di kotak fikiran. Dia memandang lukisan tersebut sekali lagi sebelum menapak pergi.

Move on, Alia. Move on.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.