Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
6,655
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
SE 5

Cerita dalam cerita 5

"Kau mengintai dia ke Jid? Ishk! Ishk! Tak mengajak!"

Sedas punggung Syed diketuk dengan lipatan kertas aturcara majlis pertandingan. Bersinar-sinar mata Sabri mengusik Syed bersulam senyuman galak. 

"Sorry sikit, bukan aku. Si Syarina tu yang mengintai."

Syed jarakkan dirinya dari kedudukan Sabri.

"What? Anak dara mengintai teruna! Unbelievable!"

Kalau pasal melebih-lebih, Sabri memang mahir. Sampai tergoyang-goyang tangan dan tubuh, Sabri memberi respon. Kalau ada cabai burung di tangan, dah lama Rashdan tenyeh ke mulut Sotong Kurita tu.

"Masa bila Beb?"

Sabri mendekatkan jaraknya semula. Bahu Syed ditampar manja. Terhenjut-henjut kedua bahu Syed kegelian lantas selangkah dia menjauhi Sabri.

"Masa kerja la. Takkan dekat bilik Syarina. Gila kau nak merasa tendangan padu perempuan tu! Kau ye la tak kisah."

Serentak kesemua rakan sekerja keras perut ketawa. Fikiran masing-masing dah terbayang peristiwa dua bulan yang lalu. Tak ada angin kencang tiba-tiba sahaja Sabri Kurita terhumban keluar dari kedai gara-gara main terjah tanpa mengetuk pintu bilik air pekerja terlebih dahulu. Marah benar anak dara Pak Shamsudin hari itu. 

"Dah, dah. Sambung cerita."
Rashdan cuba mengawal keadaan. Jam di belek sekali lalu.

"Di setiap ke-sem-pa-tan."
Jelas ayat penegas Syed. 

"Betul ke cerita kau ni Jid? Aku kenal Syarina tu. Memang aku ada pesan supaya dia tengok Rashdan. Tapi bukannya tengok menggatal macam tu. Aku suruh dia tengok macamana Rashdan bancuh teh." 

Firman memberi penjelasan dari sudut pandangnya.

Syed picit-picit dagu. Dia cuba mengimbas memori sebaiknya.

"Pada mulanya aku rasa memang Syarina kerap tengok Rashdan atas sebab nak belajar. Cuma, kau tahulah kan... macam iklan tv, dah tiap-tiap hari tayang depan mata, lama-lama merasuk kepala. Dari barang tu nampak biasa-biasa, kau terus rasa nak beli. Macam tu lah kot. Sebab..." 

Syed gigit bibir bawahnya sambil senyum. Geli hatinya mengenang rakan sekerja perempuannya itu, dalam masa yang sama wajah penuh teruja Rashdan juga mencuit hati.

"Lainlah... mata Syarina tu. Awalnya mata bulat tu penuh semangat, mengintai dengan kening berkerut-kerut. Lama-kelamaan pandangan dia semakin redup dan hanyut. Siap senyum sorang-sorang lagi lepas tu."

Kes terbalik ni. Perempuan ambil kesempatan ke atas lelaki. Azim cuba membela Syarina.

"Kita semua sibuk la. Mana ada masa nak tengok orang. Nak melayan pelanggan perempuanpun asyik melepas aje."

"Tu lah kau, tak reti. Tengok Firman haa... Banyak je masa dia melepak walaupun sibuk."

Kening Firman dah berkerut. Ni nak cerita pasal Syarina ke dia?

"Sambil basuh dan susun cawan, sambil tuang air. Sambil tarik teh pun sempat lagi, you. Mata Syarina selalu melirik arah... Ehem! Ehem laa."

Syed menyimpul senyuman buat Rashdan. Lelaki yang Syed maksudkan bangun seraya menggayakan tubuh. Jari-jemari sengaja disangkut ke dagu. 

"Well, aku terpaksa mengaku pasal 3 perkara ni. Sado, macho and handsome. Pasal tu Syarina nak dekat aku. Kau ado?"

Hampir serentak pekerjanya menyahut, "Pigi daaa!"
Kemudian mereka ketawa sakan.

"Tapi Syarina suka dekat bos bukan sebab tu."

Suara Azim berubah serius walaupun dialah yang paling terbahak ketawa tadi.

"Sebab lain."

Kesedihan mewarnai suara Azim. Begitu juga wajah lelaki itu. Mulai terpancar kelat. 


Previous: SE 4
Next: SE 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.