Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
26,172
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SE 1

Cerita dalam cerita 1


Dewan orang ramai Sungai Pinang amat gamat. Sorakan demi sorakan bergema meskipun pertandingan masih belum bermula. Pasukan penyorak lagaknya mengalahlah peserta. Gendang dan paluan kompang menyemarakkan lagi semangat ribuan penyokong yang meraikan pertandingan Raja Teh Tarik.

Dari mula-mula melangkah masuk ke dewan Rashdan telah memerhati pasangannya. Rahim tidak duduk diam. Sekejap menyilang kaki, sekejap tergoyang-goyang pula kasutnya. Akhirnya lelaki itu berdiri dan mundar-mandir di hadapan Rashdan.

"Rahim. Mari sini."

Tangan dilambai lalu menepuk kerusi kosong di sisi. Rashdan boleh mengagak apa yang Rahim rasakan.

Rahim menuruti arahan Rashdan.
"Ada apa abang?"

"Kau nervous ke?"

Rahim buang pandangan ke lantai. Bibir dikepit rapat.

Bahu anak muda itu diurut-urut. Sambil itu Rashdan cuba merumus kata-kata yang terbaik. Mungkin dia patut membuka sebuah kisah.

Saku seluar diseluk. Rashdan menggenggam sebuah kotak kecil.

"Azimat."
Mata sengaja dikenyitkan tanda ada cerita yang tersirat.

"Dah lama aku beli cincin ni. Hajatnya kalau kita menang, bolehlah duit tu tampung duit hantaran. Lepas tu baru aku serahkan cincin ni pada Syarina."

Mulut Rahim melopong luas.
"Abang... abang nak melamar dia ke?"

Kening berkerut rapat. Rashdan curiga.
"Kau tak perasan ke yang aku suka Syarina? Ke kau pun ada hati pada dia?"

Cepat-cepat Rahim menggeleng, kemudian menafi.

"Eh! mana ada. Sumpah bang! Saya tak ada apa-apa perasaan dekat Syarina tu."

Senyuman tertera di wajah Rashdan. Dia nak ketawa sebenarnya. Naif betul anak buahnya ini.

"Kau tahu macamana perkenalan aku dengan Syarina?"

Sekali lagi Rahim menggeleng. Tetapi kali ini disertai senyuman lebar.

"Sebelum tu, tengok cabutan no giliran tadi?"

Rahim menyeluk saku seluar. Sehelai kertas bergulung diluruskan.

"Lambat lagi bang. Cerita la. Saya tak sabar nak dengar. Al maklumlahkan, Syarina tu garang orangnya. Mesti ada peristiwa special ni..."

Rahim memancing umpan. Rashdan sahut dengan ketawa panjang.


Previous: Bab 1
Next: SE 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.