Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA? Hurm... Whatever lah
CINTA? Hurm... Whatever lah
AnnSelasih
8/4/2018 02:23:11
26,183
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SE 6

Cerita dalam cerita 6

Petang itu angin menerjah agak kuat sehingga bergoyang dahan-dahan pokok jambu merah. Daun meliuk-liuk bebas mengalunkan kocakan irama indah. Beberapa orang kanak-kanak sedang menguatkan pautan mereka di situ. Goyangan dahan pohon rendang itu sedikitpun tidak menakutkan mereka, malah menambah teruja. Meskipun begitu, hanya mulut sahaja disengih sesama mereka. Bibir membisu tanpa kata. 

"28 ... 29 ... 30. Aku cari sekarang!"

Seorang kanak-kanak lelaki memekik kuat setelah mata terbuka dari lindungan lengan di perdu pokok rambutan.

Kanak-kanak itu itu memulakan pencarian. Dia tahu rakan-rakannya hanya menyorok di sekitar kawasan bèrdekatan.

Syarina tergopoh-gapah mencari tempat persembunyian. Sambil menunduk, mata meliar ke arah semak samun di hadapannya. Baru sahaja kaki dihulur, kelibat Rakib muncul. Cepat-cepat gadis itu berundur semula. Apabila Rakib hilang semula pada radar penglihatan, Syarina tak tunggu lama. Cepat-cepat dia angkat kaki bersembunyi di tempat lain.

Dalam pencarian tempat menyorok yang paling sukar diduga, dia dah nampak kelibat tiga rakan yang sedang bersembunyi di sebalik rimbunan pokok lily, selebihnya bergayut pada dahan pokok. Oleh kerana derap kaki Rakib tidak berbunyi, Syarina maju beberapa langkah lagi.

Tangannya tiba-tiba sahaja ditarik kuat ke bawah tindihan kayu. Ada ruang kecil di situ. Azim berbahasa isyarat.  Jari telunjuk dilekat di hujung bibir. 

Ada kaki kecil sedang berlegar-legar di sekitar Syarina dan Azim. Mereka membatu diri. Apabila seretan selipar semakin jauh, Azim tarik nafas panjang.

"Huh! Selamat."

Setelah itu baru dia pandang gadis kecil yang ditariknya tadi. Buat seketika, mereka hanya berbalas pandangan. Selalunya permainan Aci Sorok hanya di kalangan rakan lelaki. Hari itu pertama kali dia bersembunyi dengan rakan berlainan jantina. Memang ada kelainan. Pada debaran dadanya yang semakin kencang.

Azim berterusan memandang Syarina. Memerhati urat hijau di permukaan kulit putih melepak gadis itu, melihat bulu matanya yang tebal. Cuma dia sedikit hairan bila wajah Si Comel mencuka.

Pap!

Sebuah tamparan hinggap di pipi. Tak sakit tetapi cukup membuat Azim tergamam. Serentak dengan itu ada bau yang kurang menyenangkan menerobos lubang hidung.

Ini bau tahi ayam! 

Azim mula perasan ada sesuatu melekit di pipi. Jari halusnya menyentuh pipi lalu dibawa ke depan mata. Suara yang keluar dari tekak bernada separuh merengek, separuh menangis.

"Mak! Ada tahi ayam kat pipi Azim."

Si gadis mencebik sebelum melarikan diri. 

"Tarik aku lagi. Habis tangan aku terkena tahi ayam. Sekarang sama-sama rasa. Padan muka!"

Jeritan Azim membawa Rakib kepadanya. Sudah tentu rakannya itu bersorak girang.

"Azim, dah jumpa!"

Bergegas Rakib ke perdu pokok Rambutan semula lalu tangan menampar kuat batang kayu. Misi pencarian diteruskan lagi.


                       -----¤¤¤¤------


"Apa ke benda yang kau cerita ni Azim? Flashback sampai puluh tahun dulu. Aku nak tahu kenapa Syarina sukakan Rashdan je. Bukan nak dengar kisah zaman kanak-kanak kau," tempelak Rahim.

"Itu bukan sebarang cerita. Itu starting point."

Azim kukuhkan alasan.

"Permulaan apa? Cer bagitahu."

Rahim tak mengalah malah terus menggasak.

"Permulaan aku sukakan Syarina."

Ayat itu membuatkan kesemua pemuda itu terdiam. Enam pasang mata memaku pandangan kepada Azim. Bagai sedang berlangsung pertandingan badminton, 5 pasang mata bertukar arah pandang silih berganti di dua bahagian gelanggang. 

Memerhati raut tenang Azim dan raut tegang Rashdan.



Previous: SE 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.