Home Novel Keluarga Khas Buat Suraya Anne!
Khas Buat Suraya Anne!
kamika
15/9/2023 22:41:07
120,615
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 7

Adrian POV Orang bawah


Perjalanan turun ke tingkat enam dilakukan melalui tangga kecemasan. Dari ekor matanya, Adrian terlihat Suraya Anne—staf baru yang sudah lebih sebulan berkhidmat—sedang tekun menyiapkan laporan tanpa menghiraukan sekeliling. Ada satu persamaan antara mereka: fokus, dedikasi, dan ketelitian.

Skrin komputer ribanya menarik perhatian Adrian. Suraya sedang melakukan post processing untuk projek Prima, bukan sekadar complaint report seperti biasa. Semua itu berada dalam kawalannya. Tanpa disedari, tim di bawah seliaan Mr. Lee adalah hasil cadangan Adrian untuk menapis kebolehan sebenar staf baru.

Sambil memerhati, sekilas dia tersenyum tipis, menyedari Suraya bekerja dengan penuh tumpuan.

Tim itu sering bertukar ganti kerana separuh daripada ahlinya diambil berdasarkan pengalaman kerja, bukan kelayakan akademik semata-mata. Ahli dengan pendidikan kurang tinggi sering dilayani secara double standard. Zamri pernah menyuarakan ketidakpuasan hati, tetapi belum mendapat jawapan memuaskan.

Adrian mara menghampiri, hanya sejengkal jaraknya dari Suraya. Matanya memerhati kemahiran gadis itu dengan penuh pengiktirafan. Projek Prima—projek perdana awalnya di Sabah—diterajui olehnya, dengan Subash dilantik sebagai ketua pasukan. Sebuah tim syarikat terbentuk, ditambah workforce dari kontraktor. Namun, aneh apabila salah satu laporan dibuat oleh pasukan lain yang tidak berkait langsung dengan projek itu. Rasanya, bukan kekurangan tenaga kerja, tetapi mungkin kerjasama yang longgar dan sikap lepas tangan. Itu simpulan Adrian.

Sambil berpeluk tubuh, Adrian menahan marahnya. Siapa yang tidak angin satu badan selepas bersoal jawab dengan Suraya? Gadis itu hanya menurut arahan ketua pasukan. Dia tahu, bila perkara itu sampai ke telinga atasan, dirinya pasti dipersalahkan.

Dengan dada masih berombak, Adrian memilih untuk menyelesaikan perkara itu segera. Dia melangkah ke bilik Mr. Lee, sahabat sebaya yang juga rakan sekerja. Tangannya menolak daun pintu agak kasar, lalu berdentum bunyinya menutup ruang. Lee segera menoleh, wajah terkejut, jari masih di papan kekunci komputer ribanya.

Bro, that's not my intention. Sorry about the noise,” ujar Adrian, senyum kelat. Hakikatnya, amarah yang bergelora tadi terlepas tanpa dia sedar, dan bunyi pintu yang menghentak itu turut mengejutkannya sendiri.

Lee menggeleng perlahan. Pertama kali naik angin ni. Tentu ada apa-apa.

What's up?” soalnya.

Adrian terus menarik kerusi, duduk melunjurkan kakinya, bersandar malas sambil merenung sahabat baiknya.

“Kenapa Prima ada kat sini?” suaranya serius.

“Subash—”

OK, I get it. Your team took over after he passed the baton. Cuma… kenapa tak tanya I dulu?” Adrian cepat menembak.

That's—”

That's my site! Team Zamri cuma backup kalau-kalau team di atas tak cukup. You… Mr. Lee yang I kenali lantang bila bersuara. Dengan Subash tu tiba-tiba you lembik… apehal? Ikut saja cakap dia?” hentam Adrian lagi, nadanya penuh frustrasi.

Are you finished?” Lee bersuara, tenang tapi jelas tidak puas hati.

Adrian menggeleng, kemudian mendiamkan diri seketika.

Did I miss something? You nampak Anne buat report ke? Betul tak?” Lee bertanya, suara rendah tapi menuntut jawapan.

Diam.

“Oh, you tak suka rookie sentuh projek tu?” duga Lee.

Diam. Adrian hanya memerhati, jantung berdegup sedikit lebih laju.

Lee menatap gelagatnya, tangan bermain dengan kerusi hingga berpusing-pusing. Lirikan Adrian tak terlepas dari mata yang berselindung di balik cermin mata yang dijatuhkan ke batang hidung. Dia tahu apa yang diserkap itu memang betul.

“I rasa tak salah pun Suraya bantu Zamri... dia cepat belajar. Tapi, kalau you nak ambil kembali Prima, siapalah I nak halang.”

Yes. I want to take them back. Lain kali tanya I dulu.”

She… seems different.”

Adrian menelan pujian itu. Jadi, bukan dia seorang sahaja yang menyedari perbezaan gadis itu. Lee dan Zamri juga. Dia tidak kisah tentang Zamri yang sudah beristeri, cuma niat sebenar lelaki itu sahaja yang membuat hatinya terganggu.

Adrian pantas mengubah kedudukan duduk, cuba menyembunyikan riak wajahnya. Marahkah dia kerana Suraya mampu membuat analisis itu meski baru bermula? Dia tahu pengetahuan gadis itu dalam telekomunikasi masih tipis, tapi ketekunannya nyata. Jadi, adakah dia benar-benar marah, atau cuma mahu menyimpan kelebihan itu daripada diperhatikan orang lain?

So, macam mana dengan observations?” tanya Adrian, sengaja mengalihkan topik. Topik Suraya enggan dibahaskan lagi; biarlah menjadi perhatiannya seorang.

“Hadi boleh diharapkan sepenuhnya. Ken dan tim pula lebih kepada on site. Aidil, budak dokumen dan Anne, you sendiri dah tahu. Zamri pula… hmm…” ujar Lee sambil melepaskan keluhan berat.

Adrian mengangkat sedikit kening, khusyuk mendengar. Tiba-tiba, Lee menambah dengan nada perlahan:

“Zamri hantar surat berhenti.”

Adrian terkelu.

Oh… that’s… very soon,” bisiknya perlahan. Ramalannya tepat, cuma tidak disangka tempoh itu secepat ini.

Sepi menjadi peneman. Adrian bangun perlahan, duduk di bucu meja membelakangi Lee. Dia terkenang Zamri, yang begitu berdedikasi ketika bertugas—rasa sebak samar-samar menusuk dada.

I diberi peluang urus technical operation. I dah buat apa saja yang I fikir baik untuk masa depan company. Tapi bagi mereka, pengalaman bukanlah apa-apa, sijil paling penting,” luahnya, suara berat penuh kecewa.

Sunyi yang pecah sebaik tawa sini Lee kedengaran. Lelaki itu memusingkan kerusi, menolak sedikit panel kaca di belakangnya, membiarkan bunyi kenderaan bertali-arus di bawah masuk ke ruang sepi itu. Laci meja ditarik, sekotak rokok dan pemetik api dikeluarkan. Asap berkepul di udara, melingkari mereka.

Counter offer?” cadang Adrian.

“Dah muktamad. Dia dapat offer lebih menarik dan lebih awal,” sahut Lee sambil membawa rokok ke bibir dan menyedutnya. Asap tebal dihembuskan keluar.

“Budaya iktiraf nama dan hanya sijil tertinggi dah jadi penyakit dalam syarikat ni,” getus Adrian, tangan mengepal di sisi, geram membuak-buak. Kerusi itu ditolak tarik beberapa kali, seolah menyalurkan rasa marah yang sedang membara.

Ah, you may call it a life insurance policy. Yang ambil akan rasa selamat, kurang risau tentang apa yang mungkin berlaku. Yang tak ambil sentiasa bimbang kalau apa-apa jadi pada mereka. Tapi ada minoriti yang langsung tak peduli dan tetap sustain, ” Lee memberi pandangan sambil menunduk menatap meja.

Adrian menghela nafas panjang. “It could be a major problem for the company. Kalau budaya ni diteruskan, I bet dalam sepuluh tahun lagi, company akan alami masalah logistic dan financial. Skills set is indeed important, no matter how intelligent you are, ” ucapnya, matanya menatap tajam ke arah Lee.

“Pelik. You sendiri ada kelayakan tinggi, tapi hentam syarikat sendiri,” ujar Lee, senyumnya sinis, menekankan setiap perkataan.

Adrian kekal tenang. “Bukan I punya, Lee. Dan... itu bukan hentam—itu kritikan membina.”

Lee meneliti rakan sejawatnya, mencari kejujuran dalam tatapan itu. Adrian tidak menunjukkan riak lain, meski hati sedikit bergetar mengenang rahsia lama yang diketahui oleh Lee.

“Dah bercakap dengan Tan Sri?” soal Lee, rasa hairan terselip di antara kata-kata.

“Beberapa kali. Dia serahkan pada I untuk uruskan. That’s bullshit. Dia tahu perangai semua director dia,” luah Adrian, tapi tidak lagi meluahkan kemarahan sepenuhnya. Lambat-laun, mereka yang merosakkan syarikat secara halus pasti akan menerima balasannya.

Lee menghembuskan asap rokok, matanya masih merenung tajam. “If that’s the case, I guess you better jumpa Khairi. Dia lebih neutral, satu-satunya director yang tak ada proper education or cert. I have no idea how he managed it.”

Adrian melarikan pandangan, tidak menjawab. Khairi—salah seorang pengarah yang sering dihantar membida tender—memang bijak menyusun ayat; mungkin itulah kunci kejayaannya menjadi pengarah. Tapi buat masa ini, Adrian belum bersedia bertemu empat mata. Tiada urusan mendesak yang memerlukan khidmat Khairi.

Sejenak, mereka sama-sama mendiamkan diri. Adrian mengerling ke jam di dinding kosong. Tersedar sudah lama duduk di bilik itu, hampir jam 2 petang.

“Ahh!.. Lupa pulak. Pre-phase projectI nak Zamri dan Hadi,” ujar Adrian, tiba-tiba tersedar akan tujuan sebenar kedatangannya. Isu peribadi sebentar tadi disimpan—biarlah diurus sendiri.

What the hell?” protes Lee, sedikit tidak puas hati.

“Satu minggu… satu minggu saja, bro,” ucap Adrian, nada penuh pujukan.

Alright. Kalau macam tu, ambil Hadi and Aidil,” saran Lee.

Adrian melirik tajam. Dia mahukan calon yang benar-benar berkebolehan.

Hell, no.”

Final. Zamri and Suraya,” putus Lee sambil menekan puntung rokok ke ashtray.

Adrian tersengih. Tak perlu lama-lama berjual beli, dia mendapat dua kali ganda keuntungan. Senyumannya melebar ketika menatap jam di tangan. Misi menawan Suraya bermula—dengan menugaskannya di bawah pengawasannya.

So, a round of drinks?” tanya Lee, menangkap keinginan Adrian untuk beredar.

Adrian menjungkit bahu sambil senyum sinis, kemudian bangun.

Party animal, bisiknya dalam hati. Masih sempat mengata teman baiknya itu, walaupun masing-masing tahu kekangan masa mereka wujud.

Oh, shoot! Bro, I forgot! I dah quit, maa…

Belum sempat melangkah ke pintu, dia berpaling untuk memaklumkan perkara itu.

Drink?” soal Lee, mencari kepastian.

Adrian mengangguk.

“Dah taubat?”

Sekali lagi, dia menganggukkan kepala.

How?...” desis Lee, seakan tidak percaya.

I… don’t know, ” Adrian menarik nafas panjang, pandangan menerawang. “I feel like stopping. Kenapa? Tak jadi kawan sebab I dah taubat?”

No. Of course not. I’m happy for you,” Lee tersenyum, menjungkitkan bahu. “I’ve been thinkingmaybe you were doing it for a purpose. Likea family matter or a girl’s problem? I don’t know…”

Adrian senyum hambar. Kata-kata Lee ada betul, ada yang tak. Namun alasan sebenar tetap akan disimpannya sendiri.

Alright, bro. Maybe we can have coffee instead,” sahutnya, sebelum melangkah keluar, meninggalkan Lee di situ dengan senyuman mengerti.

Previous: Glosari
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.