Home Novel Keluarga Khas Buat Suraya Anne!
Bab 8


Perjalanan turun ke tingkat enam itu dilalui menggunakan laluan tangga kecemasan kerana kedudukan pejabat Mr. Lee dengan pejabatnya berbeza satu tingkat sahaja. Ketika langkah diambil melewati gadis yang bernama Suraya Anne, hati Dr. Adrian pasti dicuit satu perasaan yang halus. Hari itu, tanpa sengaja dia menoleh ke arah staf yang baru berkhidmat kira-kira lebih dari sebulan itu. Sedang tekun membuat laporan tanpa menghiraukan sebarang pergerakan yang berlaku di sekeliling. Nampaknya ada satu persamaan di antara mereka berdua.

Ekor matanya memerhati. Namun, skrin komputer riba di hadapan gadis itu lebih menarik perhatiannya. Suraya sedang membuat post processing untuk projek Prima kendaliannya dan bukan complaint report seperti tim itu sering lakukan. Bagaimana dia tahu? Kerana keseluruhan urusan teknologi dan operasi berada di dalam kawalannya. Salah satu tim di bawah seliaan Mr. Lee itu adalah hasil dari usul yang dicadangkan olehnya ketika menyertai syarikat itu dengan alasan menapis kebolehan sebenar staf yang baru diambil berkerja. Tanpa mereka sedar, sebenarnya dia sedang merekrut tim untuk beberapa projek yang diketuai olehnya sendiri. Sambil menyelam, dia minum air.

Namun, tim itu sering sahaja bertukar ganti ahlinya kerana separuh dari ahli pasukan itu diambil berdasarkan pengalaman bekerja mereka sebelum ini dan bukan kerana kelayakan pelajaran semata-mata. Apa yang berlaku kepada kebanyakan ahli yang kurang dari segi pelajaran yang tinggi sangat menyedihkan. Dilayani secara double standard dan dia pernah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap amalan syarikat itu. Namun, belum mendapat respon yang memuaskan.

Dr. Adrian mara menghampiri Suraya. Hanya jarak sejengkal yang memisahkan. Lama dia mengintai lalu dalam diam memuji kemahiran yang ada dalam diri gadis itu. Projek Prima antara projek perdana miliknya ketika awal memasuki syarikat. Ia sebuah projek yang terletak di negeri Sabah. Diterajui olehnya lalu dilantik Subash sebagai ketua setelah meneliti kebolehan lelaki berbangsa India itu. Satu pasukan terdiri dari kalangan staf syarikat terbentuk manakala satu workforce dari kontraktor terlantik digunakan. Tetapi, agak pelik sekiranya salah satu daripada laporan itu dibuat oleh pasukan lain yang langsung tiada kaitan dengan projek itu. Mereka tak cukup kaki tangankah hingga memerlukan pertolongan daripada anak buah Mr. Lee pula? Rasanya serba cukup. Yang kurang mungkin kerjasama antara pasukan dan sedikit lepas tangan. Itulah yang dia dapat simpulkan.

Sambil berpeluk tubuh, dia mengawal perasaan marahnya dari dilepaskan di situ juga. Siapa tak angin satu badan selepas bersoal jawab dengan Suraya, sah gadis itu cuma mengikuti arahan ketua pasukan mereka. Apabila ditanyakan pula kepada Zamri, domino effect memainkan peranan yang dia sendiri tahu ke mana ianya akan berakhir. Dirinya sendiri! Dia tahu dia bakal dipersalahkan apabila perkara itu diutarakan. Tiada alasan lain yang akan digunakan selain tidak cukup staf. Walhal, sudah bertahun tugasan itu digalas. Dan masing-masing telah sedia maklum akan tanggungjawab yang telah dibagi dan dipikul.

Tanpa perlu menunggu lama, bilik Mr. Lee dituju dengan harapan untuk mendapatkan sebuah penjelasan. Dan dia telah menghempas pintu bilik teman sejolinya itu tanpa disengajakan. Adegan yang cliche hinggakan Mr. Lee menunjukkan wajah terkejut beruk ketika sedang tekun menatap sesuatu pada komputer ribanya itu.

"Bro, that's not my intention. Sorry about the noise." ucapnya sambil tersenyum kelat. Sebenarnya dia sendiri tergamam ketika mendengar bunyi yang agak kuat itu.

Mr. Lee, menggeleng perlahan.

'Pertama kali naik angin ni. Tentu ada apa-apa.'

"What's up?" soalnya ingin tahu.

Dr. Adrian menarik kerusi. Bersandar malas dengan kakinya yang panjang itu dilunjurkan sambil merenung sahabat baik yang mempunyai wajah yang boleh dibawa ke arena komersial tetapi, bidang teknikal lebih mendapat tempat di hati.

"Kenapa Prima ada kat sini?"

"Subash-.."

"OK OK. I dah faham. Your team took over after he passed the baton. Cuma, kenapa tak tanya I dulu?"

"That's-.."

"That's my site! Team Zamri cuma backup kalau-kalau team di atas tak cukup. While you... Where is the outspoken and unbeatable Mr. Lee? Dengan Subash tu tiba-tiba you lembik, apehal? Ikut je cakap dia?" hentam Dr. Adrian lagi tanpa memberi peluang Mr. Lee memotong percakapannya.

"Are you finish?" tanya Mr. Lee tanpa niat untuk menyindir. Marah betul pemuda itu.

Dr. Adrian lantas menggeleng. Tetapi, mengambil keputusan untuk mendiamkan diri bagi memberi laluan kepada temannya itu pula bersuara.

"Subash... I sendiri pergi jumpa dia dan minta dia lepaskan site tu dan you sendiri tahu I have done this several times,"

Dr. Adrian diam. Mata merenung pengurus projek di hadapannya. Wajah itu tenang membalas pandangannya. Sebelum ini memang dia ada memberi keizinan kepada Mr. Lee mengarahkan beberapa orang anak buahnya untuk membuat analisis tetapi hanya melibatkan tapak projek yang dilepaskan olehnya sahaja. Cuma kali ini...

"Did I miss something? You nampak Anne buat report ke? Betul tak?.."

Diam.

"Oh, you tak suka rookie sentuh projek tu?" duga Mr. Lee lagi.

Diam.

Mr. Lee memerhati gelagat lelaki di hadapannya. Bermain-main dengan kerusi yang diduduki hingga dia terpusing kanan dan kiri. Lirikannya ditarik ke arah lain. Mr. Lee sengih. Cermin mata yang dipakai dijatuhkan ke batang hidung. Dan makin lebar dia tersengih kerana dia tahu apa yang diserkap itu sememangnya betul.

"I didn't find anything wrong with Suraya Anne helping Zamri. She is a quick learner. Tapi, kalau you nak ambil kembali Prima, siapalah I nak halang."

"Yes. I want to take them back. Lain kali tanya I dulu."

"She, seems different."

Rahangnya, ketat mendengar pujian dari Mr. Lee di hadapannya. Jadi, bukan dia seorang yang perasaan akan perbezaan yang ada pada gadis itu. Mereka bertiga. Dirinya, Mr. Lee dan Zamri. Dia tidak bimbangkan Zamri yang sudah mempunyai isteri itu cuma, niat sebenar lelaki itu sahaja yang mengganggu.

Dr. Adrian pantas mengalihkan kedudukan. Jauh untuk Mr. Lee menyedari perubahan riak di wajahnya. Marahkah dia apabila mengetahui Suraya mampu membuat analisis itu meski baru sahaja bermula? Dia, tahu segala butiran peribadi gadis itu. Bukan sahaja tahu malah menghafalnya. Pengetahuan gadis itu di dalam bidang telekomunikasi terlalu minimal. Apatah lagi pengalaman. Adakah dia benar-benar marah atau sebenarnya dia mahu sembunyikan kelebihan gadis itu daripada dihidu oleh orang lain?

"So, macam mana dengan observations?"

Sengaja, Dr. Adrian bertanya sebaik memusingkan kerusi untuk berhadapan kembali. Topik berkenaan Suraya enggan dibahaskan lagi. Bukan tidak suka tetapi, biarlah topik itu menjadi perhatiannya seorang. Tak ingin dia berkongsi!

"Hadi boleh diharapkan sepenuhnya. Ken and team pula lebih kepada on site. Aidil, documentation dan Anne, you were already aware of it. Zamri pula-.. Hmm..," tutur Mr. Lee sebelum melepaskan satu keluhan yang berat.

Khusyuk Dr. Adrian mendengar sebelum kedua belah kening sedikit terangkat melihatkan perlakuan temannya itu.

"Zamri hantar resign letter."

Dr. Adrian terkelu sebentar.

"Oh...That's... very soon. " ucapnya perlahan. Ramalannya tepat mengena. Cuma, tempoh yang diramalkan tidaklah secepat ini.

Sepi, menjadi peneman. Terkenang akan Zamri yang berdedikasi ketika bertugas. Dalam gerak perlahan, Dr. Adrian bangun. Duduk di bucu meja sambil membelakangi rakan baiknya itu.

"I, diberi peluang untuk uruskan technical operation. I dah buat apa saja yang I fikir bagus untuk masa depan company. Bagi mereka, experience is not as valuable as the cert." luahnya dengan perasaan kecewa.

Sepi sekali lagi mencelah sebelum kedengaran Mr. Lee tertawa sinis. Lelaki itu memusingkan kerusi yang diduduki dan menolak sedikit salah satu petak dinding kaca di belakangnya yang merupakan sebuah panel tingkap. Bunyi hingar bingar kenderaan yang bertali-arus di bawah mengisi ruang yang sepi. Laci meja ditarik. Sekotak rokok dan pemetik api dikeluarkan. Asap mulai berkepul di udara. Apabila berhadapan dengan kesulitan, itulah tabiat Mr. Lee yang sekian lama dia perhatikan.

"Counter offer?" cadangnya kemudian.

"Dah muktamad. Dia dapat offer lebih menarik dan lebih awal." sahut Mr. Lee lalu membawa batang rokok itu dekat ke bibir dan menyedut ia dalam. Asap yang tebal dihembuskan keluar.

"Budaya iktiraf nama dan hanya sijil tertinggi dah jadi penyakit dalam syarikat ni." getus Dr. Adrian sedikit geram.

Kerusi yang ada berdekatan dimain-mainkan dengan hujung kaki. Tertolak tarik kerusi itu beberapa kali akibat rasa geram yang sedang diluahkan oleh lelaki itu.

"Ah, you may call it as life insurance policy. Yang ambil akan rasa selamat. Less concerned about what might happen. Yang tak ambil sentiasa bimbang kalau apa-apa jadi pada mereka. But, ada minoriti group yang tak pedulikan apa-apa pun and sustain." Mr. Lee memberi pendapat.

"It could be one major problem for the company. Kalau budaya ni diteruskan, I bet dalam tempoh sepuluh tahun lagi company akan ada masalah dari segi logistic and financial. A set of skills is indeed important, no matter how intelligent you are. " tuturnya seraya berpaling ke arah lelaki di penghujung tiga puluhan itu.

"Pelik. You sendiri ada kelayakan yang tinggi tapi you hentam syarikat you sendiri."

Dr. Adrian tidak terkejut apabila maklumat tentang dirinya dijadikan hujah. Kerana satu peristiwa, lelaki itu tanpa sengaja mengetahui identiti sebenarnya itu. Menyesal masih bersarang apabila terkenangkan peristiwa itu namun, hingga ke hari ini rahsia itu masih kekal disimpan oleh Mr. Lee.

"Bukan I punya, Lee. Dan itu bukan hentam tapi, kritikan membina." ucapnya tegas.

Mr. Lee merenung ke arahnya. Mencari kejujuran. Dr. Adrian, kekal tenang.

"Dah bercakap dengan Tan Sri?"

"Beberapa kali. Dia serahkan pada I untuk uruskan. That's bullshit. Dia tahu macam mana perangai kesemua director dia." luah Dr. Adrian sedikit berang. Tetapi, tidak mengapa. Lambat-laun akan dipastikan mereka yang memusnahkan syarikat itu sedikit demi sedikit terima balasannya.

"If that's the case I guess you better jumpa Khairi. Dia lebih neutral dan satu-satunya director yang tak ada proper education or cert. I have no idea how he accomplished that." cadang Mr. Lee.

Dr. Adrian melarikan pandangan lantas tidak menyahut. Khairi. Salah seorang pengarah di syarikat yang sering dihantar untuk membida tender. Kebolehan dalam menyusun ayat modal lelaki itu. Tetapi, dia belum bersedia untuk bertemu empat mata. Tiada urusan yang memerlukan khidmat Khairi dalam agendanya. Buat seketika mereka sama-sama mendiamkan diri.

Dr. Adrian, mengerling ke arah dinding kosong yang cuma dihiasi dengan sebuah jam. Sudah lama rupanya dia berada di dalam bilik pejabat itu. Hampir jam 2.00 petang.

"Arghh!.. Lupa pulak. Pre-phase project... I nak Zamri dan Hadi." ujarnya sebaik teringatkan tujuan utama dia hadir ke pejabat lelaki itu. Isu peribadi sebentar tadi didiamkan sahaja. Biarlah diuruskan olehnya sendiri.

"What the hell?" protes Mr. Lee sedikit tidak puas hati.

"Satu minggu... Satu minggu saja, bro." ucap Dr. Adrian berbaur pujukan.

"Alright. Kalau macam tu ambil Hadi and Aidil." saran Mr. Lee.

Dr. Adrian tajam melirik. Dia mahukan calon yang berkebolehan.

"Hell, no."

"Final. Zamri and Suraya." putus Mr. Lee lantas puntung rokok yang pendek itu dicucuh ke dalam ashtray.

Lantas, Dr. Adrian tersengih. Tak perlu lama-lama berjual beli dia mendapat dua kali ganda keuntungan.

"Deal." sahutnya gembira. Dilirik jam di tangan setelah hajat sebenarnya berjaya. Memulakan misi mengikat dan menawan Suraya bermula dari menugaskan gadis itu di bawahnya!

"So, a round of drinks?" tanya Mr. Lee menyedari keinginannya untuk beredar.

Dr. Adrian menjungkitkan bahu sambil senyum sinis sebelum bingkas bangun.

'Party animal.'

Dalam diam dia mengata temannya itu. Masih sempat memikirkan masa untuk berseronok meskipun masing-masing sedar akan kekangan masa yang wujud.

"Oh, shoot! Bro, I forgot! I dah quit, maa..."

Belum sempat menuju ke muka pintu, dia berpaling memaklumkan perkara itu.

"Drink?" soal Mr. Lee inginkan kepastian.

Dr. Adrian mengangguk.

"Dah taubat?"

Sekali lagi Dr. Adrian menganggukkan kepala.

"How?.." desis Mr. Lee seakan tidak percaya.

"I-.. don't know. I feel like to stop. Kenapa? Tak jadi kawan sebab I dah taubat?"

"No. Of course not. I'm happy for you. I've been thinking that you were doing it for a purpose. Like... A family matter or a girl's problem? I, don't know... " kata Mr. Lee sebelum menjungkitkan kedua belah bahunya.

Dr. Adrian senyum hambar. Kata-kata Mr. Lee ada betul dan tidak betul. Tetapi, biarlah alasan sebenar itu disimpan untuk dirinya seorang.

"Cao, bro. Maybe we can have coffee instead." sahutnya sebelum beredar.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.