Glosari Mini Bab 3 & 6
Bab 3
Rigger – Pekerja mahir yang melakukan kerja-kerja memanjat dan memasang peralatan telekomunikasi di menara atau struktur tinggi.
Azimuth – Sudut arah antena dipasang, diukur dari arah utara (dalam darjah).
Tilting – Kecondongan antena dari kedudukan asal (boleh jadi mechanical tilt atau electrical tilt) bagi mengawal liputan isyarat.
Height – Ketinggian antena atau peralatan dipasang dari aras tanah.
Static Test – Ujian keselamatan awal pada menara atau peralatan yang dipasang bagi memastikan struktur stabil sebelum digunakan.
Bab 6
Log files – Fail yang menyimpan rekod aktiviti, data atau status peranti dan rangkaian semasa ujian.
UE ( User Equipment) – Merujuk kepada telefon bimbit atau peranti yang digunakan untuk menguji rangkaian.
Drive test engineer – Jurutera yang menjalankan ujian rangkaian dengan memandu kenderaan sambil mengumpul data liputan dan prestasi.
Coordinator – Penyelaras tugasan, biasanya mengatur jadual, lokasi ujian, serta memastikan data dikumpul mengikut perancangan.
Pilot pollution – Situasi apabila peranti menerima isyarat terlalu banyak menara ( cell) secara serentak, menyebabkan prestasi rangkaian menurun.
RSRP value ( Reference Signal Received Power) – Ukuran kekuatan isyarat yang diterima daripada menara rangkaian.
SINR ( Signal-to-Interference-plus-Noise Ratio) – Nisbah kualiti isyarat berbanding gangguan dan bunyi; semakin tinggi nilainya, semakin baik.
Network – Rangkaian telekomunikasi yang menghubungkan pengguna kepada perkhidmatan suara, data dan internet.
Throughput – Kelajuan data sebenar yang diterima pengguna semasa menggunakan rangkaian.
Cell – Kawasan liputan yang dilayan oleh satu antena atau sektor menara telekomunikasi.
Side Lobe – Pancaran sampingan daripada antena selain daripada arah utama ( main lobe). Side lobe boleh menghasilkan liputan sel tambahan yang tidak dirancang.
Power parameters – Tetapan teknikal berkaitan kekuatan isyarat yang dipancarkan oleh rangkaian.