Perjalanan dari Aeon Mall ke rumah Shakil tidak jauh tapi entah kenapa Shakil rasa macam berjam-jam jauhnya. Rasa lambat mahu sampai ke rumah. Dia rasa rimas pula dengan Nabiha ni. Dari tadi asyik bercerita mengenai Nadhila, ada saja salah silap Nadhila.
Nadhif memandu masuk ke stesen minyak Petronas pula. Nadhif turun dari kereta dan membayar di kaunter. Setelah membayar dia masuk semula dalam kereta memandangkan ada seorang pekerja yang tolong isikan minyak. Nabiha sibuk dengan handphone sejak tadi.
"Ya Allah..!! Abang Dip.. Astagfirullah Al Azim. Dasyat betul lah Kak Dhila ni.." tiba-tiba Nabiha menjerit terkejut. Apa pula kali ni cerita dia, cetus hati Shakil.
" Kenapa dengan dia?!" Tanya Nadhif serius.
" Abang tengok gambar ni.. Ini dari facebook Helmi. Dia upload gambar ni.." Terus Nabiha memberikan handphone pada Nadhif. Cepat saja Nadhif ambil. Nadhif melihat gambar itu dengan bengis sekali. Turun naik nafasnya.
" Mesra betul diaorang ni. Siap bergambar rapat lagi. Dah malam kut. Beraninya dia.." Semangat betul Nabiha memfitnah.
"Diaorang makan je ni kut. Tengok ni kan kawan-kawan yang lain tu.." kata Nadhif menyedapkan hati sendiri. Segan juga dengan Shakil. Tapi hati punyalah marah. Melonjak-lonjak api kemarahan.
" Memanglah dengan kawan. Abang Dip..!! Tiga orang lelaki dan tiga perempuan. Dah tentu masing-masing berpasangan. Betul tak? Fikir logiklah abang.."Nabiha menambah lagi. Shakil menyapu muka sendiri, pejam mata dan menarik nafas. Sabar banyak-banyak Dhila,kata hati Shakil.
" Tak apalah. Sesekali dia nak juga keluar makan dengan kawan-kawan dia. Asyik kau je nak keluar, dia pun nak release tension juga. Lagipun tengok gambar ni, Kak Dhila pakai baju kurung. Mungkin balik kerja dan terus pergi makan. Abang tahu Helmi tu bukan jenis sosial pun. Tak ada apalah ni.." Balas Nadhif lagi. Shakil angguk kepala perlahan, setuju dengan pendapat Nadhif. Nadhif beri handphone semula pada Nabiha.
Apabila selesai pekerja pam isi minyak. Nadhif mengucapkan terima kasih dan memulakan pemanduan.
"Abang Sha.. Abang Sha tengok gambar ni?" Pula dah. Nabiha masih tak puashati dan memberikan handphone pada Shakil pula. Serba salah pula Shakil, terpaksalah ambil juga dan lihat gambar itu. Bagi Shakil, tidak salah pun gambar itu.
" Apa komen Abang Sha?!" Nadhif geleng kepala melihat gelagat Nabiha. Memang segan Nadhif jadinya.
" Tak ada apa nak komen. Apa yang tuan cakap tu ada betul juga. Sesekali dia nak keluar makan dengan kawan-kawan. Asyik kerja je pun akan stress jadi nak juga dia release tension. Kan..!!" Jawab Shakil, jujur. Handphone diberi semula pada Nabiha. Nabiha mencebik muka.
" Hmm.. Kita bukan nampak pun apa yang dia buat. Ni baru kita tengok dekat gambar, selebihnya. Kita tak tahu pun. Dahlah kerja macam Kak Dhila ni open dengan orang ramai. Jumpa orang macam-macam. Bebas kesana sini.. Hmm.. Itu lah yang dia suka..!" Kata Nabiha dengan muka yang bengang.
Tak habis-habis Nabiha ni. Kenapalah jahat sangat. Menabur fitnah pada saudara sedaging sendiri. Tak takut dosa agaknya. Antara Nabiha dan Nadhila, Nabiha lah yang rajin solat. Rajin buat solat sunat, solat fardu tak tinggal. Mengaji sedap suara tapi perangai. Aduhai.. Menakutkan sungguh..!!
" Dahlah Biha. Nanti abang tanya Kak Dhila sendiri.." kata Nadhif. Baru ada senyum sikit diwajah Nabiha.
Nadhif memberhentikan keretanya dihadapan rumah Shakil.
"Terima kasih tuan hantar sampai rumah pula.."
"Tak ada hal lah. Dah satu jalan kut. Bukan jauh pun rumah awak dengan rumah saya. Okey!! Esok saya ambil ya. Apa-apa saya call.." Shakil membuka pintu kereta dan keluar.
" Okey tuan..!!" Nabiha juga keluar dari pintu belakang kereta dan duduk di hadapan.
" Okey Abang Sha.. Seronok dapat jumpa Abang Sha. Nanti kalau Abang Sha free kita keluar lagi ye. Jumpa lagi. Byee..!!" Shakil tidak menjawab. Hanya senyum saja. Nabiha memberi senyuman manis padanya.
Nadhif terus memandu meninggalkan Shakil.
" Allahuakhbar..!! Astagfirullah Al Azim..!! Macam-macam perangai manusia sekarang ni. Memfitnah dan difinah.. Sabarlah Dhila.."Shakil bercakap sendiri. Setelah kereta Nadhif hilang dari pandangan, Shakil terus membuka pintu pagar dan jalan perlahan ke kerusi pula. Motor kawannya, Kamal tidak ada. Belum balik kerja mungkin. Shakil duduk di kerusi menghadap ke jalanraya. Handphone dikeluarkan. Menghubungi Nadhila. Sekali dua Shakil call tapi tidak berjawab.
" Tak jawab pula. Merajuk ke ni?! " Dicuba lagi.
" Helloo...!" Suara Nadhila lemah ditalian.
" Lemah je suara, kenapa ni. Merajuk ye..!" Shakil senyum.
"Taklah. Tertidur kejab. Tunggu awak call, lama sangat. Tadi kata 15 minit je, ni dah setengah jam kut.." Shakil gelak. Tak merajuk konon.
" Alaa sorrylah. Saya baru je sampai rumah ni. Tak masuk rumah lagipun.." kata Shakil lembut.
" Tak apalah. Okey je..!! Tadi saya ada call Abang Dip. Abang marah saya. Sedih sangat. Kalau saya tahu dia marah, saya tak nak call dia.." Nadhila mula mengadu. Sedih suaranya.
"Iya saya tahu. Saya ada waktu tu. Sabarlah Dhila. Sekurang-kurang awak dah call dan dah minta maaf. Biarlah dia nak marah atau cakap apapun.. Sabar ya..!" Kata Shakil menenangkan hati Nadhila.
"Saya rindu Abang Dip. Saya harapkan bila saya call dia, dia akan layan saya dengan baik. Cakap lembut dan tak marah tapi... Entahlah Sha.. Elok kalau saya langsung tak call dia kan..!" Mula sebak. Airmata menitis sedih.
" Jangan macam tu. Tak apalah. Awak anggap ni semua dugaan untuk awak. Untuk awak lebih bersabar, lebih kuat dan mungkin dengan ini juga lebih merapatkan hubungan kita. Betul tak?! Hehe..!!" Sempat lagi Shakil bergurau. Nak ambil hati si Nadhila.
"Awak ni kan.. Boleh pula fikir ke situ..!" Shakil gelak lagi.
"Tadi awak cakap, ada Biha? Dia balik kampung?" Tanya Nadhila. Risau pula dia.
" Tak pun. Dia kan dah tamat belajar, tengah praktikal dekat HKL sekarang ni. Duduk dengan tuan.." jelas Shakil.
"Oh iyeke?! Esok subuh saya balik KL, nak balik kampung. Tapi kalau tiba-tiba dia balik kampung juga macam mana? Saya tak nak jumpa dia Sha..!" Nadhila luah rasa risaunya. Memang dia belum sedia mahu jumpa Nabiha ataupun Nadhif.
"Dia tak nak balik kampung pun. Ibu awak pun tak tahu Biha praktikal dekat KL. Kalau tuan balik baru dia ikut. Lagipun tuan tengah sibuk sekarang ni. Jangan risaulah..!!" Sambung Shakil lagi. Kasihan dia pada Nadhila. Nak balik jumpa ibu sendiri pun terpaksa curi-curi balik.
" Okeylah kalau macam tu. Lega saya dengar. Tiga hari saya cuti ni, saya nak habiskan masa dengan ibu. Mesti seronok sangat. Saya tak sabar nak jumpa ibu. Rindu sangat kat ibu..!" Ada nada ceria pada suara Nadhila.
" Rindu ibu je ke? Tak rindu saya?!" Telan liur Nadhila. Sengeh sendiri. Senyap kejab. Hahaha.. Hanya gelak.
" Oh ya Dhila.!! Saya nak tanya sesuatu ni. Penting jugalah.." Shakil teringat pada gambar dari facebook Helmi yang Nabiha tunjuk tadi.
" Penting? Macam serius je ni.. Okey.. Silakan tanya. Saya akan jawab..!"
"Saya cuma tanya je tau. Baru-baru ni awak ada keluar makan malam dengan kawan-kawan tak? Tak silap saya dekat Stulang laut.." Nadhila duduk bersandar di katil.
" Ada.. Tapi taklah baru, minggu lepas kut. Macam mana awak boleh tahu ni?! " Nadhila mula rasa tak sedap hati. Berkerut dia. Rasanya dia tak bagitahu Shakil kut.
" Hmm.. Dengan kawan kerja awak semua ke? Dan lepas tu, ada pergi mana-mana tak?!" Tanya Shakil lagi.
"Hahaha.. Saya disoal siasat ni. Tahulah polis. Haahaha.. Siapa yang buat report ni? Ke saya orang kena tuduh?!" Nadhila gelak. Lucu pula dia.
"Dhila.. Saya nak tahu ni.." Shakil serius. Tegas. Nadhila gelak lagi.
"Okey.. Okey..!! Iya.. Saya keluar kawan kerjalah. Dengan siapa lagi. Helmi, Azar, Lani, Kak Siti, Kak Katty dan Hidayu. Team kami dapat capai target. Jadi, boss besar kami belanja kami makan. Puashati..!!" Jelas Nadhila. Jujur sejujur-jujurnya.
"Lepas tu.. Ada ke mana-mana tak?!" Shakil mengulangi soalan yang Nadhila belum jawab lagi.
" Dah makan, perut kenyang. Balik rumahlah. Sampai rumah, tidur. Kenapa awak tanya ni? Awak dapat tahu dari mana? Awak pasang spy ke ni?!" Teka Nadhila.
"Allahuakhbar..!!"
"Kenapa Sha? Macam ada yang tak kena je ni"Berkerut Nadhila. Hairan juga. Macam mana Shakil boleh tahu.
" Awak ada facebook?" Tanya Shakil lagi.
"Ada baru buat. Hehe.. Tapi jarang buka, kalau buka pun cuma baca je.."
" Biha tahu ke facebook awak?" Shakil bertanya lagi.
" Tak kut. Friendlist saya pun tak sampai 50 orang. Nama pun tak guna nama saya dan gambar profil pun bukan gambar saya. Saya letak gambar kartun. Hihihii.." Nadhila gelak lagi.
" Baguslah. Macam ni Dhila.. Tadi, Biha ada tunjuk gambar awak bersama kawan kerja awak makan malam di Stulang tu. Dia dapat gambar tu semua dari facebook Helmi. Dan tunjuk pada tuan.." Shakil mula bercerita. Terkejut beruk Nadhila.
"Ha?? Aduhhh!!! Masalah besar ni. Saya dah cakap dekat Helmi kalau nak upload jangan ada gambar saya. Alamak.. macam mana ni? Mesti Abang Dip ngamuk. Helmi ni pun satulah..!" Nadhila jadi tak tentu arah. Risau, takut, sakit hati, geram semua ada.
" Sabar.. Sabar..!! Banyak bertenang Dhila..!!"
" Mana boleh bertenang macam ni. Nak bertendang adalah. Kenapa Biha menyibuk je, entah apalah dia cakap dekat Abang Dip tu. Peliklah dia tu..! Huh!!" Keluh risau Nadhila.
" Tak apalah. Jangan risau ya. Yang penting lepas awak makan dan balik. Lagipun dengan kawan kerja dan boss. Awak ada bukti kawan-kawan awak. Relax..!! Tarik nafas, hembuskan perlahan dan relax.." kata Shakil.
" Awak tahu kan abang macam mana?"
" Iya Dhila.. Saya tahu dan saya faham situasi awak. Doa je banyak-banyak moga awak dilindungi dari api kemarahan tuan. Tak apa, abaikan pasal gambar facebook tu. Saya taknak awak stress. Sekarang ni, fokus pada ibu. Nak balik kan esok subuh. Jadi, saya nak awak happy di kampung nanti ya. Dan.. happykan hati ibu juga. Okey? Faham kan..?" Nasihat Shakil. Lembut.
"Baiklah.!! Insha Allah.."
"Good..! Okeylah, saya nak mandi dulu nak rehat kejab. Apa-apa nanti whatsapp saya ya. Kalau rindu saya atau rindu suara saya, whatsapp je. Nanti saya call. Tau?!" Sempat lagi Shakil ni. Senyum.
" Amboi.. Amboii... Tak ada makna rindu-rindu. Dari saya rindu awak, lebih baik saya rindu angsa Pak Mail sebelah rumah tau!!" Shakil gelak kuat. Nadhila senyum kambing. Merah muka, malulah tu.
" Hmm.. Iyelah. Siapalah saya ni kan yang awak nak rindu? Tak ada pun orang nak rindu saya ni." Sengaja merendah diri.
"Eleh.. Tak ada orang rindu konon. Kekasih awaklah rindu awak. Kenapa saya pula.!"
" Kekasih ek?! Itulah masalahnya tu. Kekasih saya tu saya rasa Nur Nadhila je. Tak ada orang lain dah.." selamba Shakil cakap. Terbeliak mata Nadhila dengar.
" Eh.. Eh.. Ehh...!! Kejab! Bila masa pula saya jadi kekasih awak? Tak ada sebarang pengakuan rasmi pun dari Nur Nadhila ya. Tiada!! Jangan nak memandai..!" Keras suara Nadhila. Shakil gelak dan gelak.
" Kejab lagi rasmilah tu. Okeylah bakal kekasihku. Jaga diri ya. Ingat! Jangan stress tau.. Assalammualaikum..!"
"Okey.. Insha Allah.. !! Waalaikumsalam.." Handphone terus dicampak atas bantal. Menekup bantal dengan muka.
Haahahahahaa.. Gelak kuat. Malunya aku, katanya sendiri. Dalam talian punyalah menafikan rasa hati. Padahal, dalam hati tu dah berbunga- bunga. Baring ditilam.
Memikirkan mengenai gambar yang Shakil beritahunya tadi. Dia terdengar orang buka pintu. Dia bangun dari baringan dan terus menyarungkan tudung dikepala. Itu mesti mereka dah balik. Nadhila nak bertanya pada Helmi mengenai gambar yang dia upload dalam facebook itu. Terus jalan keluar dan menuju ke pintu utama.
Cepat-cepat dia sarungkan selipar Jepun dan berlari ke pagar.
"Helmi... Helmi... Kejab.. Kejab...!!" Jerit Nadhila kuat memanggil Helmi. Terbantut langkah Helmi.
" Ha kenapa? Dah macam kena kejar hantu je..!" Tanya Helmi.
"Ish.. Kau ni. Mana ada hantu siang-siang macam ni.." Nadhila menjeling.
"Kaulah hantunya. Dah kenapa ni panggil aku?!" Berdengus Nadhila.
" Yang kau pergi upload kat facebook gambar masa makan malam tu dah kenapa?!" Tanya Nadhila. Serius.
"Laa.. Facebook aku. Sukahati akulah nak upload gambar apa. Apasal ni?!"
"Helmi.. Kau friend dengan Biha kan. Kau tahu tak, Biha ambil gambar-gambar tu dekat facebook kau dan tunjuk dekat abang aku tau tak..!!" Terang Nadhila. Kecut perut Helmi dengar.
" Iyeke?!! Alamak..!! Sorry Dhila. Aku lupalah. Mengamuklah abang kau ek?!" Garu kepala Helmi. Rasa bersalah yang amat sangat.
" Entahlah. Aku pun tak tahu dia mengamuk atau tak. Dia nak ngamuk pun aku tak ada. Kalau jumpa nanti, memang kena hadap jelah. Nak buat macam mana kan. Nasib aku. Aku dah bagitahu kau kut, jangan upload gambar yang ada aku tapi kau upload juga. Tak apalah..!" Mendatar suara Nadhila. Helmi betul-betul jadi bersalah.
"Alaa Dhila.., sorry lah aku tak perasan. Maafkan aku. Nanti aku delete gambar tu ye..!" Helmi memujuk.
"Nak delete pun buat apa. Gambar dah sampai dekat abang aku pun.. Okeylah Mi, pergilah kau masuk. Aku pun ada kerja nak buat ni.. aku masuk dulu. Bye..!!" Nadhila terus melangkah lemah masuk ke dalam rumah. Sedih muka. Menyusun atur langkahnya. Helmi masih memandangnya. Perasaan bersalah semakin menebal.
"Aduhai.. Kasihannya Dhila. Confirm dia kena dengan abangnya nanti..!" Kata Helmi sendiri.
Nadhila masuk bilik, duduk di katil. Termenung mengenangkan nasib diri.
"Kenapa aku diduga macam ni? Kenapa hidup aku tak diberi peluang untuk merasai nikmat kebahagiaan dari keluarga aku sendiri? Dari arwah ayah, dari abang dan dari adik aku sendiri? Kenapa mereka buat aku macam ni. Apa dosa aku? Apa salah aku? Ya Allah Ya Tuhanku.. Berikanlah aku kekuatan untuk terus hadapi semua ini. Tabah dan sabarkanlah aku agar aku dapat hadapi dengan tenang tanpa perasaan marah dan dendam pada adik beradikku. Aku sayang mereka. Terlalu sayang. Aku ingin rasa disayangi oleh mereka. Ingin rasa dikasihi dan ingin rasa diperlukan. Aku hanya harapkan secebis kasih dari mereka sebelum nyawaku diambil olehMu Ya Rab..!!"
Menitis airmata jernih Nadhila. Doa penuh harapan. Dan doa itu juga yang tidak pernah putus setiap fardunya. Mendoakan semoga abang dan adiknya diberi petunjuk dan hidayah.
Airmata dikesat perlahan. Dia kena sedia hadapi semua yang bakal terjadi. Mujurlah ada Shakil yang sentiasa memberi nasihat, memberi sokongan dan semangat padanya. Shakil juga yang sentiasa bersamanya disaat dia sedang dalam kesedihan, kedukaan dan kelukaan tatkala diperlakukan oleh adik-beradik kandung sendiri. Shakil yang faham hati perasaannya. Dapatlah dia menumpang sedikit kasih sayang pada Shakil. Kalau tidak mesti Nadhila hidup dalam tekanan. Tekanan disebabkan adik-beradik kandungnya.
Aliyan Shakil.. Seorang lelaki yang Allah hadirkan dikala dia di dalam kedukaan. Yang dia sendiri tak pernah sikit pun terlintas di fikiran. Allah hadirkan Shakil tepat pada waktunya. Waktu dia perlukan seseorang yang memahami keadaan dan situasinya. Yang melihat sendiri dengan matanya disaat Nadhila dianiaya oleh saudara kandung sendiri.
Terima kasih Ya Allah..!! Terima kasih Sha.. !!