Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,507
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 29
Tak lena tidurnya. Tak tenang hatinya. Apa dia buat semua tak kena. Perasaan bersalah mula bersarang di lubuk hati. Menyesal dan menyesal. Nak menyesal pun dah tak ada gunanya. Sebelum bertindak tidak fikir kesan buruk, terlalu mengikut api kemarahan. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak perbuatan. Tanggunglah sendiri.

Mug berisi air teh panas itu ditenung. Huh!! Mengeluh keras. Fikirannya tetap pada Nadhila. Entah macam mana keadaan Nadhila. Teruk dia kerjakan Nadhila malam tadi sampai lemah badannya dan sampai luka wajahnya. Ya Allah..! Kejamnya aku. Menekup muka dengan tapak tangan.

Dia menghubungi Nadhila tapi langsung tidak dijawab. Menghantar whatsapp pula, tapi tetap tidak berbalas. Risau dan risau. Macam mana dia nak tahu keadaan Nadhila. Nombor telefon Helmi pun dia tiada. Dia buntu. Selagi tidak tahu keadaan  Nadhila selagi tu memang tak kan tenang.

Shakil? Mesti Shakil tahu mengenai Nadhila. Tahu keadaan Nadhila. Iya.. Shakil..!! Dia kena tanya Shakil, tapi perasaan malu pula menerjah. Malu dengan Shakil atas perbuatannya sendiri. Mana dia nak letak muka. Shakil amat menghormatinya, amat kagum dengan sifatnya yang penyayang dan sifat kepimpinan tapi malam tadi semuanya terbongkar. Sifat Nadhif tidak sama seperti yang Shakil fikirkan. Malunya aku. Macam mana aku boleh lakukan seperti itu di khalayak ramai? Di depan Shakil, depan rakan setugasnya. Macam mana kalau ada yang rakam kejadian malam tadi dan buat laporan. Mati.. Mati..!! Semakin risau Nadhif jadinya.

"Abang Dip..!! Amboi.. Jauhnya menung? Fikir pasal siapa tu.. Awek ye..!!" Muncul Nabiha. Terkejut Nadhif. Nabiha duduk di hadapan Nadhif. Air teh dalam teko dituang ke dalam mug putih. Menghirup perlahan. Nadhif masih senyap. Masih memandang kosong pada mug di hadapannya. Nabiha berkerut melihat Nadhif.

" Ooo abang..!! Dah kenapa dengan abang ni. Pagi-pagi dah buat muka macam tu. Abang ada masalah ke?! Share lah dekat Biha. Mana tahu Biha boleh tolong.." Nadhif memandang wajah Nabiha sekilas saja. Masih senyap.

"Malam tadi abang jumpa Kak Dhila.." katanya perlahan memulakan cerita.

" Ha? Jumpa Kak Dhila? Dekat mana? Kan Kak Dhila ada dekat JB kan. Macam mana dia boleh ada dekat KL pula.." Terkejut besar Nabiha. Terbeliak matanya seperti mahu terkeluar saja bila Nadhif bercakap mengenai Nadhila.

"Depan Hotel Istana..!" Jawab Nadhif lemah.

"Depan hotel..!!!! Astagfirullah Al Azim. Apa dia buat dekat situ abang. Tak kan dia.. Ishh..!! Melampau tu..!" Sekali lagi Nabiha terkejut. Mula dah dia fikir negatif.

" Dia ada dinner dengan company. Entahlah abang pun tak tahu cerita sebenar.." Nadhif mengeluh sendiri, tunduk pandang bawah pula.

"Hmm.. Iyelah tu dinner company. Kut-kut dinner dengan...!" Mula dah Nabiha mahu buat cerita.

" Biha ni tak habis-habis nak buat cerita pasal Kak Dhila kan. Dia dengan kawan kerjanya pun. Abang tahulah.." Marah Nadhif.

" Okey.. Sorry..! Tapi yang abang ni kenapa ni.." Nabiha menghabiskan air tehnya. Masih pelik dengan perubahan Nadhif.

" Abang pukul Kak Dhila malam tadi. Depan kawan-kawannya.." kata Nadhif lemah. Lagi sekali Nabiha terkejut. Tergamam.

" Abang pukul dia? Depan kawan dia?? Tapi kenapa abang pukul dia? Ceritalah.." Bertanya semula. Tak sabar Nabiha nak tahu cerita sebenar. Wow!! Ini memang betul-betul woww!! Senyum sinis.

"Lepas abang balik dari jumpa kawan abang, abang nampak dia kat depan Hotel Istana tu. Abang pun hairanlah. Sebab dia kan dekat JB, tiba-tiba pula ada dekat KL. Abang terasa tertipu sangat. Abang pun sakit hatilah. Terus serang dia. Abang ajak balik, dia tak nak. Melawan. Degil sangat. Tetap berkeras.." cerita Nadhif. Nabiha dengar dengan tekun sekali.

"Hmm.. Yang Kak Dhila tu pun satu. Kenapa tak bagitahu abang je yang dia nak balik sini. Sekurang-kurangnya walaupun tak jumpa abang, bagitahu jelah. Bukan susah pun. Whatsapp ada, handphone ada. Memang cari nahas dia tu bang. Sengaja cari penyakit.. Padan muka dia..!!" Sedapnya mulut Nabiha bercakap. Dengan reaksi muka yang menyampah. Bagi makan penampar baru tahu.


" Semalam pagi, abang ada call ibu. Tanya mengenai Kak Dhila. Ibu cakap juga Kak Dhila ada call. Lega jugalah dengar tapi tak balik.." sambung Nadhif lagi.

" Ooo... Maknanya, ibu pun tak tahulah yang Kak Dhila balik KL? Ishh!! Tak patutlah Kak Dhila tu. Okeylah kalau dia tak bagitahu kita tapi sekurang-kurangnya bagitahulah dekat ibu. Ibu dahlah rindu dia ataupun baliklah jenguk ibu kejab. Bukan jauh pun KL dengan kampung. Apa punya anaklah dia tu..!" Nabiha tetap mahu buat Nadhif naik angin. Sengaja buat Nadhif marah. Geram je.

" Kau kalau bercakap, ikut sedap mulut je kan. Kau praktikal dekat KL ni, ada bagitahu ibu tak? Ada kau balik kampung jenguk ibu? Ada kau rajin call ibu? Langsung tak ada kan. Padalah banyak masa kau pun, boleh balik kampung, boleh call. Tapi kenapa tak?" Tersentak Nabiha. Keras suara Nadhif. Tapi Nabiha tetap buat muka selamba. Sikit pun tak rasa bersalah.

" Adalah Biha call ibu. Tapi ibu tak jawab call pun. Lagipun, tak apalah. Biha kan duduk dengan abang. Abang tahu apa Biha buat. Menghadap Biha tiap hari. Lainlah Kak Dhila tu. Duduk jauh, tak ada siapa tahu apa dia buat. Dialah yang kena rajin call ibu dan balik jenguk ibu. Biha ni anytime boleh balik dengan abang. Kan...!" Sambung Nabiha lagi.

" Habis.. Biha ingat, ibu tak rindu Biha ke?" Geleng kepala Nadhif.

" Iya tahu...!! Berbalik kejadian malam tadi. Abang serang apa dekat Kak Dhila tu. Abang tampar dia ke?" Pandai Nabiha menutup kesalahannya dan membangkitkan kesalahan Nadhila pula.

"Huh!! Iya.. Abang tampar dia berkali-kali jugalah. Kasihan dia. Sampai luka mulutnya, berdarah kepalanya abang tarik dia nak bawa masuk dalam kereta tapi dia tak nak. Jadi, tanpa abang perasan, abang tertolak badan dia, dia terhantuk dekat pintu kereta. Ya Allah!! Abang tak sengaja pun.." Fuh!! Dasyatnya. Kata Nabiha dalam hati. Telan liur dia. Tak sangka pula abangnya boleh buat sampai macam tu sekali.

" Tak apalah. Dah tak sengaja pun kan. Benda nak terjadi.. Apa boleh buat. Itu pun sebagai pengingatan dan pengajaran untuk dia. Kalau dia dengar cakap abang, taklah jadi macam tu,  betul tak? Mendapatlah kau kak.. Habis, dia macam mana sekarang abang? Dia ada dekat KL ke atau balik JB?" Nadhif menuang air teh ke dalam mugnya dan meneguk air yang dah suam itu.

" Entah. Abang pun tak tahu. Abang nak tanya Helmi, tapi tak ada nombor. Tu yang buat abang risau sekarang ni. Tak tahu keadaan dia.. Hmm..!!" Menyapu muka dengan tangan. Nabiha mencebik bosan dengar.

" Alaa jangan risaulah. Pandailah dia jaga diri sendiri. Sebelum ni pun selalu juga kena tampar dengan abang. Okey je pun. Hmm.. tak apalah nanti Biha try tanya Helmi dekat mesengger facebook. Abang tak payah risaulah. Dahlah.. senyumlah sikit. Biha yang risau tengok abang macam ni..!" Pandai Nabiha ambil hati abangnya. Mereka berbual lagi mengenai Nadhila. Dalam hati Nabiha, dia sangat seronok. Sangat bahagia bila tahu Nadhif pukul Nadhila.

" Padan muka kau kak. Mesti kau sakit hati dengan Abang Dip. Dan, sudah semestinya kau tak nak balik kampung dan tak kan contact Abang Dip lagi. Hahahaha.. Lega aku!! Duduk bawa dirilah kau dekat JB sana. Aman hidup aku, tanpa gangguan dari kau. Hahahaa.. Seronoknya..!" Gelak ketawa Nabiha dalam hati.

 Betapa busuknya hati Nabiha. Kalau Nadhila tu kakak tiri atau kakak angkat ke. Masih boleh terima jugalah dia lakukan begitu tapi Nadhila adalah kakak kandungnya sendiri. Dari perut ibu yang sama, ayah yang sama, tapi tergamaknya dia buat saudara sedarah sedaging begitu. Allahuakhbar!!

Nadhif masih fikir mengenai Nadhila lagi. Tapi Nadhif tak cerita pula yang Shakil menolong Nadhila malam tadi. Kenapa dia tak cerita pada Nabiha. Mungkin malu kut. Hmm.. Tahu pula malu, sebelum bertindak tak reti pula malu.

"Abang Dip... Biha nak tahu sesuatu boleh?" Tersengeh-sengeh Nabiha seperti kerang busuk yang amat.

" Nak tahu apa lagi.." berkerut Nadhif.

" Hehehe.. Hmm.. Abang Sha tu dah berpunya ke Abang Dip..!!" Terbeliak mata Nadhif dengar. Nabiha tersengeh-sengeh lagi.

" Ha?? Kau dah kenapa tiba-tiba tanya dia?" Balas Nadhif. Serius. 


" Tiba-tiba Biha rasa macam terrsyok lah dekat Abang Sha tu. Rasa macam tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Asyik terbayang muka dia je..!" Berseri-seri wajah Nabiha bercerita.

"Amboiiiii menggedik pula Biha. Abang tengok lena je Biha tidur, dikejutkan solat subuh pun payah. Makan kuat. Membedal je semua. Tak kenyang konon.." Nadhif menjeling.

"Alaaa itu normal lah. Abang.. Cakaplah. Abang Sha tu dah berpunya ke belum.."

"Manalah abang tahu. Biha ingat kerja abang ni nak kena tahu peribadi dia ke. Pelik..!! Kalau dia dah berpunya pun, biarlah dia. Yang Biha sibuk nak syok dekat dia tu kenapa. Dah tak ada lelaki lain dah ke nak syok.." jawab Nadhif. Nabiha gelak.

" Sebab tak adalah Biha nak dia tu. Biha tengok dia baik, muka suci je, lembut je bila cakap. Manalah Biha tak cair dengan lelaki macam tu. Bertuahnya kalau dapat bersuamikan Abang Sha..!!" Syok sendiri pula si Nabiha ni. Tersengeh, tersenyum sendiri. Pening kepala Nadhif dengan perangai Nabiha.

" Ya Allah..!! Mengada-ngadanya. Sejak bila Biha jadi gedik sangat macam ni ha?" Geram je Nadhif tengok Nabiha.

" Sejak kenal Abang Sha lah. Hehe..!! Biha tak kira, apapun terjadi. Biha nak juga tackle Abang Sha tu sampai dapat. Tak kisahlah dia dah berpunya atau belum. Yang pasti Biha akan buat sampai Abang Sha jadi suami Biha.." Penuh yakin Nabiha cakap.

" Habis.. Kalau Shakil tu dah berpunya. Biha nak buat apa? Nak jadi perosak hubungan orang, nak jadi perampas? Biha jangan nak buat hal. Jangan nak malukan abang..!" Kata Nadhif. Nabiha senyum sinis. Senyuman jahat.

" Apa salahnya. Yang penting, Abang Sha jadi milik Biha. Abang Dip kena tolong Biha tau..!" Tercengang Nadhif dengar. Sanggupnya budak ni.

"Biha.. Kau jangan nak mengada-ngada..!" Marah Nadhif. Keras suaranya.

"Haahahahahahaa... Ini Biha lah abang. Abang pun tahu kan. Apa yang Biha nak, Biha akan dapatkan. Kalau Abang Dip sayang Biha, abang kena tolong Biha tau. Kalau tak nanti Biha lari macam Kak Dhila juga. Lagi jauh dari Kak Dhila lari... Dahlah bang. Jom!! Lambat dah ni..!" Nabiha terus meninggalkan Nadhif di dapur.

"Pandai nak ugut abang pula. Macam-macam adik aku ni. Lama-lama abang korang ni mati kejang dibuatnya. Tengok, cawan kotor pun diletak je. Bukan nak reti cuci. Makin lama perangai.. hmm.. Biha.. Biha..!!" Merungut Nadhif sendiri. Mug kotor di bawa ke sinki dan cuci bersih. Setelah itu, dia terus ke ruang tamu pula.

Nabiha sudah siap menunggu Nadhif. Tiap pagi Nadhif akan hantar Nabiha ke HKL dan akan ambilnya apabila habis waktu kerja. Jika Nadhif outstation atau kerja luar, barulah Nabiha balik naik teksi. Dah tak nak naik tren dah Nabiha, penat nak berjalan dan menunggu katanya. Kalau naik teksi, boleh naik depan hospital dan hantar sampai depan rumah. Kan mudah tu. Apa dia nak fikir, duit tambang semua Nadhif yang beri. Senang hidupnya.

" Alamak..!! Tunggu kejab, perut abang buat hal lah. Abang masuk toilet kejab.."

" Alaa.. Abang ni, Biha nak cepat, time tulah nak ke toilet. Jangan lambat tau..!" Merungut Nabiha. Nadhif mengeluarkan wallet dan handphone nya dan diletakkan diatas meja. Terus berlari menuju ke toilet. Nabiha duduk menghadap handphone. Bernyanyi-nyanyi kecil. Gembiranya hati.

Sedang asyik melayan handphone. Mata terpandang handphone Nadhif. Terus senyum lebar. Dia pandang kanan kiri, terus ambil handphone Nadhif.

" Peluang ni peluang. Aku nak ambil nombor telefon Abang Sha.. Boleh aku ayat dia nanti. Hahahaha. Mana nama dia ni ek?! Ha.. Shakil. Dapat pun..!!" Cepat-cepat Nabiha salin nombor telefon Shakil di handphone nya. Setelah dapat, diletakkan semula handphone Nadhif dan dia duduk semula di tempatnya tadi. Senyum lebar dia.

"Puashati aku, bermulalah game aku. Nak harapkan Abang Dip tolong, memang jangan haraplah. Hai lah Abang Sha.. Kenapalah kau baik sangat. Sampai aku terrrsyok dekat kau. Baru best, arwah ayah polis, abang aku polis daaaannnn bakal suami aku pun polis juga. Haahahaa.. Keluarga polis kut. Bahagianya hidup aku..!!" Gelak kuat Nabiha. Gila apa budak ni. Meroyan pula dah. Kerja pun baru je lagi dah menggedik, gatal, miang semua ada. Taubat.. Taubat..!!


" Oiii.. Apasal tu gelak sorang-sorang..!" Tegur Nadhif. Terdiam Nabiha sekejab dan sambung gelak lagi.

" Tak ada apalah. Cepatlah abang. Dah lambat ni. Belum lagi jalan tu jem.." Nabiha terus bangun dan keluar rumah.

" Kalau nak cepat, pergilah naik tren, bukan jauh pun.."

" Malaslah.. Nak jalan ke stesen, nak menunggu tren sampai, dalam tu kang sesak dengan orang. Macam-macam bau ada. Eeee.. tak kuasalah Biha.." Nadhif menyarungkan kasutnya dan mengunci pintu.

" Naik lemak dah Biha ni sekarang. Nak kerja mudah je. Cuba jadi macam Kak Dhila tu sikit, semua dia buat sendiri. Pandai berdikari, pandai cari duit sendiri, tak menyusahkan abang pun. Biha ni semua nak abang.." Nadhif buka pintu dan hidupkan enjin kereta. Membiarkan enjin panas sekejab.

" Sikit-sikit Kak Dhila, Biha dan Kak Dhila tu tak samalah. Kalau Kak Dhila tu baik sangat taklah abang lempang dia.. kann..!!" Nabiha senyum sinis pada Nadhif. Terus masuk dalam kereta. Nadhif geleng kepala. Tak boleh nak cakap apa dia, ada saja yang Nabiha bangkitkan. Dikaitkan pula dengan Nadhila.

Hmm.. Nadhila.. Macam mana keadaan kau dik.! Fikiran tetap pada Nadhila. Tak apalah, nak taknak dia kena tanya pada Shakil nanti. Terpaksalah dia tolak ke tepi rasa egonya dan rasa malunya. Mesti Shakil tahu. Tekanya.
Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs