Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,495
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 24
Nadhila mengalihkan pandangan ke arah lain. Bahaya betul renungan dia ni. Dia datang menghampiri Nadhila. Melihat motor.

"Kenapa dengan motor? Rosak ke?!" Tanya lelaki itu.

"Minyak habis..!!" Jawab Nadhila selamba.

"Hehe.. Macam mana boleh habis? Bawa pakai bawa jelah ni ye..!" Nadhila berkerut. Menjeling padanya.

" Manalah Dhila tahu minyak motor ni nak habis. Tadi bawa okey je kut. Tiba-tiba pula dia habis.." merungut si Nadhila. Pakai cakap ikut suka dia je. Sendiri salah kut. Imran gelak je.

" Yang Abang Im gelak ni dah kenapa? Tolonglah Dhila. Belikan minyak ke apa ke? Ingat dengan gelak abang tu boleh isi minyak motor ni.." Eh.. Eh..!! Nadhila boleh marah Imran pula. Betul-betul lah Nadhila ni.

" Hahaha.. Okey.. Okey..!! Dhila ni dari dulu sampai sekarang. Sama je kan..!" Imran masih gelak. Lucu pula dia.

"Memanglah sama. Mana boleh berubah. Apa ingat dulu Dhila sekarang boleh berubah jadi Siti Nurhaliza. Tak kan?!" Nadhila menjeling lagi. Makin besar gelak Imran.

Kebetulan ada sebuah motor melalui jalan tersebut. Imran menahan motor itu. Orang yang dia kenal juga. Minta tolong budak tu belikan minyak motor.

" Dhila tak bawa duit. Pinjam duit abang dulu ye. Nanti Dhila bayar balik. Hehe..!" Tersengeh-sengeh pula Nadhila. Tadi punyalah garang sekarang tersengeh pula. Imran gelak kecil. Memberikan wang kertas Rm10 pada budak itu.

Imran kembali menghampiri Nadhila. Bertapalah mereka berdua ditepi jalan. Senyum-senyum je Imran.

" Senyum-senyum. Abang Im dah kenapa?!" Nadhila kembali garang.

" Dengar cerita Dhila kerja dekat JB ye. Bila balik sini" tanya Imran.

"Aha.. Baru sampailah ni. Lepas tu hantar sayur dekat kedai Cik Ali. Nak balik rumah motor mati pula.."cerita Nadhila.

" Abang Dip apa khabar? Lama abang tak jumpa dia?"

" Sihat kut. Manalah Dhila tahu bang oii. Dhila kan kat JB, Abang Dip kan kat KL.." terang Nadhila.

" Iyelah kan. Sorry..!!"

" Eh..!! Abang Im cuti ke ni? Bukan ke Tok cakap, Abang Im duduk Penang? " Nadhila bertanya pula.

"Ya Penang..!! Abang Im cuti ni. Dah dua bulan tak tengok mak ayah.." jawab Imran.

" Bila Dhila nak kahwin?!" Terbeliak mata Nadhila. Tiba-tiba pula Imran tanya.

" Apa merepek abang ni tanya pasal kahwin pula.." Nadhila tak selesa betul bila ditanya bab kahwin ni. Rimas betul dia.

" Laa.. Tanya je kut. Salah ke?!"

" Tak lah salah. Tapi tadi ibu tanya, ni pula Abang Im tanya. Lepas ni tak tahulah siapa pula tanya. Dhila ni baru je kerja bang, pegang duit pun tak puas lagi. Dah semua orang tanya. Bila Dhila nak kahwin? Dah ada calon belum? Belum lagi jumpa dengan Mak Bedah, Kak Jun. Memang soalan sama juga ditanya..!" Imran gelak lagi. Reaksi muka Nadhila memang lawak. Selamba je muka tak ada perasaan.

" Hahahaa.. Dhila kan orang terkenal kampung ni. Memanglah semua orang nak tanya, nak tahu.."  kata Imran.

"Eleh... Macamlah Dhila tak tahu. Diaorang tu nak membawang je lebih. Bawa cerita Dhila sana sini, sengaja buat Abang Dip marah Dhila.." balas Nadhila.

" Kalau tak nak diaorang bawa cerita sana sini. Senang je nak tutup mulut diaorang. Nak tahu tak macam mana?!" Nadhila menoleh pada Imran. Berkerut.

" Hmm.. Macam mana?!"

" Abang kena masuk meminang Dhila. Pasti diaorang tak akan berani bawa cerita Dhila lagi. Betul tak?!" Terkejut Nadhila dengar.

" Ha?? Masuk meminang Dhila?? Eee tak naklah. Jangan nak merepeklah abang..!" Nadhila jeling tajam setajam- tajamnya pada Imran.

" Abang seriuslah. Kalau Dhila on, sekarang ni juga abang suruh ayah abang jumpa ibu Dhila..!" Selamba je Imran cakap.

" Eh.. Eh.. Abang...!! Jangan nak mengada-ngada pula ye. Memandai pula dia. Abang.. Punyalah banyak perempuan dekat Penang tu ha, cantik-cantik, hebat-hebat. Anak mami lagi. Pilih jelah buat bini. Dhila juga yang abang tunggu. Dhila ni tak ada benda pun bang.. So, tak payahlah nak... ishhh...!!!" Aduh.. Pening Nadhila jadinya.

" Masalahnya tak ada siapa pun nak dekat abang ni.." merendah diri.

" Habis abang ingat, Dhila ni nak ke dekat abang? Abang.. Abang kan doktor. Hensem, kereta besar,

Tak logik tak ada orang nak. Ke Abang Im ni yang memilih kut.." Teka Nadhila. Senyum sinis pada Imran.

" Mana ada.. Belum ada jodoh..!" Jawabnya ringkas.

" Tahu tak apa. Ishh!! Mana pula budak ni. Lambatnya beli minyak, dia beli minyak ke buat minyak.." Nadhila dah mula rasa panas matahari. Melihat ke tengah jalan.

"Jomlah.. Abang hantar ke rumah. Motor ni biarkan dulu. Nanti abang suruh orang hantar ke rumah Dhila.." Cadang Imran.

" Eh.. Tak apa.. Tak apa. Sekejab lagi sampailah budak tu. Haaa! Panjang umur dia.. " Nadhila senyum. Budak itu memberi botol berisi minyak petrol pada Imran. Imran mengisi minyak ke dalam tangki. Kemudian, botol diberi semula pada budak itu.

" Terima kasih dik. Esok-esok tolong lagi tau. Bye.. Hati-hati bawa motor tu. Jangan merempit pula..!" Ucap Nadhila. Imran hanya gelak.

"Hmm.. Okeylah Abang Im.. Terima kasih tolong Dhila. Semoga Allah permudahkan urusan abang dunia akhirat. Duit minyak ni nanti Dhila bayar balik,  petang sikit Dhila hantar kat rumah ya.." Nadhila senyum.

" Eh tak payah bayarlah. Tak apa Dhila. Abang ikhlas tolong.."

" Mana boleh abang.. Bukan senang nak cari duit tau.. !"

" Tak payahlah.." Nadhila mencebik.

" Okeylah. Terima kasih. Minta halal dunia akhirat ye.. Okey byee..!!" Nadhila terus memulas minyak motor dan meninggalkan Imran seorang diri. Imran masih memandang Nadhila.

" Dhila.. Dhila..! Perangai kau sama juga macam dulu. Susah betul nak dekati kau ni. Hmm.. Dah memang tak ada jodoh kut. Harapan jelah Im.." Imran memakai kacamatanya semula dan terus masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu menuju ke rumahnya pula.

Sampai di rumah, motor diletakkan semula di pondok motor. Lalu, jalan masuk ke dapur. Meliar mata mencari Makcik Alimah. Di dapur tak ada. Terus dia ke ruang tamu. Makcik Alimah duduk di sofa menonton tv.

" Dah kenapa dengan muka tu. Muncung je..!" Nadhila duduk disebelah Makcik Alimah.

" Motor habis minyak.." mencebik manja.

"Hahahahaa.. Kan ibu dah cakap tadi. Degil sangat. Ambil kau..!! Habis macam mana? Menolak?!" Makcik Alimah gelak.

"Tak.. Abang Imran tolong. Kebetulan dia lalu.."

"Abang Imran? Anak Tok Ketua tu?" Makcik Alimah berkerut.

" Iya bu.. Dia balik bercuti.." jawab Nadhila.

"Oh iyeke..!! Dhila tahu tak..  Tok Ketua tu asyik tanya Dhila je tau. Dia berkenan kat Dhila tu.." Makcik Alimah sengaja menyakat.

" Eeee ibuuu..!! Dhila tak naklah bu.." Nadhila bengang.

"Apa salahnya. Dhila pun dah dekat 23 tahun kan. Dah boleh sangat dah kahwin. Lagipun Imran tu memang dah lama kan suka dekat Dhila.." Masih menyakat.

" Memanglah tapi ishh taknak lah. Dahlah dia tu kawan Abang Dip, lepas tu nak kahwin dengan dia pula.. Hohohooo.. Memang minta dijauhkanlah. Dahlah bu..! Ceritalah pasal benda lain. Asyik cerita pasal kahwin je. Bosanlah bu..!! " Nadhila baring di peha ibunya. Makcik Alimah gelak kecil.

" Ke Dhila ni dah ada yang berpunya ni..! Siapa orangnya Dhila? Orang mana? Kerja apa?" Makcik Alimah sengaja.

" Ish!! Ibu ni, mana ada. Okey ibu.. Dhila nak tidur. Ngantuk..!!" Nadhila terus tutup mata. Makcik Alimah gelak kecil. Suka dia menyakat anaknya. Rambut Nadhila dibelai-belai penuh kasih sayang. Mata menonton tv pula. Terlenalah Nadhila di pangkuan si ibu.

Di dapur, sibuk Makcik Alimah masak untuk makan tengahari. Masak untuk Nadhila. Nadhila terus terlena dibuai mimpi, kepenatan meredah perjalanan sebelum subuh tadi. Sepanjang perjalanan dari JB ke kampung langsung dia tidak tidur, menemani si Helmi memandu. Nak harapkan Kak Siti dan Hidayu. Hmm.. Belum pun 10 minit perjalanan dah berdengkur. Jadinya Nadhila lah yang terpaksa bersengkang mata.

Sampai di KL je, mereka hantar Hidayu balik rumah orang tuanya di Taman Medan dan hantar Kak Siti pula di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Teruslah mereka meneruskan perjalanan ke kampung. Memang letih tapi seronok jalan jauh.

Selesai masak, Makcik Alimah ke ruang tamu pula. Mengejutkan Nadhila yang masih tidur di sofa. Punyalah lena.

" Dhila.. Dhila.. Bangun!! Dah tengahari ni. Jom makan.." Digoncang perlahan bahu Nadhila.

" Hmm.. Ya ibu..!! Kejab.. Kejab.. Lima minit.!" Jawab Nadhila. Mata masih pejam. Bantal sofa dipeluknya erat. Geleng kepala Makcik Alimah. Kembali ke dapur. Menyisir daun pisang untuk buat bungkus  kuih koci, mahu dibawa ke masjid malam nanti. Kemudian, digulung daun pisang dengan cermat sekali agar daun tidak pecah. Di ambil gulungan daun pisang tadi dan  diletak diatas meja kabinet. 


" Tak bangun lagi budak ni. Hmm.!!" Makcik Alimah kembali lagi ke ruang tamu. Dikejutkan lagi Nadhila.

"Bangunnn!!" Jerit Makcik Alimah kuat ditepi telinga Nadhila. Terkejut dia dan terus duduk. Muka serabai. Mata masih tertutup.

"Ibu ni.. Dhila ngantuklah bu..!!" Merungut Nadhila.

" Tidur punya lena, tak habis ngantuk lagi? Dah nak masuk zohor ni. Bangunlah..!! Pergi mandi biar segar badan tu. Bangun.. Bangun..! Anak dara tidur tak ingat dunia. Orang nak datang meminang pun tak jadi.." membebel si ibu.

"Iyalah.. Iyalah bangunlah ni.." Berkerut wajah Nadhila. Konon-konon bangun. Tapi apabila tengok Makcik Alimah sudah ke dapur, dia sambung lagi baring. Menutup muka dengan bantal sofa pula. Bertuah betul..!!

Tak lama kemudian, telefon rumah berdering. Berkali-kali berdering. Aduhai.. gangguan betullah. Merungut Nadhila tapi tetap juga baring. Makcik Alimah muncul lagi.

" Ya Allah budak ni.. Dia sambung lagi tidur. Telefon berbunyi pun dibiarkannya. Dhila.. Dhila.." Makcik Alimah menjawab panggilan dari Mak Bedah bertanya mengenai majlis tahlil di masjid malam ni. Tamat berbual ganggang diletak semula.

"Dhila bangun.. Abang Dip nak cakap ni. Cepattt!!" Jerit lagi Makcik Alimah. Serta merta Nadhila bangun. Terbeliak mata Nadhila. Terus segar.

" Abang Dip?? Tak nak.. tak nak...!!" Berseloroh Nadhila. Cuak muka.

" Tak nak apanya?? Dah.. Dah bangun..!! Dari tadi ibu kejutkan. Payah betul nak bangun, tapi cakap Abang Dip terus segar kan. Hehehee..!!" Makcik Alimah gelakan. Lucu melihat gelagat Nadhila. Terpinga-pinga dia. Lalu, terus bangun dan jalan masuk ke dalam biliknya. Tuala mandi diambil dari dalam almari. Masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Beberapa minit kemudian, keluar semula. Bernyanyi-nyanyi gembira. Menyisir rambut, melihat wajah dicermin. Memang seronok duduk di kampung. Tenang je hati. Tenang sebab tiada gangguan. Azan jelas berkumandang dari masjid yang tidak jauh dari rumahnya. Kembali masuk ke bilik air dan mengambil wuduk. Menunaikan dulu kewajiban pada ilahi.

Usai solat, Nadhila menuju ke dapur pula. Makcik Alimah sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan. Senyum melihat Nadhila. Nadhila terus duduk dan makan. Berselera makannya.

"Lepas tu tolong ibu buat koci ye. Nak bawa ke masjid malam ni.."pinta Makcik Alimah.

" Koci? Okey sedap tu..!! Ada apa dekat masjid bu?" Jawab Nadhila dengan mulut yang penuh makanan.

"Ada tahlil. Dah cepat makan..!" Nadhila angguk-angguk kepala. Cukup seronok mereka. Sambil makan, berbual, bergurau. Nadhila rasa bahagia sangat. Berdua lebih seronok. Kalau ada Nadhif dan Nabiha memang dia tak seseronok ini. Mesti akan makan hati sendiri. Tapi jika dia dan Nadhif je, tak ada masalah. Nak juga Nadhif layan dia baik. Yang bermasalahnya jika ada Nabiha sama. Memang tak aman hidupnya. Nabiha akan buat Nadhif memarahi Nadhila saja. Akan usaha mencari idea walaupun ketika itu Nadhila tak lakukan apa-apa. Kalau tak tengok Nadhila dimarahi oleh abangnya, hidup Nabiha seakan tak tenang. Ishh!! Zalimnya manusia.

Kenyang perut Nadhila. Puashati dapat makan masakan ibu. Selesai cuci pinggan mangkuk, dia mengambil bekas sederhana besar. Minyak masak dituang ke dalam bekas itu, suku penuh. Tepung pulut yang telah siap diuli oleh Makcik Alimah diambil dan dibulat-bulatkan lebih kurang sebesar bola ping pong dan memasukkan pula inti kelapa ditengah-tengah tepung tadi. Dibulat-bulatkan lagi hingga menutupi inti. Setelah itu, tepung yang telah dibulatkan dimasukkan ke dalam bekas minyak. Makcik Alimah mengambil daun pisang dan potong bersaiz empat segi sama. Bahagian yang keras digunting supaya menjadi bucu tajam. Melipat daun pisang dan memasukkan tepung berisi inti tadi menjadi bentuk kon. Kemudian disusun dalam periuk pengukus. Itulah aktiviti mereka.

" Dhila ada telefon Abang Dip?!" Tanya Makcik Alimah. Nadhila memandang wajah ibunya. Tarik nafas dan lepas perlahan.

" Ada.." jawabnya ringkas.

" Abang cakap apa?"

"Macam biasalah bu. Kalau tak marah bukanlah  Abang Dip namanya.." Makcik Alimah berkerut.

"Abang marah Dhila? Marah kenapa pula. Kan Dhila dah telefon dia.." Geleng kepala Makcik Alimah. Sedih merenung wajah Nadhila.

" Tak tahulah bu. Memang dah tertulis kut, hidup Dhila ni hanya untuk kena marah je dengan abang kut. Kena fitnah dengan adik sendiri kut. Redha jelah.." Sedih Makcik Alimah dengar.

"Sabarlah Dhila. Ibu pun selalu bising dekat abang dan Biha. Tapi entahlah. Apa yang ibu cakap, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dhila banyak-banyak bersabar ye. Orang yang sabar ni Allah sayang.." Senyum Makcik Alimah memberi semangat pada Nadhila.

"Tak apalah bu. Dah biasa pun. Sebab tu, Dhila tak nak abang dan Biha tahu, Dhila ada dekat kampung ni. Kalau abang tahu dan tiba-tiba dia balik. Ishh! Mati Dhila bu. Dhila tak nak mati dulu, belum kahwin..." selamba Nadhila cakap.

" Aik!! Nak juga kahwin. Tadi cakap tak nak kahwinlah, tak fikir kahwinlah..." perli Makcik Alimah. Nadhila gelak.

"Hehe.. Naklah kahwin bu cuma belum fikir lagi bila, tarikh, hari, bulan, tahun. Belum fikir lagi. Target kahwin 10tahun lagi. Nak puaskan cari duit, pegang duit dan nak puaskan enjoy dulu. Baru best..!!" Nadhila senyum lebar.

"Hmm.. Memang nak tunggu ibu masuk kuburlah jawabnya tu" Nadhila mencebik.

"Janganlah cakap macam tu bu. Sedih Dhila dengar. Ataupun, ibu suruhlah abang kahwin. Abangkan anak sulung, dia kena kahwin dulu. Tak kan nak langkah bendul pula kan.." Nadhila bagi cadangan.

"Sama je jawapan dengan kau" keluh si ibu.

" Kalau macam tu, ibu suruhlah adik kesayangan Abang Dip tu yang kahwin. Tu Abang Im tu. Dia tu kan syok dekat Abang Im. Sebab tulah dia study ambil kejururawatan masa dengar Abang Im bakal doktor. Konon yakin dapat kerja dengan Abang Im dan nak pikat Abang Im.. Ibu tahu tak, bila tahu Abang Im syok dekat Dhila, dia mengadu dekat abang konon Dhila nak rampas Abang Im dari dia. Padahal sikit pun Dhila tak hairan dengan Abang Im tu. Tu yang dia sakit hati dengan Dhila sampai sekarang. Lagi sakit hati, bila Tok Ketua asyik tanya Dhila je." Nadhila meluahkan perasaannya yang dia simpan selama ni. Tiada siapa yang tahu. Dah lama kejadian baru ni dia buka cerita. Makcik Alimah mendengar saja.

" Ibu tahu yang Imran tu memang syok dekat Dhila. Tapi tak tahu pula Biha tu syok dekat Imran.." Makcik Alimah terkejut juga dengar.

" Ibu perasan tak. Masa balik tempoh hari tu. Ada kenduri kat masjid tu. Kan Biha cakap, Abang Im syok kat Dhila, kalau Dhila tak nak Abang Im, dia nak. Doktor dan nurse lah katakan. Dia saja je tu cakap depan Abang Dip. Saja nak buka cerita lama. Alaaa bu.. Dhila dah masaklah dengan perangai Biha. Dia memang dengki dengan Dhila dari dulu lagi. Tak boleh tengok Abang Dip layan Dhila baik, mesti cari point biar abang marah Dhila. Memang betul-betul dia sakit hati. Boleh dikatakan, apa Dhila dapat, dia nak. Kepunyaan Dhila pun dia nak. Jangan esok, bakal suami Dhila atau suami Dhila pun dia nak. Habislah Dhila...!!" Makcik Alimah mendengar dengan setia. Dia pun perasaan juga dengan sikap Nabiha terhadap Nadhila. Kasihan Nadhila. Sentiasa kena mengalah.

" Ibu memang tak tahu semua ini kalau Dhila tak cerita ni. Hmm.. Sabarlah ye Dhila. Doa banyak-banyak moga Allah bagi petunjuk dekat Biha. Satu hari nanti pasti dia akan sedar perlakuannya. Dhila tak terus-terang dekat abang ke?!" Nadhila angguk je. Tangan tetap ligat bungkus koci.

"Tak ada makna bu. Apapun Dhila cakap, Dhila juga akan kena balik. Lagi-lagi cakap pasal Biha. Tak boleh sentuh Biha tu. Makan tangan dapatnya Dhila nanti. Dhila pun sedar Dhila tak sehebat Biha. Biha tu pelajar harapan, hebat mengaji, cantik, dengar cakap abang, budak pandai, ulat buku. Tu yang abang banggakan " luah Nadhila lagi.

Memang tak dinafikan, Nabiha memang seorang yang pandai dan cerdik. Sebab tulah Nadhif bangga dengan Nabiha. Tapi Nadhif lupa, secerdik dan sepandai mana pun seseorang tu tapi kalau sikap dan punyai hati yang busuk tiada makna. Untuk apa jika akhlak ke laut. Nampak putih suci di luaran tapi dalaman hitam. Lebih baik nampak hitam diluaran tapi dalaman putih suci. 
Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs