Handphone diletakkan diatas meja solek. Nadhila meneliti wajahnya di cermin, mata bengkak sebab menangis tadi. Bibir pula masih pedih lagi. Mukanya muram saja, sedih dengan nasib diri. Dia menyarungkan tudung bawal dikepalanya. Dikemaskini tudungnya. Kemudian duduk diatas katil. Nadhila langsung tak keluar bilik. Diam membisu mengurungkan diri. Waktu makan tengahari tadi pun dia tak keluar. Walaupun perutnya berbunyi minta diisi tapi tak dipedulikan pun. Tak ada selera nak makan. Berkali-kali ibunya ketuk pintu, mengajaknya makan dan memujuknya tapi dia langsung tidak menjawab.
Nadhif pun cuba memujuk tapi tetap juga tidak dilayan. Hatinya terlalu sakit, sakit yang teramat sangat. Dia sedar dia memang menyusahkan keluarganya saja. Sejak arwah ayahnya masih ada lagi memang dia menyusahkan dan membebankan. Dan kini, dia menyusahkan dan membebankan abangnya pula. Memang dia selalu buat hal, tak pernah dengar cakap. Memang patut pun disisihkan dan dimarah. Tak apalah. Nadhila sangat-sangat merendah diri. Siapalah dia pada keluarganya? Orang yang tidak penting, langsung tidak memberikan apa-apa kebaikan malah makin memburukkan.
Biarlah dia bawa diri jauh dari keluarga. Tiada dia pun, keluarga ni tetap bahagia dan akan bahagia. Lebih membahagiakan hidup Nabiha dan Nadhif. Tak perlu Nadhif buang masa menjaganya, tak payah memarahinya lagi dan tak perlu Nabiha risau dan tergugat.
Tok.. tok...!! Pintu diketuk lagi.
" Dhila..!! Bukalah pintu ni. Abang Dip minta maaf. Dhila tak makan lagi. Nanti sakit. Dhila..!" Suara Nadhif lembut memujuknya. Tapi masih tiada sahutan.
"Dhila jom..!! Kami nak pergi hospital ni nak melawat Mak Teh. Nanti kita pergi pasar, Dhila nak yong tau fu kan.. Dhila.. Dahlah tu, janganlah macam ni..!" Nadhif masih lagi memujuk. Rasa sangat bersalah.
" Biarkanlah dia dulu. Kejab je rajuknya tu.." kata Makcik Alimah. Nadhif mengeluh. Selagi Nadhila tak keluar selagi tu rasa menyesal.
"Dhila.. Ibu pergi dulu ya. Nanti makan ada lauk ibu simpankan.." jerit si ibu pula.
" Dahlah.. Jom..!!" Ajak Makcik Alimah. Nadhif mengekori ibunya dari belakang. Nabiha sudah menunggu mereka di luar. Langsung tidak rasa bersalah. Apa punya adiklah. Hmm..
Nadhila membuka pintu perlahan-lahan. Apabila dengar bunyi kereta Nadhif sudah berlalu. Cepat-cepat Nadhila ambil begnya dan terus melangkah keluar rumah. Nadhila berjalan laju ke jalanraya. Dia keluar rumah tanpa pengetahuan ibu dan abangnya. Biarlah. Menitis airmatanya. Sedih dan kecewa. Kemudian, cepat-cepat dikesat airmata dengan hujung tudungnya. Terus berjalan laju dengan harapan tidak terserempak dengan orang kampung.
Belum pun sempat berjalan sampai ke bus stop. Sebuah teksi membunyikan hon dan berhenti dihadapannya. Tersenyum dia. Tak sangka pula ada teksi waktu genting macam ni. Lega dia. Tanpa berlengah terus dia masuk dalam teksi. Menarik nafas lega. Moga Allah permudahkan perjalananku. Doanya dalam hati. Beberapa minit kemudian, sampai di bus station. Setelah membayar tambang, Nadhila terus turun dari teksi itu dan menunggu bas ke Kuala Lumpur. Sementara menunggu, dia beli air kotak milo, air mineral water dan beberapa bungkus roti coklat gardinier dan roti sambal ikan bilis untuk dimakan didalam bas nanti. Terlalu lapar perutnya. Mana tidaknya, dia hanya makan mee goreng saja waktu sarapan pagi tadi. Selepas itu langsung tak makan apa-apa.
Baru saja mahu duduk, bas ke Kuala Lumpur mahu bertolak. Cepat-cepat dia naik atas bas, membayar tambang dan mencari tempat duduk di bahagian belakang. Duduk di tepi tingkap, kain langsir yang terikat kemas dibuka ikatannya dan menutup cermin. Nadhila menyandarkan badan dan kepala di seat. Leganya rasa bila dah naik atas bas. Air kotak diambil dan diminum. Lega rasa tekak, dan roti gardinier coklat dibuka plastiknya dan makan. Dapat alas perut pun jadilah, sampai KL nanti baru makan nasi.
Nadhila terjah je balik JB. Tanpa beritahu sesiapa dan handphone pun sengaja ditinggalkan dirumah. Taknak sesiapa ganggu dan cari dia. Tapi simkad dia ambil. Sebab pelbagai nombor telefon tersimpan didalam simkad.
Nadhila kembali menyandarkan badan. Kain langsir diikat semula, merenung keluar tingkap cermin dan mlelapkan mata.
Selepas balik dari hospital tadi, Nadhif singgah ke pasar malam bersama Makcik Alimah dan Nabiha. Membeli lauk basah untuk esok. Dan membeli beberapa makanan untuk malam. Nadhif tak lupa beli yong tau fu untuk Nadhila dengan harapan Nadhila akan sejuk hati nanti. Banyak juga makanan dibelinya, sesekali ke pasar malam. Nafsu pun melampau, semua nak makan. Tapi sudahnya nanti, tong sampahlah tempatnya.
Usai mandi dan solat. Nadhif dan Nabiha terus ke dapur. Makcik Alimah menghidangkan makanan tadi seorang diri. Nadhif duduk di kerusi.
"Eh..!! Dhila tak keluar lagi ke ibu?!" Tanya Nadhif.
"Belum. Ibu pun tak panggil dia lagi. Pergi Dip panggil dia ajak makan. Langsung tak makan tu, masuk angin pula nanti perutnya.."arah Makcik Alimah. Nadhif terus bangun dan menuju ke bilik Nadhila. Nabiha buat tak tahu saja. Terus makan.
"Dhila..!! Jom makan.. Abang Dip ada belikan yong tau fu tu untuk Dhila.." lembut suara Nadhif. Diketuk pintu berkali-kali. Tapi tiada sahutan.
"Oooo Dhila.. Jomlah makan. Abang Dip nak makan dengan Dhila ni..!!" Masih memujuk. Hatinya rasa lain pula, dia cuba membuka pintu. Eh! Pintu tak kunci. Cetus hati Nadhif. Berkerut. Pintu dibuka perlahan-lahan. Gelap gelita. Perasaan risau mula timbul. Lampu dipasang. Kosong..!! Pintu bilik air dibuka, kosong juga.
"Ya Allah..!! Mana pula dia pergi ni. Handphone ada tapi.." Nadhif mengambil handphone Nadhila yang terletak dimeja solek. Cuba dihidupkan tapi tak boleh. Pula dah. Nadhif membuka almari baju Nadhila, beg yang Nadhila guna pun tiada. Terus dia berlari ke dapur.
"Ibu.. Ibu..!!" Jerit Nadhif panggil Makcik Alimah dengan wajah risau. Makcik Alimah dan Nabiha menoleh pada Nadhif.
"Ibu..! Dhila tak ada dalam bilik. Beg dia pun tak ada. Handphone dia tinggal tapi tak ada simkad.." kata Nadhif.
" Ha?? Allahuakhbar.. Mana pula dia pergi, dah malam ni.."Makcik Alimah menyandarkan badan.
" Dia balik JB lah tu ibu.. Biarlah dia. Bukan ke mana pun.." sampuk Nabiha pula terus mengunyah. Nadhif dan Makcik Alimah memandang Nabiha. Nadhif mengeluarkan handphone nya dan menghubungi Helmi. Jalan menuju ke beranda dapur dan duduk di tiang batu.
"Assalammualaikum Helmi.. Abang Dip ni. Abang nak tanyalah, Dhila dah sampai ke belum?!" Nadhif bertanya.
" Waalaikumsalam.. Eh! Dia balik JB hari ni ke bang. Dia tak bagitahu saya pun.." jawab Helmi.
"Oh iyeke?! Dia tak call kau?!"
"Tak pun.. Mungkin bateri handphone dia habis kut. Nanti dah sampai dia call lah tu.." jawab Helmi.
" Tak apalah. Kalau dia dah sampai tolong bagitahu ye. Risau je ni.."
"Insha Allah..!!" Nadhif terus matikan talian. Menarik nafas dalam dan menghembuskannya. Bertambah rasa bersalahnya pada Nadhila.
" Dip telefon Helmi ke? Apa dia cakap?" Muncul Makcik Alimah dari dapur.
" Dia pun tak tahu. Dhila tak call dia pun.." perlahan suaranya. Dalam hati sangat risau, kalau apa-apa terjadi pada Nadhila. Memang dia tak kan maafkan dirinya.
" Dip nak cari Dhila lah bu.."
"Nak cari dekat mana?"
" Kalau betul dia balik JB, bas dari pekan ke KL lebih kurang dua jam. Mungkin dia ada dekat Puduraya kut ni.."jelas Nadhif.
" Macam mana Dip nak cari. Kau sampai Puduraya je kang, dia dah naik bas ke JB. Tak apalah, biarkan je dia dulu, pandai dia jaga diri. Dhila tu berani, jangan risau. Ibu lebih yakin dengan Dhila tu. Bagi dia masa.." Makcik Alimah menenangkan hati Nadhif. Nadhif mengetap bibir. Angguk kepala perlahan.
" Baiklah ibu. Moga dia dilindungi dan selamat sampai ke JB.." Mata merenung ke kegelapan malam. Betul-betul dia menyesal dengan kejadian siang tadi.
"Dahlah.. Jom makan.." ajak Makcik Alimah.
Nadhif mengekori Makcik Alimah ke dapur. Duduk dikerusi. Menjamah sedikit je makanan. Langsung tidak bersuara, Nabiha tanya pun langsung dia tak jawab. Hanya pandang sekilas saja pada Nabiha. Malas dia mahu bercakap, dalam fikirannya hanya fikir mengenai Nadhila saja. Betul-betul dia rasa bersalah. Nasib kaulah Nadhif.
Nadhif jalan keluar rumah, meninggalkan Nabiha dan ibunya.
" Buat apa nak risau dekat Kak Dhila tu. Bukannya budak kecil pun. Selama ni dia pergi sana sini, tak pula abang risau macam tu. Dibiarkan je kut. Lainlah Biha, pergi kedai pun abang akan tanya.." Nabiha bersuara sambil mulut mengunyah cendawan goreng. Makcik Alimah berkerut.
" Biha ingat Biha je ke adik Abang Dip? Sebab Biha lah Kak Dhila tu kena tampar dengan abang sampai berdarah mulutnya. Sepatutnya, Biha ni yang kena tampar dengan abang. Bukan Kak Dhila.." geram betul Makcik Alimah dengan Nabiha.
" Eh..!! Kenapa Biha pula? Bukan Biha yang buat abang marah.." Biha masih lagi tak mengaku atas perbuatannya.
"Kalau ibu tak nampak apa yang Biha buat pun tapi Allah tu Maha Melihat Biha. Allah Maha Mengetahui perbuatan jahat kau tu.."
" Dahlah ibu. Biha nak masuk bilik. Malas nak cakap lagi.." Nabiha bangun dan mencuci tangan. Terus meninggalkan Makcik Alimah. Makcik Alimah geleng kepala. Pening kepala dengan sikap anak bongsunya itu. Entah ikut perangai siapalah agaknya. Sabarlah wahai Makcik Alimah.
Nadhif mengeluarkan handphone lagi. Mahu minta tolong pada Shakil. Mendail nombor Shakil.
"Assalammualaikum Tuan.." suara lembut Shakil ditalian.
" Waalaikumsalam.. Awak dekat mana sekarang?" Tanya Nadhif.
"Dekat rumah ni, ada kes ke Tuan?!"
"Eh.. Tak.. Tak..!! Awak free tak? Saya nak minta tolong sikit boleh?!"
"Minta tolong? Minta tolong apa tu? Boleh kut, saya tak buat apa pun.." Tanya Shakil.
"Okey good! Tolong carikan adik saya, Nadhila. Boleh?!"
"Nadhila?? Eh.. Boleh sangat-sangat. No problem..!! Tapi kenapa nak kena cari pula. Dia pergi mana?! Dan nak cari dekat mana?! Bukan dia dengan Tuan ke.." Dengar je nama Nadhila laju saja Shakil jawab.
Nadhif meminta Shakil mencari Nadhila di Puduraya dan sekitarnya tapi dia tak cerita apa yang berlaku sebenarnya. Malulah dia kalau cerita. Jatuh egonya pula nanti.
" Baiklah Tuan. Saya cari dia sekarang. Nanti apa-apa saya info Tuan ya..!" Kata Shakil semangat.
"Alright..! Terima kasih banyak-banyak..!" Talian dimatikan. Nak tak nak terpaksalah juga Nadhif minta tolong Shakil dengan harapan dapatlah jumpa Nadhila. Tak ada pilihan. Shakil jelah yang boleh diharapkan dan yang paling rapat dengannya. Walaupun baru beberapa bulan dibawah teamnya.
Hari semakin gelap, kerisauan semakin menebal. Selagi tak dapat info dari Shakil, selagi tu tak keruan. Aduhai Nadhila..!! Kalau Nadhila dah naik bas ke JB, kira okeylah. Lega juga hatinya. Tapi kalau masih ada di Puduraya atau mungkin belum sampai KL lagi. Itu yang buat dia risau. Waktu malam begini, amat berbahaya sekali seorang wanita jalan sendirian tanpa peneman.
Berjalan kaki dari stesen bas ke Puduraya melalui depan-depan kedai yang hampir mahu tutup, memandangkan sudah jam 9.00 malam. Sunyi dan sepi. Macam-macam kejadian boleh berlaku. Waktu-waktu macam ni lah. Banyak kes ragut. Lagi pula perempuan jalan seorangan, memang akan dikacau oleh gelandangan yang duduk di hadapan kedai. Lagi merisaukan, penagih-penagih gelandangan yang berani menyentuh dan melakukan perkara yang tidak senonoh dihadapan wanita. Fuhh!! Memang seram.
Tak tenang hati Nadhif. Dia lebih tahu keadaan Kota Metropolitan itu diwaktu malam. Memang macam-macam kejadian berlaku melibatkan wanita. Handphone masih digenggamnya. Setia menanti panggilan dari Shakil. Jumpa atau tidak, tak tahulah.
Makcik Alimah memandang Nadhif yang sedang duduk termenung dipangkin bawah pokok. Disinari cahaya suram. Muram wajah anak bujangnya.
" Nadhif.. Nadhif.. Ibu tak sangka kau boleh naik tangan dekat Dhila. Hmm.. Moga apa yang berlaku ni akan jadi pengajaran untuk kau Dip.." kata Makcik Alimah sendiri. Kemudian, masuk semula ke dalam rumah.
Jangan ingat yang baik tu akan selamanya baik dan yang jahat akan selamanya jahat. Dan, jangan disangka kaca yang putih jernih itu tidak akan ada kekotoran. Walau secalit kekotorannya akan memudarkan kejernihannya. Itulah ibaratnya kehidupan manusia.