Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
143,991
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 23
Pagi yang mendamaikan, kicauan burung-burung berterbangan berlumba-lumba keluar mahu mencari rezeki dan akan pulang tibanya senja. Ibu ayam bersama anak-anaknya berlari mengejar Makcik Alimah. Sudah tahu rutin hariannya, dimana Makcik Alimah akan memberi makan pada ayam-ayam di kawasan rumahnya. Menabur beras di halaman rumah. Berebut-rebutlah ayam mematuk beras di tanah. Bukan ayam belaan Makcik Alimah saja, entah ayam dari mana pun tak tahulah turut sama menumpang makan. Senyum Makcik Alimah sendiri. Kemudian, jalan pula ke belakang rumah. Menuju ke reban ayam, ayam yang dibelanya sendiri. Membuka pintu reban, berlari pula ayam turun ke tanah. Makcik Alimah menabur beras pula di situ. Dah semakin besar ayan kampungnya. Sikit hari lagi bolehlah jual pada Apek cina yang akan datang mahu membeli ayam kampungnya.

Makcik Alimah suka menternak ayam. Ayam-ayam itulah kawannya. Bila dah besar dijual dan beli anak ayam pula. Dibela sampai besar. Begitulah Makcik Alimah mengisi masa lapang disamping menambah duit poketnya. Ayam kampung ni dia bela untuk dijual saja, mana nak anak-anaknya makan ayam kampung. Lahi-lagi si Nadhila. Kalau cakap masak ayam kampung, sanggup tak nak makan nasi. Macam-macam alasan diberi. Ayam kampung liatlah, ayam kampung gelilah, ayam kampung itulah inilah. Banyak songeh betul Nadhila.

Setelah memberi ayam makan, Makcik Alimah mengambil bakul pula yang berada di pangkin kayu. Memetik pula cili besar dan cili api. Dah lebat buahnya. Mahu dijual di kedai runcit Cik Ali hujung kampung. Dan kemudian, memetik pula sayur bendi dan terung bulat. Juga mahu dijual di kedai itu juga.

Bila lihat sayur bendi ni. Teringat pada anaknya yang sorang, Nadhila. Sayur kesukaan Nadhila. Kalau makan mesti ada bendi, di celur dalam air panas dan cicah dengan sambal kicap pedas. Memang berselera sungguh makannya. Ditambah pula makan dengan ikan masin tumis dengan bawang besar dan cili api. Fuh!! Memang tak pandang makanan lain dah. Nasi putih, ikan masin tumis dan sayur bendi. Dah cukup buat Nadhila. Memang seleranya boleh tahan. Gelak kecil Makcik Alimah. Betapa rindunya pada Nadhila.

Bakul yang penuh berisi sayur bendi dan terung diangkat bawa masuk ke dapur. Diletak diatas kabinet. Lalu, Makcik Alimah keluar ke halaman rumah semula. Penyapu lidi diambil dan mula menyapu daun-daun kering yang gugur ke tanah. Dilonggokkan daun-daun kering itu disatu tempat. Kemudian, mengambil mancis kayu yang terletak diatas pangkin bawah pokok rambutan. Daun-daun kering dibakar, cepat saja membesar apinya. Asap dari bakaran sampah menusuk ke dalam hidung. Terbatuk-batuk wanita tua itu. Menahan peritnya asap.

Dia duduk pula di pangkin sambil mata meliar memandang sekeliling rumah. Kemas dan bersih kawasan rumah. Senyum sendiri. Terbayang anak-anaknya sewaktu kecil. Berlari-lari bermain dihalaman rumah. Berkejar-kejaran. Seronok tengok anak-anak membesar depan mata. Bila waktu senja, suara dia yang memekik memanggil anak-anak supaya masuk ke dalam rumah. Disuruhnya mandi. Berlari pula anak-anak masuk ke rumah dan berebut pula mahu masuk kebilik air. Takut si ayah balik, dan melihat anak-anak tak mandi lagi. Memang kena marah. Yang selalu kena marah adalah Nadhila. Selalu lambat. Mandi lambat, nak makan lambat, serba serbi lambat. Bukan sebab dia sendiri yang lambat tapi sebab abang dan adiknya yang sengaja mengenakannya. Bila dah lambat memang akan kena marahlah dengan si ayah. Kasihan.. dari kecil sampai ke besar tetap dibuli dan dianiaya oleh abang dan adiknya. Mengeluh Makcik Alimah sendiri.

Entah kenapa dia rasa rindu sangat pada Nadhila. Tapi yang dua anaknya lagi tu. Tak pula rasa rindu. Dhila.. Dhila.. Bila kau nak balik jumpa ibu. Kata hati kecil seorang ibu.
Makcik Alimah bangun dari pangkin. Mengambil penyapu lidi dan letak di tepi pokok rambutan. Melangkah perlahan menuju ke beranda dapur.

Sebuah kereta masuk ke halaman rumah. Makcik Alimah berkerut. Dan menanti. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni. Katanya sendiri.

" Assalamualaikum ibuu..!!" Terus Nadhila berlari ke arah Makcik Alimah.


" Waalaikumsalam.. Dhilaaaa!!" Berpelukan anak beranak itu. Menitis airmata mereka. Melepaskan rindu dan terubat rindu yang ditanggung selama ini. Esak tangis keduanya. Sedih dan sayu sekali. Helmi memerhati penuh simpati. Seorang anak dan seorang ibu merindu antara satu sama lain. Senyum Helmi melihat.

"Rindunya ibu dekat Dhila. Dhila sihat tak ni? Ya Allah.. Kurusnya anak ibu ni.. Balik juga kau Dhila.." Dicium dan dipeluknya Nadhila lagi.

"Dhila sihat. Dhila rindu ibu sangat-sangat..!!" Teresak-esak Dhila nangis. Seperti anak kecil lagaknya. Airmata di kesat.

"Makcik apa khabar?!" Tanya Helmi.

"Alhamdulilah sihat walafiat. Kenapa balik tak bagitahu. Ha Dhila..!" Senyum Makcik Alimah.

"Saja. Nak buat surprise dekat ibu. Hehe..!!" Gelak Nadhila.

" Banyaklah kau punya surprise. Ni cuti ke atau balik terus?!" Helmi gelak.

" Ibu ni. Macam tak bagi je Dhila kerja. Cutilah ibu tapi tak lama tiga hari je.." Nadhila mencebik manja.

" Tak apalah. Janji Dhila balik tengok ibu dan ibu pun senang hati dapat tengok anak ibu ni sihat.." Dipeluk Nadhila lagi.

"Hmm.. Okeylah makcik. Saya minta diri dulu. Saya pun rindu mak saya juga ni.." kata Helmi.

" Masuklah dulu. Minum kejab..!" Pelawa Makcik Alimah.

"Tak apa makcik. Insha Allah lain kali ye. Penat dah ni, memandu dari JB.." Helmi menolak.

"Ha iyelah. Nanti senang-senang datanglah.."

"Insha Allah.. Saya pergi dulu ya makcik.." Helmi bersalam dengan Makcik Alimah.

" Kirim salam dekat maknya ye.."

"Insha Allah..!! Dhila.. Kau tak nak ambil beg kau ke?!" Tanya Helmi.

" Tolong ambilkan dan letak sini boleh??! Bolehlah.. Bolehlah.. Hehehe..!!" Nadhila sengeh.

" Apalah Dhila ni. Angkatlah sendiri. Suruh Helmi pula.." Nadhila sengeh.

" Tak apa makcik. Dhila ni memang selalu buli saya.."Nadhila gelak kuat. Makcik Alimah geleng kepala. Helmi mengangkat beg pakaian Nadhila dan letak di beranda dapur. Lalu, terus memandu meninggalkan mereka. Apabila hilang kereta dari pandangan. Mereka masuk ke dalam rumah. Nadhila angkat beg pakaian ke dalam pula.

Nadhila terus menuju ke meja makan. Jadi lapar terus perutnya. Tudung saji dibuka. Terbeliak matanya bulat.

"Arrhhhh..!! Sedapnyaaa..!! Ibu macam tahu je Dhila nak balik. Saaaayang ibu..!!" Terus saja Nadhila ambil pinggan kecil dan menyenduk nasi goreng dan sambal tumis ikan bilis.

"Ibu manalah tahu Dhila nak balik. Pagi tadi teringin nak makan nasi goreng, ibu buatlah. Itu sambal tumis semalam tu.." jelas si ibu. Menuangkan air teh ke dalam cawan dan berikan pada Nadhila.

" Aura Dhila nak balik tu namanya bu.. Hehe!!"

" Banyaklah kau punya aura. Ya Allah!! Makanlah perlahan-lahan. Gelojoh betul. Banyak lagi nasi tu. Habiskan semua.." Geleng kepala si ibu. Gelak kecil.

"Ibu.. ibu.. Dhila rindu masakan ibu ni tau. Masakan paling sedap di dunia. Kalau Dhila duduk kampung seminggu je. Makan tidur makan tidur, confirm gemuk Dhila ni bu.." berseloroh Nadhila. Macam setahun tak makan.

" Kalau macam tu, duduk je kampung ni. Kerja dekat pekan. Kan senang. Tiap hari dapat makan masakan ibu.." Nadhila meneguk air pula.

" Ish!! Mana boleh ibu. Dhila kan nak kerja, nak cari duit, nak beli kereta, nak beli rumah, nak..."

" Nak kahwinnn.. Kan..!!" Sampuk si ibu.

"Ishh!! Kahwin tu.. Lama lagi.. Tapi kalau tak kahwin pun tak apa. Duit ada, kereta ada, rumah ada, kerja ada. Cukup..!!" Balas Nadhila.

" Mana cukup.. Ada harta kalau tak ada keluarga pun tak ada makna. Bila kahwin, ada suami jaga, ada anak-anak. Kan bahagia namanya tu. Baru hidup lengkap.." Kata Makcik Alimah. Memandang wajah Nadhila.

" Hmm.. Sekarang ni Dhila tak nak fikir pasal kahwin ke, anak ke, suami ke. Tak.. Tak..!! Dhila nak beli kereta dulu. Nanti dah ada kereta, senang Dhila nak balik kampung. Tiba-tiba je dah sampai depan rumah. Ha..!! Boleh Dhila bawa ibu jalan-jalan nanti. Ibu cakap je nak pergi, Dhila boleh bawa.." Seronoknya Dhila bercerita. Semangat betul dia. Gembira hatinya.

" Eleh.. Belum ada kereta memang cakap nak bawa ibu jalan-jalanlah. Esok kalau dah ada kereta, batang hidung pun tak nampak. Macam Abang Dip tu ha. Masa belum dapat kereta, cakap macam Dhila nilah bila dah ada kereta. Balik kampung pun payah. Padahal kerja dekat KL je. Bukan dekat Sabah ke Sarawak ke.." Merungut si ibu. Nadhila gelak. 


" Itu abang bu.. Dia memang poyo. Cakap lebih, tapi hmm... Ini Dhila, Insha Allah.. Apa yang Dhila cakap Dhila akan buat. Ibu doakan Dhila berjaya dalam kerjaya Dhila ni tau..!!" Senyum Nadhila.

" Iyelah. Insha Allah.." Gembira hati Makcik Alimah. Senyum je sejak tadi. Mereka berbual dan bergurau. Melepaskan rindu.

Meriah sikit rumah dengan suara Nadhila. Macam-macam ceritanya mengenai kerja. Semangat sungguh dia. Dan yang paling seronok, Nadhila kongsi berita gembira yang dia tersenarai dalam top five dalam kerjayanya. Pencapaian yang membanggakan dirinya. Nadhila kalau dah bercerita, memang tak reti nak berhenti. Lagi-lagi bila bercerita mengenai apa yang dia minati. Dan hanya dengan ibunya sajalah dia kuat bercerita. Kalau dengan Nadhif dan Nabiha. Ikut mood dia tapi selalunya hanya bercerita biasa saja. Sebab, kalau cerita mengenai kejayaannya pun pasti dapat kritikan. Lebih baik tak payah cerita.

Sedang asyik berbual. Nadhila terpandang sayur di dalam bakul atas meja kabinet.

" Ibu.. Banyaknya sayur. Nak buat apa tu.!" Tanya Nadhila.

"Oo Itu nak jual dekat kedai Cik Ali. Ada bendi tu. Dhila nak tak?!" Jawab Makcik Alimah.

" Nak.. nak.. nak..!! Sedapnya...!! Bila ibu nak hantar ke kedai Cik Ali tu" Nadhila bangun nak ambil bakul sayur itu. Memilih sayur bendi dan asingkan untuk dia sendiri.

" Nanti tengahari Cik Ali datang ambil..."

" Bagi Dhila hantarlah ye bu. Lama tak naik motor.. Hihihi..!" Nadhila sengeh.

" Tak payahlah Dhila. Lagipun motor tu entah hidup entah tidak. Minyak ada ke tidak. Kau pun dah lama tak bawa motor, tak payah.. tak payah..! Nanti jatuh motor lagi pula.." Makcik Alimah berkerut. Nadhila memasukkan sayur-sayur itu ke dalam plastik dan ikat rapi.

"Alaa bolehlah ibu. Tak ada jatuh punya. Ini Dhila lah ibu..!" Yakinnya Nadhila.

" Ha iye.. Ini Dhila. Sebab ini Dhila lah ibu tak bagi. Kau bawa motor macam pelesit, motor tu brek pun tak ada.. " Nadhila gelak. Lalu menuju ke tepi dinding dan ambil kunci motor yang tergantung. Plastik sayur dibawa sekali.

" Ibu.. Ibu kan percaya dekat Dhila kan. Dhila bawa perlahan-lahan ye. Dhila janji.. Okey ibu.. Byee!! Yeah..!! Nak ronda kampung.!!" Nadhila bersorak dan terus keluar.

"Hey.. Dhila.. Dhila! Memang bertuah punya budak. Baru je balik nak keluar pula. Hmm!!" Merungut lagi si ibu. Geleng lagi dan lagi.

Nadhila menyarung selipar dan jalan ke stor di tepi rumah. Di sebelah stor, pondok tempat letaknya motor. Ada dua buah motor, milik arwah ayahnya, motor Honda Wave dan satu lagi motor EX5 milik Nadhif. Dia mahu bawa motor Nadhif.

Lalalalalalaa.. Sambil bernyanyi dan seronok bawa motor dengan angin yang sejuk. Jalan ditepi, sesekali bertembung dengan kenderaan lain. Seronok ronda kampung. Nyaman dan damai je suasana kampung. Sampai saja, Nadhila memberhentikan motornya di hadapan kedai runcit Cik Ali. Sebelah kedai Cik Ali, terdapat warung Cik Pah. Warung itulah tempat Makcik Alimah hantar kuih dan nasi lemak tiap pagi. Sayur dibawa ke dalam kedai.

" Assalammualaikum Cik Ali...!!" Nadhila memberi salam.

"Waalaikumsalam.. Eh Dhila..!! Bila kau balik?! Amboii dah jadi orang JB dah kan.." Terkejut Cik Ali melihat Nadhila.

"Baru je balik. Saya tetap orang kampung Selangor lah Cik Ali. Ni ha.. Sayur yang Cik Ali nak.." Nadhila memberikan sayur tadi pada Cik Ali.

" Okey Kejab.. Cik Ali timbang.. Baguslah kalau masih ingat kampung. Ini tak, kalau dah kerja dekat bandar. Kampung pun dah tak ingat dah.. Dah tu sampai lupa mak ayah..!" Nadhila sengeh. Ni yang dia malas ni nak pergi kedai ni. Mulut Cik Ali ni boleh tahan juga mengalahkan orang perempuan. Dasyat pakcik bawang ni.

" Kadang bukan tak ingat mak ayah Cik Ali. Tapi sebab kekangan kerja. Nak balik selalu tak boleh, sibuk kerja tapi kalau balik mesti seminggu dua juga kan..!" Balas Nadhila.

" Itulah kan. Dah nama pun kerja dekat bandar. Sibuk manjang tak boleh buat apalah kan.. Cari rezeki punya pasal.." Nadhila senyum.

" Ha..!! Tahu pun Cik Ali. Bijak..!! Okeylah Cik Ali. Saya balik dululah ye. Duit sayur macam biasalah ye. Masuk akaun. Hujung bulan hantar dekat ibu tau..!" Kata Nadhila.

"Okey set. Kirim salam dekat ibu..!" Cik Ali senyum. Nadhila keluar dari kedai dan ke kedai sebelah pula. Ada beberapa orang pelanggan sedang minum dan makan. Nadhila senyum pada mereka. Mereka membalas senyuman. Perlahan-lahan Nadhila masuk ke warung Cik Pah. Cik pah tengah fokus potong sayur. Tak perasan Nadhila datang.

" Cik Pahhh....!!!" Menjerit Nadhila di tepi telinga Cik Pah. Terlontar pisau ke lantai. Terkejut besar Cik Pah.

" Opocott...!!! Oiii..!! Bertuah punya budak. Dhilaaaa..!! Ya Allah..!!" Kuat suara Cik Pah menjerit terkejut. Nadhila gelak sekuatnya. Pelanggan yang duduk minum pun join gelak melihat gelagat mereka. Meriah dan kecoh jadinya warung itu.

" Selamat pisau ni tak kena kau Dhila oii. Kalau tak, dah aku pula ditangkap polis sebab cederakan kau tahu tak?! Bila kau balik ni.. Rindunya Acik dekat kau..!" Membebel sudah Cik Pah. Dipeluk cium Nadhila. Nadhila masih gelak.

" Okeylah tu Cik. Baru glamour masuk tv. Hahahaa.. Baru je sampai rumah. Lepas tu terus hantar sayur kat sebelah..!" Jawab Nadhila.

" Glamour lah sangat. Berapa lama kau cuti ni..?!" Tanya Cik pah pula. Nadhila dan Cik Pah berbual sebentar. Seronok Cik Pah jumpa Nadhila. Mereka agak rapat jugalah. Nadhila ni peramah dengan orang kampung dan semestinya dikenali ramai sebab kenakalannya dulu. Nakal si Nadhila ni pun baik hati dan selalu tolong orang kampung.

" Okeylah Cik Pah. Dhila balik dulu ye. Tak rehat lagi ni. Penat..!" Nadhila salam Cik Pah.

" Baiklah. Hati-hati bawa motor tu. Kau jangan nak merempit pula.." Pesan Cik Pah. Nadhila gelak lagi dan terus berlalu.

Gembira dia berada dikampung. Tenang je hati. Layan motor, layan angin dan layan perasaan. Perlahan je dia bawa motor. Di pertengahan jalan, eh..eh..!! Dah kenapa pula dengan motor ni. Pula dah. Mati pula..!! Aduhaai.. Nadhila ketuk kepala.

" Apa pula masalah motor ni? minyak habis ke? Aduhai.. Dahlah duit tak bawa, kedai jauh pula. Tak kan nak menolak. Ishh!! Time nilah kau nak buat hal motor.." Nadhila membuka penutup tangki minyak. Kering kontang. Masalah.. Masalah..!!

Dia pandang kanan kiri. Kalau ada je orang lalu jalan tu dia akan tahan dan minta tolong belikan minyak dulu. Guna duit orang tu nanti baru bayar. Hehe..!! Tak ada pilihan.

Sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan Nadhila. Nadhila berkerut. Tak nampak pemandunya, gelap sungguh cermin keretanya.

" Kereta cantik tapi cermin gelap. Salah disisi undang-undang tahu tak" katanya perlahan.

Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki berkacamata hitam. Kemas berpakaian tshirt putih. Nadhila berkerut. Siapa pula ni, kata hatinya. Lelaki itu membuka kacamata hitamnya dan senyum.

Nadhila berkerut dan membalas senyuman pada lelaki itu. Terpaku seketika. Biar betul..!! Mata bertentangan mata. Senyap..!!
Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs