Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
72,120
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 10

BAB 10


Ahmad Uwais merenung wajah dan gaya Rozi di dalam majalah yang dibacanya. Rozi semakin terkenal. Usai membacanya diletakkan majalah itu di atas meja kerjanya. Dia bersandar dan duduk termenung.

“Humm….aku nak teringatkan dia buat apa? Aku dengan dia bukan ada apa-apa hubungan lagi. Baik aku ajak Mi keluar makan ke.”

Malas untuk berlama di dalam biliknya Ahmad Uwais melangkah keluar. Cadangnya untuk ke bilik Fahmi. Namun setiba di bilik Fahmi, lelaki itu tiada pulak.

“Hai…ke mana dia pergi ni?” tertanya-tanya Ahmad Uwais di depan bilik pejabat Fahmi. Meja kerja Fahmi diketuk-ketuk sambil berfikir.

“Hisy…” Ahmad Uwais mendengus bila orang yang dicari tidak ada.

“Eerrr…Iziey, you tahu Encik Fahmi pergi mana?” Ahmad Uwais bertanya kepada staf yang kebetulan melintasi bilik pejabat Fahmi.

“Mmm…kalau tak salah Encik Fahmi ada dekat bilik penyimpanan fail yang baru, Encik Uwais.”

“Ooo…thanks.”

Sebaik mendapat info yang diperlukan Ahmad Uwais terus ke bilik penyimpanan fail yang baru untuk bertemu dengan Fahmi.

“Mi…” Ahmad Uwais menegur Fahmi yang sedang berbincang dengan beberapa orang staf Samudera Holding berhampiran dengan bilik penyimpanan fail yang baru.

“Hai, Is..” Fahmi mengangkat tangannya.

“Dah siap ke bilik penyimpanan fail baru ni?” kepala Ahmad Uwais terjenggok-jenggok ke dalam bilik fail yang baru saja siap.

“Bilik penyimpanan fail ni dah boleh beroperasi. Aku pun dah suruh Que dapatkan beberapa orang staf dari department finance untuk pindahkan fail-fail kewangan dari bilik lama ke sini dan aku jangka esok boleh siap semuanya.”

Ahmad Uwais mengangguk-ngangguk dengan penjelasan Fahmi tentang bilik penyimpanan fail yang baru siap diubahsuai. Dia berjalan memeriksa keseluruhan bilik penyimpanan yang baru siap ini.

Kalau aku suruh dia buat rasanya dia boleh siapkan ke? Ahmad Uwais senyum sendiri. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik penyimpanan baru ini.

“Aku rasa kau tak payah panggil staf Que untuk buat semua kerja pindah memindah fail ni.” beritahu Ahmad Uwais sebaik menghampiri Fahmi.

“Habis siapa nak buat?” soal Fahmi yang pelik dengan kata-kata Ahmad Uwais itu.

Pertanyaan Fahmi mengundang senyuman dibibir Ahmad Uwais.

“Wooo…Wooo..Wooo..senyum tu semacam aje aku tengok. Apa yang ada dalam kepala otak kau tu, Is?” Fahmi dapat rasakan ada sesuatu yang Ahmad Uwais ingin lakukan.

Sekali lagi Ahmad Uwais melemparkan senyuman. Dikeluarkan telefon bimbitnya.

“Tim, datang sekarang ke bilik penyimpanan fail yang baru sekarang,” arah Ahmad Uwais dan terus mematikan panggilan.

“Kau nak suruh Tim yang buat?” Fahmi meneka.

“Yup.”

“Seorang?”

“Yup.”

Terbeliak mata Fahmi. “Banyak tu fail-fail yang nak kena pindahkan.”

“So?” soal Ahmad Uwais dengan wajah selamba.

Fahmi mengosok hidungnya. “Apa kes kau dengan dia sebenarnya?”

“Kes? Tak ada kes.” Ahmad Uwais masih dengan muka selambanya.

“Habis tu yang kau nak suruh dia buat kerja pindah fail yang banyak ni seorang diri aje, apa cerita? Tak kan pasal kena simbah air hari tu lagi kot? Dalam betul dendam kau, Is. Sampai hari ni kau ingat lagi.”

“Kau ingat aku ni jahat sangat ke?” soal Ahmad Uwais.

“Sikit-sikit tu adalah jahatnya,” selamba saja Fahmi menjawab.

Ahmad Uwais mendengus mendengar jawapan sinis Fahmi itu.

“Aku rasa tak salah aku suruh dia buat semua ni sebab hari ni aku tak ke mana-mana. Jadi itu bermakna dia tak ada kerja nak buat. So aku nak bagi dia buat kerja, lah. Simple,” Ahmad Uwais memberikan alasannya bagi menepis tuduhan Fahmi tadi.

“Tak kan dia seorang, Is. Bukan sikit fail yang nak dipindahkan ni, Is. Sekurang-kurangnya biarlah dua tiga orang staf yang bantu dia buat kerja pindah memindah ni.”

“Yang kau bela sangat tomboi tu, kenapa? Kau ada hati dekat dia ke?”

“Hisy…mana ada. Aku cakap base on erti perikemanusiaan.”

“Jadi apa aku nak suruh dia buat ni tak perikemanusiaan, ek?”

“Lebih kuranglah.”

Ahmad Uwais mencebik. Lantaklah kau nak cakap apa pun Mi. Selagi dendam aku kat minah tomboi tu tak berbalas aku tak akan puas.

Bos…” kemunculan Fatimah Dhaniyah merencatkan niat Fahmi untuk terus bertanya lagi. Mereka berdua sama-sama menoleh memandang Fatimah Dhaniyah yang berdiri di depan pintu bilik fail kewangan yang baru.

“Haa…dah sampai pun. Kau nampak bilik ni?” soal Ahmad Uwais kepada Fatimah Dhaniyah.

“Nampak.”

“Jom ikut aku.”

Fatimah Dhaniyah mengekori langkah Ahmad Uwais.

“Ada apa dalam bilik ni?” soal Ahmad Uwais sebaik mereka masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan rak yang masih lagi kosong. Mukanya diseriuskan.

Fatimah Dhaniyah memusingkan badannya memandang sekitar bilik fail ini. Apa yang ada? Kosong aje. Cicak seekor dua adalah. Lipas?...Humm…so far tak nampak pulak. Yang aku nampak jelas sekarang kat dalam bilik ni ada singa lapar. Fatimah Dhaniyah tergelak dalam hati.

“Aku tanya. Kau jawab. Bukan senyap aje.” Ahmad Uwais menegur. Fatimah Dhaniyah tersengih.

“Kosong, bos,” jawab Fatimah Dhaniyah.

“Kosong, kan?”

Fatimah Dhaniyah mengangguk. Dia ni dah kenapa ek? Tanya soalan pelik-pelik. Mesti dia nak kenakan aku lagi ni. Entah apa pulak dia nak suruh aku buat kali ni.

“Memandangkan bilik ni kosong, aku nak kau pindahkan semua fail-fail yang ada dekat bilik fail kewangan yang lama ke sini. Jelas?”

Kan betul tekaan aku. Dia memang nak kenakan aku lagi hari ni. Humm…nasib baiklah kau ni…aahh…tak payahlah aku nak ambik hati. Kau buat aje Tim apa yang singa lapar ni suruh. Kau jangan bagi dia menang. Pindah fail aje pun. Fatimah Dhaniyah memujuk hatinya.

“Jelas dan nyata, bos!” penuh yakin Fatimah Dhaniyah menjawab.

“Ingat! Aku nak kau yang buat semua ni. Bukan orang lain.” Ahmad Uwais menegaskan perkataan ‘kau’ itu agar Fatimah Dhaniyah benar-benar faham dengan arahan yang dia mahu gadis itu yang buat semuanya.

“Faham, bos.”

Good. Tapi ingat! If you failed, pack your bag and leave.”

Hanya sekilas wajah Ahmad Uwais dipandang oleh Fatimah Dhaniyah sebelum lelaki itu berlalu keluar dari bilik penyimpanan fail yang baru ini.

“You pasti boleh buat semua ni?”

Fatimah Dhaniyah yang sedang berfikir menoleh memandang Fahmi yang bertanya.

“Mmm…boleh,” dengan yakinnya Fatimah Dhaniyah menjawab.

“Betul?” Fahmi seperti tidak percaya yang gadis itu mampu membuat kerja-kerja pemindahan ini sendirian.

“Encik Fahmi jangan risaulah. Bukan susah mana pun nak buat kerja pindah memindah ni. Okeylah Encik Fahmi, saya nak mulakan kerja. Nanti lambat pulak siap.”

Fahmi memberi ruang kepada Fatimah Dhaniyah untuk bergerak. Dilepaskan keluhan panjang. Is…Is…apa hal kau suka sangat dera driver kau yang comel ni. Sempat lagi Fahmi mengomel dalam hati.


Previous: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.