Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
72,121
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 5

BAB 5

pagi ini akan bermula tugas barunya sebagai pemandu peribadi kepada ahmad uwais. fatimah dhaniyah menanti dengan

“tan Options

Are You Looking For a “tan? Check it Now!www.Kadungo.comClick HereAd by safeweb sabar ahmad uwais yang sedang memakai kasutnya.sempat lagi dia meneliti raut wajah ahmad uwais. mmm…hari ni licin gila muka dia. handsome. dah tak ada rupa tok arab jual ubat dah. fatimah dhaniyah senyum sendiri.

“Apa yang kamu tunggu lagi? Startlah enjin kereta!”

Terloncat sikit Fatimah Dhaniyah bila tiba-tiba disergah sebegitu. Sementara itu Ahmad Uwais menjeling geram. Pagi-pagi buta berangan! Macam ni nak jadi driver aku? Hisy…

“Eeerrr…nak start kereta yang mana satu, encik? Banyak kereta dekat porch ni,” pantas Fatimah Dhaniyah menjawab sambil cuba mengawal rasa terkejutnya.

Ahmad Uwais mendengus. “Kereta yang sana tu.”

Fatimah Dhaniyah memandang arah yang ditunjuk oleh majikannya. Kereta Audi A7 tersergam indah di depan mata. Kemudian dia kembali memandang Ahmad Uwais.

“Kunci keretanya?”

Ahmad Uwais mendengus buat kali keduanya. Minta dekat aku pulak. Pergilah cari sendiri. Hisy…menyusahkan orang aje.

“Kak Siti, tolong ambikkan kunci kereta Audi dan bagi dekat driver baru ni!” laung Ahmad Uwais dengan wajah mencuka.

Dalam beberapa saat Kak Siti keluar seraya menghulurkan kunci kereta kepada Fatimah Dhaniyah.

“Terima kasih Kak Siti,” ucap Fatimah Dhaniyah saat mencapai kunci kereta daripada Kak Siti. Tanpa menunggu lama dia terus berjalan ke arah kereta Audi A7.

“Wei!...” laung Ahmad Uwais sambil bercekak pinggang.

Langkah Fatimah Dhaniyah terhenti. Dia menoleh kebelakang.

“Apa nama kau?” soal Ahmad Uwais dengan nada menjengkilkan.

“tim

“tan Options

Are You Looking For a “tan? Check it Now!www.Kadungo.comClick HereAd by safeweb,” ringkas saja fatimah dhaniyah menjawab.

“Aku tak kiralah nama kau Tim ke, Timberland ke atau Timber sekalipun, satu kau kena ingat. Tugas kau bukan aje jadi driver aku. Tapi kau kena angkat beg aku ni dan bukakan pintu kereta untuk aku. Senang cakap kau tu kuli aku. Faham?” Ahmad Uwais menjegilkan matanya.

Hai…bossy betul dia ni. Beg ringan macam tu pun nak suruh aku angkat. Tak pe...tak pe…kita ikut aje angin dia. Sambil melemparkan senyuman sinis Fatimah Dhaniyah kembali menghampiri majikannya dan mencapai beg bimbit yang dihulurkan. Seterusnya dia membukakan pintu kereta untuk majikannya sebelum dia mengambil tempat di seat pemandu.

Ahmad Uwais yang sedang memeriksa jadual kerja di telefon bimbitnya, mengangkat kepalanya sedikit ke atas bila dia menyedari kereta yang dinaiki tidak bergerak.

“Apa pasal tak jalan lagi?” soal Ahmad Uwais.

“Kita nak ke mana, Encik Uwais?” Fatimah Dhaniyah menjawab dengan soalan pulak.

“Memandangkan kau sekarang ni dah jadi kuli aku, ada beberapa syarat yang perlu kau patuhi. Petama kau hanya dibenarkan panggil aku dengan panggil bos dan bukan Encik Uwais. Faham?” Ahmad Uwais mempamerkan wajah serius.

Fatimah Dhaniyah mengangguk dan mengulangi pertanyaannya tadi. “Kita nak ke mana, bos?”

Ahmad Uwais menghela nafas bila syarat pertama yang diberikan dipatuti tanpa bantahan.

“Samudera Holding”, jawab Ahmad Uwais ringkas.

“Dekat mana tu, bos?” soal Fatimah Dhaniyah lagi.

Pertanyaan itu membuatkan Ahmad Uwais mengusap mukanya. Hisy…ini bukannya menyenangkan aku. Menyusahkan lagi adalah. Sempat lagi dia mengomel dalam hati.

“QB4, Jalan Teknokrat 5, Cyberjaya. Tahu tak tempat tu?”

Fatimah Dhaniyah tersengih sambil mengeleng.

“Humm….kat dashboard tu ada GPS. Tahu tak cara nak guna GPS tu?” soal Ahmad Uwais yang masih menahan sabar.

Fatimah Dhaniyah mengangguk dengan mempamerkan muka ala gwiyomi. Mestilah aku tahu guna GPS tu. Ingat aku ni bodoh sangat ke? Getus Fatimah Dhaniyah dalam hati.

“Kalau tahu, gunalah. Aku nak cepat ni!” Ahmad Uwais menjegilkan matanya sebelum dia menatap akhbar ditangannya.

Huh!...macam singa lapar aje muka tu. Ini sah-sah tak sarapan lagi ni. Tu yang garang semacam aje. Rungut Fatimah Dhaniyah dalam hati sambil melemparkan senyuman mengejek.

“Baik, bos,” ujar Fatimah Dhaniyah dan mula memasukkan gear auto ke kotak ‘D’ untuk memulakan pemanduan.

“Eh…satu lagi!”

Tiba-tiba Ahmad Uwais bersuara membuatkan Fatimah Dhaniyah brek mengejut. Dia menoleh kebelakang.

“Kenapa, bos?” tanya Fatimah Dhaniyah cemas.

“Syarat kedua, pastikan had laju kereta ni tak lebih 80 km/jam. Faham?”

“Hah? 80 km/jam? Bila tahun nak sampai, bos?” Spontan saja pertanyaan itu keluar dari mulut Fatimah Dhaniyah.

“Tak payah banyak cakap, banyak tanya. Ikut aje arahan aku. Dah!...jalan,” arah Ahmad Uwais dan kembali membaca akhbar.

“Humm…” Fatimah Dhaniyah menghela nafas sambil mengeleng. Sengal agaknya bos aku ni. Kesian. Sempat lagi dia mengomel dalam hati sebelum kembali meneruskan perjalanan.



Sudah dua jam Fatimah Dhaniyah menunggu. Sekejap dia duduk di dalam kereta sambil mendengar radio. Sekejap dia berjalan mengelilingi kereta. Namun batang hidung Ahmad Uwais alias singa lapar tidak jua muncul-muncul.

“Mana singa lapar ni. Sampai-sampai tadi dia terus keluar dari kereta. Tak sempat aku nak tanya apa-apa. Berapa lama lagi aku nak tunggu ni. Karang aku masuk ke dalam pejabat, dia muncul pulak. Nanti bila tak nampak aku, dia tuduh aku curi tulang pulak. Hisy…aku tak boleh bagi dia ruang untuk mencari kesalahan aku. Itu point dia untuk pecat aku.”

Sedang dia berkira-kira sendirian sebuah kereta memasuki perkarangan lobi bangunan Samudera Holding. Kehadiran kereta itu menarik perhatian Fatimah Dhaniyah. Dia mengenali kereta itu milik siapa.

“Assalamualaikum, Tan Sri.”

“Waalaikumussalam. Macam mana hari pertama kerja? Boleh buat?” Tan Sri Jalal melemparkan senyuman kepada Fatimah Dhaniyah yang membukakan pintu kereta untuknya.

“Alhamdulillah. Tak susah mana pun, Tan Sri,” jawab Fatimah Dhaniyah sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Tan Sri Jalal.

Terpesona seketika Tan Sri Jalal melihat senyuman milik gadis tomboi itu. Sudah lama dia tidak melihat senyuman disulami dengan lesung pipit. Tan Sri Jalal tiba-tiba kembali teringatkan Fatty.

“tan

“tan Options

Are You Looking For a “tan? Check it Now!www.Kadungo.comClick HereAd by safeweb sri…tan sri okey ke?” fatimah dhaniyah melambai-lambai tangannya di depan muka tan sri jalal yang memandangnya tanpa berkelip.

“Astaghfirullahalazim…” Tan Sri Jalal mengucap perlahan. Dia mengelamun jauh tadi.

“Tan Sri okey?” Fatimah Dhaniyah mengulangi pertanyaannya.

Tan Sri Jalal mengangguk. “Saya okey. Samad bawak beg saya ke bilik. Saya naik dulu.”

Fatimah Dhaniyah mengangguk dan memberi ruang kepada Tan Sri Jalal dan Samad untuk masuk ke dalam bangunan Samudera Holding. Bila bayang Tan Sri Jalal hilang Fatimah Dhaniyah kembali mengusap perutnya.

“Ah…lantaklah. Aku dah lapar ni. Baik aku pergi isi perut dulu.” Fatimah Dhaniyah mengunci kereta dan berlalu mencari gerai atau restoran berdekatan untuk melapik perutnya yang sudah berbunyi.



Ahmad Uwais menghempaskan badannya yang keletihan di atas kerusi empuknya. Mata dipejam buat seketika sambil cuba melapangkan fikirannya. Hampir 3 jam dia berada di dalam bilik mesyuarat bagi mempengerusikan mesyuarat bulanan Samudera Holding.

Pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar. Ahmad Uwais mendengus. Baru ingin berehat sudah ada yang datang mengacau.

“Masuk!...” laung Ahmad Uwais tanpa membuka kelopak matanya.

Morning Is. Ini ada senarai calon-calon pemandu kau. Kau nak aku buatkan temujanji untuk semua calon atau kau nak review resume dia orang ni dulu?”

fahmi

“tan Options

Are You Looking For a “tan? Check it Now!www.Kadungo.comClick HereAd by safeweb meletakkan borang permohonan di atas meja kerja ahmad uwais. kemudian dia menarik kerusi untuk dirinya duduk.

“Pemandu?” Ahmad Uwais tiba-tiba baru teringat sesuatu. Dia pantas membuka kelopak matanya dan duduk tegak.

“Iyalah. Kau jugak yang mintakan aku iklankan jawatan pemandu ni, kan? Adalah beberapa orang yang apply. Kau tengoklah dulu resume dia orang ni. Kalau kau okey nanti aku suruh staf aku jadualkan interview ikut masa yang kau nak.”

Mata Ahmad Uwais terkebil-kebil. Dia memandang sekelilingnya. Baru dia teringat tentang pemandu barunya. Serasanya sebaik dia sampai di lobi bangunan Samudera Holding, dia terus berlalu tanpa mempedulikan pemandu barunya itu.

“Dia ada dekat bawah ke?” soal Ahmad Uwais perlahan.

“Dah…kau ni kenapa? Siapa yang ada kat bawah?” Fahmi kehairanan.

Tanpa menjawab pertanyaan Fahmi, Ahmad Uwais bangun dan berlalu keluar dari bilik pejabatnya dengan pantas. Dia ingin segera ke lobi tingkat bawah bangunan Samudera Holding.

“Wei…kau nak ke mana tu?” Fahmi menegur bila Ahmad Uwais menonong saja berjalan tanpa mempedulikannya.

“Ke mana pulak dia nak pergi tu? Hisy…” Fahmi bingkas mengejar langkah Ahmad Uwais. Dia ingin tahu kenapa Ahmad Uwais tiba-tiba mengelabah semacam.

Sebaik mereka tiba di ruang lobi, Ahmad Uwais berjalan menghampiri kereta Audi A7 miliknya.

Dahinya berkerut. Tangan sudah tercekak dipinggang. Matanya merenung tajam ke arah cermin keretanya. Tiada sesiapa di dalam kereta.

Mana dia pergi? Tak kan dah cabut lari kot. Kalau dah cabut pun bagus jugak. Tak payah aku nak peningkan kepala fikir cara nak tendang dia. Ahmad Uwais mendengus sambil mengomel dalam hati bila kelibat pemandu barunya tidak kelihatan langsung.

“Kau cari siapa? Samad?” soal Fahmi sebaik dia berdiri disebelah Ahmad Uwais.

Tanpa menjawab pertanyaan Fahmi, Ahmad Uwais memandang sekelilingnya. Namun orang yang dicari tidak jua ditemui.

Ahmad Uwais melangkah menghampiri keretanya. Dia cuba membuka pintu kereta. Namun berkunci.

“Pintu berkunci. Orang tak ada. Memang sah dia dah cabut ni. Cantiklah.” Ahmad Uwais mengomel dalam nada perlahan. Dia mengintai sekali lagi.

“Bos intai apa?” tiba-tiba Fatimah Dhaniyah menegur disebelah.

“Huh!..” pertanyaan itu mengejutkan Ahmad Uwais. Terloncat dia dibuatnya. Berdegup kencang jugak jantung Ahmad Uwais sekejap.

Tergelak Fatimah Dhaniyah bila melihat reaksi Ahmad Uwais bila terkejut.

“Kau ke mana?” soal Ahmad Uwais sambil cuba mengawal rasa malunya bila dirinya dijadikan bahan gelakkan.

“Pergi makan kejap. Saya lapar, bos,” ujar Fatimah Dhaniyah sambil memegang perutnya dan menayangkan muka bajet comel di depan Ahmad Uwais.

“Syarat ketiga! Kalau nak ke mana-mana sekalipun pastikan kau telefon aku. Faham?” Ahmad Uwais membulatkan matanya.

Suruh telefon dia, nombor telefon dia pun aku tak ada. Macam mana nak telefon. Fatimah Dhaniyah mengomel dalam hati dengan syarat ketiga Ahmad Uwais itu.

“Berdiri macam patung cendana ni faham ke tidak apa yang aku cakapkan ni?” sergah Ahmad Uwais.

“Nak pergi tandas pun kena telefon bos jugak ke kalau bos tak ada depan saya?” sengaja Fatimah Dhaniyah bertanyakan soalan bodoh begitu. Geram pulak dia dengan sikap bossy lelaki itu.

“Siapa dia ni, Is?” Fahmi yang sedari tadi menjadi pemerhati, mencelah. Matanya memandang gadis disebelah Ahmad Uwias. Not bad. Walaupun nampak macam tomboy, tapi comel jugak muka dia. Fahmi memuji dalam hati.

“Ini Encik Fahmi, manager HR. Kau ikut dia untuk urusan surat tawaran kerja dan baju uniform driver. Tak payah nak pakai macam minah rempit ni lagi. Buat jatuh imej aku aje. Lepas siap semua tu kau tunggu aku dekat sini. Jangan nak merayap pulak. Pukul 2 petang aku ada appointment dekat Semenyih,” arah Ahmad Uwais. Kemudian dia terus berlalu menghala masuk ke dalam bangunan Samudera Holding.

Dahi Fahmi berkerut. Fatimah Dhaniyah pulak sekadar menjongket bahunya. Bila bayang Ahmad Uwais menghilang sebaik dia masuk ke dalam lif, Fahmi menoleh kepalanya ke sebelah kanan.

“Apa nama you?”

“Tim.”

“Tim aje?”

“Yup. Simple and easy,” ujar Fatimah Dhaniyah sambil tersenyum. Fahmi turut tersenyum sama.

“You ni sempoi, lah.”

“Saya memang sempoi, Encik Fahmi. Tapi bos tu yang kerek sikit.” Fatimah Dhaniyah tergelak.

“Is tu sebenarnya okey. Dengan orang yang dia tak kenal aje perangai dia macam tu. Mmm…jomlah naik atas. You nak kena isi beberapa borang sebelum secara rasminya bergelar pekerja Samudera Holding.”

Tanpa membantah Fatimah Dhaniyah mengikut saja langkah kaki lelaki yang bernama Fahmi.



Fahmi melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Ahmad Uwais sambil membawa dokumen yang memerlukan tandatangan Ahmad Uwais.

“Ini surat tawaran kerja Tim. Kau sign dulu.” Fahmi meletakkan fail di atas meja kerja Ahmad Uwais.

Tidak terus ditandatangani. Sebaliknya Ahmad Uwais membaca terlebih dahulu dokumen berkaitan pemandu peribadi barunya itu.

“Nama Fatimah Dhaniyah Binti Abdullah. Ooo..orang melayu rupanya. Aku ingatkan orang putih celup mana. Humm…” sindir Ahmad Uwais.

“Kau ni kenapa, Is? Kenapa kau bengang sangat dengan dia?” soal Fahmi ingin tahu.

Ahmad Uwais mengosok pangkal hidungnya. Kejadian pagi semalam masih segar bugar dalam ingatannya. Tak mungkin dia akan lupakannya sampai bila-bila. Dia kembali membaca biodata Fatimah Dhaniyah yang seterusnya.

“Umur 27 tahun. Kelayakkan akedemi, PMR. Pengalaman bekerja, operator pengeluaran, pemandu teksi…”

“Mana kau dapat dia? Kenapa tak cakap dengan aku yang kau dah ada calon driver sendiri?”

Soalan Fahmi merencatkan pembacaan Ahmad Uwais. Dia berhenti membaca biodata Fatimah Dhaniyah. Fail ditangannya diletakkan kembali di atas meja kerjanya.

“Susah aku nak jawab soalan kau tu, Mi. Semua ni idea ami dengan abi aku, lah. Ini semua sebab Samad terlanggar tomboi tu masa dia dengan abi aku dalam perjalanan nak ke Putrajaya. Nak dijadikan cerita abi aku tawarkan kerja sebagai driver pada dia. Kiran sebagai ganti rugi untuk dia, lah.”

“Ooo…baru aku faham. Tapi kenapa kau, aku tengok macam tak suka aje dengan driver baru kau tu.”

Ahmad Uwais mendengus. Dia mengosok pangkal hidungnya sekali lagi.

“Mi, kau tengok muka aku ni ada gaya muka Tok Arab jual mintak attar ke?” Ahmad Uwais menayangkan mukanya dekat dengan muka Fahmi.

“Muka Tok Arab tak ada. Muka mamat bangla adalah,” Fahmi berseloroh.

“Hoi…” Ahmad Uwais menjegilkan matanya kepada Fahmi. Geram pulak dia dengan Fahmi yang mengusiknya. Fahmi tergelak besar.

“Kau ni aku tanya betul-betul. Kau main-main pulak.” Ahmad Uwais menjeling, geram.

“Bro, apa hal tiba-tiba kau tanya aku soalan macam tu? Ini mesti ada kaitan dengan Tim tu, kan?” Fahmi meneka.

“Huh…semalam tak pasal-pasal aku kena simbah dengan air paip. Ada ke patut aku yang terlebih kacak ni boleh dia kata ada rupa macam Tok Arab jual minyak attar.”

Fahmi tergelak besar.

“Bro, gelak tu ingat sikit. Nanti kau pulak aku simbah dengan air karang. Gelakkan aku pulak.”

“Sorry bro…sorry. Aku rasa macam lucu pulak cerita kau ni. Tapi apa kaitan kau macam Tok Arab dengan kena simbah air? Aku tak faham, lah.”

“Humm…semalam masa aku nak masuk rumah, kunci pagar ada kat dalam bagasi. Aku panggillah Kak Siti minta bukakan pintu pagar. Alih-alih minah tu yang muncul. Jadi aku suruhlah dia bukakan pintu pagar untuk aku. Bila dia tak bagi aku masuk rumah aku sendiri, melentinglah aku. Dalam kami dok bertekam lidah, tiba-tiba dia bukak pili air dan simbah aku sampai lencun aku. Tak pasal-pasal aku mandi kat depan pintu pagar rumah aku semalam. Malu gilalah aku, bro.”

Sekali lagi Fahmi tergelak besar. Tapi kali ini rasa nak pecah perut dia dibuatnya. Ahmad Uwais mencebik.

“Serius memang kelakar cerita kau ni, bro. Kau dengan Tim tu macam ada chemistry.”

Chemistry? Aku dengan minah tomboi tu? Kau hilang akal ke, Mi.”

“Tapi driver baru kau tu kira cun gak apa.”

“Cun? Tomboi macam tu kau kata cun? Mata kau ni rabun kot.” Ahmad Uwais mengejek.

“Tomboi-tomboi dia sekali pun, perempuan tetap perempuan, bro. Ada cantiknya tu walaupun tomboi.”

“Aaahh…aku tak minatlah awek tomboi macam tu. Dia dapat kerja driver ni pun sebab orang tua aku aje. Ikutkan tak nak aku ambik orang yang bercelaru identiti macam tu kerja.”

Fahmi ketawa. “Teruklah kau ni, Is. Tak baik tau cakap dia macam tu. Aku tahulah kau sekarang ni anti perempuan sikit. Tapi bro, tak semua perempuan perangai macam ex kau tu.”

“Dahlah. Aku nak keluar dah ni. Ada appointment dekat Semenyih. Apa-apa pun kita tengok nanti berapa lama dia boleh bertahan kerja dengan aku.” Ahmad Uwais tersenyum penuh makna.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.