Home Novel Fantasi Ekspres Jupiter (Sudah Terbit)
Ekspres Jupiter (Sudah Terbit)
Meja Editor
10/10/2023 10:05:24
7,454
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 1
KALAU setakat mahu mengisi masa lapang, berhenti!Bagi peluang kepada orang lain. Orang lain yanglebih muda, yang lebih layak!” 

Mengeras rahang Teja. Namun, sedikit pun dia tidakmengangkat pandang. Biarlah dia bertatapan dengan Reebokhitam putih yang dikenakan oleh Coach Flora dan CoachBadrol. Baru Teja menyedari, kedua-dua jurulatihnya itumengenakan kasut sukan daripada jenama yang sama. Jugatidak perlu dia memperlihatkan wajahnya yang walaupunberiak beku, namun sudah ketara merona merah itu kepadasebelas gimnas yang berdiri di tepi gelanggang senamanlantai. Teja tidak perlu mengangkat pandangannya pun untuktahu yang dia sedang menjadi pusat tumpuan semua pasangmata yang berada dalam dewan latihan itu. 

“Kau fikir apa, Teja, main limpas macam itu saja waktugimnas sedang pecut ke vaulting beam? Nasib si Angie tidakcedera waktu kamu berdua bertembung tadi! Kalau si Angiecedera, macam mana? Kau tidak sayang batang leher kausudahkah?”

Terjongket sedikit bahu Teja dek lengkingan suara CoachFlora. Telinga Teja turut menangkap suara keluhan panjang,yang dia tahu milik Coach Badrol. 

“Kalau sudah tidak fikir pasal orang sekeliling, kau fikirlahpasal batang leher kau!” Coach Flora belum puas meletuskanperasaannya. Mungkin kerana jantungnya masih belum redadaripada berdetak kencang selepas menyaksikan insiden itu,tidak sampai 10 minit yang lalu.

Jurulatih wanita itu memandang sekilas ke arah Angiedi tepi gelanggang senaman lantai. Gimnas berusia 17 tahunitu berpeluk tubuh dan memandang tajam pada Teja. Masihbersisa pucat pada wajah gadis itu.Kedengaran Coach Badrol berdeham kecil. Teja mengerti. 

“Saya minta maaf, coach.” 

Coach Flora mendengus panjang mendengar ucapanTeja. Sejak dari tadi dia melihat Teja hanya menundukkanpandangan. Malah wajahnya hanya dihiasi riak beku. 

“Berapa lama sudah kau ikut berlatih dalam kelab ni?”soalnya bercekak pinggang. 

“Tiga bulan.”

“Tiga bulan, kan? Jadi mustahil bah Teja, walaupun kaunewbie, kau tidak tahu peraturan semasa berlatih di sini! Bukandi sini saja tapi di mana-mana dewan latihan gimnastik pun!Saya dengan Coach Badrol bukan sekali tapi sudah berkali-kali tekankan, safety! Safety! Safety! Kenapa? Sebab sebarangkecederaan, silap-silap boleh menamatkan karier kamu semuadalam sukan gimnastik! SUKMA? Sukan SEA, Komanwel,Olimpik? Tiada semua tu kalau kamu tercedera! Impian kamusemua boleh hilang terbang macam itu saja!” 

Teja menghela nafas panjang.“Saya minta maaf, coach.” Ulangnya lagi. 

“Macam mahu terbang jantung saya tengok kau punyacuai tadi. Teja, Teja …,” keluh Coach Flora sebelum menolehke arah Coach Badrol. Lelaki itu berpeluk tubuh, tergeleng-geleng merenung Teja.

Beberapa saat berlalu, yang kedengaran hanya bisik-bisikhalus di tepi gelanggang. 

“Begini, Teja …,” Coach Badrol berhenti sekejapmemandang Coach Flora. Mereka berdua saling mengangguk. 

“Saya dengan Coach Flora rasa gimnastik ni … tak sesuaiuntuk kau. Untuk kebaikan kau, kami rasa kau patut berhentiberlatih.” 

Teja perlahan mengangkat pandangannya buat pertamakali sejak sepuluh minit tadi.

Championship untuk pemilihan ke SUKMA lagi sebulan.Kami perlu fokus latihan khusus untuk championship tu, jadisaya kalau boleh tidak mahu ada sebarang gangguan semasalatihan nanti.” Coach Flora pula menyambung. Kedengaranbisik-bisik dari tepi gelanggang senaman lantai. Rata-ratagimnas di situ bersetuju dengan Coach Flora.

“Lagipun ...,” Coach Flora berhenti dan memandang Tejayang memakai baju-T hitam dan seluar legging panjang kebuku lali. Jauh berbeza dengan gimnasnya yang lain, yang tidakada masalah memakai thigh dan leotard. Terkadang dia tidakfaham, jika Teja berasa tidak dapat memakai pakaian latihansama seperti gimnas yang lain, mengapa perlu mengikutlatihan di sini? Coach Flora berdeham kecil. 

“Lagipun, aku rasa kau patut mula fikir untuk buat perkaralain, hobi lain. Yang lebih berfaedah untuk kau. Sambungbelajar, tak pun mula cari kerja. Kau kan sudah ....” 

“26 tahun.”

Terkebil-kebil Coach Flora apabila Teja memotongayatnya. 

 “Saya tak lupa yang saya sudah masuk usia 26 tahun,coach.” Terang dan jelas nada Teja. Riak bekunya tadi sudahberganti. Kali ini seolah-olah dia yang mahu menelan semuaorang di dalam dewan latihan itu. 

“Saya minta maaf sebab cuai tadi. Tapi saya ikut berlatihdi bawah kelab ini bukan percuma, coach. Saya belum pernahtidak atau lambat membayar yuran setiap bulan. Saya tidak pernah datang lambat waktu latihan. Saya tidak pernahmerungut apabila coach asyik suruh saya berlatih dengangimnas tahap satu dan dua. Saya bersabar apabila coach takberi saya peluang untuk mencuba mana-mana apparatus danasyik suruh saya sertai latihan gimnas tahap satu dan dua.Baik, saya minta maaf sebab cuai tadi. Tapi ini kali pertamasaya hilang fokus. Tak adil kalau tiba-tiba coach mahu sayaberhenti hanya sebab itu.” 

“Kan saya cakap tadi, yang kami perlu berlatih ....” 

“Teja,” Coach Badrol cuba mencelah, merasakan suasanamulai menegang. 

Teja menegakkan posturnya, memilih untuk tidak berpatahbalik. Dia menoleh ke arah Angie yang pandangannya tajammenikam ke arahnya sebelum kembali memandang dua orangjurulatih itu. Tampak dia berfikir keras beberapa ketika.

“Kalau saya dapat kalahkan Angie dalam keempat-empatapparatus, bolehkah coach benarkan saya terus berlatih disini?” 

Ada dengus yang beriring dengan gelak sinis datang daribarisan gimnas. Angie berpeluk tubuh, tergeleng mendengarrundingan Teja itu. 

Panjang keluhan Coach Flora, sambil dia bercekakpinggang. Coach Badrol pula menayang sengih, mungkin tidakmenyangka Teja berani bertanya sedemikian. 

“Teja, saya tak boleh ambil risiko untuk biar newbie macamkamu bertanding dengan Angie yang sudah masuk tahap lima.Kan jadi pertandingan berat sebelah itu. Kami nak adili punpayah.” Lembut sedikit nada Coach Flora, cuba merasionalkanTeja. 

Sesaat, rahang Teja mengeras sebelum dia menghelanafas perlahan.“Coach, saya menyertai kelab gimnastik ini bukan sebabsaya newbie, tapi sebab saya mahu kembali aktif dalam sukanini.” Terang dan jelas Teja memberi jawapan.

*****

MEMEJAM mata, Teja menarik nafas dalam-dalam sebelummenghembusnya perlahan. 

Satu saat. 

Dua saat. 

Dia membuka mata dan mengangguk. Pada kiraansaat yang ketiga, Teja mulai memecut. Matanya tidak lepasmemandang papan lombol sambil mula mengira dalam hati. 

Pada kiraan sebelas, kakinya memijak papan anjal,meminjam daya untuk membuat gerakan handstand di tengah-tengah papan lombol. Daya tolakan tangan membuatkan Tejamelambung ke udara sebelum mendarat dengan kedua-duakakinya tanpa berganjak di atas tilam nipis. 

Melepaskan nafas yang ditahan sejak dari tadi, Tejamemandang ke arah Angie yang berdiri bersama Coach Floradan Coach Badrol. Rakan gimnas yang lain berdiri dan menjadipenonton di belakang mereka. Herot-berot mulut Angie cubamelindungi amarahnya.

“Angie dan Teja buat rutin yang sama, basic fronthandspring. Tapi pergerakan Teja nampak lebih kemastermasuk dismount. Angie macam tak berapa pecut, mungkinsebab itu handstand dia tadi nampak a bit off.” 

Begitu pendapat Coach Badrol yang dia cuba curi-curidengar tadi. Merengus Angie disebabkan itu. Lebih-lebih lagiapabila melihat pandangan Teja kepadanya sebaik mendarattadi. 

Coach Flora mengangguk-angguk, menghela nafaspanjang sebelum memandang ke sudut batang titian. 

“Okey. Seterusnya, balance beam.”Teja mengekori mereka ke sudut terletaknya batangtitian. Dia angguk-angguk yakin memandangnya. 

“Saya mahu tengok rutin yang biasa. Kalau yang biasa punsusah mahu sempurna, jangan mengaku terbaik,” kata CoachFlora memandang ke arah Teja. Tidak terusik riak Teja dengan provokasi itu. 

Front dan back handspring. Walkover juga. Split leaps.Dan mendarat.” Coach Flora menyebut gerakan yang perludilakukan oleh Teja dan Angie di atas batang titian. 

Salto?” Angie pula menyoal. 

Coach Flora menjongket bahu. 

Why not? Untuk markah bonus.” 

Melebar senyuman Angie. Berkobar-kobar sinar matanya.Teja hanya mendiamkan diri dan memerhatikan Angie yangsudah melangkah mendekati batang titian.

Kini berada di atas batang titian, Angie mula melakukanpergerakan front handspring, diikuti dengan pergerakan frontwalkover. Selepas itu Angie melakukan split leaps di mana diaperlu memastikan kakinya lurus semasa di udara. Mendaratdengan kemas, Angie terus melanjutkan ke pergerakan backhandspring dan back walkover

Namun, Angie hampir-hampir hilang keseimbanganapabila kaki kirinya tidak mendarat tepat-tepat di tengahbatang titian. Dia terawang-awang, membuatkan mereka yangmenonton bersuara risau. Lekas-lekas Angie menggunakankedua-dua tangan untuk mengawal tubuhnya. 

Walaupun berjaya meraih semula keseimbangan di atasbatang titian, terpapar kekecewaan pada wajah Angie. Duasaat, dia kelihatan ragu-ragu sebelum membuat pecutankecil di atas batang titian untuk lanjut ke pergerakan roundoffsebelum kakinya mendarat di lantai. 

“Tak buat salto?” Coach Badrol menyoal memandangAngie. 

Gadis itu menelan liur, sedikit merah pipinya.“Maaf, coach.” 

Panjang keluhan Coach Flora merenung Angie sehinggamenunduk gadis itu. Pandangannya beralih kepada Teja.Teja nampak tenang apabila mendekati batang titian.Menggunakan papan anjal, Teja melompat naik ke atasbatang titian. Setengah saat dia berdiam sebelum mulamelakukan pergerakan front handspring diikuti front walkover

Berbeza dengan Angie, Teja melanjutkan pergerakan keback handspring dan back walkover. Kemudian barulah diamelakukan pergerakan split leaps dan memastikan kakinyamendarat kemas di atas batang titian. Selepas itu Tejamengambil masa beberapa saat berdiam di hujung batangtitian itu, menumpukan pandangan ke hujung batang titian. 

Coach Flora yang berpeluk tubuh, perlahan-lahan berdiritegak. 

“Takkanlah dia nak ....”

Belum habis Coach Badrol bercakap, Teja membukalangkah besar di atas batang titian itu dan dalam masa dua saatdia melakukan dua gerakan aerial walkover dan dilanjutkandengan gerakan roundoff sebelum mendarat. Terjongketsedikit hujung bibir Teja apabila menangkap riak kagum padarakan-rakan gimnas yang menonton. 

Coach Badrol menutup mulutnya yang separuh terngangasebelum memandang Coach Flora. Reaksi Coach Badrol itudibalas oleh Coach Flora dengan jegilan mata. Lekas-lekasCoach Badrol berdeham kecil dan mengawal kembali riakwajahnya. 

Coach Flora menjongket kening dan melangkahmeninggalkan radas batang titian. 

“Flo, perlu ke nak buat ni?”


Previous: Bab 0
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.