Home Artikel Umum Berita Krafesque
Berita Krafesque
Meja Editor
21/8/2023 10:47:48
6,521
Kategori: Artikel
Genre: Umum
Senarai Bab
Ketiga

Bitter Honey: Bingkisan Kegembiraan Buat Arwah Ibu


Hai semua!


Ada berita baik buat peminat novel cinta Alaf 21! Kita ada penulis baharu, dengan nama pena, Seri Maya. Penulis Seri Maya berasal dari Pulau Pinang dan karyanya yang pertama akan muncul tak lama lagi, iaitu Bitter Honey. Sudah lihat gambar sampul kulitnya? Boleh semak dan buat prapesan di sini.


Satu dapatan menarik apabila mengetahui bahawa Seri Maya tidak mempunyai latar dalam bidang penulisan. Sebaliknya, pemegang Ijazah Sains Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia ini pernah berkhidmat sebagai eksekutif di sebuah hospital pakar mata, dan Bitter Honey ialah novel pertama tulisannya. Karya sulung! Katanya, usaha untuk menghasilkan novel dibuat selepas menimbang tara kemampuan, niat dan minat. Bukan biasa-biasa ya. Seperti kata pepatah, belum cuba, belum tahu. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


Di Sebalik Bitter Honey

Kita bongkar sedikit kisah di sebalik karya Bitter Honey ini. Ya, dalam banyak-banyak madu, madu apa yang pahit? Menurut Seri Maya, buku ini menceritakan kisah berpoligami, yang terilham daripada pengalaman seseorang yang amat rapat dalam hidupnya. Cerita yang terilham daripada kisah benar, tentulah berisi mesej dan refleksi yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca.


Selain menjadi simbol pemerkasaan diri, novel ini juga menjadi bingkisan terakhir Seri Maya buat ibunya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada April 2023. Salam takziah diucapkan. Semoga naskhah ini mengirimkan gunung-gunung kebaikan buat arwah ibunya. Amin


Satu perkara terakhir, Seri Maya ialah peminat karya Andrea Hirata dan Habiburrahman El Shirazy. Jadi, kita boleh jangka ada sesuatu yang berbeza dan menarik dalam gaya penulisannya!


Jadi, mari sambut kehadiran Seri Maya dalam dunia penulisan kita. Siapa tahu, mungkin karya-karyanya akan menjadi inspirasi kepada kita semua nanti.


Selamat menulis dan maju jaya, Seri Maya!


Sebelum mengakhiri hantaran kali ini, kami ada soalan buat semua: Siapa penulis yang memberi inspirasi kepada kita?


Sampai nanti!


Nota ekstra: Jualan Gudang Karangkraf akan berlangsung dari 31 Ogos 2023 - 10 September 2023. Jumpa di sana!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.