Home Novel Cinta Suami Pilihan Abah
Suami Pilihan Abah
Kasturi Madu
19/10/2021 09:07:11
27,638
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

"PENIPU..! Penipu..! Tak sangka selama ni saya dah kena tipu bulat-bulat dengan awak..!"

 

"Tak sayang... Abang takde niat pun nak tipu sayang. Abang terpaksa. Please sayang bagi abang peluang untuk jelaskan semua benda ni," rayu sang suami.

 

"Saya betul-betul menyesal kahwin dengan lelaki macam awak ni. Sepatutnya dari awal lagi saya tak patut kahwin dengan awak. Saya dah gadaikan masa depan saya untuk awak. Tapi apa yang saya dapat adalah sebuah penipuan. Saya betul-betul kecewa dengan semua ni," jerkah sang isteri.Air mata sudah laju merembes keluar.

 

"Abang tahu abang salah. Tapi please sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap. Abang boleh jelaskan pada sayang. Please..."

 

"Takde apa lagi yang perlu dijelaskan. Semuanya dah jelas lagi nyata. Cukuplah awak menipu saya selama ni. Saya betul-betul dah letih dengan semua ni..." ujar si isteri lemah.

 

"Abang minta maaf sayang. Please jangan macam ni. Abang boleh jelaskan perkara yang sebenarnya. Please sayang kita bincang benda ni elok-elok ya sayang," pujuk sang suami.

 

"Sudahlah. Saya dah tak nak bincang apa-apa lagi. Saya dah tak boleh nak terus hidup dengan orang penipu macam awak ni. Hati saya ni dah hancur. Saya dah buat keputusan. Tolong ceraikan saya...!"

 

"Sayang...?! Abang kahwin dengan sayang bukan untuk bercerai berai tau. Sekali abang dah lafazkan akad nikah sampai ke mati abang akan pegang ikatan tu. Abang cuma mintak sayang dengar penjelasan daripada abang. Kenapa susah sangat sayang nak dengar apa yang abang nak cakap?!" turun naik dadanya menahan amarah yang bakal meletus pada bila-bila masa saja itu.

 

"Pergi matilah dengan awak punya penjelasan tu. Saya dah tak nak dengar apa-apa dah daripada mulut awak tu. Sebab apa yang keluar daripada mulut awak tu semuanya menipu...! Cukuplah awak dah perbodohkan saya selama ni!" tengking si isteri.

 

"Sampai hati sayang buat abang macam ni..." luluh hati sang suami mendengarkan butir bicara sang isteri.

 

"Saya tak nak tengok muka awak lagi... Just go... Leave me..." rayu sang isteri sebak.

 

"Abang tahu sayang mungkin tertekan dengan semua ni.Tapi takpe abang faham. Abang akan bagi sayang seberapa banyak masa pun untuk sayang tenangkan fikiran. Tapi kalau sayang nak cerai maaf abang tak boleh tunaikan permintaan sayang tu. Abang kahwin dengan sayang bukan sebab nak bercerai. Abang ikhlas cintakan sayang. Takpelah abang pergi dulu," luah sang suami. Air mata yang mahu terhambur ditahan sebaik mungkin. Dengan berat hati kaki dibawa melangkah pergi. Meninggalkan sang isteri.

 

BAM...!

 

Baru beberapa detik ditinggalkan sang suami, satu bunyi dentuman kuat mengejutkan sang isteri. Wajah ditolehkan memandang ke arah darimana datangnya bunyi kuat itu. Membulat matanya seketika.

 

"Abang..!"

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.