Home Novel Cinta Suami Pilihan Abah
Suami Pilihan Abah
Kasturi Madu
19/10/2021 09:07:11
27,837
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

SEBUAH kereta mewah berjenama Chevrolet Camaro memasuki halaman rumah keluarga Naura. Hafiz keluar dengan penuh gaya sekali daripada perut kereta. Dia melangkah penuh berkarisma menuju masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu.


"Assalamualaikum... " salam dilaung penuh tertib. Almaklumlah nak menghadap keluarga mentua mestilah kena tunjukkan sikap yang bagus.


"Waalaikumusalam... Ha sampai pun kau Hafiz. Masuklah," pelawa Encik Kamarul ramah.


Hafiz dah tersengih bagai kerang busuk. Ajakan Encik Kamarul disambut baik. Dia segera masuk dan melabuhkan duduk di ruang tamu. Mata dah tercari-cari pemilik hatinya itu. Dimanakah keberadaan si cantik manis itu? 


"Naura mana?" soal Hafiz tak sabar.


"Naura ada dekat atas lagi. Tengah bersiaplah tu. Kau bawak bersabar sikit ya. Anak dara aku tu kalau bersiap memang mengalahkan tuan puteri," ujar Encik Kamarul. Bukan dia tak nampak sejak masuk ke dalam rumah Hafiz bagaikan tercari-cari bayang anaknya itu.


"Hehe... Takpe aku boleh tunggu. Lagi pun awal lagi ni. Tak perlu nak kalut-kalut," jawab Hafiz. Tangan diurut ke dada bidangnya. 


"So macam mana bisnes kau sekarang? Aku dengar syarikat kau dah melebarkan sayap ke peringkat international sekarang. Wah bukan main hebat kau sekarang ya," tersenyum nipis Encik Kamarul menguturkan bicara. Ada rasa kagum di hatinya terhadap Hafiz. 


"Alhamdullilah... Tu semua berkat hasil usaha kerja keras pekerja-pekerja aku. Kalau nak harapkan aku sorang, aku sendiri pun rasanya tak mampu," ucap Hafiz merendah diri. 


"Aku suka dengan sikap kau. Sikap kau daripada dulu sama je tak berubah. Sikap kau yang suka merendah diri nilah buatkan ramai yang hormatkan kau. Ramai yang nak berkerjasama dengan kau," puji Encik Kamarul. 


"Aku cuma berpegang pada satu prinsip je. Hidup kita ni kena ikut resmi padi. Semakin berisi semakin menunduk ke bumi. Buat apa nak hidup menongkat langit. Lagi pun semua kejayaan aku hari ni bukan usaha aku sorang tapi semuanya adalah usaha setiap titik peluh pekerja-pekerja aku. Tanpa mereka, aku takkan rasai kejayaan yang aku dapat sekarang ni," ujar Hafiz. 


"Betul kata kau tu. Aku sokong seratus peratus," setuju Encik Kamarul. 


"Kau tak payah nak puji aku sangat Kamarul. Aku dengar kata kau pun tak kurang hebat jugak. Nama syarikat kau pun aku dengar kata dah semakin gah dekat Malaysia ni. Kau pun diantara top 10 ahli perniagaan yang berjaya dekat dalam negara kita ni," puji Hafiz pula. Senyuman lebar diukirkan. 


Kepala Encik Kamarul terangguk-angguk tanda mengiyakan kata-kata Hafiz. "Betul lah apa yang kau dengar tu. Aku sebenarnya berterima kasih dekat kau. Kalau tak disebabkan pertolongan kau dulu, aku takkan rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Kalau tanpa pertolongan kau dulu mungkin sekarang ni aku sekeluarga dah merempat dekat tepi jalan. Semua yang kami ada sekarang ni adalah berkat pertolongan kau. Aku betul-betul terhutang budi dengan kau Hafiz," luah Encik Kamarul sebak. 


"Aku tolong kau ikhlas Kamarul. Kau pun aku dah anggap macam abang aku. Kau pun tahu kan aku takde siapa-siapa lagi sejak mak ayah aku dah meninggal. Aku dekat dalam dunia ni cuma sebatang kara," sebak Hafiz. 


"Lepas ni aku bukan lagi abang kau tapi ayah mentua kau. Tak sangka rupa-rupanya kau jodoh anak aku," tergelak Encik Kamarul. 


"Terima kasihlah sebab kau sudi terima aku dalam keluarga kau ni. Kau izinkan pulak aku untuk kahwin dengan Naura," ikhlas Hafiz. 


"Aku dan keluarga aku ikhlas terima kau dalam keluarga kami. Lagi pun aku tahu kau mampu untuk jaga Naura lebih baik daripada aku dan Ramlah jaga," ucap Encik Kamarul. 


"Terima kasih sebab kau percayakan aku Kamarul," luah Hafiz. 


Masing-masing mengukirkan senyuman nipis. Berharap ikatan yang akan dibina ini akan semakin mengeratkan hubungan diantara kedua-dua sahabat baik itu.


Disebalik dinding, Naura sudah lama mencuri dengar perbualan diantara kedua-dua lelaki itu.


Ternyata kekayaan yang Hafiz miliki langsung tidak membuatkan lelaki itu bersikap riak dan sombong. Malah sikap rendah diri lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan Naura berasa kagum terhadap Hafiz.





BUKU majalah diselak satu persatu. Bibir terkumat kamit membaca bait-bait ayat yang terpapar di dalam majalah baju pengantin itu.


Hafiz yang sedari tadi leka berbual bersama perunding perkahwinan yang telah di upah olehnya datang mendekati Naura. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan bakal isterinya itu.


"So macam mana? Dah buat pilihan baju mana yang awak nak pakai masa majlis kita tu nanti?" soal Hafiz.


Hembusan nafas kasar dilepaskan. Wajah kacak Hafiz dipandang sebelum dia menjawab soalan daripada lelaki itu. "Belum lagi. Baju dekat dalam ni semua cantik-cantik lah pak cik. Naura tak tahu nak pilih yang mana," ujar Naura. Dibelek lagi dan lagi majalah yang berada diatas ribaannya itu.


"Okay kalau macam tu takpe pasal baju tu nanti saya mintakan Sally bantu Naura pilihkan. Tapi macam mana dengan tema? Naura nak majlis yang macam mana? Nak tema apa? Just tell me?" soal Hafiz memberikan sepenuh perhatian kepada Naura.


Mendengarkan soalan daripada Hafiz, bibir Naura dah mula mengukirkan senyuman manis. "Hmm... Kalau boleh saya nak tema berkonsepkan garden. Tapi saya nak majlis kita tu nanti buat dekat tepi pantai. Lepas tu saya nak kalau boleh hanya kaum keluarga yang terdekat je yang datang majlis kita tu. Maksudnya private event. Saya tak nak tetamu yang terlalu ramai. Saya nak majlis yang eksklusif macam artis-artis Hollywood buat tu," panjang lebar Naura berkata.


Terangguk-angguk kepala Hafiz mendengar setiap butir bicara yang dituturkan oleh Naura. "Boleh. Anything for you. Tapi macam mana dengan majlis akad nikah?" soal Hafiz.


"Hmm kalau majlis akad nikah pun sama. Saya tak nak tetamu yang terlalu ramai dijemput. Cukup kaum keluarga yang terdekat je yang hadir. Tempat pulak apa kata kalau kita buat dekat hotel je. Ala pak cik sewalah mana-mana hotel pun. Pak cik kan kaya. Hotel mewah dekat KL ni banyak," senang Naura memberikan idea.


"Yalah pasal tu Naura tak perlu risau. Saya akan uruskan macam mana yang Naura nak," jawab Hafiz.


"Okay.." jawab Naura senang hati. 


Soal wang bukan masalah buat Hafiz. Apa yang penting buat Hafiz, Naura sudi untuk menjadi isterinya. Kasih sayang Hafiz sudah lama tumpah kepada Naura.


Berkahwin dengan Naura ibarat mendapat segunung emas bagi Hafiz walaupun dia tahu Naura langsung tidak mencintainya. Tapi Hafiz tidak akan pernah putus asa. Dia sudah nekad dia akan berusaha untuk membuatkan Naura jatuh cinta kepadanya kelak.


Itu misinya kelak selepas ini.




Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.