Home Novel Cinta Suami Pilihan Abah
Suami Pilihan Abah
Kasturi Madu
19/10/2021 09:07:11
27,796
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

PAVILION KUALA LUMPUR menjadi destinasi persinggahan buat Naura dan Hafiz menghabiskan masa buat kali pertama ini. Elok saja kereta masuk ke ruangan parkir, Naura segera membuka pintu kereta itu. Laju tubuhnya dibawa keluar daripada kereta mewah milik Hafiz. Usai itu pintu kereta sengaja ditutup secara kuat. Memang sengaja mahu menyakitkan hati Hafiz yang terkebil-kebil merenung ke arahnya.

 

"Hei budak ni macam nak menjahanamkan kereta aku je," omel Hafiz.

 

Melihatkan Naura yang mahu membuka langkah itu, dia laju keluar daripada perut kereta. Langkah sama diatur ke arah Naura yang sudah berjalan laju dihadapannya saat ini. Nasib baik kakinya yang panjang itu memudahkan untuk dia mengejar langkah Naura.

 

"Hei tunggulah dulu. Jalan laju-laju nak pergi mana? Mall ni tak lari pun lah," ujar Hafiz.

 

"Saja. Kenapa pak cik penat dah ke?" soal Naura sinis.

 

"Penat? Kenapa pulak saya nak penat? Kita kan baru je sampai," lurus Hafiz menyoal.

 

"Manalah tahu pak cik penat sebab pak cik kan dah tua," bidas Naura selamba. Kaki melangkah meninggalkan Hafiz sendirian.

 

"Hesy budak ni suka-suka hati dia je cakap aku ni tua," omel Hafiz sendirian. Naura yang sudah menjauhinya dipandang dengan pandangan tidak puas hati.

 

Dari satu butik ke satu butik mewah dimasuki. Niatnya cuma satu hanya mahu mencuci mata. Bukan dia tidak mampu untuk membeli barangan mewah tersebut tapi Naura seorang yang tidak gemar menghabiskan wang ringgit dengan perkara yang tidak berfaedah. Dia lebih gemar menyimpan duitnya untuk digunakan pada masa hadapan.

 

"Awak ni daripada satu butik ke satu butik awak masuk. Awak sebenarnya nak cari apa? Barang-barang yang awak tengok semua awak kata tak berkenan," soal Hafiz yang sedari tadi hanya mengikut jejak langkah Naura.

 

"Barang yang saya nak tu takde dekat sini," jawab Naura.

 

"Takde dekat sini? Habis tu ada dekat mana?" soal Hafiz.

 

"Shopee. Saya saja je tengok-tengok bukan nak beli pun. Cuci mata tu kan free. Dah lah pak cik saya lapar ni. Jom pergi makan. Pak cik belanja okay," jawab Naura selamba. Kaki dibuka meninggalkan Hafiz yang sedang terpinga-pinga itu.

 

"Bertuah punya budak. Mati-mati aku ingat dia nak belilah barang yang dia tengok-tengok dekat kedai tu," keluhan berat terlepas dari bibir Hafiz. Sebuah restoran berkonsepkan makanan jepun yang telah dimasuki oleh Naura itu ditujui.

 

Naura yang sedang duduk disalah sebuah meja itu didekati.Tanpa dipelawa kerusi yang berada dihadapan gadis itu ditarik. Punggung segera dilabuhkan. "Dah order?" soal Hafiz.

 

"Belum," jawab Naura sepatah.

 

Selang beberapa minit seorang pelayan lelaki datang menghampiri mereka berdua dengan membawa buku menu. Wajah kacak si pelayan yang sedang tercarik dengan senyuman manis turut dibalas sama oleh Naura tanpa segan silu. Hafiz yang melihatkan adegan tidak berbayar itu mula berasa geram. Elok pula Naura boleh berbalas senyuman dengan lelaki muda itu, kalau bila bersama dengan nya secalit senyuman pun susah gadis itu mahu ukirkan.

 

"Sayang.. Awak nak makan apa? Abang rasa macam nak makan Udon je. Awak pulak macam mana?" soal Hafiz. Mata dihalakan ke arah buku menu yang berada di tangan.

 

Membuntang mata Naura saat mendengarkan panggilan yang terpacul keluar dari bibir Hafiz. Wajah selamba Hafiz dipandang dengan pandangan penuh berapi-api. Bukan setakat Naura, pelayan lelaki yang tadinya tersenyum manis turut terkedu saat mendengarkan panggilan Hafiz kepada Naura.Mati-mati difikirnya bahawa Hafiz adalah bapa kepada Naura.

 

Hafiz yang sedar akan pandangan tajam Naura hanya membuat wajah selamba. Hatinya juga puas saat terpandangkan riak wajah si pelayan yang terkebil-kebil merenung ke arah mereka berdua. Rasakan ada hati mahu menggatal dengan bakal isterinya.

 

"Sayang, awak tenung abang macam nak terkam tu kenapa? Kut ya pun tunggulah kita balik rumah dulu. Sekarangkan kita masih dekat luar ni sayang," selamba Hafiz berbicara.

 

Merah padam wajah Naura cuba untuk menahan malu. Hati kecilnya sudah menyumpah seranah Hafiz. Tak sangka Hafiz akan berbicara sedemikian rupa. Dasar orang tua miang, kutuk Naura dalam hati.

 

"Err Encik dengan Puan nak makan apa?" soal si pelayan canggung.

 

Melihatkan Naura tiada tanda-tanda mahu membuat pesanan Hafiz segera bersuara. "Hmm you bagi kami 3 set Yakitori, satu set Soba and satu set Suriyaki," pesan Hafiz.

 

"Okay baik. Bagaimana dengan minuman? Kita ada macam-macam jenis minuman berperisa disini. Encik boleh tengok dibahagian belakang menu," beritahu pelayan lelaki itu.

 

"Green tea only," jawab Hafiz.

 

Terdiam Naura mendengarkan pesanan yang dibuat oleh Hafiz tanpa langsung bertanya kepadanya. Wajah sudah bertukar cemberut. Sakit hatinya dengan pak cik tarzan yang hanya berwajah selamba di hadapannya saat ini.

 

"Okay.. How about dessert?" soal pelayan lelaki tersebut.

 

"Give us 2 cup ice cream strawberry. Hantar lepas kami habis makan," ujar Hafiz.

 

"Okay baik. Ada apa-apa lagi?" Sopan pelayanlelaki itu bertanya.


"Itu saja. Thank you," pintas Hafiz.

 

"Okay baik. Encik dengan puan duduk dulu. Lagi 10 minit pesanan encik dan puan akan dihidangkan," beritahu si pelayan.

 

"Okay..." menggangguk faham Hafiz.

 

Hilang saja kelibat pelayan lelaki itu Naura segera bersuara. Melepaskan rasa ketidak puasan hatinya kepada Hafiz. "Pak cik ni memang miang kan?" meregus kasar Naura geram.

 

"Eh apa hal pulak cakap saya miang? Saya ada buat apa dekat awak?" soal Hafiz sengaja.

 

"Tak miang pak cik cakap? Yang pak cik suka-suka hati je nak panggil saya, sayang tu apa hal? Dah lah depan pelayan tu pulak. Mesti dia akan fikir bukan-bukan pasal saya ni," luah Naura geram.

 

"Salah ke kalau saya nak panggil awak sayang? Kita kan tak lama lagi nak kahwin. Elok dari sekarang ni awak pun dah kena belajar panggil saya abang ke, sayang ke tak pun anje ke. Saya ni bakal suami awak tau," ujar Hafiz selamba.

 

"Eii siapa entah nak kahwin dengan pak cik tu. Nak suruh saya panggil apa abang? Sayang? Anje? Anjirr bolehlah pakcik," bidas Naura. Mata dijulingkan ke atas.

 

"Aip sesuka hati je awak anjir kan saya? Bagi tahu abah baru tahu. Biar dia marah sikit anak dia yang nakal ni," ugut Hafiz.


"Bagi tahu jelah saya tak takut pun. Silap hari bulan tak payah saya kahwin dengan pak cik," ujar Naura. Bibir mengukirkan senyuman sinis.

 

"Amboi ugut nampak," bibir diketap geram.

 

"Tak ugut pun cuma cakap je," bidas Naura.

 

"Apa-apa jelah sayang. Yang penting abang dah tak sabar nak kahwin dengan sayang," mata dikenyitkan. Sengaja mahu menggoda si bakal isteri.

 

Melopong mulut Naura seketika. Wajah Hafiz yang sedang tersenyum lebar itu dipandang dengan pandangan tidak puas hati. "Saya tak fahamlah dengan pak cik ni. Kenapa pak cik beria sangat nak kahwin dengan saya. Pak cik sedar tak jarak umur kita ni sangat berbeza," ucap Naura.

 

"Saya sedar tu," jawab Hafiz selamba.

 

"Dah tu kenapa masih gatal lagi nak kahwin dengan saya? Pak cik tahu tak saya ni boleh jadi anak pak cik tau," meregus kasar Naura tak puas hati.

 

"Eh suka hati saya lah kalau saya nak kahwin dengan awak pun. Awak patutnya bangga tau sebab dapat kahwin dengan orang handsome macam saya ni. Limited edition in world tau," ujar Hafiz membangga diri.

 

"Eii handsome pak cik cakap? Dah gaya macam tarzan adalah," bidas Naura geram.


"Sekarang awak panggil lah saya ni tarzan. Tapi lepas ni lah tarzan nilah yang akan peluk awak setiap malam nanti," dikenyitkan mata ke arah Naura.

 

Melopong Naura mendengarkan bait kata-kata yang keluar daripada Hafiz. Wajah geli ditayang tanda dia benar-benar menyampah dengan Hafiz.

 

 

 

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.