Home Novel Cinta Suami Pilihan Abah
Suami Pilihan Abah
Kasturi Madu
19/10/2021 09:07:11
27,626
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

PINTU kereta ditutup kasar. Usai itu langkah diatur menuju masuk ke dalam rumah. Bibir usah dikata sudah muncung sedepa.

 

Natrah yang sedar akan kepulangan kakaknya itu, lekas merapati. Wajah Naura yang masam mencuka itu dipandang dengan pandangan bosan. Pasti ada sesuatu yang membuatkan kakaknya itu berwajah cemberut.

 

"Hai kak biasa orang balik daripada dating happy je. Kau asal ni muka dah macam ayam berak kapur je aku tengok," sempat lagi Natrah memerli Naura.

 

"Diamlah kau," marah Naura.

 

Berkerut kening Natrah apabila menerima jawapan daripada kakaknya itu. "Hai aku tanya pun kau dah nak marah?" cebik Natrah.

 

Hafiz yang baru saja datang menghampiri kedua orang gadis itu melemparkan senyuman tipis.

 

Natrah yang sedar akan kedatangan bakal iparnya itu mula menyapa mesra. "Hai Abang Hafiz. Seronok ke keluar dating?" mesra sekali Natrah menyoal.

 

Naura yang mendengarkan kata-kata Natrah mula merengus geram. Wajah Natrah dipandang tajam. "Abang Hafiz kau panggil pak cik ni? Eiiuu tak sesuai langsung," meliang liuk tubuh Naura menahan kegelian.

 

"Eh kau ni dah kenapa kak? Abang Hafiz ni kan bakal abang ipar aku mestilah aku kena panggil dia dengan panggilan abang. Takkan nak panggil pak cik pulak?" bidas Natrah.


"Betul kata Natrah tu. Awak pun sepatutnya kena panggil saya abang. Ni tak asyik panggil pak cik je," celah Hafiz pula.

 

"Eiiuu please lah," jawab Naura selamba.

 

"Hmm takpe sekarang saya benarkan awak panggil saya pakcik tapi lepas je kita dah kahwin saya tak nak lagi awak panggil saya pak cik. Awak mesti kena panggil saya abang. Ada faham sayang?" romantis sekali Hafiz bersuara. Dengan selamba mata dikenyitkan.

 

Bulat mata Naura melihatkan aksi selamba Hafiz. Wajah dah berubah merah padam. Geram benar dengan perangai tak semenggah Hafiz ni.

 

"Yuhuuu.. Abang Hafiz ni kut ya pun kalau nak main kenyit-kenyit mata ingatlah sikit Natrah ada lagi dekat depan kau orang ni," bidas Natrah. Bibir mengukirkan senyuman nakal.

 

"Opss sorry Abang Hafiz tak perasaan tadi. Biasalah bila dah dilamun cinta ni serasa seperti dunia ini ana yang punya," terkekeh-kekeh Hafiz ketawa.

 

"Dahlah Natrah kau tak payah layan pak cik ni. Dia ni bukan betul sangat pun. Ni aku nak tanya umi dengan abah mana? Senyap je rumah ni," soal Naura. Lebih baik dia segera menukar topik perbualan sebelum si Hafiz ni merepek perkara yang bukan-bukan dengan Natrah.

 

"Kau ni macam tak tahu pulak petang-petang macam ni umi dengan abah dekat mana lagi. Ada dekat kebun belakang tu lah," beritahu Natrah.

 

"Hmm yalah..." menggangguk faham Naura.

 

"Ha ni Abang Hafiz jomlah masuk dalam. Takkan kita nak berbual dekat sini pulak kan. Umi dengan abah ada dekat belakang tu, kejap Natrah panggilkan," sopan Natrah mempelawa si bakal abang ipar.

 

"Eh tak payahlah Natrah, Abang Hafiz singgah kejap je ni," tolak Hafiz.

 

"La ya ke? Tak nak masuk dulu ke?" soal Natrah lagi.

 

"Hesy kau ni Natrah, dah pak cik tu tak nak masuk tak payahlah di paksa lagi. Biarkan dia. Ha pak cik boleh lah balik sekarang," selamba benar Naura menghalau Hafiz supaya pulang ke rumah lelaki itu.

 

Bulat mata Natrah melihat perlakuan si kakak yang jelas tidak sopan itu. "Kak tak baiklah kau halau Abang Hafiz balik. Kalau abah tahu ni memang siap kau kena berleter sampai 7 keturunan tak habis," ujar Natrah.

 

Naura mencebik geram. Wajah berubah cemberut. "Abah takkan tahu kalau kau dengan pak cik ni tak bagi tahu. Diam-diam sudahlah," senang sekali Naura berbicara.

 

"Okaylah kau orang tak payahlah nak bergaduh sebab saya. Natrah is okay takpe Abang Hafiz memang nak balik dah. Next time je jumpa dengan abah kau orang tu ya," celah Hafiz. Naik pening dia melihatkan pertelingkahan antara kedua beradik itu.

 

"Ha dengar tu, dia sendiri pun dah balik. Kau tak payah susah-susah nak pelawa dia masuk bagai," bidas Naura.

 

"Hmm yalah.." cebik Natrah.

 

"Okaylah Abang Hafiz balik dulu. Tapi sebelum tu nah ni untuk Natrah," satu beg kertas berwarna coklat dihulurkan kepada gadis remaja itu.

 

"Untuk Natrah? Apa ni Abang Hafiz?" soal Natrah. Huluran beg bertukar tangan.

 

"Hadiah dari Abang Hafiz," pendek sekali jawapan Hafiz.

 

"Hadiah? Hadiah apa pulak ni? Birthday Natrah lambat lagi lah," ujar Natrah. Lekas isi beg kertas itu ditilik seketika. Ada sebuah kotak kecil yang isinya Natrah tidak tahu apa.


"Hadiah dari Abang Hafiz semperna bakal menjadi abang ipar kepada Natrah. Dan suami kepada kakak Natrah yang cantik ni," mata dikenyitkan ke arah Naura yang hanya memerhatikan mereka berdua bersama dengan riak wajah menyampah.

 

Bersinar mata Natrah menerima hadiah mahal itu. Bibir dah tersenyum lebar sampai ke telinga. Suka benar dia.  "Wah belum jadi abang ipar pun Natrah dah dapat hadiah mahal macam ni. Kalau dah jadi abang ipar silap hari bulan nanti Natrah boleh dapat hadiah banglo sebiji kan," terkekeh-kekeh Natrah. Berbunga benar hatinya.

 

Menyampah benar Naura melihatkan gelak tawa Natrah dan Hafiz yang begitu seronok sekali. "Amboi kau Natrah sampai mintak hadiah banglo bagai. Ingat sikit kau tu sekolah lagi. Belajar pun tak habis lagi. Aku pun takde dapat banglo kau pulak ada hati nak banglo ya," cebik Naura.

 

"Eleh kak, aku gurau jelah. Takkan gurau pun tak boleh. Tapi kan bunyi macam ada orang jealous je aku dapat hadiah. Jealous ke tu?" perli Natrah.

 

"Jealous? Sorry sikit aku pun ada okay," beg kertas berjenama Louis Vuitton dilayangkan dihadapan wajah Natrah.

 

"Fuyo belum apa-apa dah dapat beg LV kau ya. Kelas kau jahh," ujar Natrah.

 

"Takpelah kalau Naura nak banglo nanti lepas kahwin abang belikan untuk Naura. Jangan katakan banglo istana pasir berdegung punabang sanggup belikan asalkan Naura sudi jadi isteri abang," usik Hafiz.

 

"Amboi perli nampak," geram Naura.


"Tak mana ada abang perli. Serius abang cakap. Lepas kita kahwin cakaplah apa saja yang Naura nak abang pasti akan tunaikan," janji Hafiz.

 

"Untunglah kau kak dapat laki kaya macam Abang Hafiz ni. Dahlah kaya, handsome pulak tu. Kira cukup pakejlah Abang Hafiz ni," puji Natrah.

 

"Apa-apa jelah. Kau kalau nak borak dengan bakal abang ipar kesayangan kau ni, kau boraklah ya. Aku nak masuk dalam. Melayan kau orang berdua ni sampai esok pun tak habis," ujar Naura. Ditinggalkan saja Natrah dan Hafiz dihalaman rumah mereka begitu sahaja.

 

Naura yang sudah masuk ke dalam rumah itu direnung sehingga bayangnya tidak lagi kelihatan. Usai itu wajah Natrah dipandang bersama senyuman tipis.

 

"Abang Hafiz balik dululah ya. Natrah kirim salam je dekat abah dengan umi," pamit Hafiz.

 

"Beres..." ibu jari dan jari telunjuk disatukan menunjukkan tanda okay kepada Hafiz.

 

"Assalamualaikum..."

 

"Waalaikumusalam..."

 

Hafiz membuka langkah menuju ke arah kereta mewahnya. Enjin kereta segera dihidupkan. Kemudian perlahan-lahan pedal minyak ditekan, meninggalkan perkarangan rumah banglo milik keluarga Naura.





"MACAM mana keluar dengan Hafiz siang tadi? Okay ke tak?" soal Puan Ramlah setelah lama berdiam diri. Wajah Naura yang sedang duduk sambil mengunyah mangga potong itu direnung lama.

 

"Okay je," jawab Naura senada. Bosan apabila mendengarkan nama Hafiz.

 

"Aik okay je? Takde apa-apa ke yang kamu nak share dengan umi?" duga Puan Ramlah.

 

"Takde pun umi. Dahlah tak payahlah cakap pasal pak cik Hafiz tu. Bosan lah Naura nak dengar nama dia tu," rungut Naura.

 

"Naura cuba kamu ubah sikit panggilan kamu pada Hafiz tu. Tak sopan tahu kamu panggil dia pak cik. Takkan bila dia dah jadi suami kamu, kamu masih nak gelarkan dia pak cik lagi?" keluh Puan Ramlah. Dah naik berbuih mulut dia dan Encik Kamarul menasihati tapi Naura tetap menggelarkan Hafiz dengan gelaran pak cik.

 

"Pasal tu umi tak payahlah risau, nanti kalau Naura dah jadi isteri dia pandailah Naura ubah panggilan tu. Naura pun tahu nak hormatkan suami macam mana. Cumanya buat masa sekarang Naura selesa nak panggil dia pakcik," tersengih Naura menampakkan barisan gigi yang cantik tersusun.

 

Menggeleng kepala Puan Ramlah melihatkan tingkah Naura. "Bertuah punya anak. Kamu esok kalau dah jadi isteri si Hafiz tu jangan duk buat perangai tak semenggah kamu tu. Esok naik pening Hafiz tu nak melayan peel kamu tu," pesan Puan Ramlah.

 

"Nak tak nak dia kenalah layan. Dia yang beria nak sangat kahwin dengan Naura. Naura tak nak pun dekat dia," cebik Naura.

 

"Amboi kamu Naura kalau bercakap memang suka ikut sedap mulut kan? Nilah yang umi tak suka, kamu kalau dah bercakap langsung tak berlapik. Cubalah sebelum nak bercakap tu fikir dulu baik buruknya. Jangan disebabkan sikap mulut lepas kamu ni nanti Hafiz tu angkat kaki tinggalkan kamu," ujar Puan Ramlah.

 

"Lagi bagus umi. Naura tak kisah pun. Suka lagi adalah," jawab Naura yakin.

 

"Tak kisah? Tak kisah ke nak jadi janda?" sinis sekali Puan Ramlah membidas.

 

Kelu lidah Naura mahu membalas. Terdiam dia seketika.

 

"Naura jadi janda tu tak salah sebenarnya. Tapi kehidupan seorang janda tu bukan mudah yang macam kamu fikirkan. Tohmahan orang sekeliling memang dah jadi asam garam dah dalam kehidupan mereka. Belum masuk lagi orang pandang serong dengan buruk sangka dengan golongan janda ni. Bukan mudah tahu nak lalui kehidupan seorang janda. Pada mata masyrakat mereka yang janda ni semua jahat, semuanya penggoda pada hal hakikatnya tak semuanya begitu," panjang lebar Puan Ramlah berkata.

 

"Takkan lah sampai macam tu sekali umi?" soal Naura tidak percaya.

 

"Itulah realiti yang perlu mereka semua kena lalui. Kalau kamu, kamu sanggup ke nak lalui semuanya tu? Umi yakin kamu sendiri pun tak sanggup kalau harus berada ditempat mereka," ujar Puan Ramlah.


"Takutlah pulak Naura dengar apa yang umi cakap ni," jujur Naura.

 

"Tahu pulak takut. Sebab tu umi suruh kamu ubah perangai kamu. Lagi satu umi nak kamu buang perangai kepala batu kamu tu. Kalau ada masalah atau perselisihan faham bincang elok-elok. Kalau kamu nak tahu dalam perkahwinan ni sebenarnya kena banyak belajar saling memaafkan. Jangan lokek untuk minta maaf dan memaafkan kesilapan yang pasangan kita dah lakukan. Paling penting belajar untuk saling menghargai antara satu sama lain," panjang lebar Puan Ramlah menitipkan pesanan buat anak sulungnya itu.

 

Naura menggangguk faham. Menerima baik setiap apa yang dikatakan sang ibu kepadanya. "Insya-Allah Naura akan ingat semua pesanan yang umi dah bagi tahu dekat Naura tadi. Naura akan cuba untuk belajar menerima dan menghargai Hafiz. Cumanya mungkin Naura perlukan masa untuk semua ni. Sebab semua ni datang secara mengejut dekat Naura," ujar Naura.

 

"Umi faham. Takpe nanti kalau kamu dah kahwin dengan si Hafiz tu dah duduk sebumbung dengan dia lama-lama perasaan sayang dan cinta tu akan datang perlahan-lahan. Umi yakin lama kelamaan kamu boleh terima Hafiz tu sebagai suami kamu, sebagai bapa kepada anak-anak kamu."

 

"Insya-Allah umiā€¦"

 

 

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.