Home Novel Cinta Suami Pilihan Abah
Suami Pilihan Abah
Kasturi Madu
19/10/2021 09:07:11
27,627
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7
GAUN putih yang tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Melalui pantuan cermin yang ada di hadapannya saat ini, mata tunak merenung pula ke arah wajahnya. Dengan solekan yang cukup tipis sahaja cukup untuk menaikkan seri diwajahnya. Ini semua adalah hasil sentuhan daripada salah seorang juru solek terkenal yang ditempah khas oleh Hafiz buat Naura.


Siapa sangka malam semalam tepat jam 9 malam Naura dan Hafiz selamat diijab kabulkan. Kini dia sudah sah bergelar isteri buat lelaki berusia 47 tahun itu. Dan apa yang pasti selepas ini kehidupannya juga pasti akan berubah. 


"Tak siap lagi ke?" 


Naura yang sedang larut dengan lamunannya itu tersentak seketika apabila dengan tiba-tiba Puan Ramlah datang menyapanya. Puan Ramlah yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik hotel itu datang mendekati Naura dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir. 


"Naura kenapa ni? Monyok ke muka tu umi tengok? Cuba senyum sikit," ujar Puan Ramlah. Bahu Naura diusap sayang. 


Mendengarkan apa yang baru saja dikatakan oleh Puan Ramlah, Naura mula mengukirkan senyuman hambar. Pandangan redup Puan Ramlah dibalas sebelum dia menyuarakan apa yang terbuku di dalam hatinya saat ini. "Naura takut umi," luah Naura. 


"Takut? Apa yang Naura nak takutkan sangat ni?" berkerut pelik dahi Puan Ramlah. Tak faham. 


"Naura takut macam mana kehidupan Naura lepas ni. Mampu ke Naura nak terima si Hafiz tu sebagai suami Naura. Naura rasa Naura belum bersedialah dengan semua ni umi," luah Naura. Tangan Puan Ramlah digengam erat. 


Tersenyum Puan Ramlah melihatkan wajah gusar Naura. "Umi faham perasaan Naura tu. Nak-nak Naura berkahwin dengan Hafiz tanpa ada perasaan cinta. Pasti jauh dalam sudut hati Naura, akan terbit rasa berbelah bagi atau curiga pada Hafiz. Tapi percayalah lama kelamaan bila Naura dah kenal hati budi Hafiz tu, dah selesa dengan dia perlahan-lahan akan terbit rasa cinta pada Hafiz. Cumanya sekarang tugas Naura cubalah buka hati Naura untuk terima Hafiz sebagai suami Naura," nasihat panjang lebar diberikan kepada Naura. 


"Tapi Naura tetap takut umi. Macam mana kalau Naura tak bahagia dengan Hafiz tu?" gusar Naura. 


"Perkahwinan ni memang bukan perkara mudah Naura. Terus terang umi katakan dalam sesebuah perkahwinan tu memang akan ada banyak onak dan durinya. Mana ada perkahwinan yang bahagia je 24 jam Naura. Kalau bergaduh sesama pasangan tu perkara biasa tapi jangan sampai melarat. Kena bincang baik-baik dan segera diselesaikan. Paling penting kena ada sikap tolak ansur antara Naura dan Hafiz. Give and take. Lagi satu umi nak nasihatkan Naura bila dah berkahwin ni please lah buang perangai ego Naura tu. Jangan ikut kepala angin Naura tu je. Naura kena ingat Naura tu dah pun bergelar seorang isteri. Syurga Naura pada Hafiz. Kalau Naura rasa Naura nak masuk syurga Naura kena patuh dan jalankan tanggungjawab Naura sebagai seorang isteri. Selagi ianya tak memudaratkan diri Naura dan agama," panjang lebar Puan Ramlah menitipkan pesanan. 


Terangguk-angguk kepala Naura mendengar setiap patah kata yang meluncur keluar dari bibir uminya itu. Semua nasihat akan disematkan di dalam benak fikirannya. 


"Naura janji Naura akan cuba untuk terima Hafiz selepas ni," nekad Naura. 


"Bagus lah macam tu. Lagi pun semua ni demi kebaikan kamu juga. Dahlah jom kita keluar. Majlis dah nak mula tu," ajak Puan Ramlah. 


"Yalah. Jom," balas Naura. 


Naura dan Puan Ramlah berjalan keluar sambil berpegang tangan menuju ke arah tempat dimana majlis resepsi diadakan. 


Saat kaki melangkah masuk saja, semua mata kini sudah terpaku ke arah Naura. Masing-masing tetamu yang hadir tak henti menghadiahkan Naura dengan senyuman lebar.


Ligat memandang sekeliling mata Naura kini sudah terhenti pada wajah sang suami yang kelihatan segak berdiri di tengah-tengah ruangan laluan masuk menuju ke majlis mereka. Senyuman lebar penuh kebahagiaan tak lekang terukir di bibir milik Hafiz. Bahagia benar nampaknya. 


"Hai cik isteri. You look so great today," bisik Hafiz romantis. 


Merah menyala wajah Naura apabila mendengar pujian daripada Hafiz. Tak sedar kini jari jemari kasar milik Hafiz dah elok mengengam erat jari jemarinya. 


"Thank you encik suami. Awak pun tak kurang hebat. You look so hot," balas Naura seminit kemudian. 


Berbunga girang hati Hafiz apabila menerima pujian daripada sang isteri. Kalau ikutkan hati mahu saja dia gomol Naura tika ini. Tapi disabarkan hati apabila sedar bahawasanya mereka kini sedang berada didalam majlis resepsi perkahwinan mereka sendiri. 


Dengan langkah perlahan-lahan pasangan pengantin yang amat secocok itu berjalan menuju ke arah sebuah pelamin yang sudah gah berdiri di ruangan taman yang menghadap benar-benar ke arah pantai. 


Duduk saja di pelaminan Naura memerhatikan keadaan sekeliling majlis. Majlis yang cukup santai dengan dihadiri oleh kaum keluarga dari belah dia dan Hafiz yang cukup rapat sahaja. Sesuai dengan permintaan Naura yang mahukan majlis diadakan secara tertutup. 


"Terima kasih," ucap Naura berbisik. Cukup hanya dia dan Hafiz saja yang mendengar.


"Why sayang?" soal Hafiz. 


"Sebab adakan majlis sesuai dengan apa yang saya mahu," luah Naura bersama senyuman nipis. 


"You're welcome sayang. Apa saja yang terbaik untuk Naura, saya akan tunaikan," balas Hafiz. 


"Sweet talker," cebik Naura. 


Hafiz hanya mampu tersenyum senang. Suka benar dia melihat wajah Naura yang sangat cantik itu. Naura cinta hatinya. Hanya wanita itu yang layak mengisi ruang hatinya. Tiada yang lain selain Naura Khalisha. 





PINTU bilik hotel 5 bintang yang di tempah khas buat pasangan pengantin baru itu dibuka perlahan-lahan. Masuk saja ke dalam bilik, pintu kemas dikunci. Kaki dibuka melangkah menapak menuju ke arah katil. Sempat baju coat yang tadinya elok tersarung ke tubuh sasanya dilemparkan kasar ke atas sofa yang ada berdekatan katil. Punggung segera dilabuhkan duduk di birai katil. 


Hembusan nafas berat dilepaskan kasar. Hafiz berasa benar-benar penat. Tak sangka menjadi raja sehari tu memang sungguh penat. Penat kerana harus melayan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya itu. 


Dek rasa yang cukup lelah, tubuh dibaringkan seketika ke atas tilam empuk itu. Mata dipejamkan melepaskan segala kepenatan yang sedang bersarang saat ini.


"Ehem.. Sedap nampak baring tu?"


Baru saja Hafiz mahu melelapkan matanya, suara halus milik Naura mengembalikannya ke alam nyata. Tercelik mata yang tadinya terpejam. Tubuh yang tadinya elok terbaring bingkas bangun. Naura yang sedang bercekak pinggang di hadapannya saat ini dipandang dengan pandangan tidak berkelip.


Terlopong mulut Hafiz melihatkan pakaian yang tersarung ditubuh Naura. Gaun tidur tanpa lengan separas peha, berwarna merah darah itu cukup membuatkan naluri kelakian Hafiz berkocak hebat. Ah gila adakah Naura memang sengaja mahu menguji nya malam ini dengan berpakaian sedemikan rupa?! 


"Na... Naura..." gagap sekali Hafiz. 


"Pak cik ni dah kenapa? Pak cik tak sihat ke?" soal Naura prihatin. Kaki melangkah merapati Hafiz. Tubuh ditundukkan sedikit. Wajah Hafiz yang sudah pucat lesi itu dibelek. Ditekap tangan kecilnya ke wajah Hafiz dan dipusingkan ke kiri dan ke kanan. 


Semakin tak keruan Hafiz apabila sedar akan keadaan mereka yang cukup dekat itu. Malah apa yang membuatkan dia semakin tak keruan apabila matanya tiba-tiba terpandangkan ke arah belahan lurah dada Naura yang putih dan gebu itu. Sesak nafasnya saat ini.


"Tak... Tak saya okay," jawab Hafiz cemas. Tangan Naura yang masih berada diwajahnya di tepis lembut. 


"Ya ke ni? Kalau okay kenapa muka pak cik pucat? Siap berpeluh-peluh lagi?" soal Naura polos. 


"Ya saya okay. Berpeluh-peluh ni bukan apa sebab panas. Ha ya saya rasa panas," ujar Hafiz memberikan alasan. 


"Panas? Mana ada panas. Kan air-cond dah bukak tu?" soal Naura naif. 


"Haah panas. Dah lah awak dah siap mandi ke? Kalau dah siap saya nak pergi mandi pulak. Berpeluh-peluh dah ni," balas Hafiz. Kalut dia bangun dan menuju ke arah bilik air. Langsung tak ditolehkan wajahnya ke arah Naura. 


Melihatkan sikap Hafiz yang kelam kabut itu Naura hanya mampu mengangkat bahu tanda pelik. Malas memikirkan soal Hafiz, Naura mengatur langkah menuju ke meja solek. 


Manakala Hafiz tutup saja daun pintu, satu hembusan nafas kelegaan dilepaskan. Tangan naik mengurut dadanya yang bernafas kencang saat ini. "Huishh kalau hari-hari macam ni memang tak keluar bilik lah aku nanti," omel Hafiz. Kepala dah tergeleng apabila memikirkan soal dia dan Naura. 






Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.