Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,428
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

"Okay cerita sekarang". Pada malam itu rakan-rakan Elinda sedang duduk bersimpuh mengelilinginya di ruang tengah bilik mereka. Mereka menuntut Elinda untuk menyambung semula ceritanya yang terhenti pada petang tadi.

"Itu jelah". Elinda membalas.

"Itu je?. Aku tak rasa macam tu". Syuhada mencerunkan matanya pada Elinda , apa sahaja yg berkaitan dengan ahli G4 pasti tidak akan terlepas darinya.

"Iye aku tak tahu nak cerita apa lagi pada kau orang". Elinda sendiri tidak faham apa yang kawan-kawannya ingin daripadanya.

"Meh aku tolong cerita, pada cuti semester 2 minggu lepas, kau terlanggar seseorang dan dia tolong bawak kau pergi klinik, tak habis kat situ, dia tolong kau buat projek, pinjamkan kau telefon dia, temankan kau pergi betulkan telefon. Kau kata sebelum ini kau tak pernah kenal pun siapa dia. Rupanya dia adalah Adam Hariz, manusia yang paling terkenal di universiti ini. Kisah dongeng apakah ini? ". Syuhada bercerita panjang lebar, satu-satu peristiwa dirungkainya, sudah seperti gaya detektif menyiasat kes misteri.

"Kan aku kata kita orang kawan". Elinda mengulangi perkataan yang sama, namun nampaknya tidak diterima oleh mereka.

"Ceritalah pada sesiapa pun Eli, mereka akan rasa ada sesuatu yang fishy kat sini, hanyir". Syuhada mencerunkan matanya pada Elinda bagaikan dapat membaca sesuatu.

"Aku tahu ini parallel lines". Taniya menyampuk secara tiba-tiba, matanya bersinar seperti dapat menyelesaikan masalah negara sahaja gamaknya.

"Garisan selari apa kebenda kau ni Niya tiba-tiba je". Bengang Syuhada dengan Taniya yang tiba sahaja menyampuk dengan teori yang entah dari mana, dia hampir dapat mengorek maklumat daripada Elinda sebentar tadi.

"Parallel lines? Kau orang tak tahu? Aku rasa itu je yang boleh explain situasi sekarang ni". Mereka semua memandang Taniya dengan mata yang kosong, tiada seorang pun yang memahami apa yang dia ingin sampaikan.

"Explain cepat, aku ada kerja lain lagi nak kena selesaikan ni". 'Kerja stalk ahli G4 kat forum'. Hati Syuhada ketawa jahat.

Taniya melihat sekelilingnya dan matanya tertumpu pada grafu yang dipegang oleh Sarah.

"Sarah bagi aku grafu kau tu kat aku". Taniya mengambil grafu dari tangan Sarah.

"Syu bagi aku sudu kau pulak". Syuhada menyerahkan sudunya dengan rela hati. Mereka masing-masing ingin tahu apa yang Taniya ingin sampaikan.

"Andaikan sudu ni Eli". Taniya letakkan sudu di atas lantai dan mula berbicara.

"Aku nak grafu. Sudu buat aku nampak gemuk". Elinda berkata sekadar ingin bergurau, kerana kawan-kawannya terlalu serius pada kala ini.

"Kau jangan main-main Eli, aku sekeh kau nanti". Syuhada memberi amaran pada Elinda , siap dengan gaya sekali. Elinda terdiam terus kerana takut Syuhada benar-benar kotakan apa yang dikatakan. Mereka masing-masing sungguh serius, Elinda yang hendak bergurau juga tidak dilayannya dengan baik.

"Grafu ni pulak Am". Taniya meletakkan sudu dan grafu bersebelahan di atas lantai tanpa bersentuhan.

"Mereka berdua bergerak di atas garisan selari tanpa bersentuhan antara satu sama lain, selagi tak ada faktor luar yang mempengaruhi, mereka akan terus bergerak di atas garisan masing-masing". Taniya mengerakkan sudu dan grafu tersebut ke hadapan seiringan.

"Tapi dalam kes ni, ada faktor luar yang mempengaruhi, aku tak tahu apa faktor tu. Bamm.. sudu dan grafu ini berlanggar antara satu sama lain". Nyaring bunyi sudu garfu berlaga antara satu sama lain. 

"Betulah tu, aku kena langgar betul-betul sampai berdarah dibuatnya". Elinda mengenangkan kembali kisah pahitnya itu, tapi mereka yang lain tidak melayan kisah sedihnya itu.

"Dalam erti kata yang lain itu takdir, tapi betul ke takdir? ". Sarah mencapai konklusi daripada penjelasan Taniya itu.

"Ohhh aku faham. Ni semua sebab Eli jalan tak tengok depan". Tapi lain pula konklusi yang dicapai oleh Syuhada. Taniya sudah menepuk dahi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syuhada. 'Itu yang kau dapat, lepas berbuih mulut aku ni menerangkan'. Kata-kata itu tidak terluah dari mulutnya mengenangkan perangai Syuhada memang sebegitu. Dia sudah berputus asa untuk membetulkan rakannya.

"Eh apa pulak aku. Ni salah kau orang lah mesej aku, kalau tak tak ada aku terlanggar dia". Elinda pun rancaklah membalas selaan daripada Syuhada.

"Aku tak salah, aku bagi tahu je dia orang ni dah balik. Haa... aku tahu ni semua salah Niya dan Sarah, sebab balik awal sangat. Kata sampai petang, tahu tahu je sampai pagi pulak". Syuhada menunding jari pada rakannya.

"Eh.. Apa pulak...bukan salah aku.. ".

"Aku pun tak bersalah okay ".

Taniya dan Sarah mempertahankan diri masing-masing.

"Kalau kita cari salah siapa, lepas ini, kau orang salahkan pemandu bas. Sampailah hujung nanti, kita salahkan mak ayah yang melahirkan kita pulak, kau nak? ".

Syuhada, Taniya, Sarah:..... 
Gerun mereka apabila Elinda mula berkata-kata. Setelah lama mereka berdiam diri, Elinda membuka mulut untuk memecahkan hening malam.

"Tapi kau orang betul jugak".

"Kan aku kata teori garisan selari aku ni betul". Sungguh gembira Taniya sehingga terangkat-angkat keningnya.

"Bukan tulah, Am makan mee goreng yang aku beli pagi tadi, aku ada cerita pada dia apa yang kau orang cakap dengan aku". Elinda membetulkan salah faham Taniya dengan kata-katanya.

"Kan aku dah kata dia akan makan, lepas tu dia kata apa? ". Bersemangat Syuhada bertanya, apa sahaja berkaitan G4 pasti dia akan bersemangat.

"Dia kata nak jumpa dengan kau orang". Mereka bertiga hanya tersengih mendengar kata Elinda utarakan.

"Aku pelik sekarang ni". Elinda berkerut memandang wajah rakan-rakannya.

'Apa yang Eli pelik?, adakah dia dapat menangkap segala yang sedang difikirkan oleh mereka?'. Serentak hati mereka bertiga berkata.

"Aku pelik, bila kau orang belajar telepati? ".

Syuhada, Taniya, Sarah:.... 
Susah bagi mereka untuk memahami aliran pemikiran Elinda.

******************
Sepanjang minggu itu, Elinda pergi ke kelas dan makmal tanpa sebarang masalah. Melainkan, pensyarah-pensyarah sudah memberikan tugasan untuk mereka selesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sebab inilah Elinda ingin menghabiskan kerja projek tahun akhirnya secepat mungkin, jika kalau sudah selesai, Elinda boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap kelas dan tugasan yang diberi, tanpa perlu memikirkan projek tahun akhirnya yang belum selesai. Tapi, oleh kerana projek tahun akhirnya itu, masih tidak nampak penghujungnya, dia perlu membahagi-bahagikan masanya dengan bijak, supaya dia tidak gagal di mana-mana kelas yang di ambilnya pada semester 5 ini.

'Usaha tangga kejayaan, tak apa sikit je, semester ni je susah sikit, semester 6, ringan sikit'. Kata-kata pedoman untuk dirinya itu, diserapkan kedalam mindanya.

Di samping itu, Elinda masih menjalankan tanggungjawabnya untuk membelikan sarapan pagi untuk Adam. Setelah mendengar rintihan daripada Hisham yang risau akan Adam yang tidak mempunyai jadual makan yang teratur, Elinda memutuskan untuk membeli sarapan pagi yang berat untuk mengalas perut Adam, sekurang-kurangnya perutnya mampu bertahan sehingga petang meskipun dia skip makan tengah hari.

"Kak Eli ada lagi nota untuk subjek electrochemistry? ". Asyraf bertanya pada Elinda sebaik sahaja kelas Dr. Rohaizad itu tamat sesi pembelajarannya.

"Oh Asyraf ambil subjek tu sem ni ye, rasanya ada lagi nota tu, tak bagi sesiapa, tapi Kak Eli kena cari dulu, esok jumaat Asyraf free tak, boleh bagi esok".

"Yeke kak terima kasih, esok pagi saya free. Prof Suhaila suruh kami ambik nota electrochemistry tu daripada senior, pening kepala saya nak cari nota tu, nasib baik ada Kak Eli".

"Kalau macam tu esok jumpa Kak Eli kat laman pelajar pukul 8 pagi. Asyraf jangan risaulah, Prof Suhaila tu memang macam tu, niat dia baik, dia nak junior kenal senior, tak apa kalau ada nota softcopy Kak Eli bagi sekali". (nota softcopy: nota dalam bentuk digital).

"Terima kasih banyak Kak Eli, kalau Kak Eli tak ada tak tahulah apa akan jadi pada kami sekelas". Asyraf begitu rasa berterima kasih pada Elinda.

"Tak ada hal lah Asyraf, kan Kak Eli dah kata, kalau nak apa-apa cakap je, selagi termampu Kak Eli akan bantu".


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol