Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,471
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Elinda tiba tepat pada jam menunjukkan 9 pagi. Hampir semua tempat duduk sudah dipenuhi orang. Dia terpaksa pergi ke bahagian belakang kelas untuk mencari tempat duduk yang kosong. Dari jauh dia dapat melihat seorang lelaki melambai-lambai ke arahnya. Lelaki itu menunjukkan tempat duduk kosong yang berada disebelahnya, dia ingin memberikannya pada Elinda. Dia tidak mengenali lelaki yang terlalu ramah padanya itu. Elinda melihat sekeliling kelas yang penuh, dia ingin mencari sekiranya masih ada tempat kosong yang lain. Namun hampa. Dr. Rohaizat juga sudah tiba dan sudah memulakan kelas. 'Redah jelah'. Elinda bergerak menuju ke arah kerusi kosong disebelah lelaki itu, lalu duduk selepas mengucapkan terima kasih.
3 jam kemudian. 
“Ketua kelas emailkan pada saya senarai nama group assignment”. Dr Rohaizat menamatkan kelas dan berlalu pergi. Elinda mengemas barangnya untuk beredar dari situ.

"Kak Elinda". Dia dipanggil oleh lelaki yang duduk disebelahnya.

Elinda menoleh ke gerangan yang memanggil namanya itu

"Kenal saya?". Elinda berkata sambil jarinya menunjuk ke arah dirinya sendiri.

“Saya Asyraf, junior Kak Elinda. Semester 4”.

"Oh. Please panggil Kak Eli je". Elinda tidak begitu gemar orang lain memanggilnya dengan nama penuh.

“Haikal dan Mia, pun junior jugak tapi lain kos”. Asyraf memperkenalkan dua orang rakannya yang juga berada disitu.

“Oh, Hai, kenapa Asyraf panggil tadi? ”.

"Kak Eli dah ada group?, kalau tak keberatan kita orang ada kosong lagi untuk satu orang ahli kumpulan".

Elinda melihat wajah Asyraf yang begitu beria ingin dia memasuki kumpulan mereka. Lagipun rakan sekelas Elinda yang lain sudah memiliki kumpulan masing-masing, rasanya elok juga dia masuk kumpulan Asyraf, tidak perlu lagi dia mencari kumpulan lain.

“Okay boleh”. Selepas Elinda mengucapkan selamat tinggal pada mereka dan berlalu pergi. Kelas berakhir tepat pada jam 12 tengah hari. Dia sudah berjanji dengan rakan-rakannya untuk makan tengah hari bersama untuk meraikan hari pertama semester 5 mereka. Elinda membuka telefon bimbitnya, menderu-deru mesej dari rakan-rakannya yang memberitahu mereka sedang menunggu dia di Kafe Dahlia.

"Kak Eli". Elinda toleh kebelakang dan melihat Asyraf yang tercungap-cungap mengejarnya. Elinda memberhentikan langkah kakinya dan menunggu Asyraf datang kepadanya.

“Kak Eli, fuh, kejap penat”. Asyraf berkata sambil menarik nafas panjang. Elinda hanya tersenyum melihat gelagat Asyraf itu.

“Kenapa Asyraf?”. Elinda bertanya selepas melihat Asyraf sudah kembali pulih.

“Lupa nak minta nombor untuk contact, boleh masukkan Kak Eli dalam group chat nanti”.

“Uh, Haahlah, lupa pula nak bagi, nah salin ni”. Elinda dan Asyraf saling bertukar nombor telefon.

“Nanti Kak Eli mesej saya nama penuh dan nombor pelajar, saya nak bagi ketua kelas”.

“Oh, sekarang juga boleh bagi”. Elinda menaip nama penuh dan nombor pelajar dan menghantarnya pada Asyraf.

“Okay dapat, terima kasih Kak Eli”. Asyraf melihat mesej yang dihantar oleh Elinda kepadanya.

“Okay, kalau tak ada apa-apa lagi Kak Eli pergi dulu”.

“Kak Eli ada kelas lagi ke lepas ni?”.

“Taklah, nak pergi lunch”.

“Boleh saya join sekali”.

“Boleh, jomlah”.

***************************************************

Elinda dan Asyraf melangkah beriringan ke kafe, tempat pilihan utama pelajar untuk membeli makanan tengah hari. Dari kejauhan Elinda dapat melihat rakan-rakannya sedang duduk di suatu sudut kafe itu.

“Hai semua, lama tunggu”. Elinda menegur rakan-rakannya yang berada di meja itu.

“Wei Eli, awat hang lama sangat”. Sarah sudah memulakan mukadimahnya.

“Sorry, ada hal sikit tadi, kau orang tak beli lagi ke?”.

“Taklah tunggu kau, Eli, aku duk perhatikan dari tadi, anak ikan mana kau pancing ni?”. Taniya terus mendebik Syuhada selepas dia menghabiskan ayatnya.

“Auchh...tak maksud aku siapakah gerangan tuan hamba?”. Syuhada mengusap lengannya yang masih terasa perit, dia berhati-hati sungguh dengan percakapannya kerana takut didebik sekali lagi oleh Taniya yang sentiasa bersiap sedia di sebelahnya itu.

“Kalau iya nak tanya macam-macam, bagi dia duduk dulu”. Sarah memberikan kerusi kosong pada Asyraf, manakala Elinda mencari kerusi kosongnya sendiri. Sebab inilah junior takut pada senior mereka. Gaya harimau hendak kerumun mangsa sahaja lagak mereka.

“Asyraf ni junior kita, dia satu kumpulan dengan aku untuk kelas Dr. Rohaizat”. Elinda memperkenalkan Asyraf.

“Hai, kakak semua, saya Asyraf, kos kimia, semester 4”.

“Pilu hati aku ni dengar perkataan “kakak” tu”. Syuhada membuat muka berdukanya.

“Tolong sedar diri kau memang dah tua”. Taniya memang dah lama perhati perangai Syuhada yang tidak semegah sentiasa.

“Dah-dah, kau orang pergi beli makanan, aku jaga meja, sebab aku datang lambat tadi”. Mereka bertiga bersetuju dengan saranan Elinda itu.

“Saya teman Kak Eli”. Asyraf memperlawa dirinya untuk bersama-sama Elinda. Mereka bertiga berlalu membeli makanan, meninggalkan Elinda dan Asyraf untuk menjaga meja.

“Maaf Asyraf dengan perangai mereka tu, waktu biasa dia orang memang normal, mungkin tadi dia orang lapar tu perangai lain macam”. Tidak pasti disini Elinda sedang mempertahankan kawannya atau memerli.

“Saya tak kisah Kak Eli, biasanya kami junior takut nak dekat dengan senior, tapi hari ini baru saya sedar, senior macam Kak Eli dan kawan-kawan ni, manusia biasa je”. Benarlah sangkaan Elinda selama ini, junior mereka takut menegur senior mereka.

“Kalau terjumpa tegur je, Asyraf, biasalah dah tahun akhir ni, banyak perkara kena buat, rasa kaki ni tak jejak bumi je melangkah, kalau jalan tak pandang kiri kanan dah, tapi kalau junior perlukan bantuan, kami senior memang sedia nak membantu”.

“Okay Kak Eli”.

“Tapi pelik macam mana Asyraf boleh ambil subjek semester 5 ni?”.

Tidak sempat Asyraf membalas soalan Elinda. Tiba-tiba kepalanya dilibas beg dari belakang. Kedengaran orang yang melibasnya itu meminta maaf, Elinda menoleh ingin mengatakan dia tidak apa-apa, kerana memikirkan suasana kafe yang mulai sesak itu, tidak hairanlah sekiranya berlaga sekali dua.

“Eh, Sam”. Elinda melihat orang yang melibasnya itu.

“Eh, Eli! Maaf aku tak sengaja". Hisham kesal dengan tindakannya pada Elinda.

“Aku Okay, lunch?”.

“Haah, ada meja kosong sebelah kau tu, aku nak ambil cepat, tak sengaja terlibas kau pulak”. Elinda melihat ada 2 orang lelaki yang sedang duduk di meja itu.

“Kawan kau?”. Elinda bertanya.

“Haah, kau ingat tak putera raja yang aku kata hari tu, dia orang la”. Hisham berkata sambil berbisik pada Elinda . Dia pula hanya tersengih mendengar kata-kata dari Hisham.

“Kenapa Eli?”. Syuhada baru sahaja sampai di meja sambil menatang makanannya diikuti oleh Taniya dan Sarah.

“Kawan kau? ” Hisham pula bertanya pada Elinda.

“Haah”. Elinda mengiyakan.

“Hari tu tak sempat berborak panjang. Jom kita gabung meja boleh borak-borak”. Hisham memberi idea.

“Kau orang okay?”. Elinda meminta persetujuan daripada kawan-kawannya. Apabila mereka bersetuju, dua meja digabungkan bersama. Terasa meriah sungguh meja itu. Selepas itu, Elinda , Asyraf, Hisham dan dua orang kawannya pergi membeli makanan.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol