Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,419
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Elinda melihat suasana yang berada di hadapannya sekarang. Syuhada dan Hisham sedang berdebat atau bagi mereka yang tidak mengetahui nampaknya seperti mereka sedang bergaduh. Sungguh luar biasa. Sebentar tadi mereka baru sahaja berkenalan, bila masa perkara ini terjadi. Perkembangan yang agak drastik ni. Elinda mengurut pelipis kepalanya. Mereka makan tengah hari bersama-sama pada hari ini untuk meraikan permulaan semester, tapi kini lain pula yang terjadi. Mereka yang lain berada di meja itu tidak menghiraukan perdebatan yang sedang terjadi. Kawan kepada kedua-dua belah pihak memang sudah memahami perangai Hisham dan Syuhada seperti mana. Mereka elok sahaja berbual antara mereka, malahan Asyraf juga boleh masuk dengan perbualan mereka yang lain. Tapi kenapa dengan Syuhada dan Hisham yang tidak sebulu itu?. Kafe yang tadi begitu riuh rendah, boleh menjadi senyap sunyi, hanya kedengaran suara Syuhada dan Hisham yang sedang bertelagah antara satu sama yang lain. Elinda melihat pelajar lain yang sedang tunak melihat perdebatan yang sedang berlangsung pada kala ini. Seakan-akan wujudnya 2 bahagian, satu menyokong Syuhada, manakala yang lain menyokong Hisham. Yang pasti penyokong daripada kedua-dua pihak sama banyak, begitu sukar hendak menentukan yang mana satu yang akan menang. Sejak bila perdebatan menjadi sebesar ini pun dia tidak pasti.

Beberapa minit sebelum...

Selesai sahaja Elinda membeli makanan tengah harinya, dia duduk di meja yang telah digabungkan bersama-sama dengan geng Hisham. Mereka memulakan suapan makanan sambil beborak kosong antara satu sama lain.

“Kau suka dia ni? ”. Hisham menegur phone casing Syuhada yang terletak elok di atas meja di sebelah Elinda. Dia yang sedang duduk di antara Syuhada dan Hisham menoleh melihat phone casing yang diperkatakan. Terdapat gambar pelakon lelaki korea yang memang sudah lama di minati oleh Syuhada. 

“Aku suka tengok dia berlakon”. Syuhada jawab sekadar berbasa basi.

“Cerita apa je yang dia berlakon? ”. Hisham ingin tahu. 

“Banyak je yang popular. Dia baru keluar daripada military service, terus dapat job. Sekarang ada cerita dia yang tengah tayang lagi”.

“Aku rasa macam membazir masa je tgk cerita korea ni”. Berbulu telinga Syuhada mendengar kata-kata Hisham. Elinda mengusap-usap belakang badan Syuhada untuk menenangkan. Sesiapa pun yang mengenali Syuhada mengetahui dia paling pantang orang lain menghina benda yang dia minat. Syuhada juga tidak segan silu untuk meluahkan apa yang dia rasa. Suasana yang tenang ini dijangka akan meletup sebentar sahaja lagi.

“Kau suka apa? ”. Syuhada berkata sambil mengetapkan giginya menahan geram.

“Aku suka main game. Praktikal. Boleh apply real life”. Hisham menjawab acuh tak acuh sambil menyuap makanannya.

“Aku rasa macam membazir masa je main game ni”. Syuhada memulangkan semula ayat tersebut pada Hisham.

“Apa kau kata! ”. Suara Hisham meninggi.

“Apa yang kau dengar itulah yang aku kata! ”. Syuhada berkata sambil tersengih memandang Hisham. Elinda yang tersepit di antara mereka berdua,tidak tahu ingin membuat apa untuk meredakan suasana.

“Okay, bagi tahu aku apa faedahnya tengok cerita korea ni? ”

“Okay, okay, pertama, storyline dia menarik”.

Game pun ada storyline menarik”. Hisham memangkah kata-kata Syuhada. Dia seolah-olah sengaja ingin menaikkan amarah Syuhada.

“Kedua, pelakon dia handsome dan lawa-lawa".

“Inilah manusia suka pandang rupa paras”.

Srettt... Bunyi kerusi ditolak. Syuhada sudah bangun dari duduk di kerusi. 

“Ketiga. Boleh belajar nilai kemanusiaan dan kasih sayang”. 

“Cerita korea ni banyak over dramatic. Benda yang takkan berlaku pun real life”. 

“Habis kau ingat game bunuh-bunuh tu ajar kau bunuh orang real life ke”. Suara Syuhada sudah meninggi.

“Game ni ajar strategi”. Srettt... Hisham juga sudah bangun dari kerusinya.

Game kau tu kena bayar, cerita korea tak kena bayar”.

“Cerita korea kau tu tak ada pencapaian, game ni kalau main kau tahu kau kat tahap mana”. 

Game kau tu tak boleh berhenti, habis terbengkalai semua kerja”.

“Cerita korea kau pun sama”.

Masing-masing sudah ketandusan idea, kerana ego masing-masing masih meneruskan perdebatan kosong ini. Perdebatan yang dirasakan berilmiah tadi, sudah terasa seperti kebudak-budakan pula.

“Kalau kau orang bergaduh mulut kat sini, sampai bila pun tak habis”. Faizal yang merupakan salah seorang daripada geng Hisham bersuara.

“Baik kau orang gaduh, cara profesional la sikit”. Rahman yang juga  daripada geng Hisham menyokong kata-kata daripada Faizal itu.

Hisham dan Syuhada mendengar dan mencerna kata-kata daripada kawan-kawan mereka itu.

“Ha, aku tahu kau masuk kelab rekreasi”. Hisham berkata sambil memetik jari. Semua yang berada disitu rasa luar alam sekarang ini, apa kaitannya dengan kelab rekreasi?. Hisham menyambung lagi kata-katanya.

“Kalau kau ahli kelab rekreasi, boleh buat event untuk compare mana lagi bagus”.

“Kau siapa, sesuka hati nak buat event yang tak ada kena mengena dengan kelab pulak, aku tak rasa MPP akan benarkan buat event yang bukan-bukan”. Syuhada mencantas idea Hisham berikan. (MPP:Majlis Perwakilan Pelajar)

“Aku Hisham. Kos International business. Semester 6. Presiden MPP”. Hisham memperkenalkan diri dengan bangganya. Elinda dan rakan-rakannya ternganga mendengar pernyataan daripada Hisham. Mereka sungguh tidak menyangka Hisham yang berperangai seperti budak-budak itu adalah president MPP. Sungguhlah budak kimia seperti mereka duduk di bawah tempurung. Presiden MPP yang daripada tadi duduk bersama mereka tidak mereka kenali. Patutlah seluruh kafe begitu asyik melihat perdebatan antara Syuhada dan Hisham.

“Aku masih tak nampak kena mengena MPP, dengan kelab rekreasi”. Dikaburi dengan egonya, Syuhada masih tidak terkesan langsung dengan jawatan presiden Hisham itu.

“Aku kenal presiden kelab rekreasi, dia mesti akan bagi kau masuk dan buat event, betul tak Faiz? ”. Ayat terakhir Hisham itu diajukan kepada Faizal.

“Kalau ikut kepala kau, nak tak nak aku mesti kena ikut kan”. Faizal berkata membalas soalan Hisham. Mereka yang lain tidak memahami perbualan antara  mereka berdua. 

“Aku Faizal, kos International business. Semester 6. presiden kelab rekreasi”. Faizal memperkenalkan dirinya. Sekali lagi Elinda dan rakan-rakannya ternganga. 'Kenal presiden kelab rekreasi? kepala dia, ni apa kes budak business bolot jawatan presiden, dah tak ada orang lain lagi ke'. Desis hati Syuhada.

“Apa macam setuju tak? ”. Hisham meminta kepastian daripada Syuhada. 

“Okay aku setuju, tapi aku nak dia orang ni join sekali, kau pun Asyraf”. Syuhada menunding jari ke arah Elinda , Sarah Taniya dan Asyraf. Kalau nak berperang mesti kena bawa rakan seperjuangan.  Tak semena Asyraf yang berada disitu dibawa masuk sekali ke kelab rekreasi.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol