Home Novel Cinta Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
Katakan Pada Aku (1-11 REUPLOAD)
AkaaSol
8/1/2020 10:37:20
33,421
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Elinda mengimbas kembali peristiwa ketika di klinik universiti. Pada kala itu, dia baru sahaja selesai berjumpa doktor, lelaki itu meminta Elinda untuk duduk di ruangan menunggu sementara dia mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. 
'Bila aku ingat balik, ni semua salah aku, aku yang tak tengok depan, terlanggar dia. Tak pasal-pasal dia kena tolong aku'. 
Elinda tersedar dari lamunan apabila lelaki itu telah tiba dengan plastik ubat di tangannya. 
"Jom". Lelaki itu mengajak Elinda keluar dari situ. Elinda mengekori lelaki itu sambil mendengar setiap penjelasannya mengenai ubat yang diberikan oleh doktor. Mereka meneruskan langkah perjalanan. 
"Awak". Elinda memanggil lelaki itu. Lelaki itu berhenti melangkah dan menoleh ke arah Elinda. 
"Saya minta maaf, saya terlanggar awak". Elinda berkata senafas. Dia hanya menundukkan kepalanya ke bawah. 
"Terima kasih sebab tolong saya, awak cakap je nak apa saya boleh tunaikan". 'Selagi termampu'. Hati kecil Elinda berdesis. 
"Am". Sepatah lelaki itu berkata. 
"Huh?". Elinda memandang wajah lelaki itu inginkan penjelasan. 
"Nama aku Am".
"Oooh". 
"It's okay . Tak payah minta maaf ke atau berterima kasih". 
"Huh?". 
"Aku pun ada salah jugak". 
"Oooh". 
"Kau memang cakap oooh, huh, oooh, huh je ke?". 
"Huh?. Oooh, eh tak!, aku tak cakap macam ni!". Tanpa sedar Elinda mengelarkan dirinya 'aku' berbanding 'saya'.
"Kau nak pergi mana bawa barang ni?" kata Adam sambil memandang bakul milik Elinda yang berada ditangannya sejak dari awal. Elinda mengambil bakulnya dari tangan Adam. 
"Aku nak ambil chemical kat makmal atas". 
Adam mengambil semula bakul dari tangan Elinda. 
"Jom". Dan Adam berlalu pergi, manakala Elinda terpinga pinga mengejar Adam.

***************************

"Jadi lepas tu dia teman kau ambil chemical?". Tanya Sarah. 
"Haah, tapi aku singgah makmal organik dulu, nak ambil barang yang aku dah terpecahkan". 
"Bestnya, ada orang peduli, dia risau sebab tangan kau ni berbalut". Syuhada memandang Elinda sambil mengenyitkan matanya. 
"Best apanya, aku kena bayar barang yang aku pecahkan, dengan Kak Anna marah lagi sebab aku pecahkan alatan makmal, kira ampun sikit sebab dia tengok lab coat aku berdarah, tangan dan dahi aku berbalut, kalau tak lagi teruk aku kena sembur. Aku rasa Am pun dapat dengar dari luar makmal".
"Tulah lain kali jalan, jangan tengok depan". Taniya membalas tidak berlapik. Mereka memang sudah mengetahui perangai Taniya yang straightforward. Elinda hanya diam tidak berlagu, dia tahu dia yang bersalah. 
"Jadi kau tak ada telefon la ni kan." Sarah bertanya. 
"Ada, aku pinjam. Weekend ni aku nak pergi betulkan handphone aku". 
"Siapa punya kau pinjam?". Syuhada ingin tahu. 
"Am". Sepatah Elinda menjawab. 
"Kau nak aku teman tak weekend ni?". Tanya Syuhada lagi. 
"Ada orang teman aku". 
"Siapa?". Giliran Taniya pula bertanya. 
"Am". 
3 orang kawan Elinda terkejut beruk. 
"Kau orang dah kenapa ni?". 
"Kau sedar tak sekarang ni?". Syuhada masih dengan riak wajah terkejutnya. 
"Sedarlah, mungkin mamai sikit sebab aku makan ubat tahan sakit tadi". Elinda menyentuh dahinya yang berbalut. 
Syuhada mendebik Elinda sekali.
"Auchhh, apa ni pukul pesakit!". Elinda mengusap lengannya yang terasa pedih dipukul oleh Syuhada. 
"Kau betul tak tahu?. Kali ini Sarah pula bertanya. 
"Apa kau orang ni, cakap lurus je boleh tak?. Bertambah pening kepala aku ni". Elinda memicit micit kepalanya yang mula berdenyut.
Sarah dan Syuhada memandang Taniya. 'Kau explain pada Eli'. 
"Dia suka kat kau". Sedas Taniya berkata. Sarah dan Syuhada menganguk mengiakan pernyataan dari pada Taniya itu. 
Kali ini Elinda pula yang terkejut beruk. 
"Sudah jangan merepek, hari ini kali pertama aku jumpa dia, lagipun dia sendiri yang kata dengan aku, dia rasa bersalah jadi dia nak tolong aku, kira ini atas dasar kemanusiaan la". 
"Kemanusiaan konon. Tunggulah suatu hari nanti bila dia confess kat kau, jangan cakap kita orang tak bagi tahu" Syuhada memberi peringatan pada Elinda. 
"Betul tu, aku tak sabar nak tunggu masa tu tiba, aku nak tengok muka blur Eli ni bertukar apa". Selesai sahaja Sarah berkata, tergelak besar mereka bertiga kecuali Elinda. 
"Mana ada kita orang kawan la. Dahlah aku dah penat nak layan kau orang, aku nak rehat dulu". Elinda memejamkan matanya. Mereka bertiga jugak membuat beredar dari situ untuk memberikan Elinda rehat.

Ding! 
Elinda baru sahaja ingin lena dibuai mimpi apabila telefon Adam yang dipinjam Elinda berbunyi tanda mesej masuk.

Nombor tidak dikenali: Dah sampai bilik ke?. 
Elinda: Huh? Dah. 
Nombor tidak dikenali: Ubat dah makan?. 
Eli: Dah. 
Nombor tidak dikenali: Okay. Selamat berehat.

Elinda berkerut membaca mesej yang terakhir itu. 
"Kau kenapa berkerut dahi tu Eli? Sakit kepala lagi ke? ". Risau Sarah sekiranya ada masalah lain pula di kepala Elinda. 
"Eh tak lah, ni ada orang aku tak kenal mesej". Elinda kembali meletakkan kepalanya pada bantal. 
"Habis kau balas?" Syuhada pula bertanya. 
"Haah. Prihatin betul orang ni dia tanya aku dah sampai bilik ke belum, aku dah makan ubat ke belum". 
Syuhada , Taniya, Sarah: ....... Terkedu tidak terkata mereka dibuatnya. Apa kenalah dengan Elinda ini.

**********************

Itulah kali terakhir Elinda mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenalinya itu. Elinda juga sudah terlupa untuk bertanya siapakah disebalik nombor itu kerana sibuk untuk menyiapkan projeknya. Beberapa hari kemudian, Elinda dapat lagi dari mesej dari nombor yang sama.

Nombor tidak dikenali: Sabtu. Kafe Dahlia. 9 pagi. 
Elinda: Maaf, mak saya tak bagi jumpa orang yang tak kenal.

Beberapa minit kemudian, baru Elinda mendapat balasan daripada nombor itu.

Nombor tidak dikenali: Kau tak kenal aku? 
Elinda: Maaf ye, kalau awak masih mesej saya. Saya akan block nombor ni.

Kemudian panggilan dari nombor itu masuk. Dalam keadaan panik, Elinda tertekan untuk menjawab panggilan telefon itu.

"Elinda: Err...hello?" 
"Nombor tidak dikenali: Kau tak save nombor aku". 
"Elinda: Am?". 
"Adam: Yup. Luka dah okay? ". 
"Elinda: Okay."
"Adam: Esok jumpa kat kafe Dahlia 9 pagi".
"Elinda: Aku busy esok. "
"Adam: Mak kau tak kasi jumpa orang yang tak kenal. Aku kau kenal kan?. "
"Elinda: Haah. "
"Adam: Esok okay."
Adam berkata dengan nada yang sedikit tegas. Elinda sudah tiada pilihan lain lagi selain setuju.
"Elinda: Okay".

Tet. Panggilan telefon ditamatkan.

"Siapa call?". tanya Syuhada.
"Am, dia suruh aku jumpa dia esok tapi aku tak tahu sebab apa". 
Syuhada sudah mengelengkan kepala. Elinda memandang Syuhada pelik. 
"Bukan kau kata Am teman kau betulkan handphone ke?". 
"Haahlah, aku lupa". Elinda sudah menepuk dahi. Jelas diwajahnya rasa bersalah. 
"Memang perangai Elinda dah macam tu". Kata Sarah. 
"Mana tak penting hilang terus dari ingatan dia". Taniya pula sambung menyampuk. Kawan- kawannya sudah mengerti sangat dengan perangainya. Elinda pula membuat muka bersalah. Dia dahlah pinjam telefon milik Adam, boleh pula dia lupa temu janji dia dengan Adam. Memang manusia tak kenang budi dia ni. Esok hari Elinda bercadang untuk menunaikan permintaan Adam, sebagai tanda terima kasihnya pada pertolongan yang diberikan oleh Adam padanya. 
"Aku sibuk sangat nak siapkan projek aku, bukan sengaja aku lupa". Elinda mempertahankan dirinya.
"Kalau iye pun sibuk sangat, buat la reminder, ni handphone kau yang rosak, dia pulak nak kena ingatkan". Syuhada sudah banyak kali mengingatkan Elinda untuk menggunakan reminder
"Tapi kan kau orang nak tahu, nombor yang aku tak kenal haritu, rupanya nombor Am".

Syuhada, Taniya, dan Sarah: .......Terkedu mereka sekali lagi.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AkaaSol