Bab
14
Nur Jannah terduduk
di birai katil. Benarkah apa yang dikatakan oleh Maria sebentar tadi. Kata
Maria dia ternampak Ezri bersama seorang perempuan di kedai makan. Benarkah?
“ Aku nampak dengan dua biji mata
aku Nur! Takkan aku tak kenal Ezri, suami kau tu!” Tutur Maria dengan perasaan
Marah. Sakit hatinya mengenangkan Ezri yang berlaku curang terhadap temannya.
“ Agaknya staf kat ofisnya Mar,” Nur
Jannah cuba menyembunyikan perasaan cemburu. Dia cuba menafikan namun hatinya
berbisik mengatakan semua yang dikatakan Maria adalah benar.
“ Kalau duduk makan je, tak apa Nur.
Tapi ni siap berpegang tangan. Mata aku naik berbulu tengok mereka. Kalau tak
memikirkan aku tengah drive, mahu aku
sergah je. Biar malu muka dia orang tu!” Maria bersuara geram. Nur Jannah di
hujung telefon mula teresak-esak. Dia tidak mampu lagi menahan dirinya dengan
kesabaran sebesar kuman. Imanya hanya sebesar hama. Tidak kuat untuk dia terus
menggagahi diri untuk berdiri sendiri.
“ Nur..kau ok ke? ” Tutur Maria serba salah.
“ Em..Mar, aku nak berehat kejap!”
Talian diputuskan tanpa sempat Maria bersuara. Nur Jannah menangis semahunya.
Adakah perempuan itu kekasih Ezri? Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan. Nur
Jannah mendail nombor telefon suaminya berkali-kali, namun tidak terangkat. Dia
mencuba lagi dan akhirnya Nur Jannah melempar telefonnya di atas katil. Dia
menghempaskan badannya ke atas tilam. Pantas diarinya di dalam laci dicapainya dan Nur Jannah mencoret kesakitan
hatinya yang entah bila akan pergi.
Luka hati ini kerana seorang suami yang tega
menyakiti hatiku. Sampai hati dia meninggalkan aku sendiri hanya kerana seorang perempuan lain.
Semenjak berkahwin, dia tidak pernah menyayangi aku selayaknya. Sampai bila aku
harus begini? Dulu kata Ezri, akulah segala-galanya baginya. Benarkah? Tapi
kini aku umpama sampah yang tiada harganya. Kasih sayangnya tidak pernah
mewarnai hidupku yang semakin kelam. Ingin rasanya aku meninggalkan dunia yang
penuh onak dan duri ini. Namun ke mana harus aku pergi membawa status sebagai
isteri orang! Atau haruskah aku merayu kepadaNya supaya nyawaku diambil pergi?
Haruskah, sedangkan Allah membenci hamba-hambanya yang tidak redha dengan
ujianNya!
EZri…
Mengapa mesti ada benci di hatimu buat diriku? Mengapa
baru sekarang? Setelah aku sandarkan harapan dan impian yang menggunung!
Setelah aku tabalkan dirimu sebagai raja di tapak hatiku..setelah aku relakan
diriku dan setiap nafasku hanya untukmu yang bernama suami..kepada siapa aku
harus mengadu tentang kesakitan hati? Ya! Hanya pada Yang Esa kuluahkan
perasaan, hanya padaNya ku mohon kebahagiaan..namun..
Nur Jannah
termenung seketika sebelum menyambung luahan hatinya
Ezri..
Sedarlah..perkahwinan bukan medan pergaduhan atau
pertengkaran yang sering dirimu laungkan. Perkahwinan sebuah ikatan yang suci
dan murni. Mengapa kau tidak mengerti? Mengapa? Bukankah engkau sudah cukup
matang untuk memikirkan arah tuju perkahwinan kita!
Nur Jannah berhenti
menulis. Air matanya menitis lagi dan membasahi diari kesayangannya. Diari
itulah yang menjadi teman setia semenjak Ezri membencinya. Siang malam hanya
pada buku kecil itu tempat dia meluah rasa. Nur Jannah benar-benar terluka.
Pada siapa dia harus mengadu. Dia inginkan penjelasan dari Ezri sendiri. Andai
benar lelaki itu sudah membencinya perpisahan adalah jalan yang terbaik.
Memikirkan perpisahan, hati Nur Jannah dipaut pilu.
****
Maria memeluk bahu Nur Jannah yang hanya
mendiamkan diri dari tadi. Risau dia mendengar esakan gadis itu di corong
telefon. Pantas dia bergegas ke rumah Nur Jannah. Bimbang andai temannya itu
membuat perkara yang bukan-bukan. Manalah tahu!
“ Aku yang tak tahu jaga suami Mar!”
Nur Jannah bersuara hiba. Air matanya mengalir lagi mengenangkan kecurangan
Ezri.
“ Tidak Nur..kau tak tahu apa-apa.
Ezri yang kurang ajar! Dah ada isteri sibuk nak menggatal dengan permpuan
lain,” Maria bersuara geram. Pelukannya sebentar tadi dilepaskan sambil
mengetap bibir.
“ Selama ni, aku tertanya-tanya apa
silap aku dalam perhubungan kami sehingga Ezri keluar rumah. Bila aku tanya dia
herdik aku. Aku sangka aku ada buat salah. Aku tak sangka, rupa-rupanya dia ada
permpuan lain!” Terluah sudah perkara yang dirahsiakan selama ini. Biarlah
bebanan yang ditanggungnya berkurangan sedikit. Tidak larat untuk dia
menggalasnya sendiri. Sungguh, Nur Jannah tidak kuat untuk menempuh badai yang
datang bertimpa-timpa.
“ Keluar rumah? Kau tak cakap pun
dengan aku. Sejak bila Nur?” Maria seakan terperanjat. Sangkanya Nur Jannah
bahagia bersama Ezri. Sangkanya selama ini Nur Jannah sibuk bersama suami tercinta.
Rupanya ada duri yang tertusuk di dada.Ada
racun yang menghuni hatinya.
“
Sejak mula-mula kahwin lagi.Dia
tinggal aku macam tu je Mar. Sampaikan hari tu mak aku datang, dia tak ada.
Macam-macam alasan yang aku bagi.”
“ Ya Allah..kenapa kau tak cakap
dengan aku Nur. Sampai macam tu sekali Ezri buat kau. Mak dengan bapak mertua
kau tahu hal ni?” Maria bertanya dan Nur Jannah menggelengkan kepalanya. Ezri
memang pandai berlakon. Di hadapan orang tuanya merekalah pasangan bahagia
walau hakikatnya perkahwinan mereka hampir punah.
“
Dia tinggal kat mana?”
“
Aku tak tahu. Aku calltak berangkat.
Malah kadangkala dia off
kan telefon. Hati aku sakit Mar!”
“ Kalau aku pun Nur, aku akan rasa
sakit macam kau. Tapi kau cukup kuat hadapinya seorang diri. Carilah Ezri,
minta penjelasannya. Andai dia ada orang lain, kau sanggup bermadu?” Maria
bertanya dan Nur Jannah memandang ke arah temannya. Air matanya semakin lebat
mengalir. Bermadu? Bagaimana? Sedangkan kasih Ezri bukan untuknya lagi. Cinta
lelaki itu telah tiada. Dan untuk bersama lelaki itu hati Nur Jannah mulai
tawar.
“ Ezri dah tidak cintakan aku. Tiada
guna bersama kalau hanya menyakitkan hati sendiri. Mar..aku nak bercerai!”
“ Bercerai?” Maria terlopong tidak
percaya.
“ Kalau aku tetap bersama dia,
semuanya bagai tiada erti Mar! Apa
guna rumahtangga macam ni! Ada macam tak ada!”
“ Kau tak nak pujuk dia dulu? Mana
tahu, dia akan berubah,” tutur Maria bersimpati dengan nasib temannya.
“ Pujuk? Aku cakap pun dia dah marah!
Macam mana nak pujuk Mar? Dia bukan budak-budak
lagi! Dah matang untuk berfikir yang mana baik atau buruk!” Nur Jannah menarik
nafas dan melepasnya dengan keluhan yang berat. Bukan dia tidak tahu,
perceraian adalah sesuatu yang halal dalam agama tetapi amat dibenci oleh Yang
Maha Pencipta. Namun kesakitan yang dirasainya menghilangkan rasa nikmat dalam
perkahwinan mereka. Jadi untuk apa perkahwinan yang hanya membebankan hatinya?
“ Buat apa yang kau fikir baik Nur. Aku tetap
menyokong apa saja keputusan kau!”Maria
menepuk bahu Nur Jannah. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!
Bisik Maria di dalam hati.