Bab 19
Sahara menjeling ke
arah Fakhruddin yang asyik membuat kerja.
Sudah dua hari dia bekerja di situ, namun lelaki itu seolah tidak
mengenalinya. Sesekali dia cuba menyapa, namun Fakhruddin hanya berlalu tanpa
kata.
“ Sahara, kau tengok siapa?” tiba-tiba
Zurina datang tanpa salam. Matanya melihat ke arah Fakhruddin yang membut
kerjanya dengan khusyuk. Sahara yang tersedar berpura-pura membuat kerja.
“ Aku tahu kau pandang mamat tu kan?
Mesti kau hairan kenapa dia tu sombong semacam je! Betul tak?” Zurina bersuara
sambil memandang Sahara.
“ Sombong? Kenapa kau cakap macam
tu?” Sahara kehairanan. Wajah Zurina yang kelat dipandang lama.
“ Yelah..dah dapat kerja berlagak!
Sudahlah kerja tak perlu interview,
bila ditegur buat pekak. Aku menyampah betul dengan orang macam tu!” Zurina
mencebik. Sakit hati dia melihat sikap sombong lelaki itu.
“ Em..macam tu ke? Aku ingat kau dah
syok kat dia!Tackle-tackle
tak dapat!” Sahara sengaja menduga. Lelaki kacak seperti Fakhruddin pasti ramai
yang terpikat. Apa lagi lulusan luar negara. Ah! Dia yang tersilap langkah
meninggalkan Fakhruddin. Kini hatinya yang digigit pilu.
“ Aku? Syok kat mamat tu? Tolong
sikit. Setakat muka katak kodok tu sepuluh aku boleh cari,” Zurina melayangkan
sepuluh jarinya sambil mencebik.
“ Em..kalau Fakhruddin tu macam
katak kodok, Aiman Ezri tu macam muka
katak pisang!” Sahara sedikit geram. Sakit hatinya mendengar cemuhan Zurina
kepada lelaki idamannya itu.
“
Kau ni apahal sokong mamat tu? Kau ada hati kat dia ek?” Zurina menjeling
temannya dengan marah. Sahara hanya tertawa kecil melihat wajah Zurina yang
merona merah.
“ Cik adik sayang, aku gurau jelah! Tapi aku tengok mamat tu
memang handsome. Macam muka pelakon
melayu terakhir tu. Siapa ni..em..Remy Ishak tu!” tutur Sahara dengan rasa
bangga.
“ Banyaklah kau punya handsome! Kalau orang bagi freepun, aku tak nak! Oklah aku nak
pergi lunch dengan Ezri ni. Kau nak
ikut ke?”
“ Tak apalah. Aku dah kenyang!”Sahara
pantas menolak. Matanya tidak penat melirik kepada Fakhruddin.
“
Kenyang tengok muka mamat tu?”Zurina
mencebik. Dia melangkah menuju ke bilik Aiman Ezri. Sahara melihat
menggelengkan kepala. Banyak cekadak pulak dia! Bilik bos dah macam bilik dia.
Jual minyak betul! Sahara memandang semula ke arah Fakhruddin. Rindu dia untuk
mendengar suara lelaki itu.
“ Em..Sahara, aku nak pergi lunch ni. Betul kau tak nak ikut ?”
Zurina bersuara sambil melirik senyum kepada Ezri yang melempar senyuman.
“ Aku tak pergilah. Aku tak lapar!”
Sahara memberi alasan.
“ Aku nak ikut boleh?” Suri yang
mendengar bersuara ceria.
“ Kau tak payah! Kau ikut je abang
Shahidan kau tu!” Zurina bersuara kuat. Shahidan yang baru bangun dari tempat
duduk memandang tidak mengerti.
“ Ala kau ni! Malukan aku je!” Suri
menarik muka. Shahidan yang tidak tahu hujung pangkal tersengih melihat Suri.
“
Fakhruddin, You tak keluar lunch ke?”
Ezri bersuara melihat sepupu Arman Mustaqim itu hanya sibuk membuat kerja tanpa
mempedulikan mereka.
“ Sekejap lagi Encik Ezri!”
Fakhruddin memandang sekilas.Kemudian dia menyambung
kerjanya semula.
“
Sombong betul!”Zurina membebel
sendiri. Dia beriringan dengan Ezri keluar dari pejabat. Suri pula bangun
menuju ke arah Sahara.
“ Sahara, kau tak lapar ke? Jomlah
makan!” Suri seakan merengek minta ditemankan.
“ Tak apalah kau pergi dulu ek!”
Sahara bersuara singkat. Suri kelihatan sedikit kecewa. Shahidan yang melihat
tersengih lagi. Dia juga bangun untuk makan tengahari. Tanpa segan silu dia
mengajak gadis itu makan bersama. Suri dengan rela hati mengikut dari belakang.
Fakhruddin yang menyusun kertas kerja bangun untuk keluar. Sahara yang melihat
cepat-cepat mengekori. Dia cuba beriringan dengan Fakhruddin, namun lelaki itu
cepat benar melangkah. Sudahnya Sahara pula yang terkejar-kejar.
****
Sahara terjenguk-jenguk
mencari Fakhruddin di kedai makan itu. Pantas matanya melihat Fakhruddin yang
asyik menyedut rokok dan menghembuskannya ke udara. Tanpa membuang masa, dia
melangkah ke arah lelaki itu.
“ Riz! Boleh I duduk?” Sahara
bersuara dengan senyuman. Risau juga di hatinya andai dia diherdik oleh
Fakhruddin. Pasti dia akan merasa malu apalagi ramai orang di situ yang menjamu
selera. Fakhruddin yang memandang tajam hanya berdiam diri. Sahara mula duduk
di hadapan Fakhruddin walau tidak dijemput. Kemudian datang seorang pelayan
menghantar segelas fresh orange ke
meja mereka.
“ Em..bawakan I segelas limau ais
ye,” Sahara bersuara.Kemudian dia memandang
ke arah Fakhruddin yang menyedut airnya dengan rakus. Ada debar yang bermain di
dadanya. Hatinya bergelora saat menatap wajah tampan Fakhruddin dari dekat.
“
Riz.. I nak minta maaf dengan You.”
“
I dah maafkan You! So apa lagi yang You tak puas hati!”Fakhruddin bersuara keras. Rimas dia diganggu sebegitu.
Dulu dia yang mengharapkan kehadiran Sahara di dalam hidupnya. Kini setelah dia
mampu menerima takdir yang mengguris hatinya, Sahara datang kembali tanpa
perasaan malu.
“ I want you back in my life! I like
you Riz! I really love you!. Dulu I yang silap
tinggalkan You. Tapi sekarang I dah
menyesal. I yang tergilakan mat saleh yang bermata biru. Kononnya dia seorang
romantik. Tapi, I dipukul Riz!” Sahara bersuara penuh emosi. Bagi
Fakhruddin pula, mungkin itu balasan atas kecurangan Sahara. Dulu, dia juga
kecewa apabila cintanya dipermainkan. Sakit di hatinya bagai disiat-siat.
Kepada mamanya tempat dia mengadu rasa hati. Kini Sahara pula yang datang
menagih cintanya kembali. Kerana Sahara, bagi Fakhruddin cinta itu tidak
bermakna. Sahara yang memulakan perpisahan dan kini dia datang merayu! Sebenarnya
untuk apa?
“
Semuanya dah terlambat. What happened
with us, I hope you forget it!” Fakhruddin berwajah selamba. Tiada
langsung riak diwajahnya untuk menerima Sahara kembali. Cintanya dulu telah
hilang dibawa arus masa.
“
Tak semudah itu Riz!” Sahara sedikit membentak. Air matanya seakan ingin tumpah
namun ditahannya apabila air yang diminta sebentar tadi dihantar oleh pelayan.
“
So! What can I do for you?”
Fakhruddin membidas tajam. Penat dia mendengar rayuan Sahara yang tidak sudah.
Mengapa dulu Sahara begitu seronok meninggalkannya tanpa mendengar rintihan
hatinya? Sewaktu dia terseksa menanggung derita kerana ditinggal pergi, Sahara
sibuk bergelak ketawa dengan lelaki lain tanpa mempedulikan hubungan mereka
yang terbina atas nama cinta suci. Ah, untuk apa lagi Sahara merayu cintanya
setelah dicampak tanpa rasa simpati?
“ Please terima I balik jadi girlfriendYou! I janji I akan setia pada cinta kita.” Sahara
bersuara penuh harapan.
“
Dulu You juga berjanji Sahara! Tapi apa yang I dapat? Semua tu hanya pemanis
kata je! I tak nak ada hubungan lagi antara kita!” tutur Fakhruddin tanpa
memberi kesempatan untuk Sahara membetulkan keadaan.
“
Itu dulu Riz! Sekarang I dah tahu, cinta I hanya untuk You! Mengapa You ungkit
balik semua tu?” suara Sahara sedikit tegang.
“
Cinta? Sahara, You tahu ke maksud cinta? Tak perlu bercakap pasal cinta kalau
You sendiri tidak tahu bercinta! Cinta dalam hati I bukan lagi untuk You.
Apalagi untuk isteri orang!” bidas Fakhruddin kedengaran begitu sinis di telinga
Sahara.
“
I akan bercerai tak lama lagi! You jangan hukum I macam ni!” tutur Sahara
dengan sedikit sebak.
“
Sudahlah Sahara.. I nak masuk kerja balik! Apapun I nasihatkan, kembalilah pada
suami You,” Fakhruddin bangun meninggalkan Sahara sendiri.Dia membayar di kaunter dan berlalu. Sahara yang masih
berada di tampat duduk mengetap bibir menahan tangis. Tanpa dia menyedari dari
tempat duduk di belakang, Zurina memandang dengan pandangan hairan.