Home Novel Cinta Aku Bukan Perampas
Aku Bukan Perampas
Amylieyhaizani
25/12/2013 02:47:46
206,264
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Bab10

Jam 8.00 malam, Arman Mustaqim membunyikan hon kereta di hadapan rumah Fakhruddin. Kelihatan Puan Salbi tersenyum di muka pintu. Dia melangkah ke arah anak saudaranya yang melangkah keluar dari kereta.

“ Kauorang nak pergi mana ni Arman..boleh Mak Long ikut?” Puan Salbi sekadar menduga. Arman Mustaqim tersengih dan menyalami emak saudaranya itu.

“ Nak tengok wayang Mak Long..Bosanlah pulak memerap di rumah.Tu ajak Fakhruddin ni..”

“ Orang tengok wayang dengan girlfriend! Tulah Mak Long suruh cari tak nak!”

“ Tak ada yang nak saya Mak Long. Dah cari dah, tak jumpa-jumpa,” Arman Mustaqim bersuara sambil tergelak. Kelihatan Fakhruddin keluar dari rumah dan mencapai kasutnya.

“ Cari girlfriendmata biru, mana mahunya. Kalau kau nak, Mak Long carikan. Nak?”

“ Tak payahlah Mak Long! Ada jodoh adalah..Mak Long carilah untuk Fakhruddin,” Arman memandang sepupunya yang berwajah selamba. Ah! Susah benar budak ni nak senyum. Macam mana awek boleh tahan!

“ Dia pun macam kamu juga..dah putus tertutup terus hatinya.”

“ Putus?” Arman mengerutkan dahinya. Dia memandang ke arah Fakhruddin.

“ Jom..dah lambat ni. Mama, Riz pergi dulu,” Fakhruddin menyalami mamanya diikuti Arman. Mereka bergegas menaiki kereta dan menghidupkan enjin . Sebelum bergerak Arman membunyikan hon kereta dan mengangkat tangan ke arah Puan Salbi.

“ Kau putus dengan Sahara? Dah berapa lama?”Arman Mustaqim bersuara sambil memasang radio. Lagu Hampa nyanyian To’ki berkumandang menemani perjalanan mereka. Fakhruddin hanya memandang ke arah Arman Mustaqim tanpa bersuara.

“ Biasalah Riz..bercinta, putus dah jadi macam trend..mungkin juga Allah nak bagi kita perempuan yang lebih baik.. macam aku ni, couplepun tak pernah, putus cinta jauh sekali,” Arman Mustaqim seakan mengeluh. Dia memandang ke arah Fakhruddin yang hanya mendiamkan diri tanpa respon. Dia menggelengkan kepalanya melihat sepupunya yang mengelamun panjang. Tiada reaksi pada soalan dan kata-katanya. Arman Mustaqim memecut keretanya apabila jam menunjukkan pukul 8.15 malam. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Pantas dia menjawab panggilan.

“ Arman, kau kat mana?” kedengaran suara Aiman Ezri dihujung telefon.

“ Aku keluar dengan Fakhruddin ni. Kenapa?”

“ Tak adalah saja aku call..esok kita jumpa boleh?”

“ Jumpa? Em..nanti aku callkau balik. Kau keluar dengan Zurina ke?” Arman Mustaqim sekadar menduga. Fakhruddin yang mendengar memandang sekilas.

“ Tak adalah. Aku keluar dengan mama dan daddy aku.”

“ Nur Jannah? Kau bawa tak?”

“ Em…iye..kau kenapa, asyik tanya dia je?” Ezri bersuara kurang senang.

“ Kau tu jangan asyik berkepit dengan Zurina je! Ingat sikit tu curang namanya.” Nasihat Arman Mustaqim seperti biasa.

“ Aku tahulah..esok jangan lupa ek!” Ezri mengingatkan Arman Mustaqim. Sakit hatinya bila dikenakan berkali-kali. Namun memikirkan lelaki itu sahabat baiknya, ditelan segala kata-kata yang pahit bak hempedu.

“ Ok. Nanti aku call kau.”

“ K. bye!” panggilan diputuskan. Arman Mustaqim termenung mengingati sahabatnya itu. Baik sangatkah Zurina sehingga isterinya dilayan bagai tiada harga diri. Baginya, sebagai suami, Ezri sepatutnya melupai Zurina walau cintanya seluas lautan.Kasihan Nur jannah!

“ Ada isteri, masih nak berkepit dengan kekasih..isteri di rumah ternanti-nanti dengan sabar. Suami kat luar ada buah hati. Uh! Naye betullah..apalah Ezri buat macam tu. Hebat sangat ke Zurina tu!” Arman Mustaqim bersuara sendiri. Baginya, gadis seperti Zurina bersepah di luar sana.Tiada hebatnya bagi seorang perempuan yang hanya tahu menyakiti hati wanita lain.Memang benar Zurina kekasihnya. Arman juga tahu tentang percintaan mereka. Namun dia sendiri tidak pernah tahu tentang cinta Ezri dan Nur Jannah. Siapa yang merampas itu tidak penting kini. Yang pasti Nur jannah adalah isteri yang sah. Sebagai perempuan matang, Zurina seharusnya sedar tentang hakikat itu.

“ Tiada yang mustahil dalam hidup ni!” Fakhruddin bersuara tiba-tiba. Arman Mustaqim yang mendengar menjeling ke arahnya dan tanpa sedar dia tersenyum sendiri mengenangkan sikap sepupunya.

****

Nur Jannah mengekori Dato’ Ismadi dan Datin Ezrin yang berada di hadapan. Ezri mencapai tangannya dan berjalan seiring dengan mama dan daddynya. Wajah Nur Jannah merah menahan marah. Sakit hatinya mengenangkan perlakuan Ezri yang di anggap kurang ajar. Dia cuba meretap tangannya, namun pegangan lelaki itu lebih kuat dan kemas. Serasa ingin menangis Nur Jannah saat itu mengenangkan dirinya yang dilayan seperti sampah.

“ Nur selalu datang tengok wayang dengan Ezri?”tiba-tiba Datin Ezrin bersuara.Nur Jannah terkebil-kebil untuk menjawab.

“ Em…sebelum nikah dengan abang adalah mama. Sekarang tak adalah pulak. Membazir je,” kata-kata itu terlontar dari mulutnya tanpa dirancang.

“ Membazir? Tak adalah. Kadang kala apa salahnya. Kalau Ezri cuti, Nur ajak Ezri tengok wayang, shopping ke.Ni mama call, asyik Nur sorang kat rumah,” Datin Ezrin menjeling ke arah anaknya. Ezri mencebik tidak puas hati.

“ Mama..Nur ni yang tak nak!. Ez dah ajak, macam-macam alasan diberinya. So, mama tak boleh salahkan Ez!” Ezri membela diri. Dia tersenyum puas melihat Nur Jannah yang hanya membiarkan kata-katanya.

“ Ye ke? Bukan Ez yang buat perangai?” Datin Ezrien tidak senang melihat senyuman Ezri yang tampak sinis.

“ Ala mama ni Ez juga yang kena!”Ezri merengus perlahan. Nur Jannah hanya mendiamkan diri. Terasa terasingnya dia dalam keluarga Ezri walaupun ibu dan bapa mertuanya melayannya dengan baik. Namun mengenangkan cinta suaminya yang telah hilang, jiwanya menjadi kosong dan sepi. Hatinya sakit dan parah. Alangkah seksanya mencari cinta yang hilang dan sememangnya dia tidak pernah bersedia untuk itu. Kata Ezri, cintanya sesuci embunan pagi. Takkan hilang walau ribut yang melanda. Ah! Apalah sangat dengan kata-kata yang bermadu kalau sekadar untuk menghadiahkannya hempedu.

“ Eh! Ez. Kau buat apa kat sini?” Arman Mustaqim dan Fakhruddin meluru ke arah Ezri. Ezri yang mendengar terkejut dengan sapaan itu. Pantas matanya menangkap wajah mereka berdua.

“ Ya Allah..kau ke Arman. Tadi masa aku call kau kata nak keluar!” Ezri menepuk bahu sahabat baiknya. Dia memandang ke arah Fakhruddin yang hanya tersenyum memandangnya.

“ Yelah, aku dengan Fakhruddin datang sini nak tengok wayang. Eh..ni Nur Jannah ek?” Arman Mustaqim memandang ke arah Nur Jannah dengan senyuman. Lama matanya menatap wajah polos gadis itu. Nur Jannah membalas dengan senyuman hambar.

“ Apahal kauorang datang sini?”

“ Emm..aku niat nak tengok wayang! tu ajak Fakhruddin ni. Kan aku dah cakap tadi! Nak ajak girlfriend, girlfriend pun tak ada. Lainlah kau ada isteri yang cantik boleh temankan! Eh! Mana mama dengan daddy kau? Tadi kata datang sekali.” Mata Arman Mustaqim melilau mencari kelibat orang tua Ezri. Namun tiada tanda mereka berada di situ.

“ Oh ye, dah ke depan sana kut..oklah Arman, aku pergi dulu. Jangan lupa jumpa esok..Fakhruddin jumpa lagi..” Ezri memegang erat tangan isterinya. Nur Jannah cuba melepaskan pegangan namun tidak berjaya. Sakit hatinya makin menjadi-jadi. Bencinya pada Ezri saat itu tidak terkira banyaknya. Arman Mustaqim yang memandang ke arah Nur Jannah memuji di dalam hati. Alangkah ruginya Ezri meninggalkan Nur Jannah kerana Zurina. Baginya gadis itu lebih sopan dan anggun. Namun sayang Ezri tidak tahu menilai cinta seorang isteri.

“ Ok! Esok jumpa. Apapun kirim salam pada mama dan daddy kau. Pastu aku nak pesan, jaga isteri kau baik-baik,” Arman Mustaqim sekadar mengingatkan tanggungjawab temannya sebagai seorang suami.

“ Oklah..aku chow dulu!” Ezri berlalu meninggalkan Arman Mustaqim dan Fakhruddin. Dia menghala ke hadapan untuk mencari mama dan daddynya. Jauh dari pandangan Arman Mustaqim dan Fakhruddin, Ezri melepaskan tangan Nur Jannah dengan kasar. Dia menjeling ke arah wajah isterinya yang merona marah.

“ Kalau tak kerana mama dan daddy, aku takkan keluar dengan kau! So jangan nak perasan!” Ezri bersuara keras. Terasa berpijar muka Nur Jannah apabila disergah secara tiba-tiba.

“ Abang ingat Nur suka sangat keluar dengan abang? Di hadapan mama dan daddy bukan main lagi. Abang memang hipokrit!”Nur Jannah hampir hilang sabar. Panas hatinya disakiti berkali-kali.

“ Kau memang kurang ajar! Tak sia-sialah aku benci perempuan macam kau ni!” Ezri bersuara lantang. Jika tidak difikirkan di mana mereka berada, pasti penampar telah hinggap di muka isterinya.

“ Bencilah sepuas hati abang! Nur tak paksa abang untuk sukakan Nur!” Nur Jannah melangkah mendahului suaminya. Pantas Ezri menariknya dengan kasar.

“ Kau ni memang sengaja, nak naikkan darah aku kan?” herdik Ezri masih belum puas. Tangan Nur Jananh dicengkam dengan kuat.

“ Eh! Apahal kauorang ni? Mama dan daddy dari tadi tunggu! Ez, yang terjerit-jerit kenapa?” Datin Ezrin seperti dapat menghidu sesuatu. Wajah Nur Jannah yang merona merah dipandang mengharap penjelasan.

“ Tak ada apalah mama..Nur ni tak sabar nak tengok wayang..”cepat-cepat Ezri memberi alasan. Nur Jannah yang masih sakit hati, cuba mengawal perasaannya agar tidak meletus di hadapan orang tua Ezri. Jika diikutkan hati, ingin dia mengamuk di situ. Biar semua orang tahu, Ezri lelaki dayus yang hanya tahu berpura-pura menyintai dirinya. Namun semua itu hanya mampu tertulis di tapak hatinya yang kini mula bernanah.

“ Ye ke? Kalau macam tu, jomlah!Dah ramai yang masuk tu,” Dato’ Ismadi pula menyampuk.Nur Jannah cuba memaniskan muka namun luka di hatinya menghalang dia berbuat begitu. Mereka bergegas untuk masuk ke pawagam. Saat itu air matanya mengalir tanpa siapa yang menyedari walau Ezri sendiri.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.