Bab 17

5 tahun kemudian ...

BUMI terus beredar pada paksinya, hari juga terus beredar mengikut peredaran masa. Bagaikan baru semalam dia berpindah ke negara ini. Masa tidak boleh berkisar semula ke belakang dan hanya sanya berkisar ke hadapan.

Dia gembira lantaran dapat kembali ke tanah air, kendatipun hati mula terasa berat untuk meninggalkan bandar ini. Sudah lima tahun dia menetap di negara ini.

Besok. Cuma tinggal satu hari sahaja lagi. Isya akan kembali ke Kuala Lumpur dengan membawa ijazah PhD dari New York University. Sudah terlintas senyuman bahagia Tengku Aariz dan Che Puan Medina di benaknya.

Kedua-dua orang tuanya itu tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen dia tempoh hari. Semuanya atas faktor kesihatan. Pada permulaannya Isya sedikit kecewa tapi tidak mengapalah. Yang penting, dia dapat berjumpa bonda dan ayahnya sebaik tiba di butala Melayu.

Isya melirik lirik jam tangan. Mana pula rafik-rafiknya ini? Genap 20 minit dia menunggu di restoran, batang hidung pun tak muncul. Terus menunggu dan menunggu.

Sal yang dililitkan pada lehernya dibetulkan. Beberapa sekon kemudian, terjengul wajah-wajah yang sangat dia kenali di sebalik pintu utama.

I'm so sorry because late,” ucap Eric yang merupakan anak kelahiran Singapura. Eric juga kini merangkap tunang kepada Ana. Pria itu telah memeluk agama Islam sejak setahun yang lepas dan sedang mendalami ilmu agama.

“Huh ... please lah, korang yang bersungguh-sungguh kata nak belanja aku makan? At the end, korang yang lambat,” rungut Isya sedikit bengang.

Eric dan Ana berpandangan sesama sendiri.

“Maafin aku ya ... jangan marahin aku dong,” pujuk Ana menyesal kerana terlambat. Banyak jualan murah di kedai buku, mahu tidak rambang matanya?

Isya memutarkan bebola mata. Whatever, getus hatinya. Dia menyebak menu makanan yang terletak di atas permukaan meja. Jarang metah dia hendak makan di restoran. Maklumlah, di sini memang sukar untuk mencari restoran halal.

Jadi, Isya lebih memilih untuk makan di rumah. Lebih selamat dan yang paling penting adalah halal.

Usai memilih menu, pelayan beredar dari meja itu. Perbualan yang tadinya terhenti, disambung kembali. Mereka bertiga memanfaatkan segala peluang yang ada. Selepas ini, Isya akan pergi meninggalkan mereka yang di sini.

Mulut Isya yang sedikit kepoh apabila bersama mereka, akan sentiasa tersimpan kemas dalam memori Eric dan Ana.

Pelbagai topik yang mereka bincangkan sementara menunggu makanan sampai. Sambil mereka menyelam, sambil itulah mereka minum air. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Semua peribahasa tersebut, sesuai dengan situasi mereka saat ini. Ana dan Eric sedang sibuk mencungkil rahsia, siapakah gerangan lelaki yang sanggup menunggu Isya selama lima tahun?

Who is the man who is willing to wait for you for those five years?” soal Eric dengan jantung yang berdebar-debar.

Isya kulum senyum. Memang benar, tiada yang percuma di dunia ini. Wajarlah Eric nak mentraktir dirinya. Kadangkala kasihan juga, 5 tahun dia biarkan Ana dan Eric bersama tanda tanya.

“Nama lelaki tu ...”

Lama hendak menunggu jawapan. Saspens kian terasa. Bahu Ana dan Eric lama-kelamaan hampir jatuh.

Isya mengasa melambatkan butir bicaranya.

“Nama lelaki tu ... Farhad.”

Tersungging senyuman di bibir dua orang yang duduk bersetentangan Isya. Akhirnya! Pecah juga rahsia.


AUNTIE can not go!” bentak budak perempuan yang lengkap berpakaian tidur. Gaya rambut yang tadi seperti ekor kuda, berubah menjadi kusut-masai.

Mata budak yang berumur 4 tahun itu bengkak oleh sebab air mata yang mengalir keterlaluan. Kulit kepala dia garuk. Isya dalam dilema.

Bingung.

Keponakannya itu punca perasaan dilema terbit dalam sanubari. Apakala dia hendak menyumbatkan pakaian ke dalam beg baju, anak gadis itu akan menarik semula pakaian tersebut.

Rengekan si kecil itu cukup menyayat hati. Bola mata Athirah yang jeli itu kini berkaca. Isya duduk mencangkung di hadapan Athirah. Muka budak itu direnung tunak.

Auntie kena pergi sayang ....”

No!” tegas Athirah supaya mengikut telunjuknya. Dia berkeras. Kali ini, ibu saudaranya itu benar-benar nekad untuk pergi.

“Athirah ... sweetheart. Stop crying like this,” pujuk si ayah yang baru muncul di ambang pintu. Ramona berdiri di belakangnya.

Auntie tak boleh pergi!” herdik Athirah dalam bahasa Melayu seraya berpusing ke arah Irwan.

Irwan dan Ramona saling berbalas mata. Sayang metah puteri mereka terhadap Isya. Empat tahun Isya menyayangi dirinya ibarat anak kandung.

Bagaimana tidak sebu dada Athirah untuk melepaskan Isya?

Auntie ... janganlah pergi.” Tubuh Athirah kembali berpusing serta mendongak ke arah Isya.

Dua ulas bibir itu terkatup. Isya terdiam.

“Athirah ... auntie kena balik Malaysia. Bagilah turn auntie untuk jumpa boyfriend dia.” Irwan terus membujuk dan bersabar. Sengaja dia menyelitkan tentang tunangan Isya.

Air mata Athirah mengalir deras. Terkedek-kedek dia berlari keluar dari kamar itu. Dia berlari anak ke kamarnya lalu daun pintu dikunci dari dalam.

Hempasan pintu membuatkan Isya, Irwan dan Ramona terperanjat. Drama pujuk memujuk dah bermula nampaknya.

Tok. Tok.

Sebuah pintu itu diketuk lembut.

“Athirah ... open the door,” suruh Irwan.

Tiada respons.

“Ish! Ke tepi!”

Terdorong badan Irwan ke tepi. Ketukan pintu berubah kasar. Berlainan daripada tadi.

“Athirah! Buka pintu ni! Lebih baik Athirah buka sebelum mommy jadi singa,” arah Ramona tidak selembut nada suara Irwan. Bila Ramona menjadi singa, automatik loghat English dia hilang bermain di lidah.

Tiada tindak balas. Senyap seolah-olah di bilik itu tiada orang.

“Athirah!” teriak Ramona. Dia sudah hilang sabar dengan kerenah anak perempuannya yang banyak ragam. Mengada.

Salah Isya juga, manjakan sangat budak bertuah itu.

Ramona dan Isya berganti tempat. Biarkan kali ini, ratu drama memainkan watak. Semua cara akan dia gunakan agar rajuk Athirah tumpas.

“Athirah ... auntie ni. Keluarlah sayang,” pujuk Isya dengan suara separuh menjerit.

Tiada sebarang respons mahupun tindak balas.

“Sampai hati, Athirah .... Auntie pun nak jumpa bonda dan ayah, auntie. Lepas tu, auntie kena jumpa tunang auntie. Macam ni, auntie janji ... tahun depan auntie akan datang sini untuk melawat Athirah?”

Isya berterusan memancing anak saudaranya masuk ke dalam umpan.

“Setahun tu lama!” jerit budak perempuan itu. Dia masih mengurungkan diri.

“Mana adalah sayang ... pejam celik, pejam celik dah setahun,” jelas Isya belan-belan memejamkan mata. Harap-harap, termakanlah Athirah dengan umpannya.

Tombol pintu berpulas. Mereka bertiga mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Pintu ternganga luas.

Auntie janji yang auntie datang sini balik?” tanya Athirah polos dan petah. Petah sungguh anak itu berbahasa Melayu.

Lihatlah, siapa munsyinya kalau bukan Isya ...

Bibir Isya mengukir senyum. Dia melutut, “Okey, sayang. Auntie ... janji.”

Jari kelingking mereka berdua bersatu. Janji termeterai, jari kelingking tidak lagi bersatu. Dua figura itu saling berdakapan.

Irwan dan Ramona mengorak senyum. Lapang sedikit dada mereka bilamana emosi anak mereka kembali stabil.


KAPAL TERBANG berhenti di lapangan. Sudah lama dia tidak menikmati penerbangan selama 20 jam. Kali terakhir, 5 tahun yang lepas.

Penerbangan sempat berhenti di Abu Dhabi untuk 1 hari sebelum meneruskan perjalanan. Kober juga dia membeli oleh-oleh sebagai cenderadurja. Dia berlalu keluar dari pesawat kelas ekonomi.

Kelas ekonomi?

Ya, kelas ekonomi. Sebenarnya, Isya kembali ke tanah air tanpa pengetahuan siapa-siapa. Sama ada Farhad, Tengku Aariz atau Che Puan Medina, mereka semua tidak tahu-menahu mengenai berita baik ini.

Kejutan bak kata Isya. Asbab itulah dia tidak dapat menaiki penerbangan kelas pertama.

Troli yang dipenuhi beg-beg pakaian itu ditolak seorang diri. Matanya liar mencari si dia. Tapi, siapa pula si dia?

“Hai, sayang.”

Undung-undungnya ditarik dari arah belakang. Seseorang sedang bersembunyi sebalik tembok. Dia berliang hati hatta trem terlepas dari genggaman.

“Zaf!”

















Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh