Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 27

Bukan itu sahaja yang menyebabkan dia bencikan Faris Nabhan Omar. Sejak hari itu, Faris kian melayannya dengan buruk apabila mereka berdua sahaja. Kata-katanya memang sering menyakitkan hati Layla. Contohnya bila dia terlambat keluar dari bilik air. Mulalah Faris panggil dia macam-macam. Dia kata Layla macam tak pernah jumpa airlah. Sibuklah. Dan macam-macam lagi. Kadang-kadang Faris terjah saja bilik mandi sedangkan Layla masih di dalam. Mentang-mentanglah bilik air itu dia punya. Manalah tidak kelam kabut dia nak cover supaya tidak ternampak apa yang tak sepatutnya. 

Kalau Layla lambat bersiap untuk turun makan malam bersama keluarga dia akan jerit pada Layla suruh cepat. Kemudian mulut dia tidak berhenti membebel marahkan Layla. Kalau di bilik itu Faris selalu hempas pintu dan hempas apa saja seolah-olah memberi isyarat pada Layla yang dia memang bencikan gadis itu. Kadang-kadang dia seolah-olah sengaja menghina Layla. Faris juga suka panggil dia kampungan, anak pemandu dan sebagainya. Layla memang kecil hati. Walaupun dia anak orang kampung dan anak pemandu dia juga manusia yang ada harga diri. Layla menjeruk hati tapi dia sedar diri siapa dia di mata Faris.

Oleh sebab itu Layla perkuatkan azam dan semangat. Semua itu makin menguatkan keinginan dia untuk pergi mengejar cita-cita dan tinggalkan semuanya. Dia hanya menanti masa bilakah Faris akan menunaikan kata-katanya. Kalaulah dia dapat peluang itu, dia tidak akan menoleh lagi. Dia akan tinggalkan Faris selama-lamanya. Dia tidak mahu terbelenggu dengan raksasa seperti Faris. Namun buat masa itu dia terpaksa bersabar biarpun kadang-kadang di kala berdoa dia secara tidak sengaja menitiskan air mata. 

Walaupun dia cuba untuk menabahkan diri tapi ada masa teresak-esak juga dia menangis. Dia tidak boleh menidakkan hati perempuannya. Dia hanya seorang anak gadis yang mentah dan tidak berdaya terperangkap dalam sebuah perkahwinan yang tidak diingini. Dia cuma berdoa satu hari nanti Allah SWT membebaskan dia dari semua itu dan dia boleh kembali mengejar cita-citanya. Setiap malam hanya pada Allah sahaja dia mengadu. Kalau ibu dan ayah tahu pasti terguris hati mereka. Oleh itu, seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengadu pada ibu dan ayahnya atas apa yang berlaku. Dia harap ada pengakhiran untuk episod hidupnya bersama Faris.
Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.