Home Novel Cinta Faris Loves Layla (Saya Isteri Awak ke?)
Bab 30

Layla mengucapkan terima kasih pada kedua-dua anak beranak itu dan masuk ke mahligai itu. Kemudian dia naik ke bilik. Suasana rumah sepi. Tok Zauyah mungkin sudah ke masjid. Jelas Faris pun belum pulang lagi. Entah ke mana lelaki itu pergi sehingga terlupa tentang dia. Bayangkan dia ditinggalkan begitu sahaja. Jelas dia langsung tidak berharga pada Faris. Jauh hati juga dia sehingga ditinggalkan begitu sahaja. Tapi apakan daya bila hati tak suka.

Layla ke bilik air untuk mandi dan seterusnya menyalin pakaian. Dia turun ke dapur kerana lapar. Rupa-rupanya mengikut Mak Neng, Tok Zauyah ada majlis di masjid dan tidak makan di rumah. Tan Sri pula ada majlis makan malam. Nabila dan Wafiq juga entah ke mana. Faris apa tah lagi. Jadi dia makan seorang sahaja malam itu. Dia juga telah menghantar mesej pada lelaki itu sedari tadi tetapi tiada jawapan. Kalau ikut hati tak mahu dia menghantar mesej tapi Rafi yang beria menyuruh dia. Terpaksa dia menghantar mesej kepada nombor telefon yang didiletakkan nama ‘Gergasi Hodoh’ itu. Memang gergasi hodohpun! Desis hati Layla berbaur rasa geram dan sedih. Namun sebaik sahaja dia habis makan Tok Zauyah balik. Hairan dia kerana tidak nampak kereta Faris di garaj.

     “ Layla, balik dengan siapa?” tanya Tok Zauyah sangsi.

      “ Err…Layla balik dengan kawan, terjumpa kawan lama di Pavilion tadi” kata Layla cuba melindungi Faris. Kalau tidak heboh pula orang tua itu.

     “ Faris mana? “

     “ Dia…dia…ada emergency di ofis tadi. Jadi dia ke ofis. Layla dah jumpa kawan tu jadi dia offer untuk hantar ke rumah sebab Faris sibuk sangat.” Tipu Layla.

     “ Baiklah kalau macam tu. Tapi Layla, kalau Faris tu buli atau buat apa-apa yang tak sepatutnya pada Layla bagi tahu Tok. Tahulah Tok nak ajar dia tu. Faris ni pun satu. Orang suruh bawa Layla jalan-jalan dia pergi ofis pula” Ujar Tok Zauyah macam tak berapa puas hati. Dia rasa macam Layla cuba melindungi Faris.
Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.