Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 38

Selepas solat maghrib aku ke bilik Encik Faries lalumembuka pintu wardrobenya. Aku mengeluarkan kemeja lengan panjang gingham checkberwarna biru putih dan sehelai chino pants berwarna light grey. Jaket berwarnablue de France semuanya ku letakkan cantik di atas katil. Walaupun aku tidakrela Encik Faries keluar makan malam bersama dengan Puteri Ernisa namun sudahmenjadi tanggungjawabku untuk menyediakan keperluan Encik Faries. Bukankahkerana sebab itu Encik Faries bernikah dengan aku? Menyediakan keperluannya.Jadi itu yang aku buat untuk menyenangkan hatinya.

 

Aku mematikan boiler sebaik sahaja air itu sudah dimasak. Cawan yang hendak ku gunakan untuk brew Earl Grey tea Encik Faries akubilas dengan air suam. Aku meletak sekeping tea bag kegemaran Encik Fariesiaitu White Earl Grey dari TWG dan menuang air panas ke dalam cawan. Akumembiarkan tea bag itu steep selama 3 hingga 5 minit. Sudah menjadi kebiasaanEncik Faries sebelum keluar dinner dia mahu minum White Earl Greynya dahulu.Aku mengeluarkan tea bag lalu meletakkannya di piring. Akhir sekali aku meletaksekeping hirisan lemon ke dalam cawan Earl Greynya.

 

Aku tersentak bila pintu kamar mandi Encik Fariesterbuka. Dia memandang kearah Nasha. Wanita itu mengambil keputusan melayannyadengan hanya mendiamkan diri. Silent treatment. Aku mencapai kemeja lalumenyerahkan kepada Encik Faries.

 

Faries hanya tersenyum bila Nasha masih merajukdengannya. Manis pula bila isterinya merajuk.

 

“Put on me lah sayang,” ujar Faries lalu tersenyumbila Nasha hanya menyerahkan kemeja itu kepadanya.


Aku menjeling bila Faries mahu bermanja dengan aku. Namunaku tidak komen apa-apa. Aku menyarungkan kemeja biru itu ke badannya lalumembutangkan bajunya. Aku menyerahkan chinos pants kepadanya. Sementara diamengenakan chinos aku mengambil cawan teh yang ku bancuh tadi lalu menyerahkankepadanya sebelum teh itu sejuk.

 

“Thanks my dear,” ujar Faries bila Nasha menyerahkancawan itu kepadanya. Faries menyua cawan itu ke mulutnya lalu di hirupperlahan. Dia suka teh yang di sediakan oleh isterinya kerana Nasha pandaimenyediakannya mengikut cara yang betul untuk mendapatkan rasa dan aroma daritea kegemarannya.

 

Aku tidak membalas dan hanya mendiamkan diri. Tualayang telah di gunakan tadi aku keringkan di handle di dalam kamar mandinya.Tiada apa lagi yang aku perlu sediakan untuk Encik Faries maka aku mengambilkeputusan untuk kembali ke bilik aku.

 

“Nasha..,” ujar Faries dia meletak cawan itu ke mejasisi lalu menarik tangan Nasha bila wanita itu mahu kembali ke biliknya.

 

Aku berhenti melangkah bila Encik Faries memegangtanganku. Encik Faries menarik tanganku perlahan agar aku duduk di sebelahnya.Hendak tak hendak terpaksa aku menurut.

 

“Kenapa Nasha marah sangat pada abang,” ujar Fariesperlahan lalu memandang wajah Nasha. Wajah cantik Nasha di pandang. Sayangsekali kerana wanita itu tidak tahu betapa dia sayangkannya kerana Nashamenyangka dia tidak punya perasaan terhadap dirinya. Dia tidak tahu hendakmeluahkan perasaannya kepada Nasha, pelik bukan kerana bila berlakon mudahsahaja dia menjiwai watak seperti itu. Ucapkan kata cinta dan luahkan perkataansayang pada heroin di dalam drama mahupun filem. Mudah baginya kerana ia bukanperasaannya yang sebenar dia hanya seorang pelakon hebat yang bisa menjiwaiwatak itu tanpa perlu ada perasaan apa-apa terhadap heroinnya. Tapi bilaperasaan sebenar yang di rasai amat sukar untuk dia berbuat demikian. Sebab itudia mahu Nasha yang luahkan perasaannya dahulu.

 

“Nasha tak marahkan abang..,” jawabku perlahan lalumengalihkan pandangan kearah depan kerana aku tidak mahu memandang ke wajahEncik Faries. Takut aku menangis lagi di hadapannya. Aku tidak marahkan EncikFaries aku hanya sedih. Sedih kerana aku bukan wanita yang Encik Faries sayangdan cintai. Dia sukakan Ernisa. Aku tahu Encik Faries sukakan Ernisa. Hanyamasa sahaja yang menentukan jika suatu hari Encik Faries membuat pengumumanbahawa dia akan bertunang dengan Puteri Ernisa.

 

“Kalau Nasha tak marahkan abang kenapa Nasha sepertitidak ada mood,” ujar Faries lalu mencapai tangan Nasha. Dia tahu Nasha marahpadanya tapi Nasha tidak mahu mengaku. Kenapa Nasha tidak menghalang dia keluarmakan malam bersama Puteri Ernisa. Tidakkah Nasha cemburu melihat dia bersamadengan Ernisa? Kalau Nasha benar-benar sayang padanya Nasha akan berusaha untukmenjauhkan dia dengan Puteri Ernisa, Nasha tidak berbuat demikian malah Nashaseperti mengalakkannya keluar bersama dengan Ernisa. Dia keliru dengan kelakuanNasha? Nasha tidak kisah?

 

Siang tadi dia akui merasa tergugat bila Nashamengatakan susah hendak membuat pilihan pada kedua-dua jejaka itu. Apa benarNasha bermaksud begitu? Benarkah Nasha sukakan kedua-dua lelaki itu? Bagaimanapula perasaan Nasha terhadap dirinya? Namun kerana ego dia cuba untuk tidakmenunjukkan kepada Nasha bahawa dia merasa cemburu.


“Tak ada apa-apa abang..I just miss home..you go andenjoy your dinner ok, I just want to rest,” jawabku lalu mencapai jaket frenchblue lalu menyarungkan kebadan Encik Faries. Suamiku itu kelihatan kacak danbergaya bila mengenakan pakaian sebegini.

 

“There you look dapper,” ujarku tersenyum lalu menciumpipi Encik Faries perlahan. Pertama kali aku berbuat demikian kerana selama inihanya Encik Faries yang selalu berikan ciuman di pipi dan pelukan kepada ku. Danaku hanya relakan kerana dia suamiku. Tapi hari ini aku yang mulakan dahulu.Hatiku menjadi sebak tiba-tiba. You are strong woman Nasha pujuk hati kecilku.Aku bangun dari katilnya. Aku tidak mahu memikirkan tentang Encik Faries denganErnisa lagi. Kalau itu kehendak Encik Faries aku tidak dapat hendak menghalang.Sebagai seorang isteri yang baik aku relakan.

 

Faries hanya mampu mengiringi Nasha dengan lirikanmatanya. Kali ini dia tidak menghalang Nasha kembali ke biliknya. Nasha tidakpernah mencium pipinya sebelum ini kerana hanya dia yang selalu berikan kepadaNasha. Tapi kali ini Nasha sendiri yang berbuat demikian ini bermakna Nashasudah mula dapat menerima dirinya dan tidak menganggap dia sebagai majikan lagitapi menganggapnya sebagai suami. Hanya Nasha belum akui lagi. Faries tersenyumsendiri.


 

Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.