Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 46

Aku mengetuk pintu adjoining room berkali-kali. Senyaptiada jawapan. Semalaman aku tidak dapat tidur dengan lena kerana terlalubanyak menangis. Hatiku benar-benar sayu dan sedih. Aku tidak dapat melupakanwajah Encik Faries ketika meninggalkan aku semalam. Dia kelihatan kecewa. Akutahu selepas maghrib Encik Faries keluar dari biliknya kerana aku terdengar daridalam bilikku, pintu bilik Encik Faries berbunyi kuat ketika pintu itu ditutup. Aku tidak tahu dia keluar kemana dan pulang ke bilik hotel jam berapa.

 

Selesai solat subuh aku mengetuk pintu bilik adjoiningagar Encik Faries membukanya untuk aku. Walaupun aku tahu Encik Faries masih marahpadaku tapi aku harus melaksanakan tugasku sebagai PA dan juga isteri EncikFaries. Pintu masih tidak di buka. Aku merapatkan telinga ke pintu. Senyaptiada sebarang bunyi yang aku dengar dari arah bilik Encik Faries. Encik Fariesmasih tidur lagi? Shoot hari ini bermula jam 9.00 pagi. Aku berjalan menujukearah katilku lalu menarik laci di side table. Di situ aku ada menyimpan kadkekunci bilik Encik Faries. Kad ini tidak pernah aku gunakan kerana pintu bilikadjoining kami sentiasa terbuka dan aku tidak perlu membuka pintu dari luaruntuk ke biliknya. Tapi hari ini aku perlu mengunakannya kerana Encik Fariesenggan membuka pintu untuk aku.

 

Aku membuka pintu bilikku lalu menuju ke bilik sebelah203. Kad kekunci ku masukkan di slot lalu menariknya perlahan. Pintu bilikEncik Faries ku tolak ke dalam. Bilik Encik Faries kelihatan terang berderangkerana kesemua lampu di hidupkan begitu juga aircon. Namun orangnya tidakkelihatan di dalam bilik. Aku menutup pintu biliknya lalu menuju kearahkatilnya. Keadaan katilnya kelihatan kemas dan tidak terusik seolah-olah diatidak tidur di atas katil tersebut. Comforter dan bantal berada di tempat yangsama. Tidak mungkin Encik Faries bangkit awal dan housekeeper telahmembersihkan biliknya awal pagi.

 

Aku membuka wardrobe Encik Faries. Kemeja, t-shirt,pants dan jaketnya tergantung rapi. Aku menutup kembali wardrobe Encik Farieslalu membuka pintu kamar mandinya. Kamar mandinya kelihatan kering dan tidakbasah. Aku menjadi tidak senang hati melihat keadaan ini. Aku tidak mahubersangka buruk terhadap Encik Faries. Tapi aku tidak dapat lari dari kenyataanbahawa Encik Faries tidak pulang ke biliknya dari semalam. Ini bermakna diabermalam di tempat lain. Dia bermalam dimana?

 

Aku tersentak bila pintu bilik Encik Faries di buka.Aku menoleh kearah pintu. Hatiku merasa lega bila terpandang akan wajah EncikFaries. Rindu aku padanya, tapi apakan daya Encik Faries terlalu marahkan aku.

 

Faries terkejut bila mendapati Nasha berada di dalambiliknya. Nasha memang seorang isteri yang baik dia tidak pernah lupa akantugas yang harus dilakukan untuknya setiap hari. Ya, tentang perkara itu Nashamemang baik dan tiada sesiapa yang boleh mengantikan tempatnya. Fariesmemandang wajah Nasha sekilas tanpa expresi di wajahnya menunjukkan dia tidakterperanjat atau merasa teruja melihat wajah isterinya. Dia menanggalkanloafers. Dengan wajah bersahaja dia berjalan menuju kearah meja lalumenanggalkan jam tangan, dia mengeluarkan BB dan walletnya dari poket seluarlalu di letakkan di atas meja. Dia menanggalkan butang baju kemejanya.

 

Aku merasa sebak bila Encik Faries buat tidak endahdengan aku seolah-olah aku tidak wujud. Sudahlah Nasha..there’s no need for youto feel pity of yourself. Kau harus bersabar, bertawakal dan redha. Ini ujianAllah berikan kepadaku. Allah akan membantu orang yang bersabar. Pujuk hatiku. Akumenghampiri Encik Faries lalu membantu dia menanggalkan butang baju kemejanya.Faries tersentak bila Nasha berbuat demikian namun dia tidak menghalang malahmembiarkan sahaja Nasha melakukan tugasnya. Dia tahu Nasha cuba menambathatinya namun hatinya masih terluka dan dia tidak akan mengalah dengan Nashasemudah itu. Nasha has to earn his love.

Aku mencapai seluar drawstring Encik Faries lalu menyerahkannyarobe untuk di pakai. Encik Faries menyambut lalu mengenakan robe yang diberilalu menuju ke kamar mandi. Senyap, tiada sepatah perkataan yang keluar darimulutnya.

 

Aku cuba melenyapkan perasaan sedih melihat perlakuanEncik Faries  yang mengambil keputusanuntuk tidak mahu berbicara denganku. Silent treatment. Walau ku cuba untuktidak bersedih air mataku tumpah jua kerana merasa terlalu sebak dan sedih.Kerana kelmarin kami baru mengecapi kehidupan sebagai suami isteri yang bahagiahari ini aku dan Encik Faries sudah seperti orang asing.

 

Faries mengeluh kecil sebaik sahaja dia menutup pintukamar mandi. Dia merasa bersalah melayan Nasha sebegitu. Kalau tidak kerana diamasih marah pada Nasha. Ingin sahaja dia memeluk dan membelai Nasha kerana diabenar-benar sayang dan rindukan isterinya. Namun hatinya masih belum sejukdengan peristiwa semalam. Dia tidak mudah lupakan akan perkara yang menyakitkanhatinya. Dan perlukan masa untuk mengubat hatinya.

 

Semalam dia hanya berada di bilik Ernisa sekejapsahaja kerana dia tidak ingin perkara yang tidak di ingini berlaku ketika diadidalam keadaan tidak tenang dan marah. Dan lagi setelah dia tahu akan perasaanErnisa terhadap dirinya. Ada lebih baiknya dia menghindarkan diri dari Ernisa.Dia tidak mahu mengundang masalah. Faries mengambil keputusan untuk keluar dariPulau Waiheke dan berehat beberapa jam di sebuah hotel yang terdapat di kotadan mengambil Ferry terawal untuk kembali.

 

 Aku menuju kewardrobenya lalu mencapai pakaian yang sesuai untuk di pakai untuk shoot hariini. Encik Faries selesa memakai jeans dan polo t-shirt kerana bila di set diaterpaksa memakai baju tajaan dalam drama atau filem. Aku mengeluarkan TommyHilfiger jeans dan polo t-shirt Fred Perry berwarna light yellow lalumeletakkannya di atas katil.

 

Aku menuju kearah mini fridge lalu mengeluarkan kotak kecil organic orange juice bersama sebotok kecil Evian. Aku menarik laci mini pantrylalu mengeluarkan organic oats untuk ku bancuh buat sarapan pagi Encik Fariesnanti. Menyediakan keperluan Encik Faries membuatkan aku lupa akan masalah akuseketika. Menyediakan keperluan Encik Faries seakan terapi buat diriku keranaaku lakukannya dengan penuh kasih sayang untuk suami yang tercinta.


 

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.