Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 49

Ernisamembelek sehelai dress panjang berwarna merah yang di pakai mannequin. Dressmerah itu kelihatan cantik dan sesuai untuk di pakai dinner malam ini. Dia mahukelihatan cantik dan vogue kerana malam ini adalah malam yang istimewa. Diaingin membuat kejutan kepada krew perfileman akan berita gembira. Dia sudahmerancangkannya sebelum dia berangkat ke NZ lagi.

 

“Nisa..come on..if you dah suka sangat dengandress tu beli ajelah..jangan waste time!,”tegur Faries bila Ernisa masih membelek dress itu dan tidak meminta pelayanboutique untuk mendapatkannya baju tersebut.

 

You ni impatientlah!! Cuba patientsikit..I’m very particular when comes to chossingright dress for the right occasion..terutama sekali untuk occasion pada malam ini..I must look vogue you know!,” ujarErnisa lalu melambai kearah salah seorang boutique assistant. Dia mahumendapatkan dress sizenya dan ingin mencuba.

 

Sementaramenunggu boutique assistant datang ke tempatnya. Dia membelek beberapa eveningdress yang terdapat di rak-rak tergantung di cabinet. Semua dress terdapat diboutique tersebut kelihatan cantik dan exclusive. Rambang mata dia di buatnya.Tapi dia sudah berkenan sangat dengan dress merah yang di pegangnya.

 

Special occasion??? Just dinner with the crewapa yang special sangat,” jawabFaries matanya tertarik pada long dress berwarna emerald yang tergantung dicabinet tidak jauh dari rak dress yang Ernisa pilih lalu menuju kearah cabinet tergantungdress tersebut.

 

Do you think I pakai baju ni cantik??,”tanya Ernisa lalu menoleh ke belakang. Dia mengerutkan dahi bila Faries tidakkelihatan di belakang tempat dia berdiri tadi. Kemana Faries pergi? Matanyamelilau mencari kelibat Faries. Dia membuahkan senyum bila mendapati Faries sedangberbual dengan salah seorang pelayan butik yang memegang dress panjang berwarnaemerald. Ernisa membawa dress merahnya menuju kearah Faries.

 

Aww!!..dear you nak belikan emerald dress ni untuk I..dress ni menang cantik dan exquisite tapi too modestlah sayang…long sleeveall..tak vogue! dress merah nicantik kan..off-shoulder lagi seksi,”jawab Ernisa lalu menarik lengan Faries. Memang dress yang di pilih Faries itucantik, akan tetapi bukan citarasanya kerana baju tu terlalu modest. Lengan panjang dan bahagian dadadi net hitam sequin penuh. Tak seksi langsung. More tu elegant. Untuk wanita muslimah boleh lah memakainya. Takkan Faries tidak tahu akan citarasanya lagi.

 

Why don’t you go and try the red dress on..I’ll wait here,” jawab Faries lalududuk di atas sofa yang disediakan di luar fitting room.

 

“Ok..you jangan pergi mana-mana..I nak you tengok baju yang I try ni nanti,” ujar Ernisa manja lalumasuk ke dalam fitting room ingin mencuba dress yang di pilih tadi.

 

Sebaiksahaja Ernisa masuk ke dalam fitting room. Faries meminta pelayan boutique yangmelayannya tadi untuk mendapatkan size baju yang di kehendaki untuk dressemerald tersebut dan dia meminta mereka menghantarnya ke Hotel tempat dia menginap.Pelayan boutique tersebut mengangguk tanda faham lalu mendapatkan size dressyang diminta.


Ernisamembuka pintu fitting room setelah memakai dress merah yang di pilihnya tadi.Dress merah itu kelihatan terletak di badannya seolah-olah baju itu ditempahkhas buatnya. Dia kelihatan vogue dan seksi. Sengaja dia menarik leher baju ituke bawah sedikit untuk menampakkan alur dadanya.

 

How do I look??,” ujar Ernisa lalumemusingkan badannya perlahan ala-ala model memperagakan pakaian.

 

Fariesmenoleh kearah Ernisa bila wanita itu berkata demikian, kerana semasa diamenunggu Ernisa keluar dari fitting room. Dia sibuk melayari internet dihandphonenya. Dia tidak suka menemani teman wanita pergi ke shopping keranamereka selalu mengambil masa yang lama untuk membeli satu barang atau memilih pakaian.Sebab itu Faries jarang sekali mengikut mereka keluar shopping.

 

You look good,” komen Faries ringkasdengan wajah selamba seolah-olah tiada apa yang menarik sangat. Bukan dia tidakbiasa melihat teman artisnya memakai baju-baju vogue dan exclusive tiap kalimereka menghadiri majlis penyampaian anugerah. Sudah biasa. Jadi dia tidakmerasa hairan.

 

Look good?? Itu aje..Faries..you suppose to compliment me? You ni ehtak romantic langsung lah..,” cemuh Ernisa kerana merasa sakit hati bila Farieshanya memberi komen begitu. Dia sangka Faries akan kelihatan teruja dan mengakudia kelihatan cantik dan vogue bila mengenakan dress tersebut. Ini tidak. You look good only. Pfft!!

 

Sorry dear..I tak tahu hendak beri compliment!!,” jawab Faries tersenyumdengan nada memujuk. Dia tidak mahu kerana komen yang di berikan kepada Ernisa awaltadi menyebabkan mereka pulang lewat ke hotel. Dia mahu berehat seketikasebelum menghadiri dinner untuk malam nanti. Jika Ernisa merajuk pasti dia akanke boutique lain mencari baju lain selagi dia tidak mendapat compliment darinya.Dia hendak buat macamana? Dah Ernisa sememangnya wanita cantik. Apa dress yangdi pakai sekali pun dia akan kelihatan cantik. Jadi dia merasa hairan kenapaErnisa begitu ambil berat tentang pendapatnya pula?

 

“Taktahu beri compliment? Eh Faries bila you act, you can act so naturallysehingga I benar-benar menyangka yangyou adalah seorang lelaki yangberjiwa romantic, I’m kind ofdisappointed when you are not romantic at all,” bebel Ernisa lalu masuk kedalam fitting room kembali. Geram diadibuatnya bila Faries tidak pandai hendak mengambil dan menambat hatinya.

 

Fariestersenyum sendiri mendengar komen Ernisa. “Whatcan I say..I’m just an a good actor,” jawab Faries sengaja hendak menaikkankemarahan Ernisa. Sempat dia membuahkan senyuman kepada pelayan boutique yangberada berdekatan dengannya tadi kerana mereka terdengar akan perbualan Fariesdengan Ernisa.

 

Ernisakeluar dari fitting room bersama dengan dress yang di cuba tadi. Wajahnyakelihatan masam mencuka. Dia ingin menyerahkan dress itu kembali kepada pelayanboutique.

 

“Ehkenapa tak beli dress merah tu??,” tegur Faries bila Ernisa menyerah dress itukepada pelayan boutique menandakan dia tidak mahu membelinya.

 

“Inak dress yang makes me look outstandingbukan hanya look good sepertimanayang you komen..so I tak jadi nak beli lah,” jawab Ernisa dengan nada merajuk.Ikutkan dia memang berkenan betul pada dress merah tu tapi dia tidak jadimembelinya bila Faries hanya memberi komen dia kelihatan ‘good’ sahaja. Hilangmoodnya.

 

Fariesbangkit dari sofa lalu mendekati Ernisa. Dia tahu Ernisa mahu di pujuk. Jikadia tidak memujuk Ernisa membeli dress itu, Ernisa akan mencari baju dress lainyang sesuai sehingga dia bertemu. Faries tidak mahu membuang masa setengah harimenemani Ernisa untuk mencari sehelai dress dan dia terpaksa keluar masukberpuluh-puluh boutique. Dia tidak sanggup. Ernisa harus membeli dress itu danmereka akan dapat pulang ke hotel secepat mungkin.

 

“Itak beri you compliment yang you hendak, sebab I tak hendak lelaki lain pandangyou so sexy and beautiful..I don’t wantother man to look at you? That is why I only say you look good,” ujarFaries cuba menjawab kaedah reversepsychology agar Ernisa lebih teruja mahu membeli dress tersebut.

 

Ernisatersenyum bila Faries memberi komen sedemikian. Ini bermakna dia sememangnyakelihatan cantik dan vogue memakai baju merah itu. Faries sengaja tidak mahumemuji kerana Faries tidak mahu dia membeli dress itu, kerana merasa cemburudan khuatir lelaki lain memandang ke arahnya bila dia memakai dress itu nanti.Ini membuatkan dia mahu membeli dress merah itu kerana dia mahu Faries merasacemburu. Dan jika Faries cemburu ini bermakna Faries benar-benar sayangpadanya.

 

I think I buy this dress..,” jawabErnisa lalu tersenyum. Dia menuju kearah kaunter pembayaran membawa dress itu.


Fariesmengeluh lega dan tersenyum bila Ernisa akhirnya termakan helahnya untuk membelidress merah itu. Ini bermakna dia boleh pulang ke Hotel selepas ini. Tak sabarrasanya. Keluar dan meluangkan masa bersama dengan Ernisa dan juga melayan karenahnyabenar-benar menyedarkan Faries bahawa isterinya Nasha, sepuluh kali ganda baikdari Ernisa. Nasha tidak pernah mendesaknya. Malah Nasha seringkali mengalahdengannya dan memberi keutamaan ke atas kehendaknya. Dia sedar dia seringmengambil kesempatan di atas kebaikan Nasha. Dan dia tidak sepatutnya menghukumNasha begitu. Setiap orang punya kesilapan sendiri dan dia juga silap keranamengabaikan Nasha. Nasha seorang wanita yang tabah. Dia merasa bersalah keranaterlalu mementingkan diri sendiri dan kerjaya, dia mengenepikan kebahagiaan danperasaan Nasha. Malah dia meminta Nasha bersabar dan merahsiakan hubunganmereka. Semua ini Nasha terima dan lakukan untuknya. Nasha sanggup korbankankebahagiaannya demi untuk melihat dia berjaya dan gembira. Faries kesal akan perbuataannya.

 

Walaupundia sering keluar dengan Ernisa namun hatinya hanya pada Nasha. Setiap kaliErnisa memilih barang untuk dirinya. Faries akan teringatkan Nasha. Dia tidakpernah membelikan Nasha apa-apa sejak bernikah. Kali terakhir dia membelikanNasha sesuatu ialah cincin Tiffany yang diberikan. Itupun dia tidak membenarkanNasha memakainya kerana tidak mahu orang lain tahu bahawa Nasha sudahberkahwin, juga bertujuan untuk mengelakkan gossip liar tersebar luas darikalangan krew-krew produksi. Jika Nasha sudah berkahwin masakan Nasha di beriizin mengikut majikannya ke NZ dalam jangka masa yang panjang. Suami mana yangizinkan isteri bersama dengan majikan lelaki begitu lama.

 

LamunanFaries terhenti bila pelayan boutique mendekati Faries dan menyerahkan slipuntuk Faries tandatangani untuk dress yang di belinya tadi.

 

Your package will be deliver by 4.00pm,…Sir,”ujar pelayan itu lalu mengambil slip yang dipulangkan Faries.

 

Thank you,” jawab Faries lalu membuahkansenyuman bila pelayan itu memberitahunya mengenai dress yang di beli tanpapengetahuan Ernisa.

 

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.